Monday, February 18, 2008

Terkonang Ramadhan 2007 (Malam Tadi)

Salam,

Ko orang dah sahur ke lom ?

HAH !!!! Baru nak sahur ? .... Ko gilo ko ..... aku baru jerk abis solat Subuh, ko orang baru nak sahur ??? ... hehehe

OK kita seryes sikit ........

Ramadhan tahun ni ... kita dikejutkan dengan penemuan mayat budak dalam bag yang akhirnya disahkan sebagai Nurin Jazmin ... AL FATIHAH.

Kengkadang .... aku bila dengar tentang berita-berita kematian ni .... aku akan terkenang kat sahabat-sahabat aku yang setia yang dah lama kembali ke rahmatullah. Ada di antara mereka jadi arwah sewaktu menyambut Ramadhan. Sebab tu kengkadang ... bila aku drive sorang2 balik umah dari NCI ke Tampin ... bila terkenang sahabat-sahabat aku yang dah arwah ... ngalir gak air mata aku dalam keter .....

Sewaktu zaman "gelap" aku dulu, sahabat-sahabat aku tu semua iaitu : madie, tekeng ( mati eksiden merempit - Al fatihah ), jijoi, ajis ( mati overdose dadah - Al Fatihah ), shukri, sabri, wak din, isham, wak sir, pat ( dia ni mati sebab HIV - Al Fatihah ), shek (ni pun mati sebab HIV - Al Fatihah ), atok bim ( ni pun mati sebab HIV - Al Fatihah ), jalil, fendi , terlalu setia dengan aku sehingga sanggup menanggung risiko semata-mata tak mahu aku kena belasah dengan gangster Cina kat Penang dulu. Dulu walaupun kami outnumber .... 14 VS 47 ..... tapi mereka sanggup berdiri dibelakang aku .... walau mereka sedar perbuatan mereka hanya mengundang nahas .... semuanya demi persahabatan ...... sebab itu aku tak segan silu untuk setia kepada mereka.

Aku pernah dapat emel tanya kat aku .... "waktu ko menyetan dulu, apa jenayah yang ko tak buat ?"

Aku jawab balik ..... yang aku tak buat .... 1. Aku tak tinggal sembahyang ...... 2. Aku tak tinggal puasa .... 3. Aku tak minum arak ..... 4. Aku tak zina ......

Ko orang tau tak ???

Rempit yang ada sekarang ni .... tak ler sehampeh zaman aku kat Penang dulu.

Ko orang tau tak ? Dulu kat Penang ... memangler syurga judi haram pulau tu ... syurga kongsi gelap Cina .... situ gak syurga Dragon Race .... Hong Kong malii .... Taiwan malii ... Siam malii ...etc

Dragon Race ni apa ?

Kalu ko masuk dragon race .... ko akan diberi sebijik moto ... ko berlumba ... start dari Teluk Bahang ko kena redah bukit bukau kat Balik Pulau malam2 buta .... sampai ke Bayan Baru .... dari Bayan Baru .... ko tukar dari moto ke kereta .... ko race keter dari Bayan Baru sampai Padang Kota ..... kendian ..... dari Padang Kota .... ko akan dibawa ke Bukit Mertajam utk masuk gelanggang maut .....

Amender gelanggang maut ? .... Ko tgk movie bloodsport ? .... lebih kurang cenggitu ler

"Ayam sabung" ni akan dibela oleh tokey2 Cina .... Tokey Cina akan beri apa jerk kat "ayam sabung" dia ni yang penting .... tiap kali race ...menang .... gitulerr lebih kurang skrip jalan citer.

2 minggu lepas , Pak Ali yang jadi deliveryman lori Zuellig Pharma menghantar barang ke Farmasi. Waktu tunggu DO ditandatangan & di cop, Pak Ali cakap kat aku.

Pak Ali : En Suhaime, lori Zuellig kena hijack lagi. Dua orang mati kena tembak dengan perompak.

Aku tengok aje muka kat Pak Ali... tak kata amender pun

Pak Ali : Kalau En Suhaime kerja lagi dengan Zuellig, saya rasa orang yang hijack tu yang mati. KUANG KUANG KUANG .... ( Pak Ali gelak ) .... Aku... senyum ajelaaa ... dalam ati aku .... orang tua ni perli aku lagi .... mujorlerrr bulan pose ... kalu tak .... boleh aku ajak pekena teh tarik kedai kak bibah .... hehehe

Gitulerr bila jadi pharmacist yg ada lesen import export ... risiko dgn penyangak ... tapi orang ramai tak tau ... dia org ingat senang kije pharmacist ni

Susah sebenarnya hidup ni, kengkadang kita tak mo bunuh orang, tapi orang lak yang gatal2 suruh kita bunuh ... lastly .... turun naik mahkamah ... keluar masuk penjara ..... hehehe

Tapi sempena Nuzul QUran yang bakal menjelma nanti ... aku nak ajak ko orang semua tinggalkanlah citer zaman gelap zulamat jahiliah ... sebaliknya ..... kita beralih ke arah citer zaman cahaya keimanan.

Sedar tak sedar ... kita dah masuk fasa kedua Ramadhan .... 10 hari pertama yang menjanjikan rahmat sudah berlalu ... kita masuk ke fasa 10 hari kedua yang menjanjikan keampunan ... isshhhh banyaknyerrrrr dosa aku Ya Allah ....

Berlalu sudah 10 hari pertama di Madrasah Ramadhan 1428H. Bermula pula 10 hari fasa kedua di Madrasah Ramadhan 1428H. Fasa yang dijanjikan keampunan oleh Allah SWT buat hamba-hamba NYA yang memohon keampunan. 13 hari di Ramadhan 1428H yang telah kita lalui bersama sepatutnya telah meninggalkan banyak kenangan dan tarbiah buat diri kita. Dan seperti tahun-tahun yang sudah 17 Ramadhan merupakan satu lagi tarikh keramat buat kita kerana sambutan Nuzul Quran.

17 Ramadhan bukan sahaja meletakkan kita di pertengahan fasa kedua Ramadhan yang menjanjikan keampunan. 17 Ramadhan juga merupakan tarikh keramat buat umat Islam yang menjadikan Allah SWT sebagai tuhan yang hanyasanya layak untuk disembah. Kerana 17 Ramadhan bermula Al Quran mula diturunkan.

Al Quran yang terkandung didalamnya ayat-ayat yang menyatakan Halal, Haram, Muhkam, Mutasyabihah dan perumpamaan. Yang menjadi sumber hukum dalam kehidupan umat manusia yang ingin menjadikan diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa.

AL Quran adalah wahyu yang telah di datangkan kepada Rasulullah SAW daripada Allah SWT dengan perantaraan malaikat Jibril, dan kemudian dikumpulkan menjadi sebuah kitab. Kandungan Al Quran itu sendiri dipelihara oleh Allah SWT daripada perubahan dan kehilangan. Turunnya Al Quran secara sedikit demi sedikit dalam tempoh 23 tahun.

Sesetengah ulamak berpendapat ayat ke 3 dari surah Al Maaidah merupakan ayat yang terakhir diwahyukan Allah kepada baginda Rasulullah SAW.

" Pada hari ini AKU (ALLAH) telah menyempurnakan agama mu, dan dengan itu aku telah menyempurnakan nikmat KU kepada kamu, dan AKU redhalah bahawa Islam itu agama bagi kamu " Ayat 3 : Al Maaidah.

Al Quran mukjizat yang teragung dan terulung buat baginda Rasulullah SAW. Di dalamnya terkandung setiap jawapan kepada setiap persoalan yang membabitkan kemaslahatan masyarakat. Di dalamnya terkandung garis-garispanduan dalam pembentukan jiwa khalifah Allah di muka bumi dalam menuju ke negara yang kekal abadi. Di dalamnya juga terkandung penawar bagi penyakit. Dan di dalamnya juga terkandung ayat-ayat penghibur dan penyubur jiwa buat orang mukmin serta terkandung juga ayat-ayat ancaman buat golongan musuh mukmin.

Susunan ayat-ayatnya yang indah dan irama taranum bertabaqat menjadikan sang pembacanya asyik masyuk dengan alunan yang hiba dan mendayu walau pun sang pembacanya tidak memahami apa yang dibacanya. Namun keindahan Al Quran bukan hanya sekadar untuk dinikmati oleh yang mendengarnya, sebaliknya ianya menagih agar Al Quran dijadikan sumber hukum yang wajib untuk dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan.

Andainya keindahan Al Quran terserlah tatkala ayat-ayatnya dibaca, apatah lagi seandainya Al Quran itu diamalkan ayat-ayatnya di dalam kehidupan. Maka akan terserlahlah keindahan dan ketenangan dalam kehidupan. Akan lahir para mukmin yang hidup untuk memburu syahid. Akan lahir para murabbi yang mentarbiah masyarakat. Akan lahir khalifah yang memperhambakan diri kepada rakyat. Akan lahir rakyat yang menjadikan negaranya aman makmur serta mendapat ampunan Ilahi.

Selain Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, Allah juga menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa AS, kitab Zabur kepada Nabi Daud AS dan kitab Injil kepada Nabi Isa As. Maka wajiblah kita mempercayai, mengimani bahwa keempat-empat kitab itu datangnya dari Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul-NYA.

Kat ko orang yang baca emel merapu aku ni .............

Munculnya 17 Ramadhan bukan sekadar menjadi peringatan bahwa turunnya Al Quran, tetapi ianya juga sebagai petanda bahawa sudah 17 hari kita melalui Ramadhan yang mulia ini.

Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menilai keberkesanan tarbiah yang sedang kita lalui bersama. Apakah tarbiah yang kita lalui bersama ini memberi bekas ke atas diri kita. Di fasa kedua Ramadhan, dijanjikan oleh Allah akan keampunan dan maghfirah. Sejauh manakah kita mengalirkan air mata taubat kita untuk merebut janji Allah yang sememangnya pasti ini ? Sejauhmanakah kita berusaha memohon ampunan Allah dan berusaha meninggalkan dosa dan maksiat yang menjadi pakaian hidup kita ?

Ramadhan yang menjelang menjanjikan 1001 macam jenis tarbiah dan kesedaran. Di bulan yang penuh barokah inilah syaitan-syaitan di belenggu dan nafsu-nafsu dikekang. Sayugialah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menimba ilmu dan pelajaran dari madrasah Ramadhan yang yhanya muncul sebulan dalam setahun.
Antara tarbiah yang seharusnya dijadikan pakaian hidup ialah sifat "empathy", merasakan kesusahan dan penderitaan manusia yang lain di dalam diri kita. Kesukaran menahan lapar dan dahaga. Juga menahan kemahuan duniawi. Tarbiah di madrasah Ramadhan ini seharusnya berjaya mendidik kita untuk merasai penderitaan dan kedaifan insan lain yang kurang bernasib baik dari kita. Sifat ini tidak akan dapat dirasai seandainya kita menjalani ibadah puasa tanpa ada rasa tawaddhuk dan hina diri kepada Allah. Seandainya dalam timbangan perasaan kita, Ramadhan yang ke 13 ini masih belum berjaya menjadikan kita insan yang tawadhuk dan empathy, maka usahakanlah dengan segera agar sisa-sisa baki Ramadhan 1428H ini dapat dimanfaatkan untuk mendidik hati kita. Kerana kedua-dua sifat inilah yang bakal membantu kita mengungkai dua sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita iaitu sifat ujub dan riyak.

Sifat mazmumah ujub dan riyak inilah yang menghalang kita untuk berlaku tawadhuk dan rendah diri sesama manusia. Sifat mazmumah inilah yang menjadikan diri kita merasa diri suci bagai insan yang telah dijamin syurga lantas kita memandang hina dan berburuk sangka kepada manusia yang lain. Sifat mazmumah inilah yang menjadikan kita tertipu dalam ibadah kita. Dan yang paling malang , sifat mazmumah inilah yang bakal menjadi asbab untuk kita dicampakkan ke dalam neraka. Wal iyazubillah.
Kepada ko orang yang ikhlas nak bersahabat dengan aku yang jahat ni. Aku hargai persahabatan ikhlas ko orang. Mungkin Idilfitri yang bakal menjelang 17 hari lagi ni akan kita sambut dengan gelak hilai tawa anak-anak, saudara-mara, handai taulan. Tetapi ingatlah, dalam kegembiraan dan kesenangan kita meraikan hari lebaran sambil diulit dendangan takbir raya, selawat dan marhaban. Masih ada diantara kita yang meraikan hari lebaran dengan kesedihan dan kesyahduan. Kehidupan mereka yang daif, serta perginya insan yang tersayang, menjadikan hari lebaran merupakan hari yang hambar.

Malah tak mustahil jika aku katakan, hari lebaran merupakan hari kesedihan dan tangisan buat mereka. Kerana di hari itulah kenangan bersama insan tersayang datang mengundang. Sang isteri terasa kekosongan dan anak-anak hilang tempat bermanja.

Terus terang aku katakan .... aku memang seorang yang sukar nak menangis atau menitiskan air mata ... sebab apa ? ... entah aku pun tak tau ... ego kot ? ... keras hati kot ? ... aaaahhhh lantaklah .... TETAPI ... sejak aku bercampur-gaul dengan anak2 yatim dan miskin kat madrasah tu .... banyak tol air mata aku yang mengalir .... kengkadang ... bila aku rasa susah .... aku gi lepak jap kat madrasah ... sesambil dengar budak2 tu bersembang ... baru aku tau yang kesusahan aku ni sebenarnya tak seberapa teruk ... ada lagi orang yang lebih susah dari aku sebenarnya ....

Malam tadi .... selepas berbuka kat NCI ... lepas solat maghrib aku terus drive balik Tampin ... on d way balik .... aku call bini aku .... aku cakap kat Nicole Kidman kat umah aku tu ... aku nak tido kat madrasah & hanya akan balik selepas sahur .... dan seperti biasa ... aku bacakan beberapa potong ayat Quran utk bini aku ... kemudian bini aku pass telpon kat anak2 aku .... dan aku terus menuju ke madrasah ... Jam 11.15pm ... aku sampai ke madrasah ... semua dah gelap ... budak2 dah tido .... Ustaz warden yang sambut kedatangan aku ... aku suh dia balik rumah dia layan bini .. aku kata aku nak tido kat situ ... terus aku menuju ke ruang belajar hafazan madrasah dan menunaikan solat isyak & terawikh sorang diri dalam gelap ... terus tidur ...

Jam 3am .... aku terjaga dan dapati ... dalam gelap ruang belajar ... ada kelibat beberapa pelajar tengah qiamul lail ... mereka tak sedar ... aku ada bersama mereka kat ruang hafazan tu .. dan yang paling menghiris hati aku ... aku terdengar rintihan salah seorang dari mereka bermunajat kepada Allah di malam Ramadhan .... rintihan dia lebih kurang begini (apa yang aku ingat ) ....

"Ya Allah ... aku ini yatim ... besarnya aku tanpa kenal wajah ibu & bapa ku ... besarnya aku hanya mengharapkan ihsan simpati orang lain ... namun begitu Ya Allah, kau ampunilah dosa kedua arwah ibu & bapa ku walau mereka tidak membesarkan aku ...

Ya Allah ... amat besar kekuasaan MU dan amat kasih sifat penyayang MU ... walau ibu & bapa ku telah kembali di sisi MU ... dengan ihsan dan Maha Pemurahnya MU ... KAU berikan aku tempat berteduh di sini untuk ku belajar matlamat hidup ini

Ya Allah ... aku ingin dibelai oleh ibu & bapa ku .... aku ingin bermanja dengan ibu & bapa ku ... aku ingin ... mendengar hilai tawa ibu & bapa ku ... aku ingin mengucup dahi dan tangan ibu & bapa ku ... namun iradah MU mendahului kehendak ku ... begitulah kekuasaan MU ... dan aku yakin percaturan MU itulah yang terbaik buat insan kerdil yang lemah seperti ku.

Ya Allah .... walau KAU jemput ibu & bapa ku sejak kecil ku ... aku redha ... kerana aku yakin mereka lebih KAU kasih .... agar mereka berada di sisi MU ... agar mereka KAU ampuni dan KAU kasihi

Ya Allah .... aku amat merindui ibu & bapa ku ... bila aku KAU jemput untuk menemui MU nanti .... KAU pertemukanlah aku dengan mereka di syurga MU ... agar dapat ku balas jasa mereka kerana melahirkan ku

Ya Allah ... aku rindu pada ibu & bapa ku ... kau ampunilah mereka ... kau kasihilah mereka ... kau muliakanlah mereka dan letakkanlah mereka bersama-sama barisan para kekasih MU ........ "

Begitulah antara rintihan munajat salah seorang anak yatim di madrasah tersebut ... sedar tak sedar ... pipi aku basah dengan linangan air mata ku ...

Jadi, marilah kita bersama-sama membuktikan sifat ukhwah Islamiah yang sering kita canangkan dan perkatakan di sama ada di email, dalam sembang2 kita dan perbualan kita. Buktikanlah rasa ukhwah Islamiah ini wujud dalam diri kita. Hulurkanlah bantuan dan sedekah jariah buat mereka, agar kedukaan mereka terubat sedikit dengan rasa kasih sayang ukhwah yang ko orang semua tunjukkan.

Sekian, selamat menempuh Ramadhan 1428H semoga beroleh ijazah cemerlang di madrasah Ramadhan.

Buat sahabat-sahabat ku yang telah pergi mengadap Ilahi ... aku nukilkan coretan ini sebagai kenangan ku ..........
Where there is a right there is no wrong,I always thought we were so strong,but our time just flew by,there wasnt a chance to say goodbye.Am so confused,I feel all aloneDeep in my heart, I know Allah has called you home.But yea your smile still lingers in my mind,and yea its so hard i just break down and cry.I remember the time our friendship was strong,I remember your eyes find a way to melt my heart,Most of all I remember your smile.Some times I lie awake at night the pain in my heart,I just cant find why did you have to go away,Yet i know none of us can stay you will always be so special to me.In the world you will always live as a memory,but yea your smile still lingers in my mind, and yea its so hard i just break down, and cry I remember our freidnship was strong,I remember your eyes find a way to melt my heart.Most of all I rememeber your smile..

AL FATIHAH kepada ibu & bapa kita yang telah pergi mengadap Allah juga kepada sahabat-sahabat kita yang juga telah ke rahmatullah .............

No comments: