Monday, February 18, 2008

Dialog Dengan Datin Part 2



Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat.

ü Bahagian aurat

a. Aurat di khalayak awam

1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak
2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

b. Aurat dengan ahli keluarga

1. Aurat Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

c. Aurat sesama jenis (dengan syarat tiada fitnah)

1. Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2. Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut

v Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.

d. Aurat ketika khalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)

1. Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

ü Etika menutup aurat

1. Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya.

2. Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.


ü Hukum melihat aurat

Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Semua aurat haram dilihat sekalipun seurat rambut perempuan yang telah tercabut dari tuan empunyanya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini

Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua

Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.

Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

ü Azab membuka aurat

Membuka aurat bererti meninggalkan salah satu dari kewajipan. Azab yang amat pedih bagi mereka yang meninggalkan kewajipan.
Seorang lelaki yang berseluar pendek ketika bersukan, setiap mata yang memandang kepadanya berdosa, dan dosanya yang mendedahkan aurat sama sebanyak mana pasangan mata memandang kepadanya.
Begitu juga perempuan yang mendedahkan kepalanya, setiap seurat rambut yang diperlihatkan akan diazabkan oleh Allah kelak. Bagaimana dengan kesemua rambutnya didedahkan kepada khalayak ramai?

Kesalahan sewaktu menutup aurat :

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya, menampakkan betis dan lutut

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Fikir-fikirkanler .... Orang yang sayangkan kita, akan menegur kesilapan kita, SEBAB mereka tak mahu lihat kita susah di akhirat.

Dialog Dengan Datin

Suatu hari ...

RrrrRrriiIIiiiiNNnNnGGG (bunyi henpon)

Aku : Hello. Assalamua'laikum

Caller : Wa a'laikumsalam, En XXXX ke ?

Aku : Ya, saya

Caller : Saya Datin KKKKK, saya mewakili Persatuan Datin2 GGGGGG, nak jemput ustaz utk beri ceramah agama sempena Israk & Mikraj. Waktu Ustaz beri ceramah Israk & Mikraj di Ma'had Ahmadi, Gemenceh tempohari, saya dan suami saya ada sekali. Termasuklah AJK Persatuan ada sekali.

Aku : ermmm ... ermm .... sebenarnya ....ermmm .... errmmmm ... nak tau tak ?

Caller : Tau apa ustaz ?

Aku : Saya bukan Ustaz hehehe

Caller : Tapi Ustaz kan yang beri ceramah Israk Mikraj kat Ma'had Ahmadi minggu lepas ?

Aku : Ya, betul tu .... TAPI ... saya bukan ustaz. Sumpah saya bukan ustaz. Saya tak pandai nak beri ceramah agama. Ceramah merapu pandailer kuang kuang kuang. Aritu saya dijemput oleh Ustaz Khidir, saya ingat untuk beri ceramah Panduan Belajar Berkesan, sebab periksa dah nak dekat. Bila dah duduk atas kerusi dalam dewan, baru saya dimaklumkan saya disuruh beri ceramah Israk Mikraj.

Caller : Tak apalah ustaz, yang penting Persatuan kami nak Ustaz beri ceramah Israk Mikraj untuk program persatuan kami. Seramai 300 ahli akan hadir bersama suami. Boleh ke tak ?

Aku : Tapi saya kalau nak suruh bercakap, mulut saya laser. Nanti saya laser kaw kaw tahap gaban, Datin & yang lain tentu tak suka saya nanti.

Caller : Untuk makluman Ustaz .... sewaktu mesyuarat, majority AJK, 100% nak Ustaz beri ceramah. Waktu kami merujuk latarbelakang ustaz di Pejabat Mufti, memang tiada masalah.

Aku : .. errmmm ... ermmm... ermm ... ok lah kalu cam tu ....TAPI ada syarat

Caller : Syarat apa Ustaz ?

Aku : Jangan panggil saya Ustaz .... saya bukan Ustaz ... penat saya belajar Farmasi bertahun2 sampai postgrad .... orang tak panggil saya Pharmacist, panggil saya ustaz lak ... Kendian ... saya ni orang jahat, tak layak dipanggil Ustaz.... nanti manaler tau ada sedara mara Datin gi melawat banduan kat penjara terjumpa saya meringkuk kat dalam. Wat malu jerk

Caller : baiklaaa Ustaz .......

DAN ..

Hari yang ditetapkan pun tiba .... di sebuah dewan di rumah seorang Tan Sri ...
Aku sampai kat rumah Tan Sri tu dekat kol 6.30 pm .... adalaaa beberapa orang Ustaz2 yang aku kenal di Pejabat Mufti & Ma'had yang hadir ... bila masuk waktu Maghrib .... pihak penganjur suh aku azan .... lepas tu kami solat Maghrib ... antara Maghrib & Isyak ... aku diminta membaca Burdah .... Masuk Isyak .. aku kena jadi muazzin ... lepas Isyak, bermulalah ceramah merapu aku, yang isi kandungannya macam emel merapu aku ni ....

Jam 9.00pm ... program ceramah bermula .... maka berceramahler seorang penjenayah yang jahat, bercerita pasal Israk & Mikraj....nak kata ceramah, tak gak ... sebab aku cuma bercakap sekitar 30 minit. Ceramah aku dimulakan dengan memperkenalkan diri aku .... SAYA NI BUKAN USTAZ, SAYA PHARMACIST. JADI JANGAN PANGGIL SAYA USTAZ .... bla bla bla ....

Walau themanya ISRAK & MIKRAJ ... aku rasa semua orang tahu amender Israk Mikraj ni .... JADI ... aku cuma sentuh secara ringkas, takrifan Israk Mikraj, serta peristiwa Israk Mikraj yang penting2 saja yang aku lihat banyak berlaku kat zaman kita sekarang ni ..... ANTARANYA ... mengadu domba ( melaga-lagakan orang ), dedah aurat, memfitnah .... SEBAB ... sewaktu Nabi SAW israk mikraj, Allah perlihatkan siksa2 di neraka bagi orang yang membuat dosa2 tersebut.

Walaupun aku merapu setakat 30 minit, TETAPI sesi soal jawab berlanjutan hingga program tamat jam 12.30 malam .. yang jadi isu panas di kalangan Mak Datin ni .... POLIGAMI .... DEDAH AURAT .... SUAMI YANG MINUM ARAK

Aku nak cite sikit pasal sessi soal jawab yang melibatkan Aurat ....................

Penanya : Isu aurat yang Ustaz sentuh ( walau dah diberitau jangan panggil aku ustaz... degil tul arrr ) ... Isu tu agak sensitif ... Kami ni golongan Datin .. nak juga nampak cantik, seksi, nak juga tunjukkan rambut ada kaler perang, berjambul, rebonding dan lain lain.

Aku : Nak tunjuk kat sapa Datin ?

Penanya : Kat masyarakat ler Ustaz. Khususnya orang lelaki. Orang lelaki kan ke suka perempuan cantik, seksi, vogue.

Aku : OOoOooo gitu ... abis tu, kalau lelaki tu dah tengok seorang perempuan tu cantik, dia jadi suka dan naik stim dan nak sentuh bahagian aurat yang terdedah tu, boleh tak ? Datin dedahkan leher dan dada sampai hampir nampak alur dada. Lelaki stim, dia nak ramas "bukit" datin. Boleh ke ?

Penanya : Ehh .. itu dah kira mencabul tu Ustaz

Aku : hehehe ... tak semua lelaki kuat iman .... saya yg dijemput utk cerita pasal israk mikraj ... saya bawa isu agar semua muslimah tutup aurat dengan sempurna .... saya sendiri mengaku terus terang kat Tan Sri, Dato', Puan Sri & Datin .. saya tak kuat iman ... saya org jahat ... Saya kalau orang dedah aurat lebih2 ... saya pun stim ... Orang yang beri ceramah suruh muslimah tutup aurat sempurna pun boleh stim dan teringin nak buat jahat kalau tengok pompuan dedah aurat ... lebih2 lagilaaa yang tak beri ceramah. Tak caya cuba try tanya Dato' dan Tan Sri yang ada ni .... saya yakin .. walau ada yang dah berumur 50 lebih ... 60 lebih ... tapi kalau nafsu dah terangsang, memang akan stim .... dia tak kira usia ....

Dewan riuh dengan gelak hadirin

Penanya : Tapi ustaz ... orang yang tutup aurat pun kena rogol, kena cabul. Cuba tengok tentera Amerika di Iraq & Afghanistan. Bila mereka dapat jajah negara tu saja, teruk perempuan Iraq & Afghanistan kena rogol. Sedangkan perempuan Iraq & Afghanistan semua tudung litup.

Dewan sunyi balik .... muka Tan Sri & Dato' dah serius balik ... muka Puan Sri & Datin lak cam muka welfare, menunggu jawapan, dengan harapan hujjah mereka mendedahkan aurat tu tak salah.

Aku : hehehe .... Datin, saya nak tanya Datin ... Dato' punya biznes hebat .. terutama bila dekat pilihanraya .... Dato' selalu kesibukan dan balik lewat ... inilah routine orang biznes ... Bila Dato' balik lewat malam jumpa client, apa perasaan Datin ?

Datin : Alaaah, jumpa client ke jumpa girlfren ? ( Dengan nada mengejek )

Dewan riuh balik dgn gelak

Aku : Hah .. Datin cemburukan ? ... Datin marahkan ?

Datin : Tentulah cemburu. Tentulah marah.

Aku : Kalau Datin marah, berani tak Datin serang face to face dengan dato'. Marah Dato' sebab dia balik lambat ?

Datin : Ustaz ni, nak suruh saya kena marah dengan Dato' ? Dato' tu panas baran. Nanti saya kena cerai, ilang title Datin.

Aku : So, untuk lepaskan marah, Datin marah kat siapa ?

Datin : Kat orang gaji, kat anak2, kat staff tempat kerja ....

Aku : Hah ... gitulah dengan orang jahat. Bila nafsu dah menguasai ... bila tengok orang dedah aurat ... lelaki yang dikuasai nafsu ni jadi stim ... nafsu dia tak boleh dikawal .... nak dia cabul orang yang dedah aurat ni dia tak berani, sebab nanti dia kena hukum, sebab orang yang dedah aurat ni kebanyakannya RAMAI jantan jalang yang nak kerjakan dia ... COMPETITOR BANYAK .... jadi dia carilah orang yang tak dedah aurat sebagai mangsa yang kurang competitor .... Orang lain dedah aurat, orang lain yang jadi mangsa perogolan, pencabulan dan pembunuhan. Macam juga kes Dato' & Datin. Dato' yang balik lewat, yang jadi mangsa kena marah ialah anak2, orang gaji dan staff. Jadi janganlah nak salahkan orang tutup aurat sebab kena rogol, tetapi salahkan orang yang dedah aurat kerana merangsang nafsu perogol.

Dewan riuh dengan tepukan Dato' & Tan Sri ... hehehe ... rasa cam battle of the sexes lak.

Aku : Kendian .... semua jangan ingat, tutup aurat ni ialah tutup rambut saja .... Ada orang dia pakai tudung tapi dia dedahkan bahagian dada .... Ada yang pakai tudung, tapi pakai baju tergantung nampak pusat ... Ada yang pakai tudung, tapi baju T-Shirt lengan pendek, nampak lengan yang gebu ..... Bagi saya, kepada yang pakai camni dan ingatkan aurat ni ialah pakai tudung saja, samalah dia macam burung ostrich ..... Burung ostrich ni, bila ada orang datang, dia akan sembunyikan kepala dia dalam pasir, tetapi peha dia terdedah. Tak caya, sila datang ke Ehsan Ostrich Farm saya kat Batu Kikir. Boleh tengok kat situ.

Kuang kuang kuang Dewan gamat balik

Aku : Sebab itu saya nak sebut antara tujuan Allah suruh kita menutup aurat dengan sempurna ialah :

1. Untuk membezakan antara manusia & haiwan. Haiwan, macam ostrich dia tutup kepala tetapi tak tutup peha.

2. Agar maruah wanita terjaga dan tak dicabul. Kalau adalah di kalangan kaum wanita kita dicabul, dicarut, terima panggilan telefon lucah, terima SMS lucah, itu adalah disebabkan aurat mereka tak ditutup dengan sempurna

3. Untuk membezakan antara umat Islam dan bukan Islam. Kalau cara kita berpakaian tak ikut cara Islam iaitu dengan menutup aurat secara sempurna, hilanglah syiar iaitu lambang yang menunjukkan kita ini orang Islam.

4. Untuk menunjukkan keindahan Islam kat penganut agama lain. Agama lain tak ada etika dalam berpakaian, sebab itu semua boleh telanjang kat tepi pantai.

5. Untuk menjaga kecantikan wanita agar tidak pudar. Islam meletakkan taraf wanita cukup berharga, macam emas. Emas kalau terdedah, dia akan teroksida, emas akan kelihatan kusam tak berseri. Begitulah wanita. Wanita yang sering terdedah auratnya, walau cantik camana pun, kalau kita perhatikan betul2, lama2, akan nampak hodoh juga. Hilang seri.

Datin : Tapi ustaz, don't judge the book by it's cover ..... ramai juga perempuan yang bertudung yang berzina, tangkap khalwat, tak sembahyang.

Aku : Datin sedang pegang pen kan ? (kebetulan Datin tu memang pegang pen)

Datin : Ya, saya sedang pegang pen

Aku : Pen yang Datin pegang kaler apa ?

Datin : Kaler biru.

Aku : Kali pertama Datin nampak pen tu, sebelum Datin menyentuh pen tu, macam mana Datin tahu pen tu kaler biru ?

Datin : Saya lihat kaler pada tutup pen tu. Kalau kaler biru, pen biru. Kaler hitam, pen hitam. Kaler merah, pen merah.

Aku : Gitu gak dengan pakaki tudung dan tutup aurat. Kalau nak kenal wanita yang soleh dan beriman, secara umumnya lihatlah amalan zahir yang nyata. Kalau boleh menjaga dan menutup aurat, insya-Allah mereka beriman. Oleh itu, pepatah orang putih "Don't judge the book by it's cover" , tak relevan.

Aku : Maruah seorang wanita terletak pada auratnya. Rambut adalah mahkota seorang wanita. Terus-terang saya nyatakan, saya pernah ditahan dalam lokap sebab buat lawak bodoh dalam mahkamah sewaktu sessi perbicaraan. Sewaktu dalam lokap, saya terpaksa pakai spender aje. Aurat saya terdedah. Bila saya menceritakan hal ini kepada isteri saya, isteri saya menangis terisak2. Bila saya tanya, MENGAPA ? Isteri saya kata, BUKAN DIA SEORANG SAJA YANG MELIHAT AURAT SAYA, ORANG YANG TAK BERHAK ATAS SAYA PUN DAH DAPAT MELIHATNYA.

Suasana dewan sunyi-sepi. Dah terasa emosi .....

Aku : Maruah seorang isteri tercabar & terhina bila aurat suaminya terdedah kepada orang yang tak layak melihat.

Maruah seorang suami tercabar & terhina, bila aurat isterinya terdedah kepada lelaki lain yang tak layak melihatnya.

Maruah mak dan ayah tercabar & terhina, bila aurat anak dara mereka terdedah kepada lelaki yang bukan muhrim.

Datin suka ke kalau aurat Dato' atau Tan Sri didedahkan kepada wanita lain yang bukan isteri-isterinya ?

Saya yakin, Datin tak suka.

Begitu juga dengan Tan Sri & Dato', mereka juga tak suka Puan Sri atau Datin mendedahkan aurat kepada lelaki lain.

Mengapa Tan Sri & Dato' tak suka isteri2 mereka mendedahkan aurat ?

Pertama, sebab mereka dapat rasa maruah mereka tercabar dan terhina kerana aurat isteri mereka, yang merupakan HAK MILIK KEKAL mereka, dapat di tonton oleh lelaki lain.

Kedua, sebab mereka sayangkan isteri2 mereka. Mereka tak mahu orang yang disayangi, yang dicintai mendapat azab Allah di akhirat nanti. Sebab antara azab siksaan yang akan dialami oleh wanita yang mendedahkan aurat di akhirat ialah kepalanya akan dibakar hingga hancur luluh. Orang yang sayang kepada isterinya. tak mahu isterinya susah menerima azab di akhirat.

Yang berhak ke atas seorang isteri adalah suaminya. HANYA suaminya saja yang berhak melihat auratnya selain anak2 dan mak & ayah serta saudara kandung.

Jika belum kahwin, yang berhak ke atas seorang wanita ialah mak & ayahnya serta yang menjadi wali kepadanya. Bukannya kawan2, bukannya boipren dan lainlain lelaki yang bukan muhrim ATAU PUN kawan2 pompuan.

Cara termudah untuk menilai maruah seseorang ialah cara berpakaian.

Kalau aurat terjaga, insya-Allah baiklah maruahnya. Sebab tu orang dulu2 nak pilih menantu dia tengok cara bakal menantunya berpakaian. Kalau aurat terjaga, sopan. Insya-Allah senang ler proses merisik dan meminang. Silap2 duit hantaran atau mas kahwin dapat diskaun hehehe

Kendian dalam menilai maruah seseorang, lihat juga dengan siapa dia berkawan. Kalau berkawan dengan orang yang tidak bermaruah, maka kita juga dilihat dan dinilai sebagai seseorang yang tidak bermaruah. Sebab itu kita boleh lihat, kalau seorang wanita, BARU dapat title Datin, dia akan tinggalkan dan berenggang dengan kawan lama yang TAK DATIN. Dia akan lebih banyak bergaul dengan mak-mak Datin yang lain. Sebab apa ? Sebab nak bagi kuat pengaruh keDATINannya.

Gitu gak dengan orang yang bermaruah. Kalau nak bagi kuat dinampak bermaruah, dia akan mencari kawan2 yang benar2 terserlah nilai maruah yang tinggi. Mereka akan berusaha menjauhi orang yang tidak bermaruah. Sebab apa ? Sebab orang yang tida bermaruah, bila2 masa boleh tikam kita dari belakang. Bila2 masa boleh memalukan kita. Sebab itu banyak terjadi, perkara2 yang sepatutnya menjadi rahsia, akhirnya menjadi bualan mulut orang ramai. Sebab apa ? Sebab terlalu percaya kepada orang yang tidak bermaruah. Akibatnya, diri sendiri yang malu.

Maruah Tan Sri dan Dato' pun tercemar. Akhirnya Tan Sri & Dato' cari bini baru sebab Datin dah cemarkan maruah Dato'. Inilah yang terjadi.

@@@@@@@@@@@@@@ END @@@@@@@@@@@@@

Walaupun yang baca ni, TAK SEMUA Datin, fikir-fikirkanler.

Jangan sampai kerana kita, maruah orang yang disayangi tercemar.

Orang yang sayang kat kita , tak mahu lihat kita susah di akhirat sebab itu dia tegur kesilapan kita.

Suatu Pagi Di Cafe Kak Bibah : Untuk Difikirkan Bersama

Tarikh : 6 November 2007
Masa : 9.45am
Tempat : Cafe Kak Bibah

AAA : Awak tak kije ari ni ?

Aku : Cadang nak kije, tapi terpaksa amik EL. On the way ke sini, dpt called dari Trg. Makcik admitted CCU. Ni nak balik Trganu ler ni nak gi ziarah.

AAA : Balik dgn apa ?

Aku : Dgn flight Jap lagi nak gerak ke KLIA

AAA : Saya baca emel pasal pompuan murahan tu. Ada juga dengar2 budak2 kat sini citer. Sampai macam tu sekali dia label XXXX.

Aku : Entahler Kak. Orang kita ni, busy body pada hal yang tak sepatutnya. Sebab banyak sangat masa FREE. Tak tau nak guna masa. Patient tak ada. Kerja tak ada. Buat gossipler. Buruk2kan orang. Tapi saya tak hairan. Orang yang mereka mengaku kawan satu department pun mereka boleh gossip sampai putus silaturrahim. XXXX yang bukan same department lagilaa. Tu pun saya tahu dari mulut seorang staff dan SMS seorang staff. Tukang buat ceritanya TAK BERANI nak cakap berdepan. Belakang aje berani. Kalau ikhlas nak menegur, cuba cakap depan2. Ni gi buat cerita, spekulasi yang tak tau betul ke tak.

AAA : Saya tengok, XXXX dengan awak pergi balik sama kereta aja. Ada apa2 ke sampai orang buat fitnah ?

Aku : Dia menumpang keter saya je. Saya lebih2 pun bawak makan kat Malee. Paling jauh pun, dia ikut ke KL untuk saya sign cheque staffs. Tu aje. Mana ada gi disco ke, masuk hotel ke.

Aku : Kalau dia ikut saya dan cara dia berkawan dianggap boleh mendatangkan fitnah. Saya rasa Kak pun tahu, gossip2 yang jadi kat NCI. Ada yang kata TTTT tu nak kawen dgn QQQQ. Dan lain2. Semua tu berlaku sebab ada orang manipulate cerita. Satu NCI tau. Sampai Selvamani pun boleh ketawakan TTTT dpt balakz cam QQQQ. Cam kes saya dengan XXXX ni saya rasa satu kelompok department aje yang tahu. Budak cashier ke, OPD ke, tak tau.

AAA : Tu lah orang kita. Saya tengok ada yang lebih teruk dari XXXX & awak, tak pulak jadi isu.

Aku : Tak jadi isu sebab yang buat tu sama bulu Kak. Tak jadi isu sebab tukang buat gossip yang terlibat sama. Cuba minah tu sama department dengan saya. Atau minah tu selalu ikut saya. Atau ada kena mengena dengan saya. Gerenti cerita lain lak jadinya. Siap tambah rempah dan perasa nak bagi sedap cerita. Benda yang tak ada pun diada-adakan.

AAA : Saya tengok, yang dah ada suami, dah ada anak, tapi keluar dengan suami orang. Yang tu tak pulak jadi isu.

Aku : Kuang kuang kuang. Kan saya dah kata, tak jadi isu sebab satu bulu. Perangai pun sama dengan tukang buat cerita.

AAA : Yang sanggup bercinta dengan QQQQ semata2 untuk cover NCR pun saya dengar juga. Murah sangatlah kalau sanggup serah diri pada lelaki macam tu. Saya cerita semua pada Haziah hari tu. Sebab nampak sangat staff kita ni tak ada pendirian. Sanggup gadai apa saja. Yang penting dia dapat apa yang dia nak. Tak fikir kesan kat akhirat.

Aku : Kuang kuang kuang

AAA : Sebab tulah bangsa asing boleh pijak2 kepala kita kat NCI ni. Sebab maruah kita ni murah sangat. Kalau sanggup burukkan bangsa sendiri yang satu agama, susah hidup kat sini. Memang betul cakap awak, ada staff yang buat kawan dia macam pelacur. Jumpa QQQQ dia rekomen. Jumpa anak Datin WWWW dia rekomen. Sampai Datin ni cerita kat saya. Yang budak ni pun satu, biarkan saja kawan buat dia macam tu. Kalau mak bapak dia tahu dia macam ni, mak bapak dia tentu sedih. Anak dia dibuat macam pelacur.

Aku : ntahler kak. Kalau ikutkan hati, saya nak patahkan aje tengkuk orang buat cerita ni. Tapi saya dah janji dengan orang rumah tak mo bunuh orang lagi. Simpan aje niat ni dulu. Kalau ada peluang, insyaAllah terkulailer tengkuk dia orang. Ok lah. Saya nak gi KLIA dulu. Nanti tak sempat naik kapalterbang lak ...

@@@@ END @@@@@

Begitulah antara reaksi dari emel bertajuk Pompuan Murahan yang aku terima.

Cuba tanya diri kita ... MURAH SANGATKAH MARUAH DIRI KITA ?

Mungkin ada di antara kita SUKA membuat cerita2 gossip, SUKA memburuk2kan orang.

Dan ......

Mungkin ada diantara kita ni SUKA diri digossip ... mungkin terasa diri jadi celeberity agaknya.

TAPI ....

cuba fikirkan air muka dan maruah keluarga dan mak bapak atau maruah suami atau maruah isteri.

Agak2nya ... mak bapak suka ker kalau anak dia memfitnah, melaga2kan orang ?

Agak2nya mak bapak suka ker kalau anak dia dilayan bagai pelacur ?

Agak2nya suami atau isteri suka ker pasangannya berlagak bagai bapak ayam atau mak ayam di tempat kerja ?

Ko orang agak ler ... agaknya camana perasaan seorang mak dan ayah bila dapat tahu yang anak mereka dilayan bagai pelacur oleh kawannya sendiri ?

Ko orang cuba lak bayangkan .... ko orang naik satu keter dengan Budin pergi NCI, kendian orang kata ko pompuan murahan sebab selalu naik keter dengan Budin.

Orang yang ada akal, mereka akan berfikir dan dapat membezakan antara murahan dan berharga.

Aku teringat pesanan arwah atok aku :

Kita ada empat maruah yang wajib kita pertahankan. Maruah diri, maruah harta, maruah keluarga dan maruah agama. Kalau kita mati dalam mempertahankannya, Islam menilainya sebagai mati syahid. Kalau kita biarkan maruah kita dicabul, maka dayuslah diri kita. Orang yang dayus tidak akan mencium bau syurga.

Sekarang di NCI, kita boleh lihat maruah orang dipermain2kan oleh orang yang sebangsa dan seagama dengan kita.

Sejarah Islam ada menceritakan. Pernah berlaku di zaman Khalifah Al Muktasim, seorang wanita Islam yang pergi ke pasar dicabul maruahnya oleh sekumpulan pemuda Kristian.

Nak tahu bagaimana maruahnya dicabul ?

Sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Al Muktasim. Ada sebuah perkampungan di Utara Mesir yang majority penduduknya beragama Kristian. Di kampung tersebut tinggal sebuah keluarga Islam. Sang ayahnya uzur, si ibu pula sibuk menjaga urusan rumahtangga. Maka urusan pembelian makanan di pasar diserahkan kepada anak gadisnya.

Sewaktu anak gadis tersebut ke pasar dan sibuk membeli barang keperluan dapur. Tanpa disedari, hujung kainnya dipaku kepada sebatang pokok oleh sekumpulan pemuda Kristian. Apabila gadis tersebut mula melangkah untuk meninggalkan pasar, kainnya tersentak lalu koyak sehingga menampakkan aurat betisnya. Sebagai gadis yang beriman, gadis tersebut terasa maruahnya dicabul. Auratnya terdedah kerana angkara sekumpulan pemuda Kristian. Dengan penuh rasa kesedihan si gadis berkata :

"Wahai Khalifah Muktasim. Beginikah cara engkau memerintah negara sehingga maruah seorang wanita Islam boleh dicabul oleh sekumpulan pemuda Kristian?"

Raungan gadis tersebut sampai ke pengetahuan Khalifah Muktasim. Tanpa membuang masa, Khalifah Muktasim mengerahkan 500 tentera mengepung perkampungan tersebut. Khalifah Muktasim sendiri mengepalai bala tentera tersebut. Pemuda-pemuda Kristian yang mencabul gadis malang tersebut sehingga menampakkan auratnya diberkas. Khalifah Muktasim sendiri memancung kepala pemuda-pemuda tersebut di hadapan gadis itu sekeluarga.

Begini nilai maruah yang ditunjukkan oleh umat Islam di zaman salafussoleh. Mereka cukup peka memelihara maruah diri mereka. Tidak hairanlah Allah serahkan nikmat dan rahmat kepada golongan salafussoleh. Sehingga mereka digeruni dan dihormati oleh musuh.

Tak macam kita yang membiarkan maruah diri kita dipermain dan gossip2kan. Sebab itu hidup kita semakin hari semakin susah. Di hina oleh bangsa lain. Sampaikan pariya yang bongok tak tau buat kerja tu pun boleh memegang jawatan yang lebih tinggi dari orang yang boleh buat kerja. Pariya yang bongok tak tau buat kerja tu boleh maki hamun staff depan patient.

Sebab apa ?

Sebab kita sendiri memilih untuk mencemarkan maruah kita sendiri. Bukannya orang lain.

Sebab kita sendiri SUKA maruah diri kita dicabul.

Inilah realiti yang berlaku.

Fikir2kanler.

Perempuan Murahan


Suatu hari

TiiiT TiiTT TiiiTT TiiiTTT (bunyi SMS masuk)

SMS dari BBBBB ..... Aku pun buka SMS ....

aku sbnrny tak suka u berkwn dgn XXXX

Aku pun reply SMS ....

apa salah dia smpai saya x leh nk kwn dgn dia ?

Dia reply balik ....

byk cite yg aku dgr pasal bdk tu. dia tu gedik, murahan, mana2 u pergi dia ikut ke hulu hilir

Aku reply lagi .....

baguslah mana2 sy pergi dia ikut. saya gi masjid, dia ikut, saya gi kelas quran, dia ikut. sy gi main pencak silat pun dia ikut. sy gi kelas bezanji, dia ikut. sy gi library USIM, dia ikut

kendian aku tambah sms lagi

dia ikut sy kehulu kehilir kat tempat cam tu, itu lebih baik dari jadi bini org, lepas tu buat skandal dgn suami org ke hulu ke hilir

senyap ... no reply ... aku sms lagi ...

sy rasa dia ikut sy ke hulu ke hilir itu lebih baik dari ikut jantan lain masuk disco, tgk wayang & buat maksiat

aku tunggu jap ... nak tgk dia reply tak sms aku .... no reply ... aku sms lagi

nak kata dia perempuan murah ? dia taklah semurah pompuan lain. pompuan lain, dpt nasi beriani sebungkus dah boleh mesra2 dgn jantan jalang. pompuan lain ada jantan kata dia cantik dah boleh ikut jantan tu gi minum teh tarik. pompuan lain jantan boleh usung masuk panggung dgn satu tiket wayang aje. tp XXXX tu, TAK LAH SEMURAH itu. dia ada harga diri

kendian dia reply ....

kitakan ada adab brkwn. cara dia berkwn dgn u tu macam x beradab

aku reply balik

ada org ckp pasal adab berkwn, tp org yg sebut pasal adab brkwn tuler yg gossipkn kwn2, menyusahkan kwn, suka tgk kwn menangis, suka tgk kwn putus silaturrahim, suka JUAL KWN kat mana2 jantan yg dia jumpa, mcmler kwn dia tu PELACUR. gitu ke adab brkwn ? sapa yg pompuan murahan skrg ?

aku tunggu lagi .... no reply dari dia ... aku bagi sedas lagi

sy hormat kat BBBBB sbb BBBBB org lbh tua dari sy. tp dlm hal ni kita jgn main dgr ckp org aje. org yg ckp & sebarkn cerita ni, dia sendiri x betul & macam pompuan murahan. sy juga respek kat BBBBB sbb BBBBB berani berterus terang. pompuan murahan yg sy kenal, mereka x berani berterus terang, cuma berani gossip blkg kita, buat cerita belakang2, x berani nk berdepan & ckp face to face

aku tunggu lagi .... no reply .... aku sms lagi ... apesal lerrr aku cukup suka probok org

fyi, mak, ayah XXXX tu tau & izinkn dia ikut sy. mereka siap pesan lagi suh jaga anak dia baik2, jgn smpai kena kacau dgn jantan jalang. mereka suh sy ajar anak dia lagi perkara2 yg baik walau mereka tau, sy ni JAHAT. sejahat2 sy, tak ler bawak anak dara org masuk panggung wayang, disco & tempat maksiat yg lain. semurah2 XXXX tak ler dia senang2 ikut ajakan mana2 jantan yg tak bermaruah

##########
#################

Gituler sikit sketsa SMS yg aku terima baru2 ni ....

Apesal dgn org kita ni erk ?

Cukup BUSY BODY dgn hal ehwal org lain .... TAPI ... masalah sendiri ...... mereka tak terurus ....

Bila orang yang bermasalah ... busy body dgn masalah orang lain ..... dia hanya akan menambah masalah kat orang lain tu ....

Bila orang ada masalah ... dia gi cari consultation dari orang yang bermasalah .... masalah dia akan jadi lagi parah

kadang2 ... kita cukup malu & marah .... bila ada orang malukan kita

TETAPI .....

kita TAK LAK rasa malu & marah pada diri sendiri bila kita memalukan orang .... ADIL KE CENGGINI ?

Sebab tu .... waktu seorang ibu tua yang uzur ... ketika melihat anaknya masuk ke Balai berlepas di KLIA Selasa malam Rabu nan lalu ... mengulangi pertanyaannya kepada aku .... HINA SANGAT KE ANAK UMI ? ....

Walaupun aku membisu ..... tetapi hati aku berkata .... Tidak Umi. Anak Umilah semulia-mulia sahabat yg pernah saya kenal. Sanggup menanggung risiko atas nama persahabatan. Sanggup menderita demi kasih dan sayang. Sanggup berkorban demi melihat insan yang dikasihi tersenyum bahagia ....

Dan inilah realiti kehidupan dunia ini ....

Manusia yang mulia dinafikan keujudannya, di momok2kan dengan panggilan murahan, dipulau dan dimusuhi.

Manusia yang jalang disanjung, dipuja dan dijadikan sahabat.

Fikir2kanler kisah ni ..

Sebab ......

Jika kita memikirkan sesuatu yg indah dan kita hubung kaitkan dgn pencipta keindahan itu, maka akan beroleh petunjuklah nanti. Maka mudahlah kita untuk menerima hidayah dan pimpinan dari Allah.

Jika kita memikirkan seusatu yg jelek dan kita berburuk sangka dgn pencipta kejelekan itu, maka akan menular dan suburlah sifat negatif dalam kehidupan kita. Maka tak hairanlah, kita berani menafikan hak seorang ibu tua memiliki anak ... SIAPAKAH KITA SEBENARNYA ?

Hina Sangat Ke Anak Umi ?


Hina sangat ke anak Umi ? Penat Umi mengandungkan dia. Bertarung nyawa nak melahirkan dia. Susah payah, seorang diri Umi besarkan dia tanpa ayahnya. Beri dia pelajaran sampai ke Universiti. Macam mana mereka boleh kata anak Umi tak ujud ?

Begitulah keluhan seorang ibu di sebuah wad di hospital beberapa bulan yang lalu yang masih basah dalam ingatan aku.

Agak2 ko orang ler ...

KATAKANLAH ......

Ko seorang pompuan ..... ko kawen dengan sorang nelayan ..... kendian ko pregnan ... usung perut yang berisi baby ke hulu ke hilir selama 9 bulan .... Kendian ko orang bertarung nyawa waktu kat labour room untuk melahirkan anak ko tu ... Kendian ko jaga dan besarkan anak ko .... beri pelajaran yang baik agar jadi orang berguna dapat membezakan yang baik dan yang buruk ... Kendian waktu umur anak ko 10 tahun ... suami ko lak hilang kat laut waktu gi tangkap ikan .... terpaksalah ko membesarkan anak ko dengan linangan air mata sorang diri .... semata2 nak tengok anak ko jadi orang berguna .... agar anak ko dapat pendidikan yang baik ... dapat masuk Universiti ....

SEKALI ....

Ada ler orang datang kat ko ... orang tu kata .... "KO NI TAK ADA ANAK, ANAK KO TAK UJUD"

Apa perasan ko orang erk ?

..... ko orang tak yah jawab sekarang .... malam kang ... waktu ko orang nak tido ... ko switch off lampu ... pejam mata ... duduk sorang diri atas katil .... ko tanya diri ko .... ko jawab sendiri ...

Apa perasan ko orang erk ?

Allahyarham Nurin Jazlin Jazmin ... AL FATIHAH kat dia ....

Mak & ayah dia mengaku dia ada anak bernama Nurin Jazlin .... yang hilang ..... Sewaktu sebuah bag berisi mayat budak ditemui .... mak & ayah Nurin Jazlin TAK MAHU MENGAKU yang mayat yang ditemui itu adalah anak dia .... APASAL ? ....

SEBAB ....

Naluri seorang ibu dan seorang ayah ... SUKAR untuk menerima bahawa anak mereka sudah tiada di dunia. Perginya anak mereka LEBIH DULU dari mereka .....

Lebih2 lagi seorang ibu yang masih melihat jasad anaknya bergerak, bercakap, ketawa, menangis ..... Apakah perasaannya bila dikatakan bahawa anak dia yang dia sendiri lahirkan TAK PERNAH ujud ?

Gitulah kita hari ini ....

Kita hidup kat dunia ni ... semua mengaku Islam ... semua mengaku Allah itu Tuhan Yang Maha Esa ... TAPI ... tak seorang pun yang nampak Allah tu camana rupa jasad dan zat NYA.

UJUDKAH ALLAH ?

Kalau ujud ... Allah di mana ?

Tak nampak pun ..... mana Allah ? ... ada nampak Allah ?

Pernah suatu masa di zaman salafussoleh ... seorang paderi Kristian bertemu dengan Sheikh Abd Kadir Jailani ... Paderi tersebut berkata ...

Paderi : Kalau Allah yang kamu katakan sebagai Tuhan itu ujud, tunjukkanlah kepada aku di mana Allah ?

Sheikh Abdul Kadir Jailani tidak menjawab, sebaliknya tersenyum. Perlahan-lahan dia memimpin tangan Paderi itu ke pinggir sebuah hutan. Maka berkatalah Sheikh Abdul Kadir Jailani kepada Paderi tersebut ...

Sheikh Abd Kadir Jailani : Pergilah ko cari Tuhan ku di dalam hutan tersebut

Paderi tersebut tergamam. Wajahnya pucat menampakkan kerisauan dan ketakutan.

Sheikh Abdul Kadir Jailani : Mengapa ku lihat wajah pu tampak ketakutan ?

Paderi : Aku tidak berani masuk ke hutan tersebut. Kerana pastinya ada binatang buas.

Sheikh Abd Kadir Jailani : Aku tidak nampak walau seekor bianatang buas pun

Paderi : Memang ko tidak melihatnya, tetapi cuba ko lihat rangka2 dan tulang2 haiwan kecil yang bersepah2 di pinggir hutan ini. Pastinya ada haiwan buas yang memakan bangkainya dan meninggalkan sisa2 tulang di pinggir hutan ini.

Maka tersenyumlah Sheikh Abd Kadir Jailani.

Sheikh Abd Kadir Jailani : Begitu juga dengan Tuhan ku. Walau Allah tidak kelihatan zatnya, namun tanda-tanda keujudannya amat nyata. Lihat saja peredaran malam dan siang, pastinya ada suatu kuasa yang Maha Agung yang mampu mengatur pergerakan bulan dan matahari untuk mengikut peredarannya. Lihat saja dunia yang luas ini, pastinya ada kuasa Yang Maha Agung yang mampu mencipta alam yang luas ini. Lihat saja anggota tubuh badan kita, begitu tersusun, pastinya ada kuasa Yang Maha Agung menciptakannya. Dan kuasa itulah milik Allah SWT. Allah Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan bagi ku dan Allah juga yang mencipta diri mu. Allah juga Tuhan bagi diri mu.

Termenung seketika Paderi Kristian tersebut. Akhirnya Islam Paderi tersebut di tangan Sheikh Abdul Kadir Jailani.

Begitulah keujudan Allah ... ujudnya Allah ... zatnya tidak boleh dilihat ... tetapi SIFATnya membuktikan keujudannya.

Banyak tanda-tanda keujudan Allah di sekeliling kita ... terpulang kepada kita untuk berfikir kebesaran dan keujudan Allah.

TAK SEMESTINYA yang tidak dilihat itu tak ujud .... angin juga tidak kelihatan, tetapi angin itu ujud ...

Akal fikiran juga tidak kelihatan ... tetapi akal fikiran itu ujud .... CUMA ... terpulanglah kepada kita bagaimana untuk menggunakan akal fikiran itu ... apakah akal fikiran itu hanya digunakan untuk berangan sambil membiarkan orang lain berfikir dan mencatur pemikiran kita ....

ATAU

kita sendiri menggunakan akal fikiran itu untuk BERFIKIR secara matang

Natijah dari tidak menggunakan akal fikiran ...menyebabkan ramai insan yang tak bersalah teraniaya ... Masjid yang hendak dibina boleh runtuh .... Hati yang riang ria menjadi duka ... Persahabatan dan kasih sayang yang terjalin bisa hancur .... Hati yang berkasih sayang menjadi hancur luluh .....

Begitulah akibat tidak menggunakan akal ...........

Tidak dinafikan .... kehadiran syaitan yang membisikkan keraguan kepada keujudan Allah ... maka janganlah sampai kita sendiri mengambil alih tugas syaitan dalam meniup was-was dan keraguan .....

Kita dijadikan sebagai manusia, sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Maka letakkanlah tempat kita sebagai seorang manusia yang berakal dan menggunakan akal.

DAN ...

Pada Selasa malam Rabu nan lalu .... ibu tua itu sekali lagi mengulangi ayatnya kepada aku dengan nada yang sebak dan sayu sewaktu melepaskan anaknya di KLIA ....

Hina Sangat Ke Anak Umi ? .............

Jangan Menjadi Lilin Tetapi Jadilah Seperti Bulan Part 2


Salam

Citer amender sini erk

Aku pernah bawak seorg awekz gi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru KL. Sambil tunjukkan bekas bangunan opis aku yang baru je berpindah dari Kampung Baru ke Bandar Seri Damansara.

Kat gerai Nasi Lemak Antarabangsa tu ... awekz tu tanya aku ... "Sedap ke makan kat sini ?" ... hehehe ... aku tak leh nak jawab .... SEBAB ... bagi aku semua yang aku makan rasa sedap berbanding makanan yang aku makan waktu kecik2 dulu kuang kuang kuang

Awekz tu pesan Nasi Lemak Sotong ... waktu dia pesan nasi lemak sotong .... dalam hati, aku teringat kisah zaman kanak2 aku ...........

Zaman kanak-kanak aku ...........sewaktu aku di darjah satu ....... aku ingat lagi ...... di rumah pondok buruk ayah aku ..... ada dua jenis beras yang disimpan di rumah kami ...... satu beras patah atau beras hancur atau beras reject ..... kedua beras yang bermutu baik ...

Nanti ada orang tanya .... apesal ada dua jenis beras ?

Aku jawab .... beras hancur/patah/reject tu adalah untuk makanan kami sekeluarga ... SEBAB ... beras tu murah. Beras yang biasa atau beras yang bermutu ... mak aku & akak aku akan bangun seawal jam 3am untuk menanak nasi lemak .... Pernah aku lihat mak & akak aku solat tahajud di sebelah dapur kayu tempat menanak nasi .......

Nasi yang ditanak dibungkus dengan daun pisang, dan selepas Subuh ... aku bersama dua abang aku akan menjinjing dua bakul berisi nasi lemak setiap seorang .... dan kami akan menjaja ke seluruh kampung .... gitulah routine hidup kami adik beradik ... alhamdulillah ... mujur kami bersekolah petang.

Kesimpulannya ... beras patah/hancur/reject adalah utk makanan kami sekeluarga .... sementara beras yang biasa adalah untuk dijadikan nasi lemak untuk jualan.

JADI ... bila awekz tu tanya aku ... "Sedap ke makan kat sini ?" ... aku tak jawab ... cuma senyum jerk .... bagi aku makanan yang aku makan sejak aku dewasa ni lebih sedap dari makanan aku sewaktu zaman anak2 ....

Pernah aku tanya kat arwah atok aku : "Apesal mak & akak buat solat tahajud tepi dapur kayu ?"

Arwah tok aku jawab : Sebab rumah kita kecik, dapur tu saja tempat yg sesuai utk mereka beribadah, lagi pun sebelah dapur. Senang sikit nak tengok2 nasi yang ditanak agar tak hangit.

Aku tanya lagi : Apesal nak susah2 wat solat tahajud sewaktu memasak ? Tak boleh ke kalu tak yah solat ? Tahajud tu kan sunat jer ?

Arwah Tok Aku jawab lagi :Ada tiga solat sunat yang Rasulullah SAW tak pernah tinggalkan .... Solat Dhuha, Solat Tahajud dan Solat Witir .... Walaupun ianya amalan sunat aje, tapi di situ letak kasih sayang Allah pada kita. Lagi banyak amalan sunat kita buat, lagi sayang Allah kat kita. Bila Allah sayang kat kita, urusan kita dunia & akhirat akan dipermudahkan.

Aku tanya lagi : Jadi kita kenalah ikut apa Nabi buat ?

Arwah Tok Aku : Kalau kita nak berjaya, kita kena ikut cara orang yang sudah berjaya. Sejak Nabi Adam AS hinggalah sekarang, orang yang paling berjaya ialah Nabi Muhammad SAW. Jadi ikutlah cara Nabi Muhammad SAW. Nabi buat benda sunat, kita pun buat juga. Nabi tinggalkan perkara haram, kita pun tinggalkan juga ... bla bla bla

Aku : Kalau kita ikut cara selain cara Nabi lak camana ?

Arwah Tok Aku : Selain cara Nabi, tidak menjamin sebarang kejayaan di dunia mahu pun di akhirat. Lebih-lebih lagi jika kita ikut cara orang yang kita lihat telah gagal dan bermasalah di dunia lagi. Bagaimana seorang yang mempunyai masalah didunia boleh menjamin kejayaan hidup di akhirat ?

............. END ...........

Gituler antara nasihat arwah atok aku yang masih aku ingat di zaman kecik aku.

Kita kalau nak berjaya .... kenalah ikut cara dan nasihat orang yang sudah berjaya.

Kita kalau nak ditimpa masalah ..... ikutlah cara dan nasihat orang yang ada masalah keliling pinggang.

Nanti ada orang tanya .... ada ke orang yang nak ditimpa masalah sampai cari orang yg bermasalah sebagai penasihat ?

Aku jawab .... ADA ... dan ada juga orang yang tak pandai mencari kawan .. TERSILAP menjadikan orang yang banyak masaalah sebagai penasihat ... akhirnya masalah yang dia hadapi semakin kompleks .......

Gitulah yang aku nampak dalam dunia hari ini.

Aku pernah lihat satu insiden di NCI ....

Nenek Janda Gersang : Awak tau tak BJ (nickname staff tu), you punya X-Nurse Manager telah promote MRS P untuk naik pangkat dan gaji. You tak dapat apa pun.

Selepas menerima berita yang tak tahu kebenaran dan kesahihan, BJ tu pun terus melenting. Tanpa usul periksa, BJ tanamkan rasa dendam & benci dikalangan staff kepada MRS P. Antara penerima fitnah dan gossip yang dia buat adalah diri aku.

Alangkah bermasalahnya BJ. Kasihan MRS P difitnah oleh seorang yang sama warna kulit, sama bangsa, sama agama. Berjayalah cita2 Nenek Janda Gersang melaga-lagakan staff.

Kalu aku jadi X-Nurse Manager tu, perangai macam tu, memang patut tak di promote. Tak patut dinaikkan pangkat dan tak patut dinaikkan gaji. SEBAB seorang yang bermasalah seperti BJ memang patut TAK dipromote.

Pernah aku ditanya ....

Penanya : Tau tak ada orang dah lihat dan dah baca LOG BOOK Encik XXXX

XXXX : Aku mana ada LOG BOOK dan tak pernah ada log book. Log Temperature peti sejuk Clinical Trial adaler kuang kuang kuang

Penanya : ADA, jangan nak tipu. BJ bagitau saya dia dah lihat dan dah baca. Dia siap bersumpah dengan nama Allah. Dalam buku log encik Suhaime semua ada tulis apa en XXXX beli dan tarikh pembelian.

XXXX ... dalam hati mengucap panjang ....

XXXX mengucap panjang bukan sebab XXXX difitnah .... tetapi .... SEBAB ..... BJ berani bersumpah dengan nama Allah untuk MEMBUAT FITNAH.
Apa yang aku belajar, antara perkara yang boleh membatalkan syahadah atau murtad ialah melakukan sumpah dusta dengan nama Allah.

Sebab itu walau banyak emel yang aku terima minta aku cerita pasal benda2 kerohanian, benda ghaib .... aku tak mo citer ... SEBAB .. asas Fardhu Ain ramai yang tak lulus. Aku lebih suka menceritakan sesuatu yang kita boleh amal kat dunia ni untuk persiapan kita kat akhirat.

Dalam Islam .... ada 3 ilmu yang WAJIB dipelajari ... Tauhid, Feqah & Tasauf

Tauhid .. ilmu utk mengenal Allah & Rasulullah .. berhubung kait dengan keimanan ... Ilmu ini membicarakan persoalan rukun Iman serta rukun Islam dan cara-cara nak jadi orang Islam. Kalau tak belajar ilmu Tauhid, aqidah sebagai seorang Muslim TAK SAH. Dalam ertikata lain, orang yang tak tahu Tauhid aqidah Islamnya tak sah dan dia sebenarnya adalah KAFIR. Dalam ilmu tauhid juga membicarakan perkara2 yang membatalkan keislaman dan aqidah seseorang atau nama ringkasnya ialah MURTAD. Antara perkara yang membatalkan syahadah atau MURTAD, ialah BERSUMPAH DUSTA ATAS NAMA ALLAH.

Orang murtad, hukuman yang telah Allah tetapkan ke atasnya jika tidak mahu bertaubat ialah di pancung kepalanya. Kalau dia bertaubat, WAJIB baginya mengucap syahadah semula serta mengQADAK semula, semua solat wajib, puasa wajib, zakat fitrah wajib sejak dia baligh hinggalah tarikh dia murtad. MAKNANYA, kalau dia baligh umur 12 tahun, dia murtad umur 38 tahun. Dia kena qadak balik solat, puasa, zakat fitrah selama 26 TAHUN termasuk fidyahnya sekali.

Bukan itu saja. Jika murtad, hubungan perkahwinan juga terbatal. Jatuh talak dengan sendiri. Kalau seorang isteri, sebab mulut dia macam mulut C!P@P dia yang berkayap kematu lagi gersang. Dia ikut sedap mulut bersumpah dusta atas nama Allah. Jatuh MURTAD. Secara tak langsung dia terjatuh talak dengan sendiri. Kalau dia masih bersama dengan suaminya sebelum dia taubat dan ucap dua kalimah syahadah, dia telah BERZINA. Kalau hasil persetubuhan dengan lelaki yang hakikatnya bekas suaminya menghasilkan anak, anak tersebut adalah ANAK ZINA DI LUAR NIKAH.

Jadi kepada BJ, aku harap ko timbangkan dan muhasabahlah diri ko, camana Islam ko sekarang. Kalu ko rasa ko dah murtad, perbaharuilah syahadah ko. Ko tobat dan ko qadak ler balik solat, pose & zakat fitrah. Bukan tu aje, ko & laki ko kena diijabkabulkan semula dengan adanya wali, saksi serta rukun nikah yang lain untuk ko bersetubuh dan merasa inzal dengan laki ko. Kalu ko tak mo kat laki ko, aku rasa Si Bongok gila talak yang jadi tempat ko cari idea membuat berita gosip serta melaga-lagakan kawan sendiri, bersedia memberi perkhidmatan kepada ko.

Sebab itulah agaknya, si BJ ni, hidupnya ditimpa pelabagai masalah. Keter eksiden berkali2. Wallet hilang berkali2. Sakit datang berkali2. Kena maki dgn DON, Doctor berkali2. Duit kena tipu berkali2 .... mungkin ..... SEBAB .... Allah dah benci kat dia kat dunia ni ... Allah datangkan 1001 macam masaalah kat dia kat dunia ... sebelum Allah belasah kat akhirat.

Sebab itu ... kalu kita ingin berjaya ... carilah penasihat dari orang yang sudah berjaya.

Bukannya dari orang yang bermasalah seperti BJ atau Si Bongok.

Orang yang hidupnya sendiri kita boleh lihat banyak masalah, mana mungkin dia mampu menasihati kita keluar dari masalah. Masalah dia sendiri dia tak mampu nak uruskan.

Dan aku yakin, yang membaca emel merapu aku ni semua sudah baligh dan mumayyiz berakal. Gunakanlah ilmu dan nikmat yang Allah telah anugerahkan untuk mencatur hidup kita sendiri. BUKANNYA menjadikan manusia2 durjana yang bermasalah, menulis skrip jalan cerita hidup kita.

Kalau ditanya pandangan aku tentang BJ, apakah BJ ini bulan atau lilin ?

Maka aku akan menjawab ..... BJ ni bukannya bulan, bukan juga lilin ... SEBAB dalam hidupnya, dia tak pernah memberi sinaran walau sekelip kerdipan cahaya lilin. Dia hanya layak menjadi arang kayu, untuk dibakar menjadi abu. Begitulah tamsilan atau bidalan orang yang sepatutnya menjadi bahan bakar di neraka, menjadi arang kayu adalah yang terlayak baginya. Melainkan dia bertaubat.

Nanti ada orang tanya aku .... BJ tu amender .... maka aku jawab BJ tu ialah Betina Jalang.

Fikir-fikirkanler

Jangan Menjadi Lilin Tetapi Jadilah Seperti Bulan


Salam

Citer amender sini erk

Baru-baru ini aku balik beraya & buat open house kat umah mak aku kat Besut ... telah ditaqdirkan ... ramai rakan2 chatting dari grup teratak-ilmu yang balik ke kampung halaman di Kelantan, Terengganu & Pahang

Sebelum raya aku ada hantar emel kat rakan2 chatting yang aku akan buat open house kat Besut ...PERGHHHH ... dia orang datang .... semata-mata nak jumpa seorang kaki maksiat cam aku yang dipanggil "ustaz" oleh ahli-ahli chatting .....ramai gak ahli chatting yang hadir ... yang asal dari Negeri Sembilan, KL, Perak, Kedah & Melaka pun ada yang datang ... terharu gak ... sebab mereka sanggup datang pada awal syawal semata-mata nak beraya dengan aku lepas beraya dengan mak bapak sendiri .... MAJORITY ahli chatting yang hadir adalah pertemuan jasad secara kali pertama dengan aku ... hehehe .... selalunya mereka hanya tengok muka aku kat webcam & dengar sore aku kat voice chat ... Majority adalah student luar negara & orang Malaysia yang kerja kat luar negara. Ada yang dari UK, Ostolia, New Zealand, USA, Mesir, Yaman, Jepun, Amerika etc.... BANYAK BETUL KAKI AKU RUPANYA ... kuang kuang kuang .... sebab tu ada sekor betina jalang boleh buat fitnah mengatakan kat Bukit Tunku pun aku ada kaki .....hehehehe

Aku kira2 ... kat 52 orang chatters yang hadir ...

Open house bermula sewaktu azan maghrib dilaungkan .... sebab majority buat pose enam ... selepas berbuka ala kadar ... solat maghrib berjemaah ... lepas tu sambung makan sampai Isya .... Selesai solat Isyak ... Chatting Raya diadakan .. kami pasang webcam ... masuk ke Yahoo Messenger ... dan ON-Line dengan ahli2 di luar negara yang tak balik beraya .... MERIAH OOOO

Antara chatters yang hadir ialah seorang siswi di sebuah University di New Zealand yang juga berasal dari Terengganu .... aku masih ingat dan masih menyimpan text Private Message antara aku dengan dia ....Kali ni aku nak siarkan chat conversation antara aku dengan dia ...........

Waktu dia kat NZ ... dia pernah hantar satu kisah kat aku dalam emel .... lepas tu dia mintak aku ulas kisah tersebut ....KIsah tersebut ialah pasal larangan menjadi lilin ....


##########

Pada suatu masa telah datang sekumpulan hamba dari Kota Basrah mngunjungi al hassan, lalu mereka memohon al hassan agar mnyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba. Lantas al hassan membalas dgn lafaz istisna' iaitu insyaALLAH. Maka pada JUMAAT berikutnya sedari awal khutbah hinggalah ke phujungnya, tak ada sepatah pun al hassan mnyebutnya.

Begitu juga pada JUMAAT2 yg berikutnya.Hinggalah pada suatu JUMAAT baharulah beliau mnyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba tadi. Maka selesai khutbah tadi, para majikan bersegeralah memanggil para hamba mereka, lalu dibebaskan tanpa tebusan sesen pun. Kemudian mantan hamba tadi pun pergi menemui al hassan dan meluahkan kekecewaan mereka. Maka mantan hamba td meluahkan rasa kecewa pada al hassan sebab jika al hassan sampaikan khutbah itu pada JUMAAT yg pertama pastinya pembebasan mereka lbh awal bukan selewat ini. Setelah mndengar luahan kecewa mereka, al hassan pun menjelaskan yang pada JUMAAT yg pertama , beliau tak punya hamba, maka perlu usahakan wang utk mendapatkannya.Manakala pada JUMAAT berikutnya, beliau sudah miliki hamba , tapi.. belum boleh membebaskannya, sbb mmerlukan hamba itu utk mbantunya mnguruskan bbrp urusan.Apabila tlh selesai sgl urusan, maka baharulah al hassan boleh membebaskan hambanya tadi. Kmudian baharulah beliau menyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba td. Apabila mantan hamba2 td mndengarkannya, mereka tertunduk malu lalu blalu pergi. Nyatanya al hassan tlh mnebarkan cahaya di KOTA BASRAH , tp bukan ibarat cahaya lilin.

Dari kisah kat atas, awekz New Zealand tu tanya aku pasal bidalan yang mengatakan "jangan jadi lilin"

lalu chat conversation aku diteruskan ...........

awae dondae (2/21/2006 10:41:18 PM): lilin, utk terangi org lain, dia musnahkan diri dia
awekz new zealand (2/21/2006 10:41:22 PM): ya
awekz new zealand (2/21/2006 10:41:23 PM): benar
awekz new zealand (2/21/2006 10:41:43 PM): justeru apa pkaitan dgn kisah al hassan tadi?
awae dondae (2/21/2006 10:41:48 PM): bila diri dah musnah dia dah tak leh terangi org lain dah
awekz new zealand (2/21/2006 10:41:52 PM): yg ustaz peroleh?
awae dondae (2/21/2006 10:42:03 PM): banyak pengajaran tak cukup dlm PM
awae dondae (2/21/2006 10:42:11 PM): nanti saya hantar emel
awae dondae (2/21/2006 10:42:18 PM): sebab banyak sangat pengajaran
awekz new zealand (2/21/2006 10:42:35 PM): baiklah, alhamdulilLAH, jazakalLAHU khairal jaza'
awae dondae (2/21/2006 10:42:41 PM): cuma relevan yg arwah datuk saya ajar ialah >>> jangan jadi lilin, tapi jadilah seperti bulan
awekz new zealand (2/21/2006 10:42:46 PM): ya
awekz new zealand (2/21/2006 10:42:47 PM): benar
awae dondae (2/21/2006 10:43:00 PM): bulan itu hodoh tak cantik, dan tak ada cahaaya
awae dondae (2/21/2006 10:43:19 PM): tapi dia gunakan cahaya matahari utk indahkan wajahnya dan menerangi org lain
awekz new zealand (2/21/2006 10:43:28 PM): tersirat benar
awekz new zealand (2/21/2006 10:43:34 PM): agak sasteratik juga
awae dondae (2/21/2006 10:43:39 PM): begitu juga macam kita
awae dondae (2/21/2006 10:43:44 PM): kita ini byk dosa
awae dondae (2/21/2006 10:43:57 PM): jadi carilah cahaya iman utk indahkan budi pekerti kita
awae dondae (2/21/2006 10:44:12 PM): dan terangi jalan dengan cahaya keimanan untuk org lain sam-sama lalui
awae dondae (2/21/2006 10:44:38 PM): tak macam lilin, membinasakan diri utk terangi seorang pengguna, tapi bila lilin habis, gelap semula
awae dondae (2/21/2006 10:45:00 PM): bulan menerangi kegelapan malam utk seluruh penduduk manusia

Dan seterusnya ... aku susuli chat conversation tersebut dengan satu emel ...........

Arwah datuk saya pernah bercerita tentang lilin dan bulan ni.
Tetapi arwah datuk saya tak cerita pasal Hassan Al Basri. Dia ceritakan tentang Hajjaj Bin Yusuf As Saqafi dan Abdullah ibnu Zubair.

Hajjaj bin Yusuf As Saqafi adalah seorang tabiin. Hajjaj Bin Yusuf As Saqafi pernah melakukan rampasan kuasa di Mekah dan tenteranya pernah menembak Kaabah dengan manjanik. Hajjaj & tenteranya banyak membunuh para sahabat Rasulullah SAW & tabiin hanya semata-mata rakuskan kekuasaan dan ingin memerintah dua kota suci iaitu Mekah & Madinah.

Abdullah ibnu Zubair adalah salah seorang ulamak besar di zaman tabiin. Sewaktu usianya 6 tahun, pernah perkumpulan rakan2 Abdullah ibnu Zubair ditegur oleh Saidina Omar Al Khattab. Kesemua rakan2nya bertempiaran lari kerana takutkan Khalifah Omar Al Khattab, kecuali Abdullah Ibnu Zubair. Bila Khalifah Omar bertanya mengapa dia tidak lari seperti rakan2nya yang lain ? Abdullah Ibnu Zubair mengatakan, Khalifah Omar adalah makhluk Allah seperti dirinya, sedangkan dia diajar untuk takut HANYA kepada Allah. Membesarnya Abdullah Ibnu Zubair menjadi seorang ulamak yang disegani.

Penzaliman yang dilakukan oleh Hajjaj & tenteranya sudah tidak terbendung. Sesiapa yang cuba menghalang atau cuba menasihatinya akan dipenggal kepalanya on the spot. Maka ramailah sahabat dan tabiin yang menjadi mangsa penzaliman Hajjaj. Hinggalah Abdullah Ibnu Zubair terpaksa tampil ke depan. Abdullah Ibnu Zubair tahu, tindakannya hanya mengundang maut. Namun tanggungjawab untuk menyeru yang makruf dan mencegah kemungkaran disahut olehnya dengan keikhlasan hati.

Maka berkatalah Abdullah ibnu Zubair kepada Hajjaj : Hentikanlah penzaliman ini dan kembalilah ke jalan iman

Hajjaj As Saqafi : Andainya ku hentikan tindakan ku, akan hancurlah cita-cita ku untuk menjadi pemerintah kota suci

Abdullah Ibnu Zubair : Kembalilah kepada niat untuk menjadi pemerintah hati mu kerana kerakusan mu ingin memerintah kota suci menyebabkan hati mu diperintah oleh syaitan & nafsu.

Hajjaj : Andainya aku enggan menerima nasihat mu

Abdullah Ibnu Zubair : Andainya engkau enggan menerima nasihat mu, maka syahidlah aku ditangan mu. Namun darah yang mengalir dari jasad ku akan terus merayu agar engkau kembali kepada Allah dan sunnah Rasul mu

Seperti dijangkakan, Hajjaj merentap pedang dipinggangnya dan mencantas leher Abdullah Ibnu Zubair. TETAPI … darah yang terpancut keluar dari jasad yang tidak berkepala tidak lekat di bumi sebaliknya darah Abdullah Ibnu Zubair sibuk berzikir dengan kalimah “ALLAH, ALLAH, ALLAH”

Peristiwa ini memeranjatkan Hajjaj dan akhirnya Hajjaj menjadi gila kerana diekori darah-darah Abdullah Ibnu Zubair yang merayunya kembali kepada Allah.

Begitulah pengorbanan Abdullah Ibnu Zubair, sanggup melihat dirinya terkorban demi cintanya pada rakan sepermainan sewaktu kecil.

Berbalik kepada kisah Al Hassan yang membebaskan hamba. Pengajaran yang boleh diperolehi dari kisah tersebut
a. Untuk memperkatakan sesuatu, kenalah kita beramal dulu, barulah "masin" apa yang kita perkatakan. Al Hassan untuk memperkatakan bagusnya membebaskan hamba, dia sendiri berusaha mendapatkan hamba dan membebaskan hamba. Di sinilah yang kita perkatakan, amal dulu barulah kata-kata kita berkesan. Tidak cakap serupa bikin. Pengajaran pertama dari kisah tersebut ialah perkatakanlah apa yang telah kita lakukan, sebab amat besar kemurkaan Allah apabila kita memperkatakan sesuatu yang tidak kita amalkan.
b. Pengajaran yang kedua, kita boleh nampak bahwa sifat manusia yang tidak sabar. Mengharapkan sesuatu yang baik, tetapi tidak mampu bersabar untuk memperolehi perkara yang baik. Inilah antara ragam manusia sejak zaman Al AHssan sehinggalah di zaman kita ini. Inilah wajah masyarakat yang bakal dan sedang kita hadapi. Dan inilah antara ujian yang perlu kita hadapi dalam mendidik masyarakat. Berhadapan dengan manusia-manusia yang tidak mempunyai kesabaran. Maka untuk itu, diri kita sendiri hendaklah bersabar.
c. Pengajaran ketiga, ialah antara wajah masyarakat yang bakal kita hadapi ialah sifat tidak mahu bersyukur. Kita dapat lihat ketidak puas hati mantan hamba, walaupun sudah dibebaskan. Tidak berpuas hati kerana pembebasan mereka terlewat 3 jumaat. Inilah antara wajah-wajah yang kita perlu hadapi. Dan untuk menghadapi mereka, maka diri kita perlu mensyukuri nikmat Allah.
d. Pengajaran keempat, memang jelas membuktikan kata bidalan jangan menjadi lilin. Al Hassan mempunyai seorang hamba, tetapi kerana ada urusan yang dia tak mampu laksanakan melainkan dengan adanya bantuan sebagai seorang hamba, maka dia tidak membebaskan hambanya itu dan terpaksa menangguh khutbahnya. Dia tidak mahu menjadi lilin.Merosakkan diri dia demi kesejahteraan orang lain yang bersifat sementara. Jika dibebaskan hambanya sedangkan dia ada keperluan lain, maka akan terbantutlah dan mungkin khutbah pembebasan hamba olehnya ditangguhkan lebih lama kerana masalah yang belum dibereskan. Jadi Al Hassan berpandangan jauh. Ditangguhkan pembebasan hambanya, agar boleh disegerakan menyelesaikan masalahnya, secara tak langsung melancarkan dia untuk berkhutbah.
e. Setelah urusan AL Hassan selesai, barulah dia membebaskan hambanya. barulah hatinya tenang berkhutbah, kerana urusan yang menggangu fikirannya sudah selesai dan dia sendiri mjemperkatakan apa yang telah dia laksanakan.

f. Berkenaan lilin dan bulan. Arwah datuk saya pernah berpesan. Jangan menjadi lilin yang membinasakan diri untuk menerangi perjalanan seorang manusia. Sebaliknya jadilah seperti bulan, yang mengambil cahaya matahari untuk mengindahkan dirinya dan menerangi kegelapan malam agar ramai manusia boleh berjalan ke destinasi yang ditujui.Kita merosakkan diri dengan menjadi lilin, setelah lilin habis, maka kegelapan menjelma kembali dan kita tidak akan dapat menerangi perjalanan walau seorang manusia. Tetapi dengan menjadi bulan. Bulan itu hodoh, tetapi bulan mengambil cahaya matahari untuk menghiasi dirinya dengan purnama. Lantas menerangi kegelapan malam , membantu jutaan manusia dibumi untuk bergerak di malam hari. Dan kitaran bulan akan berterusan sehingga datanglah perintah Allah SWT agar bulan tidak lagi menyinari di malam hari.
Kalau dikiaskan kepada diri manusia dan bulan, dan diri manusia dan lilin. Sebenarnya kita ini lebih hampir kepada bulan. Sebabnya, sejauhmana hodohnya bulan, begitulah hodohnya kita dengan dosa dan kemungkaran. Dan sebijak mananya bulan mendapatkan cahaya matahari untuk menhiasi diri, itulah kiasan manusia yang berusaha mendapatkan cahaya iman walu pernah bergelumang dengan dosa dan kemungkaran. Cahaya keimanan itulah yang akan mengindahkan diri kita bukan saja dipandang mata malah indah juga di mata hati.
Bukan itu sahaja, keimanan itu akan digunakan untuk menyinari dunia kegelapan zulumat jahiliah manusia-manusia yang cintakan dunia. Inilah bidalan sinaran rembulan menyinari kegelapan malam dan membantu manusia dibumi bergerak menuju destinasi.
Salahkah menjadi lilin ? Tidak salah. Tetapi pastikan cahaya lilin , dihasilkan oleh lilin bukan pinjaman dari matahari. Andainya kita ingin berkorban dengan membinasakan diri sendiri demi orang lain, pastikan kita sudah mempunyai kemantapan iman. Sebab di hujung sakarat kita, waktu itulah syaitan akan datang berbondong-bondong untuk menyesatkan kita buat kali terakhir. Yang hanya boleh menyelamatkan kita hanyalah iman yang mantap.
Apa yang terjadi zaman ini ... ramai di antara kita, menjadi lilin ... Ada diantara kita ni TAHU orang2 yang disekelilingnya hanya ingin memusnahkan kehidupannya. TETAPI masih mahu menjadikan pemusnah hidup mereka sebagai penasihat.

Fikir-fikirkanlah

Kalau Sayang Mesti Diuji Dengan Musibah


Salam

Citer amender sini erk

Ok kali ni aku nak citer pasal salah satu pengalaman aku dengan sorang budak chatting ....

Dulu ... aku ada sebut sepintas lalu dalam emel merapu aku ... ada sorang awekz Melayu dari KL ... gi study kat USA ... idup dia betul2 lagi barat dari orang barat ... minum arak ... dedah aurat ... tak sembahyang .... tak reti baca Quran ... tak pose .... Pastu dia kawen dengan mat saleh ... dapat sorang anak .... Kendian bercerai dengan laki dia .... bila dah status janda .... dia amal free sex lak .... Kendian .... dia eksiden keter ... sebelum dia coma ... dia terdengar orang azan .... bila dia dah sedar dari coma ... dia insaf ... dia masuk chat room grup teratak-ilmu ... dan dia mula belajar tentang agama Islam semula melalui chat room tu ... Kita ajar dia camana nak taubat ... kita ajar dia camana nak solat ... ajar dia pasal asas-asas Fardhu Ain ... melalui chat room, PC Camera, microphone & speaker ...Kita orang tulis Al Fatihah secara rumi ... emel kat dia ... suruh dia baca ... kita dengar sambil betulkan makhraj & tajwid .... gitulah routine dia tiap hari ...

Kendian Allah uji dia .... setiap hamba Allah, kalau Allah SAYANG kat dia, Allah akan uji untuk upgred iman dia ... Alaaaa cam ko orang ler ... ko orang masuk sekolah , belajar bertahun2 ... lepas tu ada ujian SRP lerr, SPM lerr .. kendian ada exam nak dapat Degree ler ... ujian/exam tu semua untuk upgred diri ko orang .... SAMA aje dengan ujian/exam yang Allah datangkan kat hamba-hamba NYA ... ujian tu semua untuk UPGRED IMAN kita .. Allah nak tengok sejauh mana kita sabar & redha ... kalau sabar & redha ... maka Allah beri pahala dan tingkatkan iman kita ........

Balik pada kisah awekz janda kat USA tadi ... Allah ujia dia ... x-husband dia hantar surat lawyer nak kan hak penjagaan anak dia ... dia waktu tu dah kerja sebagai journalist .... jadi memang tak de duit nak lawan balik lawyer ... satu lagi dia memang gerenti kalah ...SEBAB ... dia bukan USA nyer citizen ... DAN .... x- husband dia nye kocek lagi lebat ... JADI ... awekz tu FRUST menonggeng lerrrrr .....

Dia masuk chat room ... dia menangis ... melalak ... sambil kata dia nak bunuh diri .... hinggalah .... berlaku chat conversation berikut yang agak emosi di chat room tu (aku terpaksa censor & tukar id name dia sebab x mo nak memalukan dia ... yerlaa mana ler tau ko orang masuk chat room terjumpa id dia lak )

###############

awekz janda : why allah buat i cam ni ?
awekz janda : why allah ni zalim
awekz janda : i baru nak berubah, now allah beri anak i pada my xhubby
awekz janda : my son is the only one yg i ada dlm dunia ni

awae_dondae : sabar meera, sabar
awae_dondae : setiap sesuatu yang Allah buat utk kita, ada hikmah
awae_dondae : Allah nk tgk kita ni ikhlas ke nak berubah
awae_dondae : Allah nk tgk kita ni sabar ke bila ditimpa musibah
awae_dondae : sbb, Allah x mo kita ni hanya nak rapat dgn Allah disbbkan sifat escapism
awae_dondae : Allah nak kita ni jadi hamba NYA yg benar2 berubah & buat ibadah dgn ikhlas

awekz janda : tapi why me ?
awekz janda : why my son ?
awekz janda : i baru nak berubah, baru nak taubat
awekz janda : now he has taken my son from me

awae_dondae : I understand ur feeling
awae_dondae : sabarlah sebab ur xhubby just taking ur son but not ur faith
awae_dondae : walau ur son staying with ur xhubby, u can still meet him
awae_dondae : but if u losing ur faith, then u r losing everything in ur life

awekz janda : i can’t live without my son
awekz janda : i’m going to take a knife & cut my wrist

awae_dondae : sabar meera, sabar meera, ingatkan Allah
awae_dondae : don’t do foolish thing

awekz janda : i can’t take it anymore

awae_dondae : well
awae_dondae : betul u nak bunuh diri ?

awekz janda : yes

awae_dondae : ok , b4 that answer my question

awekz janda : what ?

awae_dondae : u sayang anak u

awekz janda : yes, he’s the only precious thing in my life

awae_dondae : ur son luv u ?

awekz janda : yes, i’m his mom
awekz janda : he’s spending most of his time with me compared to that fucking asshole

awae_dondae : ok good, now u can cut urself and go to hell
awae_dondae : now i know why the american law let ur xhubby to have the custody of ur son

awekz janda : what do u mean ?

awae_dondae : yeah bcoz u r not a good mother
awae_dondae : u r a self thinker
awae_dondae : u claim that u luv ur son & yet u want to kill urself & let ur son miss u
awae_dondae : yeah it’s rite
awae_dondae : by committing suicide most of ur problems in this world will end
awae_dondae : BUT
awae_dondae : ur son will miss u
awae_dondae : he’ll never get the luv fr his mom anymore
awae_dondae : NO MORE MOTHER’S TOUCH do u get me ?
awae_dondae : and he’ll grew up to be another fucking asshole juz like ur xhubby
awae_dondae : u r a SELF THINKER
awae_dondae : that’s why the American law give the custody to ur xhubby

lepas tu dia tersenyap

kendian dia ucap istighfar banyak2 .... dia minta maaf kat aku & semua yg ada dalam chat room tu ....

Dan pada raya tahun ni ... awekz janda tu balik ke Malaysia menemui mak ayah dia utk beraya sebagai seorang muslim setelah 10 tahun tak balik ke Malaysia ...... dan setelah 10 tahun dia tak solat, tak pose, tak kenal Allah ....

Aku sempat jumpa dgn awekz janda ni kat Mid Valley waktu bulan pose baru ni ... dia cakap kat aku ... memang betul apa yg aku bebel kat dia dlm chat room ... walau custody anak dia dapat kat x-hubby dia ... dia masih leh jumpa anak dia tu bebila masa ... in fact kengkadang anak dia spend the time dgn dia lebih lama dari xhubby dia ....TAPI ... dia sendiri ajar anak dia tentang Allah, tentang Nabi Muhammmad SAW .. tentang Al Fatihah etc .... KAN ADA HIKMAH dari ujian Allah tu

###################
###################### END

Gitulah yg jadi .... kat dunia ni .... kengkadang ... orang yang kita sayang, Allah jadikan alat utk mendatangkan ujian dalam bentuk musibah kat kita .... TAPI .... kalau kita sabar ... Allah akan beri kita pahala sabar .... Allah akan tingkatkan iman kita .... akhirnya Allah akan permudahkan urusan kita ....

Dalam hidup ni ... banyak aku jumpa ... Allah jadikan balakz/awekz sebagai alat utk menguji keikhlasan hati orang yg mereka sayang ... SEBAB APA ? .... sebab Allah nak berikan yang TERBAIK .... sebab Allah nak tapis demi tapisan demi tapisan .... AGAR yg benar-benar diperolehi itu bernilai dan berharga

Sebab tu cam aku citer dalam emel merapu aku yang lepas ... bila cikgu ain tanya pasal jodoh ... aku ada sebut yang Rezeki, jodoh, ajal & maut memang Allah telah tetapkan sejak kita dicipta ... TAK YAH NAK RISAU ....

Bab jodoh ... kengkadang ada org kawen, tak lama kawen, bercerai ... memang sependek itulah jodoh mereka yang telah Allah tetapkan ..... muhasabahlah diri ... apesal terjadi gitu

Bab jodoh lagi ... kengkadang orang umo 48 tahun ... baru kawen ... baru jumpa jodoh .... memang gituler yang Allah tetapkan .... muhasabahlah diri .... pesal Allah lambatkan jodoh

Bab jodoh lagi .... kengkadang dia kawen sorg bini ... tak lama .... dia kawen lagi .... tak lama dia kawen lagi .... gitulerr jodoh yang telah Allah tetapkan .....

Sebab tu kita kenalah banyak muhasabah diri ... kalau jodoh kita masih lom serasi ... maka Allah akan datangkan ujian demi ujian kepada yang empunya diri hinggalah sifat pasangan tersebut serasi ... gitulah percaturan Allah ... andainya kita tak sabar ... maka Allah akan tarik nikmat tersebut dan Allah gantikan dengan seseorang yang akan terus-terusan menguji kesabaran kita .........

Dari peristiwa tersebut ... apa yg aku nampak .....

1. Bila seseorang nak kepada kebaikan .... Allah akan uji dia .... untuk menilai keikhlasan dia ... agar Allah dapat berikan pahala sabar & Allah tingkatkan iman dia
2. Bila ditimpa ujian atau musibah ... carilah SAHABAT SEJATI yg boleh dijadikan tempat kongsi masalah & sama2 cari jalan penyelesaian masalah ... BUKANNYA cari kawan yang suka buat gossip & tambah masalah kat kita
3. Kalau kita nak berubah dari jahat kepada baik ... IKHLASKANLAH HATI .... bukan berubah sebab nak dapat duit atau sebab nak ayat awekz/balakz atau sebab nak naik pangkat .... tetapi sebab nak jadi hamba Allah

Rezki, Jodoh, Ajal & Maut : Perkara Yang Allah Telah Tetapkan


Salam

Citer amender sini erk

Perggghhhh dah semenggu dah kita berayer .... dah semenggu gak ler bebudak ngumpul pitis rayer hehehe

Dah semenggu gak lerrr ada sedara seIslam kita yang berpose sunat Syawal

...DAN ....

dah semenggu gak lerr ada di antara kita yang pose dapat lapar & dahaga jerk kuang kuang kuang ... PADAN MUKA ... tak reti nak jaga pose ... abis jerk pose, balik asal ikut perangai lama ...

Sebelum rayer ari tu ... aku ada dapat Private Message dari sorang chatter yang berasal dari Perlis, bertugas sebagai Cikgu kat Johor Baru ... Dia banyak bertanya pasal tareqat dan aku dah terangkan secara ringkas tentang tareqat ni .... Dari emel tu lak ... aku banyak dapat pertanyaan lebih banyak pasal tareqat ....lebih kurang 6 emel yang aku terima suruh cerita lebih banyak dan detail tentang tareqat ...

Aku tak mo sentuh bab tareqat kat sini .... sebab isu tareqat ni banyak babitkan persoalan kerohanian dan alam ghaib .... CUMA aku nak nasihat dan stresskan ... tumpukan dulu kepada perkara yang zahir .. JANGAN sibuk nak tumpukan kepada perkara yang batin/rohani/ghaib ...

Antara perkara yang zahir yang WAJIB ditumpukan ialah perkara-perkara asas Fardhu Ain macam solat, puasa, etc .... SEBAB ... aku nengok ramai orang Islam tak solat ....

DAN

Aku juga ada tengok ... ada umat Islam yang solat lak ... tapi TAK TAHU syarat sah & batal solat, rukun solat .... solat main hentam keromo jerk

Sebagai contoh .... antara rukun solat ialah membaca Fatihah ... ada orang .... tajwid Al Quran tak reti, baca Fatihah main hentam ... secara tak langsung, baca Fatihah tak betul, bila Fatihah baca tak betul, rukun solat tak dilaksanakan, secara tak langsung SOLAT TAK SAH...

Gitu gak dengan solat muslimah .... muslimah nak solat, dia pakai telekong .... TAPI waktu sujud ... dia sujud ATAS TELEKONG .... solat TAK SAH gak ... anggota sujud ada tujuh ... dua perut jari kaki , dua lutut, dua tapak tangan dan dahi ... Kalau dahi dah sujud atas telekong .. camana nak penuhi tuntutan anggota sujud ?

Gitu gak dalam bab Taharah iaitu bersuci .... bersuci merupakan bab pertama dalam beribadah ... kalau nak beribadah , kita kena bersuci. Untuk bersuci, kita kena belajar alat2 bersuci iaitu air. dan kena tahu syarat2 sah bersuci.

Air ada banyak jenis ... air yang boleh digunakan untuk bersuci iaitu menyucikan najis dan mengambil air sembahyang serta mandi wajib ialah air MUTLAK. Iaitu air yang SUCI LAGI MENYUCIKAN. Tetapi, aku pernah tengok orang cuci sayur yang dibeli dipasar yang sememangnya disembur dengan baja bersumberkan najis menggunakan air mustakmal. Cucian sayur TAK BETUL. Najis yang ada pada sayur TAK DISUCIKAN. Kira ramai surirumah atau tukang masak, memasak sayur yang bernajis.

Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan, iaitu air yang tidak berubah sifatnya iaitu tidak berubah rasa, warna & bau serta sukatannya sekurang-kurangnya dua kolah. Sumber air mutlak ialah :

1. Air hujan
2. air laut
3. air sungai
4. air perigi/telaga
5. air mata air
6. air salji
7. air embun

Air mustakmal pulak ialah air yang suci (boleh digunakan untuk basuh kereta, minum) TETAPI tidak menyucikan (tak boleh digunakan untuk membasuh /menyucikan najis, angkat air sembahyang & mandi wajib) ...

Kat ko orang ... cuba tanya ... ko orang mandi wajib ( tak kira ler sama ada lepas bersetubuh, atau lepas period atau lepas mimpi basah) ... air kolah kat rumah ko yang ko gunakan tu, cukup tak sukatan dua kolah ? Kalau tak cukup dua kolah, TAK SAH... melainkan ko gunakan air yang keluar direct dari pili air ... Air direct dari pili air .. dia bersambung dengan tangki air yang sukatannya melebihi dua kolah.

Nanti ada lak orang tanya, DUA KOLAH TU BANYAK MANA ?

Jadi terpaksalah aku jawab .... DUA KOLAH tu sukatannya sebanyak ....

1. 230 liter air ..... ATAU

2. 52 gelen ..... ATAU

3. Dalam satu bekas empat segi sama yang ukuran panjang X lebar X tingginya ialah
1 1/4 hasta X 1 1/4 hasta X 1 1/4 hasta ..... ATAU

4. Kalau bekas selinder ....ukuran diameter ialah = 1 hasta ..... sementara ukuran tinggi selinder = dua hasta

Untuk makluman ko orang ... satu hasta bersamaan dengan 20 inci

HAH JELAS ????

Nantilah .. kalau aku free aku tulis satu persatu bab Fardhu Ain dalam emel merapu aku nanti ....

Gitu gak bab basuh sayur. Sayur yang ditanam petani biasanya disemburkan dengan baja. Baja biasanya baja urea yang sourcenya dari najis. Bila makcik atau awekz gi beli sayur kat pasar ... nak basuh sayur, semua main rendam dalam sinki air yang tak sampai dua kolah. Jadi air tersebut BUKAN air mutlak. Air yang tak cukup dua kolah, dimasukkan sayur bernajis, jadilah air tersebut AIR MUTANAJIS iaitu air yang bercampur najis. Sayur bernajis, sebab tak dicuci dengan air mutlak. Kemudian sayur di potong, terus masuk ke dalam periuk untuk masak lemak cili padi... Orang makan ... SEDAP .... sebab ada perasa najis.

Gitu gak dengan telur ayam ... telur ayam, keluar dari saluran najis ayam ....kengkadang, kita masih boleh nampak najis ayam terpalit kat kulit telur ayam tu ... Kita pergi Restoran Mamak ... kita order ... "MAMAK, ROTI TELUR SATU" ... mamak pun amik sebiji telur yang TAK BERBASUH ... dengan taik ayam masih melekat kat kulit telur ... mamak tu pegang "taik ayam" .... dia pecahkan telur dan start menguli-uli tepung roti canai .... tercemarlah tepung roti itu dengan najis ..... maka jadilah ROTI TELUR BERPERASA TAIK AYAM ....

Sepatutnya ... cucilah telur ayam tu dulu kalau nak digunakan atau nak dimasak. Bila kita sentuh telur ayam yang diselaputi najis ayam, tangan kita bernajis. Lepas tu kita sentuh lak makanan kita yang lain, makanan tersebut gak tercemar dengan najis.

Sebab tu ... nasihat aku .... setakat ni ... tak yahlah nak tanya pasal benda tareqat atau benda kerohanian atau benda ghaib ... WALAU kengkadang , bila kita tahu pasal alam rohani ni best ... mana tak bestnya .. kita leh tahu memacam pasal alam ghaib ... gerak ati kita dipimpin dengan ilham2 ..... kita leh dapat rasa mana & apa yang boleh datangkan rezki ... kita leh dpt tahu & rasa, apa yang akan membahayakan kita .... kita leh tau rupa, sifat & watak seseorang camana ... malah kengkadang kita leh tahu apa yang ada dalam ati orang kuang kuang kuang ... TAPI .. itu bukanlah sesuatu yang dituntut oleh Islam .. benda2 cenggitu hanyalah BONUS yang Allah anugerahkan kat hamba-hamba NYA yg berusaha mendekatkan diri pada NYA.

KESIMPULANNYA .... Tumpukan dulu dengan perkara yang zahir iaitu asas-asas Fardhu Ain. Dah lulus Fardhu Ain barulerrr leh upgred ke ilmu yang lain.

kali ni aku nak cut & paste text chatting aku yang mungkin boleh kita jadikan iktibar .....

************************
**********************************

cikgu ain (10/11/2007 11:01:09 AM): ain ade ikut kelas kitab2... agak kepartian sket
cikgu ain (10/11/2007 11:01:20 AM): aduh selalu kena marah
cikgu ain (10/11/2007 11:01:59 AM): ainkan dlm bdg sains dan teknologi nie
cikgu ain (10/11/2007 11:02:14 AM): ain selalu kena sound

awae_dondae (10/11/2007 11:02:19 AM): sound camana?

cikgu ain (10/11/2007 11:02:27 AM): belajar dan bercakap bhs inggeris
cikgu ain (10/11/2007 11:02:41 AM): mereka kata ain menyokong yahudi
cikgu ain (10/11/2007 11:02:52 AM): ain pulak terus terkelu

awae_dondae (10/11/2007 11:03:05 AM): itu fikiran cetek tu

cikgu ain (10/11/2007 11:03:11 AM): bagi mereka perempuan sepatutnya duk di rumah
cikgu ain (10/11/2007 11:03:16 AM): asal habis spm je kena kawen
cikgu ain (10/11/2007 11:03:21 AM): adui laa minda

awae_dondae (10/11/2007 11:03:35 AM): tu tanda fikiran mereka tertutup

cikgu ain (10/11/2007 11:03:24 AM): jadiknya
cikgu ain (10/11/2007 11:03:32 AM): mak2nye kalau waktu lepas kelas
cikgu ain (10/11/2007 11:03:38 AM): asyik dok ngeluh
cikgu ain (10/11/2007 11:03:46 AM): bilalah
cikgu ain (10/11/2007 11:03:51 AM): anak mereka nak dipinang org
cikgu ain (10/11/2007 11:03:58 AM): ain tanyalah umur berapa
cikgu ain (10/11/2007 11:04:04 AM): dia jawab 19
cikgu ain (10/11/2007 11:04:22 AM): ain cakap belajarlah dulu, umur masih muda
cikgu ain (10/11/2007 11:04:31 AM): mereka nak jugak kawen
cikgu ain (10/11/2007 11:04:33 AM): ishhhhhhhhh

awae_dondae (10/11/2007 11:04:37 AM): mudanya

cikgu ain (10/11/2007 11:04:42 AM): tu lah
cikgu ain (10/11/2007 11:04:53 AM): ainyg dah tua >> 24 nie pun tak terfikir nak kawen

awae_dondae (10/11/2007 11:05:01 AM): tapi
awae_dondae (10/11/2007 11:05:08 AM): kalau ada jodoh, segerakan kawen

cikgu ain (10/11/2007 11:05:22 AM): hm blum jumpa yg memuaskan hatilah ustaz

awae_dondae (10/11/2007 11:05:30 AM): ELOK disegerakan kawen bila dah bertemu jodoh, sebab, ibadah org yg dah kawen ni berganda ganjaran nya

cikgu ain (10/11/2007 11:05:37 AM): hmm yer ker
cikgu ain (10/11/2007 11:05:38 AM): alamak
cikgu ain (10/11/2007 11:05:44 AM): esok juga ain nak kawenlah
cikgu ain (10/11/2007 11:05:49 AM): tapi, ain blom jumpa yg memuaskan hati

awae_dondae (10/11/2007 11:05:50 AM): lom jumpa yg memuaskan hati ?

cikgu ain (10/11/2007 11:05:55 AM): iya

awae_dondae (10/11/2007 11:06:01 AM): SH Muszaphar, ain nak tak ? hehehehe
awae_dondae (10/11/2007 11:06:08 AM): angkasawan tu

cikgu ain (10/11/2007 11:06:10 AM): ain pernah jumpa lelaki yg pada pakaiannya mcm bagus, jawatan pun tinggi, gaji besar, kacak
cikgu ain (10/11/2007 11:06:27 AM): tapi ya Allah, gatal juga rupanya, kaki mabuk, tak sembahyang, kalau ada email lucah, mesti dia fwd kpd saya
cikgu ain (10/11/2007 11:06:28 AM): Allah dah beri rupa kacak, jawatan eksekutif, gaji besar tapi masih minum arak, kaki perempuan

awae_dondae (10/11/2007 11:06:38 AM): hehehehe kacak, exec, gaji besar, minum arak, womanizer ... TAPI kan
awae_dondae (10/11/2007 11:07:03 AM): carilah pasangan hidup yg boleh membawa kita hampir dengan Allah dan Rasul NYA

cikgu ain (10/11/2007 11:07:13 AM): ya ustaz tu pointnye
cikgu ain (10/11/2007 11:07:16 AM): saye belum jumpa
cikgu ain (10/11/2007 11:07:20 AM): dan malas nak fikir

awae_dondae (10/11/2007 11:07:30 AM): nak tau tak camana nak jumpa org yg cenggitu ?

cikgu ain (10/11/2007 11:07:38 AM): ok bagi tips

awae_dondae (10/11/2007 11:07:46 AM): senang aje

cikgu ain (10/11/2007 11:07:49 AM): ok

awae_dondae (10/11/2007 11:08:34 AM): kita jadikan diri kita org yg benar2 ingin hampirkan diri kita kpd Allah & Rasul, nnt Allah akan datangkan jodoh yg boleh bimbing kita utk hampirkan diri kpd Allah & Rasul

cikgu ain (10/11/2007 11:08:46 AM): insya allah
cikgu ain (10/11/2007 11:08:47 AM): amin

awae_dondae (10/11/2007 11:09:02 AM): kalau nak bersuamikan seperti Saidina Ali, diri kenalah jadi cam Fatimah Az Zahra
awae_dondae (10/11/2007 11:09:12 AM): saya pernah jumpa sepasang kekasih yang bercinta. mamatz tu cukup sayang kat awekz dia. apa yang awekz dia nak, dia laksanakan. mamatz tu cukup jujur dengan awekz dia, tak tengok dah pompuan lain
awae_dondae (10/11/2007 11:09:16 AM): TAPI
awae_dondae (10/11/2007 11:09:18 AM): awekz dia lak, ngaku sayang dan setia kat mamatz tu, TAPI same time keluar dating dgn lelaki lain, kengkadang waktu dia tengah telepon dgn balakz lain, mamatz boipren dia telpon, awekz tu tipu kekasih dia yang dia baru bangun tidur tak sempat nak jawab telpon

cikgu ain (10/11/2007 11:09:20 AM): teruknya perempuan tu. dia tak sayangkan bf dia ke ? sampai menipu bf sendiri

awae_dondae (10/11/2007 11:09:20 AM): awekz tu sayang kat mamatz tu, cuma dia sesaja buat hubungan dengan balakz lain sekadar suka2, nak isi masa lapang

cikgu ain (10/11/2007 11:09:21 AM): teruknya perempuan tu. kesian bf dia

awae_dondae (10/11/2007 11:09:20 AM): JADI .. bila perangai awekz TAK serasi dengan perangai mamatz .. maka Allah datangkan ujian demi ujian, masalah demi masalah kat si awekz tu, agar dia sedar kesilapan dia agar dia berubah .. bila sikap kedua2 pasangan dah betul2 berubah .... dah serasi ..... baruler Allah permudahkan jodoh tu hehehe

cikgu ain (10/11/2007 11:09:28 AM): kite kena ubah diri kite
cikgu ain (10/11/2007 11:09:35 AM): oh tu pasal ain blum jupa agaknya
cikgu ain (10/11/2007 11:09:47 AM): nak tergelak ain

awae_dondae (10/11/2007 11:10:15 AM): satu kes lagi ... saya pernah jumpa, ada sorang awekz ni, dia nak dpt suami yg baik, caring, bertanggung jawab, berbudi pekerti

cikgu ain (10/11/2007 11:10:27 AM): ok

awae_dondae (10/11/2007 11:10:42 AM): TAPI, dia sendiri pentingkan diri sendiri, tak amanah, rockers lak tu

cikgu ain (10/11/2007 11:11:10 AM): hmmm

awae_dondae (10/11/2007 11:11:11 AM): mamatz manalaaa nak awekz cenggitu utk dijadikan bini, mamatz tu gunakn awekz tu macam kad Touch & Go bolehler .. dah dapat rasa inzal dgn awekz tu, dia cerailer. Kalau tak nikah, dia belah cenggitu jerk, awekz tu bunting sendiri tanggung

cikgu ain (10/11/2007 11:11:21 AM): alamak jgnlah ain dpt cenggitu

awae_dondae (10/11/2007 11:11:39 AM): sebab tu, kenalah kita banyak muhasabah diri sendiri
awae_dondae (10/11/2007 11:12:05 AM): bila muhasabah diri, kita kenal keburukan diri sendiri, kita boleh usahakan ke arah yg lebih baik

cikgu ain (10/11/2007 11:11:47 AM): hmm yee
cikgu ain (10/11/2007 11:11:53 AM): ustaz nasihat mcm nie
cikgu ain (10/11/2007 11:11:55 AM): alhamdulillah
cikgu ain (10/11/2007 11:12:00 AM): tapi ustaz, kalau mak ain pulak sebaliknya

awae_dondae (10/11/2007 11:12:25 AM): mak nasihat cara dia, sebab dia sayangkan anaknya

cikgu ain (10/11/2007 11:12:32 AM): dia cakap
cikgu ain (10/11/2007 11:12:38 AM): mak kasik ko tak nak
cikgu ain (10/11/2007 11:12:53 AM): manalah ain nak..rock kapak semacam je lelaki tu
cikgu ain (10/11/2007 11:13:20 AM): mm lagipun mak ain tak suka ain mcm nie
cikgu ain (10/11/2007 11:13:26 AM): mak nak suami ain mesti banyak harta, kacak & tampan

awae_dondae (10/11/2007 11:13:47 AM): cakap kat mak .... bila mak meninggal dunia nanti .. mak nak tak yang uruskan jenazah mak nanti ... menantu yg rambut panjang, tak reti solat, ibadah kurang ?
awae_dondae (10/11/2007 11:14:48 AM): tanya mak, dia nak ke bila dia meninggal dunia, menantu dia yang kaya, tampan, kacak tu hanya jadi penonton kpd orang2 yang solatkan jenazah dia ?
awae_dondae (10/11/2007 11:14:50 AM): atau pun ... mak nak tak bila mak meninggal dunia, yg jadi IMAM solat jenazah nanti menantu yg beriman, pandai baca Quran dan mahir menguruskan jenazah ? yang mana satu mak nak ?
awae_dondae (10/11/2007 11:15:44 AM): semua org kalau boleh, bila dia mati, dia nak anak menantu dia yg uruskan jenazah dia

cikgu ain (10/11/2007 11:14:56 AM): aaaaaaaa hujjah yang bagus

awae_dondae (10/11/2007 11:14:58 AM): mesti mak ain suka tahap gaban
awae_dondae (10/11/2007 11:15:00 AM): saya dulu nak kawen dengan isteri, cukup susah sebab keluarga isteri tak suka
awae_dondae (10/11/2007 11:15:01 AM): tapi isteri saya pandai menjawab bila mak & ayah dia tanya pasal saya
awae_dondae (10/11/2007 11:15:52 AM): alhamdulillah, mak & ayah dia akhirnya terima saya jadi menantu

cikgu ain (10/11/2007 11:15:03 AM): aa ustaz ni kelakarlah
cikgu ain (10/11/2007 11:15:06 AM): kelakar

awae_dondae (10/11/2007 11:15:13 AM): kelakar apanya

cikgu ain (10/11/2007 11:15:18 AM): gaban

awae_dondae (10/11/2007 11:15:19 AM): realiti

cikgu ain (10/11/2007 11:15:40 AM): tu lah kalau anak ustaz dah besar boleh ain jadik menantu ustaz

awae_dondae (10/11/2007 11:15:51 AM): hek eleh anak saya keciklagi laa, lom sunat pun, apa kata ain jadi bini saya ? kuang kuang kuang


############
################### END

Begituler antara sembang chatting aku dengan Cikgu Ain ... dia begitu prihatin tentang soal jodoh ... TAPI baguslah ... sebab spesifikasi dia ialah lelaki yang beriman dan boleh mendidik dia ke arah keimanan.

Ada hadis menyatakan ... bila Allah ciptakan kita dari setitik air mani yang HINA ... Allah bentukkan daging kita dalam rahim ibu ... kendian Allah tiupkan roh ke dalam janin tersebut ... sewaktu roh ditiupkan, Allah telah tetapkan 4 perkara untuk kita dan ditulis dalam Loh Mahfuz .....

Apakah 4 perkara tu ?

1. Rezeki
2. Jodoh
3. Ajal
4. Maut

Jadi ... 4 perkara di atas .. TAK YAH lerr kita nak risaukan ... TETAPI ... kita kena usaha agar keempat-empat perkara tersebut dipermudahkan bagi kita agar tenang kita untuk beribadah.

Rezeki ni tak yah ler aku nak hurai panjang-panjang, aku yakin semua tau apa makna rezeki. Allah telah tetapkan banyak mana rezeki kita sewaktu idup kat dunia ni. DAN kita tak tahu berapa banyak rezeki yang Allah telah tetapkan ... TETAPI ... kita boleh meminta kepada Allah agar rezeki kita dipermudahkan ... mudah kita memperolehinya. Bukan setakt mudah diperolehi, tetapi juga mendapat rezeki yang BERKAT. Rezeki yang berkat mampu menampung kehidupan ramai orang walau pun sedikit. DAN dalam kitab2 tulisan ulamak salafussoleh, ada disebutkan amalan2 yang boleh memurahkan rezeki ... atau erti kata lain mempermudahkan dan mempercepatkan rezeki diterima oleh kita sebagaimana ditakdirkan Allah.

Jodoh ni pun merupakan pasangan hidup ko orang kat dunia ni dan INSYAALLAH kat akhirat gak ... ada gak orang, mereka berjodoh di dunia .. TETAPI tidak berjodoh di akhirat .... SEBAB ... salah seorang mengkhianati seorang yang lain sewaktu alam perkahwinan di dunia ... maka Allah pisahkan mereka di akhirat ... WAL IYA ZUBILLAH ... semoga kita bersama2 berdoa, jodoh kita nanti akan berkeekalan dari dunia sampai akhirat Walau kita tak tahu, dengan siapa kita akan dijodohkan ... TETAPI kita juga dituntut untuk berdoa agar dipermudahkan jodoh itu datang keapda kita. Ada banyak ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan untuk mempercepatkan jodoh.

Ajal ni lak sebenarnya UMUR ... Allah telah tetapkan berapa lama umur kita kat dunia ni. Kita tak tahu umur kita berapa. Kita tak tau berapa lama kita akan hidup. NAMUN kita dituntut untuk berdoa kepada Allah agar umur kita berkat. Berkat sebab lagi panjang umur, lagi banyak ibadat.

Maut, Allah juga telah menetapkan bila kita akan mati dan bagaimana kita nak mati. TAK SEMESTINYA umur 25 tahun mereka boleh idup lama. Kenghkadang, ari ni celeberate birthday 25 trahun, esok dah mati eksiden sebab mabuk todi ...Allah juga telah tetapkan camana kita akan mati, sama ada heart attack ke, cancer ke, kena pulas tengkuk sampai patah leher ke, kena AIDS ke dan sebagainya.

JADI ... kita JANGANLAH RISAU tentang empat perkara ni ... sebaliknya berusaha lah yang terbaik untuk kehidupan beragama atas jalan iman

Apasal Kita Rosakkan Ibadah Ramadhan Di Hai Raya ?

Salam

Citer amender sini erk ?

Dah start pose enam ?

Hah yang "coti-coti Malaysia" di bulan Ramadhan tu ... jangan upa ganti balik .... jangan tangguh2 ... sebab lom tentu kita leh idup sampai Ramadhan yang akan datang ... YERLAAAA .... manaler tau ... ada di antara kita jadi arwah ... kang tak sempat ganti ...niayaaaaaa ... bukan senang nak menjawab kat akhirat nanti ...

Semoga kita direzekikan untuk bertemu Ramadhan yang akan datang ... AMIEEN

Baru-baru nie .... aku tengah sedap menyiang ikan utk kenduri open house .... aku terima satu SMS dari seorang staff kat NCI .... aku baca SMS tu ... aku terkejut beruk ...

Isi kandungan SMS tu berisi .... GOSSIP ... maka .... aku balas balik SMS tu kat staff tu ... aku kata ...............

Ramdhan habis, Syawal datang, setan yang kena rantai dah bebas, jadi muslimah NCI ikut perangai setan balik, sebarkan gosip untuk menyusahkan hati sedara seIslam. Bertepuk tangan setan sebab ada minah kat NCI ikut perangai setan balik.

Itulah komen aku atas GOSSIP yang tak ada bukti dan tak berasas.

Subhanallah, rupa-rupanya bukan seorang wanita kat Repah aje yang ibadah Ramadhan dia dah rosak bila Syawal menjelang .... rupa2nya RAMAI GAK MUSLIMAH NCI YANG DAH ROSAK AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN .... sia-sia aje pose .... pahala tak dapat, rahmat tak dapat ...yang dapat hanyalah LAPAR & DAHAGA ....

Kengkadang .... bila ada staff datang mengadu kat aku ....

- Aku sedihlah, asyik kena marah dengan boss aku

- Susahnya hidup aku, gaji aku tak cukup

- Aku kalau datang kerja, nampak NCI dari jauh, rasa macam nampak bilik hukuman gantung

- dan lain-lain keluhan lagi dari Staff NCI

Kengkadang ... walau aku diam aje bila dengar dia orang mengeluh ... tapi ko orang tau tak yang dalam hati aku dok mengutuk dan mengata orang2 yang mengeluh tu ... antara kutukan aku dalam hati ....

- Padan muka ko, suka sangat melaga-lagakan orang. Sampai kawan sendiri pun ko boleh buat cerita gossip memacam sampai kawan sendiri jadi sedih ... memang patut Allah datangkan Boss yang selalu maki dan cari salah ko... PADAN MUKA KO ... kalau ko tak sedar diri lagi ... siap sedia ler masuk neraka ...

( kalu aku yang ko gossip, siapler ko ... memang o akan aku masukkan ke dalam senarai orang utk aku maki dan carut tiap hari ... senasiblah ko dengan si QA Bongok, Sekuriti Pundek, Nenek Tua Kutuk, Nenek Janda Gersang Biawak Menopos & Nenek Planet of The Apes .....TAK ADA AMPUN )

- Bukan gaji tak cukup ... TETAPI ... gaji tak BERKAT ... gaji yang berkat, walaupun sikit tetap cukup ... kalau banyak lak, boleh dapat bantu fakir miskin & anak yatim ... gaji tak berkat SEBAB TAK DAPAT RAHMAT bulan Ramadhan ... mana nak dapat rahmat Ramadhan, baru jer masuk satu Syawal .. ko orang dah ikut perangai setan .... buat gossip yang menyusahkan member sendiri ... amender laaa ko orang ni .... bila nak balik raya... ko orang bersalam2 ler dgn kawan ko , minta ampun maaf, sampai ada yang nangis2 ... bila start raya jer .. ko buat gossip balik untuk menyusahkan orang yang ko kata "kawan baik" .....hehehe .... memang HIPOKRIT tol .... ko orang ni patut kerja kat tempat shooting filem ... boleh jadi pelakon terbaik hehehe .... - Hek eleh .... camana ko tak tengok NCI macam tempat hukuman gantung .... sebab kat NCI ni lerr dosa ko berlambak ... mana tidaknya .... sehari 24 jam ... ko kije kat NCI 8 jam .... satu pertiga masa ko sehari kat NCI .... dan satu pertiga masa ko sehari ko orang menggosip .... menyusahkan kawan sendiri .... tikam kawan dari belakang .... Ko orang ni aku rasa ... matlamat ko orang nak berkawan adalah ... UTK MENYUSAHKAN KAWAN .... kan ke lebih baik ko orang ni bila tengok NCI macam tengok NERAKA ... insaf sikit diri ko ...Bila kita jadikan tempat kerja kita tempat kita buat dosa & maksiat ... Allah jadikan tempat tu nampak macam tempat hukuman .... PADAN MUKA KO

kengkadang teringin gak aku nak cakap kat minah2 yang mulut macam C?P@P gatal berkayap yang kerja dia suka buat gosip, suka tengok kawan susah ati, suka manipulate & buat skrip citer kengkawan, suka melaga-lagakan orang .... aku nak cakap direct cam ni kat dia orang >>>>
Ko orang kalu nak berkawan semata-mata nak buat gosip pasal kawan sendiri, nak manipulate citer pasal kawan, suka tengok kawan bermasalah dan sedih ....baik ko orang berkawan dan jadi barua setan aje. Agak2nya mulut ko ni sebijik rupa mulut C?P@P ko. C?P@P ko ni tengah gatal berkayap, lama gersang tak kena seludu dengan laki ko orang, tu yang mulut ko ni gatal buat gosip, sampai privacy kehidupan kawan sendiri pun ko orang busy body nak masuk campur dan nak memandai manipulate citer. Kendian ko kait2kan lak dengan orang lain .... bla bla bla ...

Amacam ? Power tak ayat aku ? hehehe

Nanti adalah yang marah kat aku cenggini >>>> Ko ni mie, bulan pose ke, raya ke, asyik nak mencarut .... ayat dia tu utk sembunyikan perangai setan dia ... alaa skema ler... cam si bongok tu ... dia tau dia buat salah, tapi dia salahkan orang lain utk cover kesalahan dia

Nanti aku jawab balik cenggini >>>> Aku mencarut kat orang yang perangai cam setan, apa salahnya. Mencarut dan maki hamun setan dan barua2 setan, itu lebih mulia dan dapat pahala dari mendatangkan masalah kat orang yang KONONnya kita jadikan kawan baik

hehehehe kat minah2 gossip ni .... meh lerr datang jumpa aku menggossip hehehe .... nanti boleh aku ajar ko style aku menggosip camana hehehehe

Ituler serba sedikit sketsa & perkembangan yang aku dapat dari staff aku, beserta komen aku utk kita renungkan

************************************
************************************

Apesal ? Bulan Ramadhan ... siangnya kita pose, tahan lapar, tahan dahaga ..... malamnya kita tonggang tonggek buat solat terawikh .... tak cukup dengan tu ... Quran yang berhabuk ... bulan Ramadhan lerrr baru disentuh dan dibaca ..... sebelum dinihari ... ko orang bangun bersahur sesambil tu kita buat solat tahajud, hajat etc ... TETAPI .... bila habis Ramadhan .... amalan kita semua hancur ... Quran pun tak ingat letak kat mana .... start balik mengumpat, menggosip, memfitnah, tikam belakang etc..

Cuba kita renungkan ..... aku bawa satu analogi yang cukup hampir dengan kita ....

Cuba ko orang bayangkan .....

kat NCI ... hari Rabu ... patient ramai .... busy tahap gaban ... ko orang kije terkangkang2 .... sampai nak makan pun tak der masa .... semata2 nak bagi service kat patient ... sampai ada patient yang bagi compliment .... sekali ... hasil usaha penat lelah dan performance excellent ko orang sumer ... boss ko orang kata semua tu TAK DI NILAI dalam ko orang punya KPI ( key performance index ) .... APA PERASAAN KO ORANG ?

Gitu gak dengan amalan pose .... ko orang susah2 pose tahan lapar dan dahaga .... malamnya sibuk denga terawikh ... sekali KO ORANG SENDIRI yang rosakkan amalan ibadah Ramadhan ko orang sampai ALLAH tak terima ibadah di bulan Ramadhan ko orang ... APA PERASAAN KO ORANG ?

ATAU PUN ........

Ko orang kije sungguh2 .... buat overtime .... lepas tu .... gaji ko semua , ko orang bagi kat aku ... APA PERASAAN KO ORANG ?

alaaaa sama gak ..... bulan Ramadhan ko orang berpose, solat terawikh ... lepas tu pahala ibadat ko orang ko musnahkan dengan menggosip, buat fitnah, melaga2kan orang etc .... sama aje tu ....

Aku nak ulang lagi dan ingatkan kat diri aku dan ko orang .... orang mukmin tu ada lima musuh ... iaitu ... syaitan, nafsu, orang fasiq ( yang buat dosa sokmo ), orang kafir harbi ( kafir yang nak menyusahkan umat Islam ) dan orang munafiq( orang yang mengaku Islam tapi banyak buat dosa yang orang kafir buat ).

Jangan sampai kita jadi dan tergolong dalam salah satu 5 musuh Allah tersebut ... SEBAB .. kalau kita tergolong dalam salah satu dari 5 musuh tersebut ... malanglah nasib kita kat dunia & akhirat. Kat dunia, hidup kita sentiasa dalam kesukaran dan masalah. kat akhirat kena belasah dan balun dengan malaikat Mungkar & Nakir dalam kubur dan neraka.

Allah datangkan Nabi & Rasul untuk memberi peringatan kat kita ....Alah datangkan juga kitab Al Quran sebagai panduan ... Allah janjikan kepada hamba-hamba NYA, siapa yang mengikut jalan iman, maka ketenangan dan kelapangan untuknya di dunia dan syurga untuknya di akhirat. Itulah janji Allah, janji yang TIDAK mungkir. .... TETAPI mengapa kita semua tak percaya pada janji Allah sebaliknya kita lebih suka mengikut jalan nafsu dan setan ?

Kengkadang aku pelik dengan perangai orang kita .... antara yang aku pelik .....

- ada yang boleh percaya, batu kalau dipuja boleh keluarkan duit dan mengkayakan orang .... lalu aku jumpa orang yang kata gitu dan cakap kat dia >>>>> Budin tu hempedu dia ada batu, apa kata ko amik batu hempedu si Budin, ko puja. Mana tau ko boleh jadi kayo hehehe ..... batu adalah makhluk Allah yang TAK BERGERAK ... aku sebagai manusia yang merupakan makhluk Allah yang BERGERAK pun tak leh keluarkan duit utk kayokan ko, apa lagilerr batu ... BODO tol .. tak pepasal jatuh syirik

- ada yang siap cari dulang tembaga utk dipuja agar dapat no ekor .... astaghfirullahalazim ... dulang tembaga apa kelas ... kan baik guna dulang emas ke ... dulang perak ke .... TAK PUN dulang yang orang guna untuk mendulang emas kat Rusila ... dah lerr puja dulang tu dapat dosa syirik ... main no ekor tu judi, dosa besar gak .... apa punya bangang ... kendian ... kalau menang judi, duit tu duit haram ... nak kasi makan anak bini dengan duit haram ???? adoiii susahnya .... orang macam ni ... kalau ada masa aku nak bawak dia ke restoran apek cina ... aku nak belanja dia makan BABI PANGGANG .... kalau dia tak mo makan, aku nak cakap kat dia ... makan duit judi tu haram, makan babi panggang pun haram ... sama aje ... tak ada beza ... hehehehe..... caya lagi janji kaki temberang

- ada yang kawen masuk suratkhabar ... hantaran RM 444444.44 .... cukup setahun ... masuk suratkhabar lagi .... sebab bercerai dan jual kueh .... tu lerr cari suami yang banyak harta ... len kali cariler suami yang BANYAK IMAN ... sebab iman adalah harta yang paling berharga ... suami yang banyak harta lom tentu bagi janji kosong .... suami yang banyak iman, insyaAllah akan tepati semua janji-janjinya ...

- ada orang lak ... dah ada suami/isteri ... tapi makan luar ... buat skandal dengan betina/jantan lain .... kalau yang jantan tu, dia nak tambah bini bagi cukup quota 4 bini kira ok lerr.. TAPI kalu hanya semata2 nak rasa INZAL dengan betina lain jer ASTAGHFIRULLAHALAZIM .... gitu gak dengan betina yang jadi isteri orang ... Suami yang halal dah ada ... TAPI masih nak cari jantan haram ... dah ler dapat dosa dengan Allah, dapat dosa dengan suami, dapat dosa gak dengan anak2. Sebab tu lerr hidup tak tenang, tak tenteram. Susah je manjaaannngggggg .... Tu yang kita selalu dengar berita ... perempuan kena letup dengan bom .... jantan kena kerat anu-nya .... suami isteri bercerai .... HIV ... siplis ... etc ... SEBAB ... kat dunia Allah datangkan bala sebelum Allah panggang ko dalam neraka

- ada yang didatangi oleh orang yang janjikan jadi jutawan segera .... orang tu kata >>> Saya dulu start RM10,000, tak sampai 4 bulan , sekarang income saya taK KURANG RM 150,000 SEBULAN. Saya boleh tolong awak, awak bagi saya RM 10,000, dalam tempoh 4 bulan awak akan jadi kaya cam saya ..... gituler temberang orang sekarang, tapi ramai lak caya ... KALAU betul dia nak tolong .... apa salah dia pinjamkan RM10,000 dari RM 150,000 yang dia dapat tiap bulan utk kayakan ko orang ? Bila ko orang dah kaya, ko orang bayar ler balik RM 10,000 kat dia .... janji kosong cam ni pun ada orang caya, janji Allah yang sememangnya pasti, tak lak ko orang percaya .... amenderlaaa .... ko orang caya kat temberang orang sampai ada yang jual tanah, gadai rantai emas, buat personal loan, jual keter etc ...

dan 1001 macam lagi yang jadi kat dunia ni ..... SEBAB .... orang lebih percayakan janji kaki temberang melebihi percaya kepada janji Allah ..

DAN ....

aku tengok mangsa janji-janji kosong dan kaki temberang ni ... mereka mensia-siakan ibadah di bulan Ramadhan .... tamat saja Ramadhan maka bermulalah perangai setan dia orang hehehehe

Selagi masih ada nyawa, MASIH BELUM TERLAMBAT untuk bertaubat dan buat perubahan ke arah jalan keimanan.