Monday, February 18, 2008

Dialog Dengan Datin

Suatu hari ...

RrrrRrriiIIiiiiNNnNnGGG (bunyi henpon)

Aku : Hello. Assalamua'laikum

Caller : Wa a'laikumsalam, En XXXX ke ?

Aku : Ya, saya

Caller : Saya Datin KKKKK, saya mewakili Persatuan Datin2 GGGGGG, nak jemput ustaz utk beri ceramah agama sempena Israk & Mikraj. Waktu Ustaz beri ceramah Israk & Mikraj di Ma'had Ahmadi, Gemenceh tempohari, saya dan suami saya ada sekali. Termasuklah AJK Persatuan ada sekali.

Aku : ermmm ... ermm .... sebenarnya ....ermmm .... errmmmm ... nak tau tak ?

Caller : Tau apa ustaz ?

Aku : Saya bukan Ustaz hehehe

Caller : Tapi Ustaz kan yang beri ceramah Israk Mikraj kat Ma'had Ahmadi minggu lepas ?

Aku : Ya, betul tu .... TAPI ... saya bukan ustaz. Sumpah saya bukan ustaz. Saya tak pandai nak beri ceramah agama. Ceramah merapu pandailer kuang kuang kuang. Aritu saya dijemput oleh Ustaz Khidir, saya ingat untuk beri ceramah Panduan Belajar Berkesan, sebab periksa dah nak dekat. Bila dah duduk atas kerusi dalam dewan, baru saya dimaklumkan saya disuruh beri ceramah Israk Mikraj.

Caller : Tak apalah ustaz, yang penting Persatuan kami nak Ustaz beri ceramah Israk Mikraj untuk program persatuan kami. Seramai 300 ahli akan hadir bersama suami. Boleh ke tak ?

Aku : Tapi saya kalau nak suruh bercakap, mulut saya laser. Nanti saya laser kaw kaw tahap gaban, Datin & yang lain tentu tak suka saya nanti.

Caller : Untuk makluman Ustaz .... sewaktu mesyuarat, majority AJK, 100% nak Ustaz beri ceramah. Waktu kami merujuk latarbelakang ustaz di Pejabat Mufti, memang tiada masalah.

Aku : .. errmmm ... ermmm... ermm ... ok lah kalu cam tu ....TAPI ada syarat

Caller : Syarat apa Ustaz ?

Aku : Jangan panggil saya Ustaz .... saya bukan Ustaz ... penat saya belajar Farmasi bertahun2 sampai postgrad .... orang tak panggil saya Pharmacist, panggil saya ustaz lak ... Kendian ... saya ni orang jahat, tak layak dipanggil Ustaz.... nanti manaler tau ada sedara mara Datin gi melawat banduan kat penjara terjumpa saya meringkuk kat dalam. Wat malu jerk

Caller : baiklaaa Ustaz .......

DAN ..

Hari yang ditetapkan pun tiba .... di sebuah dewan di rumah seorang Tan Sri ...
Aku sampai kat rumah Tan Sri tu dekat kol 6.30 pm .... adalaaa beberapa orang Ustaz2 yang aku kenal di Pejabat Mufti & Ma'had yang hadir ... bila masuk waktu Maghrib .... pihak penganjur suh aku azan .... lepas tu kami solat Maghrib ... antara Maghrib & Isyak ... aku diminta membaca Burdah .... Masuk Isyak .. aku kena jadi muazzin ... lepas Isyak, bermulalah ceramah merapu aku, yang isi kandungannya macam emel merapu aku ni ....

Jam 9.00pm ... program ceramah bermula .... maka berceramahler seorang penjenayah yang jahat, bercerita pasal Israk & Mikraj....nak kata ceramah, tak gak ... sebab aku cuma bercakap sekitar 30 minit. Ceramah aku dimulakan dengan memperkenalkan diri aku .... SAYA NI BUKAN USTAZ, SAYA PHARMACIST. JADI JANGAN PANGGIL SAYA USTAZ .... bla bla bla ....

Walau themanya ISRAK & MIKRAJ ... aku rasa semua orang tahu amender Israk Mikraj ni .... JADI ... aku cuma sentuh secara ringkas, takrifan Israk Mikraj, serta peristiwa Israk Mikraj yang penting2 saja yang aku lihat banyak berlaku kat zaman kita sekarang ni ..... ANTARANYA ... mengadu domba ( melaga-lagakan orang ), dedah aurat, memfitnah .... SEBAB ... sewaktu Nabi SAW israk mikraj, Allah perlihatkan siksa2 di neraka bagi orang yang membuat dosa2 tersebut.

Walaupun aku merapu setakat 30 minit, TETAPI sesi soal jawab berlanjutan hingga program tamat jam 12.30 malam .. yang jadi isu panas di kalangan Mak Datin ni .... POLIGAMI .... DEDAH AURAT .... SUAMI YANG MINUM ARAK

Aku nak cite sikit pasal sessi soal jawab yang melibatkan Aurat ....................

Penanya : Isu aurat yang Ustaz sentuh ( walau dah diberitau jangan panggil aku ustaz... degil tul arrr ) ... Isu tu agak sensitif ... Kami ni golongan Datin .. nak juga nampak cantik, seksi, nak juga tunjukkan rambut ada kaler perang, berjambul, rebonding dan lain lain.

Aku : Nak tunjuk kat sapa Datin ?

Penanya : Kat masyarakat ler Ustaz. Khususnya orang lelaki. Orang lelaki kan ke suka perempuan cantik, seksi, vogue.

Aku : OOoOooo gitu ... abis tu, kalau lelaki tu dah tengok seorang perempuan tu cantik, dia jadi suka dan naik stim dan nak sentuh bahagian aurat yang terdedah tu, boleh tak ? Datin dedahkan leher dan dada sampai hampir nampak alur dada. Lelaki stim, dia nak ramas "bukit" datin. Boleh ke ?

Penanya : Ehh .. itu dah kira mencabul tu Ustaz

Aku : hehehe ... tak semua lelaki kuat iman .... saya yg dijemput utk cerita pasal israk mikraj ... saya bawa isu agar semua muslimah tutup aurat dengan sempurna .... saya sendiri mengaku terus terang kat Tan Sri, Dato', Puan Sri & Datin .. saya tak kuat iman ... saya org jahat ... Saya kalau orang dedah aurat lebih2 ... saya pun stim ... Orang yang beri ceramah suruh muslimah tutup aurat sempurna pun boleh stim dan teringin nak buat jahat kalau tengok pompuan dedah aurat ... lebih2 lagilaaa yang tak beri ceramah. Tak caya cuba try tanya Dato' dan Tan Sri yang ada ni .... saya yakin .. walau ada yang dah berumur 50 lebih ... 60 lebih ... tapi kalau nafsu dah terangsang, memang akan stim .... dia tak kira usia ....

Dewan riuh dengan gelak hadirin

Penanya : Tapi ustaz ... orang yang tutup aurat pun kena rogol, kena cabul. Cuba tengok tentera Amerika di Iraq & Afghanistan. Bila mereka dapat jajah negara tu saja, teruk perempuan Iraq & Afghanistan kena rogol. Sedangkan perempuan Iraq & Afghanistan semua tudung litup.

Dewan sunyi balik .... muka Tan Sri & Dato' dah serius balik ... muka Puan Sri & Datin lak cam muka welfare, menunggu jawapan, dengan harapan hujjah mereka mendedahkan aurat tu tak salah.

Aku : hehehe .... Datin, saya nak tanya Datin ... Dato' punya biznes hebat .. terutama bila dekat pilihanraya .... Dato' selalu kesibukan dan balik lewat ... inilah routine orang biznes ... Bila Dato' balik lewat malam jumpa client, apa perasaan Datin ?

Datin : Alaaah, jumpa client ke jumpa girlfren ? ( Dengan nada mengejek )

Dewan riuh balik dgn gelak

Aku : Hah .. Datin cemburukan ? ... Datin marahkan ?

Datin : Tentulah cemburu. Tentulah marah.

Aku : Kalau Datin marah, berani tak Datin serang face to face dengan dato'. Marah Dato' sebab dia balik lambat ?

Datin : Ustaz ni, nak suruh saya kena marah dengan Dato' ? Dato' tu panas baran. Nanti saya kena cerai, ilang title Datin.

Aku : So, untuk lepaskan marah, Datin marah kat siapa ?

Datin : Kat orang gaji, kat anak2, kat staff tempat kerja ....

Aku : Hah ... gitulah dengan orang jahat. Bila nafsu dah menguasai ... bila tengok orang dedah aurat ... lelaki yang dikuasai nafsu ni jadi stim ... nafsu dia tak boleh dikawal .... nak dia cabul orang yang dedah aurat ni dia tak berani, sebab nanti dia kena hukum, sebab orang yang dedah aurat ni kebanyakannya RAMAI jantan jalang yang nak kerjakan dia ... COMPETITOR BANYAK .... jadi dia carilah orang yang tak dedah aurat sebagai mangsa yang kurang competitor .... Orang lain dedah aurat, orang lain yang jadi mangsa perogolan, pencabulan dan pembunuhan. Macam juga kes Dato' & Datin. Dato' yang balik lewat, yang jadi mangsa kena marah ialah anak2, orang gaji dan staff. Jadi janganlah nak salahkan orang tutup aurat sebab kena rogol, tetapi salahkan orang yang dedah aurat kerana merangsang nafsu perogol.

Dewan riuh dengan tepukan Dato' & Tan Sri ... hehehe ... rasa cam battle of the sexes lak.

Aku : Kendian .... semua jangan ingat, tutup aurat ni ialah tutup rambut saja .... Ada orang dia pakai tudung tapi dia dedahkan bahagian dada .... Ada yang pakai tudung, tapi pakai baju tergantung nampak pusat ... Ada yang pakai tudung, tapi baju T-Shirt lengan pendek, nampak lengan yang gebu ..... Bagi saya, kepada yang pakai camni dan ingatkan aurat ni ialah pakai tudung saja, samalah dia macam burung ostrich ..... Burung ostrich ni, bila ada orang datang, dia akan sembunyikan kepala dia dalam pasir, tetapi peha dia terdedah. Tak caya, sila datang ke Ehsan Ostrich Farm saya kat Batu Kikir. Boleh tengok kat situ.

Kuang kuang kuang Dewan gamat balik

Aku : Sebab itu saya nak sebut antara tujuan Allah suruh kita menutup aurat dengan sempurna ialah :

1. Untuk membezakan antara manusia & haiwan. Haiwan, macam ostrich dia tutup kepala tetapi tak tutup peha.

2. Agar maruah wanita terjaga dan tak dicabul. Kalau adalah di kalangan kaum wanita kita dicabul, dicarut, terima panggilan telefon lucah, terima SMS lucah, itu adalah disebabkan aurat mereka tak ditutup dengan sempurna

3. Untuk membezakan antara umat Islam dan bukan Islam. Kalau cara kita berpakaian tak ikut cara Islam iaitu dengan menutup aurat secara sempurna, hilanglah syiar iaitu lambang yang menunjukkan kita ini orang Islam.

4. Untuk menunjukkan keindahan Islam kat penganut agama lain. Agama lain tak ada etika dalam berpakaian, sebab itu semua boleh telanjang kat tepi pantai.

5. Untuk menjaga kecantikan wanita agar tidak pudar. Islam meletakkan taraf wanita cukup berharga, macam emas. Emas kalau terdedah, dia akan teroksida, emas akan kelihatan kusam tak berseri. Begitulah wanita. Wanita yang sering terdedah auratnya, walau cantik camana pun, kalau kita perhatikan betul2, lama2, akan nampak hodoh juga. Hilang seri.

Datin : Tapi ustaz, don't judge the book by it's cover ..... ramai juga perempuan yang bertudung yang berzina, tangkap khalwat, tak sembahyang.

Aku : Datin sedang pegang pen kan ? (kebetulan Datin tu memang pegang pen)

Datin : Ya, saya sedang pegang pen

Aku : Pen yang Datin pegang kaler apa ?

Datin : Kaler biru.

Aku : Kali pertama Datin nampak pen tu, sebelum Datin menyentuh pen tu, macam mana Datin tahu pen tu kaler biru ?

Datin : Saya lihat kaler pada tutup pen tu. Kalau kaler biru, pen biru. Kaler hitam, pen hitam. Kaler merah, pen merah.

Aku : Gitu gak dengan pakaki tudung dan tutup aurat. Kalau nak kenal wanita yang soleh dan beriman, secara umumnya lihatlah amalan zahir yang nyata. Kalau boleh menjaga dan menutup aurat, insya-Allah mereka beriman. Oleh itu, pepatah orang putih "Don't judge the book by it's cover" , tak relevan.

Aku : Maruah seorang wanita terletak pada auratnya. Rambut adalah mahkota seorang wanita. Terus-terang saya nyatakan, saya pernah ditahan dalam lokap sebab buat lawak bodoh dalam mahkamah sewaktu sessi perbicaraan. Sewaktu dalam lokap, saya terpaksa pakai spender aje. Aurat saya terdedah. Bila saya menceritakan hal ini kepada isteri saya, isteri saya menangis terisak2. Bila saya tanya, MENGAPA ? Isteri saya kata, BUKAN DIA SEORANG SAJA YANG MELIHAT AURAT SAYA, ORANG YANG TAK BERHAK ATAS SAYA PUN DAH DAPAT MELIHATNYA.

Suasana dewan sunyi-sepi. Dah terasa emosi .....

Aku : Maruah seorang isteri tercabar & terhina bila aurat suaminya terdedah kepada orang yang tak layak melihat.

Maruah seorang suami tercabar & terhina, bila aurat isterinya terdedah kepada lelaki lain yang tak layak melihatnya.

Maruah mak dan ayah tercabar & terhina, bila aurat anak dara mereka terdedah kepada lelaki yang bukan muhrim.

Datin suka ke kalau aurat Dato' atau Tan Sri didedahkan kepada wanita lain yang bukan isteri-isterinya ?

Saya yakin, Datin tak suka.

Begitu juga dengan Tan Sri & Dato', mereka juga tak suka Puan Sri atau Datin mendedahkan aurat kepada lelaki lain.

Mengapa Tan Sri & Dato' tak suka isteri2 mereka mendedahkan aurat ?

Pertama, sebab mereka dapat rasa maruah mereka tercabar dan terhina kerana aurat isteri mereka, yang merupakan HAK MILIK KEKAL mereka, dapat di tonton oleh lelaki lain.

Kedua, sebab mereka sayangkan isteri2 mereka. Mereka tak mahu orang yang disayangi, yang dicintai mendapat azab Allah di akhirat nanti. Sebab antara azab siksaan yang akan dialami oleh wanita yang mendedahkan aurat di akhirat ialah kepalanya akan dibakar hingga hancur luluh. Orang yang sayang kepada isterinya. tak mahu isterinya susah menerima azab di akhirat.

Yang berhak ke atas seorang isteri adalah suaminya. HANYA suaminya saja yang berhak melihat auratnya selain anak2 dan mak & ayah serta saudara kandung.

Jika belum kahwin, yang berhak ke atas seorang wanita ialah mak & ayahnya serta yang menjadi wali kepadanya. Bukannya kawan2, bukannya boipren dan lainlain lelaki yang bukan muhrim ATAU PUN kawan2 pompuan.

Cara termudah untuk menilai maruah seseorang ialah cara berpakaian.

Kalau aurat terjaga, insya-Allah baiklah maruahnya. Sebab tu orang dulu2 nak pilih menantu dia tengok cara bakal menantunya berpakaian. Kalau aurat terjaga, sopan. Insya-Allah senang ler proses merisik dan meminang. Silap2 duit hantaran atau mas kahwin dapat diskaun hehehe

Kendian dalam menilai maruah seseorang, lihat juga dengan siapa dia berkawan. Kalau berkawan dengan orang yang tidak bermaruah, maka kita juga dilihat dan dinilai sebagai seseorang yang tidak bermaruah. Sebab itu kita boleh lihat, kalau seorang wanita, BARU dapat title Datin, dia akan tinggalkan dan berenggang dengan kawan lama yang TAK DATIN. Dia akan lebih banyak bergaul dengan mak-mak Datin yang lain. Sebab apa ? Sebab nak bagi kuat pengaruh keDATINannya.

Gitu gak dengan orang yang bermaruah. Kalau nak bagi kuat dinampak bermaruah, dia akan mencari kawan2 yang benar2 terserlah nilai maruah yang tinggi. Mereka akan berusaha menjauhi orang yang tidak bermaruah. Sebab apa ? Sebab orang yang tida bermaruah, bila2 masa boleh tikam kita dari belakang. Bila2 masa boleh memalukan kita. Sebab itu banyak terjadi, perkara2 yang sepatutnya menjadi rahsia, akhirnya menjadi bualan mulut orang ramai. Sebab apa ? Sebab terlalu percaya kepada orang yang tidak bermaruah. Akibatnya, diri sendiri yang malu.

Maruah Tan Sri dan Dato' pun tercemar. Akhirnya Tan Sri & Dato' cari bini baru sebab Datin dah cemarkan maruah Dato'. Inilah yang terjadi.

@@@@@@@@@@@@@@ END @@@@@@@@@@@@@

Walaupun yang baca ni, TAK SEMUA Datin, fikir-fikirkanler.

Jangan sampai kerana kita, maruah orang yang disayangi tercemar.

Orang yang sayang kat kita , tak mahu lihat kita susah di akhirat sebab itu dia tegur kesilapan kita.

No comments: