Monday, February 18, 2008

Tips Nak Ajar Anak Lagi Part 2

Semalam adalaa staff nampak aku dipanggil masuk ke bilik kaunseling oleh HA, DON, HR Mgr, HR Exec & QA Exec. Lalu gossip2 pun keluar kuang kuang kuang. Sebaik saja aku balik ke opis aku, maka menderrulerrr telpon kat farmasi. Tak kurang gak ada yang datang kat opis aku nak updet cerita mami jarum kuang kuang kuang ....

Antara soklan yang dia org tanya aku

Penanya : Apahal ko kena panggil ?

Dan seperti biasa aku menjawab

Aku : Aku ni hensem sangat..... Jadi adalah sekor makhluk yang muka hodoh giler macam berok maarip samdol, jeles & despered sangat dengan mukanya yang hodoh, shoot email kat HA, DON, HR Mgr, HR Exec, Security Mgr, kata aku ada skandal dengan seorang staff. Dan tuduhannya itu berdasarkan dakwaan yang "semua orang NCI selalu nampak staff tu pagi petang dengan aku" ... kuang kuang kuang. Jadi untuk cover line dan menyembunyikan wajah hodoh beruk maarip samdol yang dumb fool (bongok) tu, maka dalam sessi kaunseling itu, aku diminta untuk tidak mempamerkan kehenseman aku yang sebenar kepada staff-staff di NCI .... kuang kuang kuang

Jawapan aku itu telah mengundang NOKTAH kepada setiap persoalan hehehehe ... baru ler aku senang nak gi solat Asar tanpa gangguan repoter-reporter yang kuang kuang kuang

OK Salam Sumer

Aku nak sambung lagi pasal tips nak ajar anak. Anak kalau tak di ajar betul-betul, nanti dia kurang ajar hehehehe.

Kalau Part 16 aku citer pasal tips dari arwah atok aku & arwah ayah aku ( and aku confident lee mesti diaorang dapat tips dari mana-mana kitab muktabar ) .. Jadi kali ni aku nak bawa tips dari sebuah kitab Ayyuhal Walad ( Wahai Anak) oleh Imam Al Ghazali ....... dalam kitab tu ada quote satu hadis ......

Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.

Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Jangan ko orang ajar anak kau orang mengorat awekz lak hehehehe. Ajar benda-benda yang baik2. Jangan ajar benda2 yang tak baik. Sebab pendidikan awal ni ler yang akan bentuk sifat dia orang sampai besar.

Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia(sebagai pengajaran)." Di mana yang nak dipukul tu? tapak kakinya.....bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah.... Itu cara yang disebut oleh Imam Ghazali. Janganlak ko orang pulas tengkok anak ko orang sampai patah leher .... isshh isshhh iiiisshhhhh ..... tu zalim namanya.

"Kendian, jika anak ko orang bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka masuk 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tau tak kawan camana ? BUKAN kawan ala-ala awekz/ balakz daaaaaa. Kang jadi sumbang muhram lak ... amender arrr ko orang ni. ..... Seorang kawan yang sentiasa bersedia mendengar masalah mereka ... budak umur remaja cenggini, perubahan hormon, memang banyak hadapi masalah ... jadi mak bapak kena jadikan diri mereka cam "kawan" anak2 ... pinjamkan telinga untuk dengar masalah mereka, bantu mereka selesaikan masalah yang mereka hadapi. Alaaaa ko orang pernah tengok tak citer SMALLVILLE ? Alaaa cam mak & ayah angkat Clark Kent buat kat Clark Kent tu arrrr.... dia orang selalu bantu Clark Kent dalam apa gak masalah anak angkat dia orang. .... isshhh habis pecah tembelang aku yang aku nengok citer Clark Kent kuang kuang kuang.

Tetapi , biasanya apa yang berlaku ... zaman sekarang ..... selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dengan anak... atas alasan ... sibuk bekerja .... sibuk cari duit .... sibuk buat derek selling ...... sibuk dengan pergerakan sosial ( sebab ada angan-angan nak jadi calon pilihanraya hehehe ) ... Tak payah cakap ler ... aku sendiri bila dah start bekerja ... balik dari NCI, sampai Tampin kol 9malam ... masa dengan anak secara zahirnya memang amat terbatas ... jadi kalau jadi cenggini .. pandai-pandailaaa nak adjust atau curi masa untuk qadak balik masa yang hilang ....

Ko orang ingat tak dalam posting aku yang awal-awal dulu ... tips nak mengorat bini .... aku ada citer pasal PENTINGNYA suami memperdengarkan bacaan Quran kat isteri setiap hari ... baca surah pendek pun tak apa... yang PENTING bacakan kat isteri ... kalau outstation, korbankanlerr sedikit kredit henfon tu utk call isteri dan perdengarkan bacaan Quran sebelum bini ko orang tidur setiap malam, sejak malam pertama .... hah ingat lagi tak ? ( kalau ko orang tak buat lagi ... tak salah kalu nak start sekarang )

Jadi gunalah kaedah yang sama kat anak2 ko orang ... yang dah boleh faham Quran , boleh laa ko orang bacakan Quran .. yang tak faham dan kecik cenonet ... kau dengarkan sore ko orang yang lemak merdu cam buluh pecah tu jadi ler kuang kuang kuang .... kalau dah tau balik lewat ... lepas maghrib tu ... ko telpon lee kat rumah sembang dgn anak2 ko orang .. nak wat lawak bodoh dalam telpon dengan dia org pun tak per ahehehehe. ....

Bagi aku laaa .. mak bapak kena creative & innovative ... sebagaimana creative & innovativenya dia mengorat pasangan mereka waktu bujang-bujang hehehehehe ..... ibu bapa yang punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk, sebenarnya cari masalah sendiri di masa depan ..... dalam kesibukan .. kita boleh cuba cara lain untuk dekati dan didik anak-anak, kalau balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,".

Ko orang tau tak, akibat tak selalu berkomunikasi dengan anak-anak leeer, ko orang sedar atau tidak , inilah yang menyebabkan anak derhaka".

KENDIAN ko orang kena ingat antara faktor dan ilmu yang penting anak-anak harus dilatih ialah sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. INSYAALLAH, dia akan taat pada mak bapak

Kalau nak suruh anak-anak buat kerja apa pun .... BOLEH tapi kena pertimbangkan kemampuan mereka ... Anak-anak boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah ..... biar akal, fizikal dan jiwanya stabil dan cukup rehat serta bersedia untuk melakukan kerja baru disuruh buat kerja. Jangan sampai ... anak balik sekolah, belum pun salin baju dan rehat dari kepenatan sekolah, kita terus suruh dia buat kerja ... JANGAN CAMTU .... yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

Kalau kita jenis panas baran, pemarah etc. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka"..inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Tapi kita tegur cam yang disarankan oleh arwah atok aku ...

OK lerrr ni, dah panjang meleret bebelan merapu meraban aku kali ni.

Aku nak gi cuci bilik chemo . Chow dulu

No comments: