Monday, February 18, 2008

Jangan Menjadi Lilin Tetapi Jadilah Seperti Bulan Part 2


Salam

Citer amender sini erk

Aku pernah bawak seorg awekz gi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru KL. Sambil tunjukkan bekas bangunan opis aku yang baru je berpindah dari Kampung Baru ke Bandar Seri Damansara.

Kat gerai Nasi Lemak Antarabangsa tu ... awekz tu tanya aku ... "Sedap ke makan kat sini ?" ... hehehe ... aku tak leh nak jawab .... SEBAB ... bagi aku semua yang aku makan rasa sedap berbanding makanan yang aku makan waktu kecik2 dulu kuang kuang kuang

Awekz tu pesan Nasi Lemak Sotong ... waktu dia pesan nasi lemak sotong .... dalam hati, aku teringat kisah zaman kanak2 aku ...........

Zaman kanak-kanak aku ...........sewaktu aku di darjah satu ....... aku ingat lagi ...... di rumah pondok buruk ayah aku ..... ada dua jenis beras yang disimpan di rumah kami ...... satu beras patah atau beras hancur atau beras reject ..... kedua beras yang bermutu baik ...

Nanti ada orang tanya .... apesal ada dua jenis beras ?

Aku jawab .... beras hancur/patah/reject tu adalah untuk makanan kami sekeluarga ... SEBAB ... beras tu murah. Beras yang biasa atau beras yang bermutu ... mak aku & akak aku akan bangun seawal jam 3am untuk menanak nasi lemak .... Pernah aku lihat mak & akak aku solat tahajud di sebelah dapur kayu tempat menanak nasi .......

Nasi yang ditanak dibungkus dengan daun pisang, dan selepas Subuh ... aku bersama dua abang aku akan menjinjing dua bakul berisi nasi lemak setiap seorang .... dan kami akan menjaja ke seluruh kampung .... gitulah routine hidup kami adik beradik ... alhamdulillah ... mujur kami bersekolah petang.

Kesimpulannya ... beras patah/hancur/reject adalah utk makanan kami sekeluarga .... sementara beras yang biasa adalah untuk dijadikan nasi lemak untuk jualan.

JADI ... bila awekz tu tanya aku ... "Sedap ke makan kat sini ?" ... aku tak jawab ... cuma senyum jerk .... bagi aku makanan yang aku makan sejak aku dewasa ni lebih sedap dari makanan aku sewaktu zaman anak2 ....

Pernah aku tanya kat arwah atok aku : "Apesal mak & akak buat solat tahajud tepi dapur kayu ?"

Arwah tok aku jawab : Sebab rumah kita kecik, dapur tu saja tempat yg sesuai utk mereka beribadah, lagi pun sebelah dapur. Senang sikit nak tengok2 nasi yang ditanak agar tak hangit.

Aku tanya lagi : Apesal nak susah2 wat solat tahajud sewaktu memasak ? Tak boleh ke kalu tak yah solat ? Tahajud tu kan sunat jer ?

Arwah Tok Aku jawab lagi :Ada tiga solat sunat yang Rasulullah SAW tak pernah tinggalkan .... Solat Dhuha, Solat Tahajud dan Solat Witir .... Walaupun ianya amalan sunat aje, tapi di situ letak kasih sayang Allah pada kita. Lagi banyak amalan sunat kita buat, lagi sayang Allah kat kita. Bila Allah sayang kat kita, urusan kita dunia & akhirat akan dipermudahkan.

Aku tanya lagi : Jadi kita kenalah ikut apa Nabi buat ?

Arwah Tok Aku : Kalau kita nak berjaya, kita kena ikut cara orang yang sudah berjaya. Sejak Nabi Adam AS hinggalah sekarang, orang yang paling berjaya ialah Nabi Muhammad SAW. Jadi ikutlah cara Nabi Muhammad SAW. Nabi buat benda sunat, kita pun buat juga. Nabi tinggalkan perkara haram, kita pun tinggalkan juga ... bla bla bla

Aku : Kalau kita ikut cara selain cara Nabi lak camana ?

Arwah Tok Aku : Selain cara Nabi, tidak menjamin sebarang kejayaan di dunia mahu pun di akhirat. Lebih-lebih lagi jika kita ikut cara orang yang kita lihat telah gagal dan bermasalah di dunia lagi. Bagaimana seorang yang mempunyai masalah didunia boleh menjamin kejayaan hidup di akhirat ?

............. END ...........

Gituler antara nasihat arwah atok aku yang masih aku ingat di zaman kecik aku.

Kita kalau nak berjaya .... kenalah ikut cara dan nasihat orang yang sudah berjaya.

Kita kalau nak ditimpa masalah ..... ikutlah cara dan nasihat orang yang ada masalah keliling pinggang.

Nanti ada orang tanya .... ada ke orang yang nak ditimpa masalah sampai cari orang yg bermasalah sebagai penasihat ?

Aku jawab .... ADA ... dan ada juga orang yang tak pandai mencari kawan .. TERSILAP menjadikan orang yang banyak masaalah sebagai penasihat ... akhirnya masalah yang dia hadapi semakin kompleks .......

Gitulah yang aku nampak dalam dunia hari ini.

Aku pernah lihat satu insiden di NCI ....

Nenek Janda Gersang : Awak tau tak BJ (nickname staff tu), you punya X-Nurse Manager telah promote MRS P untuk naik pangkat dan gaji. You tak dapat apa pun.

Selepas menerima berita yang tak tahu kebenaran dan kesahihan, BJ tu pun terus melenting. Tanpa usul periksa, BJ tanamkan rasa dendam & benci dikalangan staff kepada MRS P. Antara penerima fitnah dan gossip yang dia buat adalah diri aku.

Alangkah bermasalahnya BJ. Kasihan MRS P difitnah oleh seorang yang sama warna kulit, sama bangsa, sama agama. Berjayalah cita2 Nenek Janda Gersang melaga-lagakan staff.

Kalu aku jadi X-Nurse Manager tu, perangai macam tu, memang patut tak di promote. Tak patut dinaikkan pangkat dan tak patut dinaikkan gaji. SEBAB seorang yang bermasalah seperti BJ memang patut TAK dipromote.

Pernah aku ditanya ....

Penanya : Tau tak ada orang dah lihat dan dah baca LOG BOOK Encik XXXX

XXXX : Aku mana ada LOG BOOK dan tak pernah ada log book. Log Temperature peti sejuk Clinical Trial adaler kuang kuang kuang

Penanya : ADA, jangan nak tipu. BJ bagitau saya dia dah lihat dan dah baca. Dia siap bersumpah dengan nama Allah. Dalam buku log encik Suhaime semua ada tulis apa en XXXX beli dan tarikh pembelian.

XXXX ... dalam hati mengucap panjang ....

XXXX mengucap panjang bukan sebab XXXX difitnah .... tetapi .... SEBAB ..... BJ berani bersumpah dengan nama Allah untuk MEMBUAT FITNAH.
Apa yang aku belajar, antara perkara yang boleh membatalkan syahadah atau murtad ialah melakukan sumpah dusta dengan nama Allah.

Sebab itu walau banyak emel yang aku terima minta aku cerita pasal benda2 kerohanian, benda ghaib .... aku tak mo citer ... SEBAB .. asas Fardhu Ain ramai yang tak lulus. Aku lebih suka menceritakan sesuatu yang kita boleh amal kat dunia ni untuk persiapan kita kat akhirat.

Dalam Islam .... ada 3 ilmu yang WAJIB dipelajari ... Tauhid, Feqah & Tasauf

Tauhid .. ilmu utk mengenal Allah & Rasulullah .. berhubung kait dengan keimanan ... Ilmu ini membicarakan persoalan rukun Iman serta rukun Islam dan cara-cara nak jadi orang Islam. Kalau tak belajar ilmu Tauhid, aqidah sebagai seorang Muslim TAK SAH. Dalam ertikata lain, orang yang tak tahu Tauhid aqidah Islamnya tak sah dan dia sebenarnya adalah KAFIR. Dalam ilmu tauhid juga membicarakan perkara2 yang membatalkan keislaman dan aqidah seseorang atau nama ringkasnya ialah MURTAD. Antara perkara yang membatalkan syahadah atau MURTAD, ialah BERSUMPAH DUSTA ATAS NAMA ALLAH.

Orang murtad, hukuman yang telah Allah tetapkan ke atasnya jika tidak mahu bertaubat ialah di pancung kepalanya. Kalau dia bertaubat, WAJIB baginya mengucap syahadah semula serta mengQADAK semula, semua solat wajib, puasa wajib, zakat fitrah wajib sejak dia baligh hinggalah tarikh dia murtad. MAKNANYA, kalau dia baligh umur 12 tahun, dia murtad umur 38 tahun. Dia kena qadak balik solat, puasa, zakat fitrah selama 26 TAHUN termasuk fidyahnya sekali.

Bukan itu saja. Jika murtad, hubungan perkahwinan juga terbatal. Jatuh talak dengan sendiri. Kalau seorang isteri, sebab mulut dia macam mulut C!P@P dia yang berkayap kematu lagi gersang. Dia ikut sedap mulut bersumpah dusta atas nama Allah. Jatuh MURTAD. Secara tak langsung dia terjatuh talak dengan sendiri. Kalau dia masih bersama dengan suaminya sebelum dia taubat dan ucap dua kalimah syahadah, dia telah BERZINA. Kalau hasil persetubuhan dengan lelaki yang hakikatnya bekas suaminya menghasilkan anak, anak tersebut adalah ANAK ZINA DI LUAR NIKAH.

Jadi kepada BJ, aku harap ko timbangkan dan muhasabahlah diri ko, camana Islam ko sekarang. Kalu ko rasa ko dah murtad, perbaharuilah syahadah ko. Ko tobat dan ko qadak ler balik solat, pose & zakat fitrah. Bukan tu aje, ko & laki ko kena diijabkabulkan semula dengan adanya wali, saksi serta rukun nikah yang lain untuk ko bersetubuh dan merasa inzal dengan laki ko. Kalu ko tak mo kat laki ko, aku rasa Si Bongok gila talak yang jadi tempat ko cari idea membuat berita gosip serta melaga-lagakan kawan sendiri, bersedia memberi perkhidmatan kepada ko.

Sebab itulah agaknya, si BJ ni, hidupnya ditimpa pelabagai masalah. Keter eksiden berkali2. Wallet hilang berkali2. Sakit datang berkali2. Kena maki dgn DON, Doctor berkali2. Duit kena tipu berkali2 .... mungkin ..... SEBAB .... Allah dah benci kat dia kat dunia ni ... Allah datangkan 1001 macam masaalah kat dia kat dunia ... sebelum Allah belasah kat akhirat.

Sebab itu ... kalu kita ingin berjaya ... carilah penasihat dari orang yang sudah berjaya.

Bukannya dari orang yang bermasalah seperti BJ atau Si Bongok.

Orang yang hidupnya sendiri kita boleh lihat banyak masalah, mana mungkin dia mampu menasihati kita keluar dari masalah. Masalah dia sendiri dia tak mampu nak uruskan.

Dan aku yakin, yang membaca emel merapu aku ni semua sudah baligh dan mumayyiz berakal. Gunakanlah ilmu dan nikmat yang Allah telah anugerahkan untuk mencatur hidup kita sendiri. BUKANNYA menjadikan manusia2 durjana yang bermasalah, menulis skrip jalan cerita hidup kita.

Kalau ditanya pandangan aku tentang BJ, apakah BJ ini bulan atau lilin ?

Maka aku akan menjawab ..... BJ ni bukannya bulan, bukan juga lilin ... SEBAB dalam hidupnya, dia tak pernah memberi sinaran walau sekelip kerdipan cahaya lilin. Dia hanya layak menjadi arang kayu, untuk dibakar menjadi abu. Begitulah tamsilan atau bidalan orang yang sepatutnya menjadi bahan bakar di neraka, menjadi arang kayu adalah yang terlayak baginya. Melainkan dia bertaubat.

Nanti ada orang tanya aku .... BJ tu amender .... maka aku jawab BJ tu ialah Betina Jalang.

Fikir-fikirkanler

No comments: