Monday, February 18, 2008

Coretan Kisah Cinta Di Bulan Ramadhan Part 2


Salam

Citer amender sini erk

Pejam celik, pejam celik ... dah 25 Ramadhan. Fasa ketiga Ramadhan sudah berada di pertengahan. Jadi aku nak ajak ko orang semua, sama-sama muhasabah diri. Fasa pertama Ramadhan yang menjanjikan rahmat dari Allah, apakah usaha yang telah kita lakukan bagi meraih rahmat Ilahi ? Fasa kedua Ramadhan yang menjanjikan keampunan, apakah pula usaha kita untuk menggapai ampunan dari Allah ? Kini kita berada di fasa ketiga Ramadhan yang menjanjikan pembebasan dari api neraka, apakah pula usaha kita di sisa Ramadhan yang berbaki lima hari saja lagi ini bagi merebut pembebasan dan kemerdekaan dari api neraka ?

Kalu ko orang tanya aku .... terus terang aku jawab ... banyak amal ibadah aku telah rosak sepanjang Ramadhan ini .... ... walaupun ... kita bercita-cita dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan ... namun disebabkan kealpaan dan kecuaian kita .. usaha kita menjadi sia-sia. TETAPI ... ini bukan bermakna kita boleh berputus asa .... Aku masih ingat pesanan arwah atok ku ... "putus asa tiada di dalam kamus orang beriman" ... maka bangkitlah kita semula dengan kudrat iman yang lemah milik kita untuk meraih rahmat, ampunan dan pembebasan dari api neraka di sisa lima hari Ramadhan yang bakal kita lalui nanti.

Begitulah hidup di dunia ini ... dunia merupakan dunia bala bencana dan ujian ... ujian bagi menguji keikhlasan hati orang yang beriman ... apakah ikhlas dalam ibadah atau pun ibadah yang dilakukan disusuli dengan rasa riyak dan sombong.

Bagi mereka yang ikhlas, beruntunglah hidup mereka. Jatuh dan bangun serta kepayahan mereka dalam usaha mereka menunaikan ibadah terutama di bulan Ramadhan dinilai oleh Allah di akhirat dan digantikan dengan kemanisan syurga yang abadi. Arwah atok aku juga pernah berpesan ketika aku mengeluh kerana kesukaran melakukan solat terawikh yang berjumlah 20 rakaat .... "Jalan menuju ke syurga penuh liku dan onak duri, kerana di depannya syurga yang manis".... bak kata pepatah orang putih ... No pain, no gain

Bagi mereka yang menjadikan sifat sombong dan riyak sebagai pakaian, malang dan rugilah yang empunya diri. Ibadahnya tidak diterima, yang diperolehi hanyalah penat, lapar dan dahaga serta sanjungan dan pujian manusia yang bersifat sementara. Paling malang, di akhirat, Allah sediakan tempatnya di neraka. Wal iyazubillah.

Tidak aku nafikan, di bulan Ramadhan, walau setan-setan di belenggu, nafsu di kekang, tetapi kehadiran orang fasiq, kafir harbi dan munafiq, banyak merosakkan ibadah kita. TAPI janganlah kita berputus asa dengan kerosakan yang dilakukan oleh mereka. Bangkitlah kembali dan teruskanlah amal ibadah kita. Bukan nilaian manusia yang kita inginkan, sebaliknya pandangan kasih sayang Allah yang kita dambakan. Gunakanlah 5 terakhir Ramadhan 1428 H ini sebagai titik tolak buat kita mendapat kasih sayang Ilahi.

Berikutan emel merapu aku tentang tajuk Coretan Kisah Cinta Di Bulan Ramadhan, sebenarnya banyak aku dapat emel dari orang2 yang aku tak kenal ... agak2nya ... ko orang ni erk gi forward emel merapu ni kat kengkawan ko erk ?

Ada yang emel kat aku dan kata : Senang betul ya awak dapat isteri. Saya dan bf saya macam-macam halangan dan masalah yang timbul.

Aku jawab : SAPA KATA AKU SENANG DAPAT BINI ? Ko orang tahu tak yang sampai sekarang, jangankan mertua aku, satu Kole Besut masih phobia dengan aku sebab angkara durjana yang aku dah buat masa kecik2 dulu .... Kalu sebut nama aku .... orang akan kata ... Cucu Embah Kassan yang gedebey tu ? .... etc ... Secara tak langsung, untuk aku memperisterikan Nicole Kidman versi Kole Besut tu menghadapi pelbagai masalah.... cuma aku tak cite kat ko orang jerk .... Bab Nicole Kidman tu suka kat aku belakang kira ... TETAPI ... bab nak suruh keluarga Nicole Kidman suka kat aku, tu yang adventurous tahap gaban .... memacam halangan dan memacam gak ler yang aku buat untuk make sure aku dapat kawen dgn awekz aku yang cam Nicole Kidman tu ... semua aku buat adalah ATAS NAMA CINTA ... cewaahhh romantik lak bunyinyer kuang kuang kuang

Setiap yang berharga ,bukan mudah dan senang untuk diperolehi ... Gitu gak dengan iman ... iman adalah harta yang paling berharga ... iman walau sebesar zarah mampu menyelamatkan dari api neraka ... begitulah nilai iman ... TETAPI jalan menuju ke arah keimanan amat sukar dan payah ... penuh liku , onak dan duri ...sebab dihadapannya syurga yang manis lagi abadi ... jadi kalau ko orang rasa .. hubungan ko orang dengan bakal suami/bini ko orang sukar dan payah ... MUHASABAHlah diri sendiri ... cek mana salah & silapnya ... MESTI ADA ... setelah bertemu salah dan silap, buatlah perubahan ke arah yang lebih baik ... mulakan dengan taubat dan perbaiki mutu kehidupan sambil berdoa & bertawakal kepada Allah melalui solat hajat & istikharah ... insyaAllah dipermudahkan Allah SWT

TETAPI ... kengkadang ... aku fikir2 balik ....

Kalaulah semua umat Islam ni CINTA TAHAP GABAN kat Allah sampai sanggup wat apa saja untuk Allah ATAS NAMA CINTA .... aku rasa tak akan ada musuh2 Islam yang berani kacau umat Islam. .... Jangankan musuh Islam kat Israel .. DON mengong yang muka cam biawak menopos tu pun tak berani nak kacau orang nak semayang ... tapi kita yang lemah iman dan kuat nafsu ni .. lebih suka bazirkan cinta kita kat awekz/mamatz ... KALAULAH ... awekz/mamatz yang kikta tangkap cintun tu boleh bimbing atau didik kita ke arah iman dan taqwa ok gak ... ni dia gi didik dan bimbing kita gi disko, panggung wayang, karaoke, tempat2 maksiat, malangler nasib dunia & akhirat ...

Sebab tu ... sahabat itu penting. Sahabat akan menasihati kita ke arah jalan keimanan. Mereka akan halang kita dari memusnahkan diri dengan perlakuan yang mengundang dosa dan murka Allah. .. Sempena Ramadhan yang bersisa 5 hari ni ... jomlah kita rebut cinta dari Allah, cinta yang hakiki lagi sejati ... Jangan kita bazirkan cinta kita kat orang yang hidupnya tonggang langgang dalam maksiat dan kemungkaran ... lebih-lebih lagi JANGAN kita sendiri yang jadi manusia yang tonggang langgang dalam maksiat yang jadi penyebab murka Allah... Akhir kata ........

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-NyaSyurga-NyaCinta-Nya

No comments: