Monday, February 18, 2008

Cintakan Anak Yatim

POSTO .... POSTO ...

Suatu malam ..... Di malam jumaat yang lalu ..... (wei ini bukan citer dalam kelambu arrrr ..... mentang2 malam Jumaat ..... benda tu jerk ko ingat erk .....

Jam baru kol 9.15pm ..... Sambil nak tunggu kol 11pm untuk meeting AJK Madrasah ..... Kami ON kan TV dan tengok Akademi Al Quran di TV9 ..... BESSTTTTTTT ..... sesambil menonton ..... kami bersembang .....

Hj Brahim : Mie, awak ingat lagi tak waktu mula2 awak sampai Tampin, Cikgu sekolah SKT cukup marah kat awak, Sebab tak hantar anak ke kelas IQRA

Aku : alaaa aji , saya lebih selesa dengan kaedah tradisional , Al Baghdadi , Cuba tanya peserta Akedemi Al Quran . Berapa percent yang terpilih tu , belajar Quran guna IQRA ? Saya jamin semua tu tak belajar IQRA .. hehehe

Hj Hashim : sebenarnya, kaedah blajar Quran ni ada berapa cara ?

Aku : satu cara jerk , yang IQRA tu benda baru . orang wat thesis kat universiti, tengok budak yang belajar cara tu cepat membaca, TAPI, setakat membacalaa. sebab konsep IQRA ni dia menghafal rupa perkataan BUKAN memaham. Macam konsep Flash Card. Sebab tu kaedah Al Baghdadi secara talaqi, dia tekankan pemahaman konsep sifat huruf, sebutan makhraj, tajwid, taranum, qiraat ..... bla bla bla ..... ( cehh aku dah perasan cam best jerk, mementang orang2 tua tu tak belajar mender2 ni )

Hj Brahim : Ada lagi ke kaedah yang lebih pantas dari IQRA ?

Aku : ada .. lepas IQRA keluar lak kaedah AL BADAR . kaedah Al Badar , dia guna lagu untuk mudahkan menghafal...... orang yang tak pernah belajar Muqaddam atau Quran, kalau guna kaedah Al Badar , 3 bulan dah boleh baca macam IQRA. Lepas tu ada lak kaedah AN NUR. An Nur lak dalam masa seminggu ..... kendian muncul lak Al Barqy ..... blabla bla ( aku bebel kat dia orang lagi )

Cikgu Yosri : kaedah Al Baghdadi ni camana ?

Aku : senang jerk . yang kita belajar style tradisional tu lerr. Memula guna muqaddam Diajar mengenal huruf dan kenal sifat huruf . Lepas tu kenal baris. Lepas tu baca surah-surah juz Amma dalam muqaddam agar lancar. Bila dah lancar , baruler beralih ke Al Quran. Bila start baca Al Quran, ustaz akan slow-slow ajar ilmu tajwid. Bila dah boleh kuasai tajwid, baru belajar muqaddimah ilmu Taranum. Nak belajar muqaddimah ilmu taranum, biasanya ustaz akan guna kitab Berzanji. Ilmu taranum ni bukan aje ilmu lagu dan suara, tetapi juga ilmu pernafasan. Cara nak kontrol nafas untuk melagukan bacaan Al Quran. Dalam ilmu taranum, kalau boleh kuasai 7 tabaqat nada suara , itu kira power tu. Mawi, suara dia pecah dan suara dia tabaqat kedua pun tak lepas. Tabaqat ni ialah tingkatan-tingkatan nada suara. Jadi dalam berzanji, murid dikenalkan kepada ilmu taranum yang mudah-mudah cam Siqah, Duqah, Raghbi, Rast dan Hijjaz. Kendian dalam Berzanji zaman sekarang, adalak yang kacuk-kacukkan lagu-lagu tu, sampai ada jadi Rast Al Masri, Siqah Al Yamani etc. Bila dah lancar taranum berzanji, baruler diajar taranum Al Quran cam Bayyati, Siqah, Soba, Hijjaz, Jiharkah dan Nahwand. Bila dah boleh kuasai ilmu taranum, baruler belajar Qiraat. Qiraat ni maknanya wajah, rupa bacaan , satu ayat tu boleh dibaca dengan pelbagai rupa ..... Bla bla bla bla ..... (aku bebel kat dia orang)

Ada orang tanya aku pasal kelas Berzanji dan Taranum , ada orang minta aku buat kat Nilai ni. Dulu pun ada Ustaz Mazlan, Imam Masjid Bandar Baru Nilai ada gak mintak buat kelas yang sama, sekali dengan kelas pencak.

Sesapa yang minat , kat masjid Bandar Baru Nilai, setiap Rabu,lepas Maghrib, ada kelas Berzanji & Marhaban .. dan juga kelas Tahsin Al Quran. Gilir-gilir antara kelas Quran & Berzanji. Sapa yang berminat dijemput hadir

DAN

Kalau sesapa nak belajar Quran bersanad secara bertalaqi. SETIAP SABTU jam 9.00 pagi di Masjid Bandar Baru Nilai.

Malam itu AJK meeting panjannnngggg. Kat kol 3 pagi baru abis.

Pagi Jumaat tu , lepas solat Subuh kat rumah, aku terus ke Madrasah. Sunyi-sepi, cuti sekolah. Murid-murid yang ada keluarga ( pakcik-makcik atau mak atau kakak atau abang etc ) dah balik bercuti seminggu. Yang tinggal hanyalah 8 orang pelajar.Ketibaan aku di sambut oleh mereka dengan senyuman. TAPI hati aku tak sedap, SEBAB , senyuman mereka tu cam TAK IKHLAS

Student : Assalamu a'laikum Ustaz (budak-budak kat sekolah tu semua panggil aku ustaz. Dia orang lom tengok lagi album gambar waktu aku bujang2 dulu hehehehe.kalu mereka tengok, aku gerenti dia orang muntah darah kuang kuang kuang )

Aku : Wa a'laikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar semua ?

Aku bertanya khabar sambil bersalaman dengan mereka

Student : Alhamdulillah sihat

Aku : Dah makan ? Ustaz Din di mana ?

Student : Belum ustaz . Ustaz Din dia keluar sekejap.

Kepala hotak aku masih memikirkan cara nak masuk soalan . aku tak puas hati sebab senyuman dia orang tu cam TAK IKHLAS jerk

Aku : Dah lama Ustaz Din keluar ? Ada dia bagitahu bila dia balik ?

Student : baru aje ustaz. Lepas subuh tadi. Tak pulak dia cakap nak balik pukul berapa

Aku : Berapa ramai yang tinggal di sini ?

Suasana terus sunyi seketika

Student : kami aje yang tinggal

Riak wajah beberapa orang student dah nampak berubah menjadi sedih

Aku : Mengapa tak balik bercuti ? .. (soalan cepu mas yang merupakan provokasi aku kat dia orang )

Semua student senyap , suasana senyap tu dah jadi cam suasana bilik mayat lak. semakin banyak wajah sedih yang muncul di depan aku. Aku pun rasa gak sebak.

Kadang-kadang bila aku nengok bebudak tu, aku syukur banyak2 kat Allah. Sebab waktu aku kecik2 dulu, mak bapak aku pun miskin, papa kedana, tapi kami masih mampu survive dalam kemiskinan waktu kecik2 dulu. Aku rasa, bandingkan hidup aku dengan dia orang, walau aku pun susah, tapi aku ada gak mak bapak, ada gak abang, kakak, adik, ada gak pakcik, sedara mara .....TAPI dia orang , mereka dah tak ada siapa, melainkan Madrasah tu untuk menumpang kasih dan tempat berteduh.

KAT KO ORANG YANG BACA EMEL MERAPU AKU NI, ada tak ko orang fikir tentang betapa bertuahnya ko orang ? Walau ko orang mengaku susah, mengaku gaji ciput jerk, tapi dapat gak ko orang guna internet baca emel. Tak cam bebudak anak yatim piatu yang miskin. Dia orang nak hidup dan makan minum pun terpaksa bergantung pada belas ihsan orang.

Dalam ko orang kata ko tengah sedih tahap gaban, frust menonggeng, hati luka dan 1001 macam istilah yang aku malas nak sebut, ko orang masih gak leh enjoy gi sopping dengan kawan-kawan, gi nyanyi, gi tengok wayang, masih boleh lagi gelak-gelak cam lanun Pirate of Carribean ..... dan masih mampu menikmati lain lain aktiviti yang boleh lupakan kesedihan ko orang, walau itu hanyalah tipuan ... kerana kesedihan ko orang tetap sama tak berkurangan ....

TAK MACAM dia orang. Budak-budak tu, kalau sedih, mereka akan berusaha MELAKONKAN watak gembira agar orang lain tak perasan yang mereka itu sedang bersedih. Sebab apa mereka buat cenggitu ? Sebab mereka tahu kesedihan itu PERIT dan kesedihan itu tak boleh diubati dengan dengan melakukan perkara2 yang tidak berfaedah ... MELAINKAN dengan mengadu bermunajat kepada Allah .....

dan anak-anak yatim ni .... mereka tak mahu orang yang melihat mereka merasakan kesedihan dan keperitan bersedih. Itulah pengorbanan mereka. Mereka korbankan perasaan mereka agar orang lain tak terasa kesedihan dan keperitan yang mereka tanggung. Muliakan mereka ? Agaknya sebab ituler Nabi SAW selalu berpesan agar kita menyayangi anak-anak yatim sebab mereka itu lebih mulia dari kita .

Bila Ustaz Din balik ke Madrasah, aku bagitau kat Ustaz Din, aku nak bawa balik budak-budak lapan orang tu ke rumah aku di Tampin. Mujorlerrr family aku tengah melepak kat Taman Tasik lagi (agak-agaknya anak2 aku tengah berenang kuak lentang atau gaya kupu-kupu kat swimming pool tu hehehehe sambil diawasi oleh "Nicole Kidman" hehehehe ) Jadi ... lepas Solat Jumaat, Ustaz Din menghantar kelapan-lapan budak tu ke rumah aku sambil disambut oleh @@@@@ yang jadi penunggu kat rumah ,

Jumaat malam Sabtu, aku tiba di rumah waktu Maghrib. Aku tengok ... rumah aku bersih dikerjakan kelapan-lapan budak tu .... rumah yang bersepah disebabkan anak-anak aku ... tersusun rapi ... dinding rumah yang jadi tempat menconteng anak aku dah bersih dicuci oleh mereka ..... rumput yang panjang dah kena tebas .... buku-buku yang bersepah di bilik library rumah aku dah tersusun ..... lepas Maghrib aku bawa mereka gi sopping kat Giant, belilaa barang keperluan asas dia orang cam baju, seluar, spender hehehehe. Lepas Sopping, aku gi bawa dia orang makan KFC (aku tak mengajar taranum di ITQAN malam tu sebab dah cuti sekolah ) . Berselera betul dia orang makan KFC hehehehe . Aku agak lerrr. Dia orang agaknya tak pernah makan KFC, hanya dengar dari TV atau baca dalam majalah atau akhbar. Sebab apa aku kata cenggitu ? . Sebab bila aku tanya siapa pernah makan KFC ? Sorang pun tak jawab hehehehe

Hehehehe dan lepas balik dari Giant ... aku pun seperti biasa ... mengeluarkan album-album gambar lama aku ... tunjukkan kat mereka .....hehehehe ... dan menceritakan asal-usul dan sejarah hitam aku kuang kuang kuang ...... seperti biasa .... mereka akan terkejut ... melopong .... dan seperti biasa gak aku akan kata kat dia orang yang mengalami insiden ini ..... "Mulai sekarang jangan panggil aku Ustaz .. panggil aku Abang jerk .. hehehe "

Sabtu pagi , lepas Subuh ..... dengan Unser aku , aku bawa dia orang jalan2 kat Mini Malaysia Air Keroh ..... kol 9am gi Zoo Melaka . Memang happy betul dia orang.Tak pernah tengok binatang2 secara live. Tengahari kami balik .... aku hantar mereka balik ke Madrasah dan terus aku angkut @@@@@ yang tunggu kat rumah Tampin ke walimah Rosli. @@@@@ tanya aku :

@@@@@ : Apasal ko manjakan dia orang ?

Aku : Entah ... Aku tengok dia orang sedih jerk sebab tak ada tempat nak balik cuti , aku bawakler dia orang balik rumah aku. Bercuti kat rumah aku hehehehe, sesambil sopping sikit-sikit. Bukan selalu. Sekali sekala. Dah 14 tahun dia orang hidup susah, biarlerr dia orang rasa senang dan gembira selama dua hari ni kuang kuang kuang. Kita semua ada kisah sedih kita sendiri. Sewaktu kita sedih, kita harap akan ada orang atau sahabat yang boleh mengurangkan kesedihan kita. Cam ko ler. Ko pun tengah sedih gak .. tapi yang aku boleh kata. sabar lerr. Ko sampai Mekah nanti ko doa ler banyak2 ... wat istikharah banyak2 ... bla bla bla .....

Itulerr sikit sketsa tentang kesedihan setiap orang. TAK SEMUA antara kita yang hidup dalam kesenangan dan kegembiraan. Dan hidup kita kat dunia ni tak selalunya manis dan indah. Allah datangkan rasa masam manis dan hitam putih dalam kehidupan kita untuk menguji kita sama ada kita ni sabar dan redhakah dengan ketentuan yang Allah turunkan kepada kita. Jangan sampai kita hilang haluan dengan menjerumuskan diri dengan maksiat dan dosa bila ditimpa kesedihan....... Itu hanya akan menambah kesedihan di dunia dan di akhirat. Seperti yang aku pernah pesan kat seorang sahabat >>> Biarlah yang cacat itu anggota badan, asalkan yang cacat itu bukan iman. Kalau cacat anggota badan, kau hanya tak boleh bergerak. Tapi kalau cacat keimanan, hilanglah kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan di akhirat.

No comments: