Monday, February 18, 2008

Rezki, Jodoh, Ajal & Maut : Perkara Yang Allah Telah Tetapkan


Salam

Citer amender sini erk

Perggghhhh dah semenggu dah kita berayer .... dah semenggu gak ler bebudak ngumpul pitis rayer hehehe

Dah semenggu gak lerrr ada sedara seIslam kita yang berpose sunat Syawal

...DAN ....

dah semenggu gak lerr ada di antara kita yang pose dapat lapar & dahaga jerk kuang kuang kuang ... PADAN MUKA ... tak reti nak jaga pose ... abis jerk pose, balik asal ikut perangai lama ...

Sebelum rayer ari tu ... aku ada dapat Private Message dari sorang chatter yang berasal dari Perlis, bertugas sebagai Cikgu kat Johor Baru ... Dia banyak bertanya pasal tareqat dan aku dah terangkan secara ringkas tentang tareqat ni .... Dari emel tu lak ... aku banyak dapat pertanyaan lebih banyak pasal tareqat ....lebih kurang 6 emel yang aku terima suruh cerita lebih banyak dan detail tentang tareqat ...

Aku tak mo sentuh bab tareqat kat sini .... sebab isu tareqat ni banyak babitkan persoalan kerohanian dan alam ghaib .... CUMA aku nak nasihat dan stresskan ... tumpukan dulu kepada perkara yang zahir .. JANGAN sibuk nak tumpukan kepada perkara yang batin/rohani/ghaib ...

Antara perkara yang zahir yang WAJIB ditumpukan ialah perkara-perkara asas Fardhu Ain macam solat, puasa, etc .... SEBAB ... aku nengok ramai orang Islam tak solat ....

DAN

Aku juga ada tengok ... ada umat Islam yang solat lak ... tapi TAK TAHU syarat sah & batal solat, rukun solat .... solat main hentam keromo jerk

Sebagai contoh .... antara rukun solat ialah membaca Fatihah ... ada orang .... tajwid Al Quran tak reti, baca Fatihah main hentam ... secara tak langsung, baca Fatihah tak betul, bila Fatihah baca tak betul, rukun solat tak dilaksanakan, secara tak langsung SOLAT TAK SAH...

Gitu gak dengan solat muslimah .... muslimah nak solat, dia pakai telekong .... TAPI waktu sujud ... dia sujud ATAS TELEKONG .... solat TAK SAH gak ... anggota sujud ada tujuh ... dua perut jari kaki , dua lutut, dua tapak tangan dan dahi ... Kalau dahi dah sujud atas telekong .. camana nak penuhi tuntutan anggota sujud ?

Gitu gak dalam bab Taharah iaitu bersuci .... bersuci merupakan bab pertama dalam beribadah ... kalau nak beribadah , kita kena bersuci. Untuk bersuci, kita kena belajar alat2 bersuci iaitu air. dan kena tahu syarat2 sah bersuci.

Air ada banyak jenis ... air yang boleh digunakan untuk bersuci iaitu menyucikan najis dan mengambil air sembahyang serta mandi wajib ialah air MUTLAK. Iaitu air yang SUCI LAGI MENYUCIKAN. Tetapi, aku pernah tengok orang cuci sayur yang dibeli dipasar yang sememangnya disembur dengan baja bersumberkan najis menggunakan air mustakmal. Cucian sayur TAK BETUL. Najis yang ada pada sayur TAK DISUCIKAN. Kira ramai surirumah atau tukang masak, memasak sayur yang bernajis.

Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan, iaitu air yang tidak berubah sifatnya iaitu tidak berubah rasa, warna & bau serta sukatannya sekurang-kurangnya dua kolah. Sumber air mutlak ialah :

1. Air hujan
2. air laut
3. air sungai
4. air perigi/telaga
5. air mata air
6. air salji
7. air embun

Air mustakmal pulak ialah air yang suci (boleh digunakan untuk basuh kereta, minum) TETAPI tidak menyucikan (tak boleh digunakan untuk membasuh /menyucikan najis, angkat air sembahyang & mandi wajib) ...

Kat ko orang ... cuba tanya ... ko orang mandi wajib ( tak kira ler sama ada lepas bersetubuh, atau lepas period atau lepas mimpi basah) ... air kolah kat rumah ko yang ko gunakan tu, cukup tak sukatan dua kolah ? Kalau tak cukup dua kolah, TAK SAH... melainkan ko gunakan air yang keluar direct dari pili air ... Air direct dari pili air .. dia bersambung dengan tangki air yang sukatannya melebihi dua kolah.

Nanti ada lak orang tanya, DUA KOLAH TU BANYAK MANA ?

Jadi terpaksalah aku jawab .... DUA KOLAH tu sukatannya sebanyak ....

1. 230 liter air ..... ATAU

2. 52 gelen ..... ATAU

3. Dalam satu bekas empat segi sama yang ukuran panjang X lebar X tingginya ialah
1 1/4 hasta X 1 1/4 hasta X 1 1/4 hasta ..... ATAU

4. Kalau bekas selinder ....ukuran diameter ialah = 1 hasta ..... sementara ukuran tinggi selinder = dua hasta

Untuk makluman ko orang ... satu hasta bersamaan dengan 20 inci

HAH JELAS ????

Nantilah .. kalau aku free aku tulis satu persatu bab Fardhu Ain dalam emel merapu aku nanti ....

Gitu gak bab basuh sayur. Sayur yang ditanam petani biasanya disemburkan dengan baja. Baja biasanya baja urea yang sourcenya dari najis. Bila makcik atau awekz gi beli sayur kat pasar ... nak basuh sayur, semua main rendam dalam sinki air yang tak sampai dua kolah. Jadi air tersebut BUKAN air mutlak. Air yang tak cukup dua kolah, dimasukkan sayur bernajis, jadilah air tersebut AIR MUTANAJIS iaitu air yang bercampur najis. Sayur bernajis, sebab tak dicuci dengan air mutlak. Kemudian sayur di potong, terus masuk ke dalam periuk untuk masak lemak cili padi... Orang makan ... SEDAP .... sebab ada perasa najis.

Gitu gak dengan telur ayam ... telur ayam, keluar dari saluran najis ayam ....kengkadang, kita masih boleh nampak najis ayam terpalit kat kulit telur ayam tu ... Kita pergi Restoran Mamak ... kita order ... "MAMAK, ROTI TELUR SATU" ... mamak pun amik sebiji telur yang TAK BERBASUH ... dengan taik ayam masih melekat kat kulit telur ... mamak tu pegang "taik ayam" .... dia pecahkan telur dan start menguli-uli tepung roti canai .... tercemarlah tepung roti itu dengan najis ..... maka jadilah ROTI TELUR BERPERASA TAIK AYAM ....

Sepatutnya ... cucilah telur ayam tu dulu kalau nak digunakan atau nak dimasak. Bila kita sentuh telur ayam yang diselaputi najis ayam, tangan kita bernajis. Lepas tu kita sentuh lak makanan kita yang lain, makanan tersebut gak tercemar dengan najis.

Sebab tu ... nasihat aku .... setakat ni ... tak yahlah nak tanya pasal benda tareqat atau benda kerohanian atau benda ghaib ... WALAU kengkadang , bila kita tahu pasal alam rohani ni best ... mana tak bestnya .. kita leh tahu memacam pasal alam ghaib ... gerak ati kita dipimpin dengan ilham2 ..... kita leh dapat rasa mana & apa yang boleh datangkan rezki ... kita leh dpt tahu & rasa, apa yang akan membahayakan kita .... kita leh tau rupa, sifat & watak seseorang camana ... malah kengkadang kita leh tahu apa yang ada dalam ati orang kuang kuang kuang ... TAPI .. itu bukanlah sesuatu yang dituntut oleh Islam .. benda2 cenggitu hanyalah BONUS yang Allah anugerahkan kat hamba-hamba NYA yg berusaha mendekatkan diri pada NYA.

KESIMPULANNYA .... Tumpukan dulu dengan perkara yang zahir iaitu asas-asas Fardhu Ain. Dah lulus Fardhu Ain barulerrr leh upgred ke ilmu yang lain.

kali ni aku nak cut & paste text chatting aku yang mungkin boleh kita jadikan iktibar .....

************************
**********************************

cikgu ain (10/11/2007 11:01:09 AM): ain ade ikut kelas kitab2... agak kepartian sket
cikgu ain (10/11/2007 11:01:20 AM): aduh selalu kena marah
cikgu ain (10/11/2007 11:01:59 AM): ainkan dlm bdg sains dan teknologi nie
cikgu ain (10/11/2007 11:02:14 AM): ain selalu kena sound

awae_dondae (10/11/2007 11:02:19 AM): sound camana?

cikgu ain (10/11/2007 11:02:27 AM): belajar dan bercakap bhs inggeris
cikgu ain (10/11/2007 11:02:41 AM): mereka kata ain menyokong yahudi
cikgu ain (10/11/2007 11:02:52 AM): ain pulak terus terkelu

awae_dondae (10/11/2007 11:03:05 AM): itu fikiran cetek tu

cikgu ain (10/11/2007 11:03:11 AM): bagi mereka perempuan sepatutnya duk di rumah
cikgu ain (10/11/2007 11:03:16 AM): asal habis spm je kena kawen
cikgu ain (10/11/2007 11:03:21 AM): adui laa minda

awae_dondae (10/11/2007 11:03:35 AM): tu tanda fikiran mereka tertutup

cikgu ain (10/11/2007 11:03:24 AM): jadiknya
cikgu ain (10/11/2007 11:03:32 AM): mak2nye kalau waktu lepas kelas
cikgu ain (10/11/2007 11:03:38 AM): asyik dok ngeluh
cikgu ain (10/11/2007 11:03:46 AM): bilalah
cikgu ain (10/11/2007 11:03:51 AM): anak mereka nak dipinang org
cikgu ain (10/11/2007 11:03:58 AM): ain tanyalah umur berapa
cikgu ain (10/11/2007 11:04:04 AM): dia jawab 19
cikgu ain (10/11/2007 11:04:22 AM): ain cakap belajarlah dulu, umur masih muda
cikgu ain (10/11/2007 11:04:31 AM): mereka nak jugak kawen
cikgu ain (10/11/2007 11:04:33 AM): ishhhhhhhhh

awae_dondae (10/11/2007 11:04:37 AM): mudanya

cikgu ain (10/11/2007 11:04:42 AM): tu lah
cikgu ain (10/11/2007 11:04:53 AM): ainyg dah tua >> 24 nie pun tak terfikir nak kawen

awae_dondae (10/11/2007 11:05:01 AM): tapi
awae_dondae (10/11/2007 11:05:08 AM): kalau ada jodoh, segerakan kawen

cikgu ain (10/11/2007 11:05:22 AM): hm blum jumpa yg memuaskan hatilah ustaz

awae_dondae (10/11/2007 11:05:30 AM): ELOK disegerakan kawen bila dah bertemu jodoh, sebab, ibadah org yg dah kawen ni berganda ganjaran nya

cikgu ain (10/11/2007 11:05:37 AM): hmm yer ker
cikgu ain (10/11/2007 11:05:38 AM): alamak
cikgu ain (10/11/2007 11:05:44 AM): esok juga ain nak kawenlah
cikgu ain (10/11/2007 11:05:49 AM): tapi, ain blom jumpa yg memuaskan hati

awae_dondae (10/11/2007 11:05:50 AM): lom jumpa yg memuaskan hati ?

cikgu ain (10/11/2007 11:05:55 AM): iya

awae_dondae (10/11/2007 11:06:01 AM): SH Muszaphar, ain nak tak ? hehehehe
awae_dondae (10/11/2007 11:06:08 AM): angkasawan tu

cikgu ain (10/11/2007 11:06:10 AM): ain pernah jumpa lelaki yg pada pakaiannya mcm bagus, jawatan pun tinggi, gaji besar, kacak
cikgu ain (10/11/2007 11:06:27 AM): tapi ya Allah, gatal juga rupanya, kaki mabuk, tak sembahyang, kalau ada email lucah, mesti dia fwd kpd saya
cikgu ain (10/11/2007 11:06:28 AM): Allah dah beri rupa kacak, jawatan eksekutif, gaji besar tapi masih minum arak, kaki perempuan

awae_dondae (10/11/2007 11:06:38 AM): hehehehe kacak, exec, gaji besar, minum arak, womanizer ... TAPI kan
awae_dondae (10/11/2007 11:07:03 AM): carilah pasangan hidup yg boleh membawa kita hampir dengan Allah dan Rasul NYA

cikgu ain (10/11/2007 11:07:13 AM): ya ustaz tu pointnye
cikgu ain (10/11/2007 11:07:16 AM): saye belum jumpa
cikgu ain (10/11/2007 11:07:20 AM): dan malas nak fikir

awae_dondae (10/11/2007 11:07:30 AM): nak tau tak camana nak jumpa org yg cenggitu ?

cikgu ain (10/11/2007 11:07:38 AM): ok bagi tips

awae_dondae (10/11/2007 11:07:46 AM): senang aje

cikgu ain (10/11/2007 11:07:49 AM): ok

awae_dondae (10/11/2007 11:08:34 AM): kita jadikan diri kita org yg benar2 ingin hampirkan diri kita kpd Allah & Rasul, nnt Allah akan datangkan jodoh yg boleh bimbing kita utk hampirkan diri kpd Allah & Rasul

cikgu ain (10/11/2007 11:08:46 AM): insya allah
cikgu ain (10/11/2007 11:08:47 AM): amin

awae_dondae (10/11/2007 11:09:02 AM): kalau nak bersuamikan seperti Saidina Ali, diri kenalah jadi cam Fatimah Az Zahra
awae_dondae (10/11/2007 11:09:12 AM): saya pernah jumpa sepasang kekasih yang bercinta. mamatz tu cukup sayang kat awekz dia. apa yang awekz dia nak, dia laksanakan. mamatz tu cukup jujur dengan awekz dia, tak tengok dah pompuan lain
awae_dondae (10/11/2007 11:09:16 AM): TAPI
awae_dondae (10/11/2007 11:09:18 AM): awekz dia lak, ngaku sayang dan setia kat mamatz tu, TAPI same time keluar dating dgn lelaki lain, kengkadang waktu dia tengah telepon dgn balakz lain, mamatz boipren dia telpon, awekz tu tipu kekasih dia yang dia baru bangun tidur tak sempat nak jawab telpon

cikgu ain (10/11/2007 11:09:20 AM): teruknya perempuan tu. dia tak sayangkan bf dia ke ? sampai menipu bf sendiri

awae_dondae (10/11/2007 11:09:20 AM): awekz tu sayang kat mamatz tu, cuma dia sesaja buat hubungan dengan balakz lain sekadar suka2, nak isi masa lapang

cikgu ain (10/11/2007 11:09:21 AM): teruknya perempuan tu. kesian bf dia

awae_dondae (10/11/2007 11:09:20 AM): JADI .. bila perangai awekz TAK serasi dengan perangai mamatz .. maka Allah datangkan ujian demi ujian, masalah demi masalah kat si awekz tu, agar dia sedar kesilapan dia agar dia berubah .. bila sikap kedua2 pasangan dah betul2 berubah .... dah serasi ..... baruler Allah permudahkan jodoh tu hehehe

cikgu ain (10/11/2007 11:09:28 AM): kite kena ubah diri kite
cikgu ain (10/11/2007 11:09:35 AM): oh tu pasal ain blum jupa agaknya
cikgu ain (10/11/2007 11:09:47 AM): nak tergelak ain

awae_dondae (10/11/2007 11:10:15 AM): satu kes lagi ... saya pernah jumpa, ada sorang awekz ni, dia nak dpt suami yg baik, caring, bertanggung jawab, berbudi pekerti

cikgu ain (10/11/2007 11:10:27 AM): ok

awae_dondae (10/11/2007 11:10:42 AM): TAPI, dia sendiri pentingkan diri sendiri, tak amanah, rockers lak tu

cikgu ain (10/11/2007 11:11:10 AM): hmmm

awae_dondae (10/11/2007 11:11:11 AM): mamatz manalaaa nak awekz cenggitu utk dijadikan bini, mamatz tu gunakn awekz tu macam kad Touch & Go bolehler .. dah dapat rasa inzal dgn awekz tu, dia cerailer. Kalau tak nikah, dia belah cenggitu jerk, awekz tu bunting sendiri tanggung

cikgu ain (10/11/2007 11:11:21 AM): alamak jgnlah ain dpt cenggitu

awae_dondae (10/11/2007 11:11:39 AM): sebab tu, kenalah kita banyak muhasabah diri sendiri
awae_dondae (10/11/2007 11:12:05 AM): bila muhasabah diri, kita kenal keburukan diri sendiri, kita boleh usahakan ke arah yg lebih baik

cikgu ain (10/11/2007 11:11:47 AM): hmm yee
cikgu ain (10/11/2007 11:11:53 AM): ustaz nasihat mcm nie
cikgu ain (10/11/2007 11:11:55 AM): alhamdulillah
cikgu ain (10/11/2007 11:12:00 AM): tapi ustaz, kalau mak ain pulak sebaliknya

awae_dondae (10/11/2007 11:12:25 AM): mak nasihat cara dia, sebab dia sayangkan anaknya

cikgu ain (10/11/2007 11:12:32 AM): dia cakap
cikgu ain (10/11/2007 11:12:38 AM): mak kasik ko tak nak
cikgu ain (10/11/2007 11:12:53 AM): manalah ain nak..rock kapak semacam je lelaki tu
cikgu ain (10/11/2007 11:13:20 AM): mm lagipun mak ain tak suka ain mcm nie
cikgu ain (10/11/2007 11:13:26 AM): mak nak suami ain mesti banyak harta, kacak & tampan

awae_dondae (10/11/2007 11:13:47 AM): cakap kat mak .... bila mak meninggal dunia nanti .. mak nak tak yang uruskan jenazah mak nanti ... menantu yg rambut panjang, tak reti solat, ibadah kurang ?
awae_dondae (10/11/2007 11:14:48 AM): tanya mak, dia nak ke bila dia meninggal dunia, menantu dia yang kaya, tampan, kacak tu hanya jadi penonton kpd orang2 yang solatkan jenazah dia ?
awae_dondae (10/11/2007 11:14:50 AM): atau pun ... mak nak tak bila mak meninggal dunia, yg jadi IMAM solat jenazah nanti menantu yg beriman, pandai baca Quran dan mahir menguruskan jenazah ? yang mana satu mak nak ?
awae_dondae (10/11/2007 11:15:44 AM): semua org kalau boleh, bila dia mati, dia nak anak menantu dia yg uruskan jenazah dia

cikgu ain (10/11/2007 11:14:56 AM): aaaaaaaa hujjah yang bagus

awae_dondae (10/11/2007 11:14:58 AM): mesti mak ain suka tahap gaban
awae_dondae (10/11/2007 11:15:00 AM): saya dulu nak kawen dengan isteri, cukup susah sebab keluarga isteri tak suka
awae_dondae (10/11/2007 11:15:01 AM): tapi isteri saya pandai menjawab bila mak & ayah dia tanya pasal saya
awae_dondae (10/11/2007 11:15:52 AM): alhamdulillah, mak & ayah dia akhirnya terima saya jadi menantu

cikgu ain (10/11/2007 11:15:03 AM): aa ustaz ni kelakarlah
cikgu ain (10/11/2007 11:15:06 AM): kelakar

awae_dondae (10/11/2007 11:15:13 AM): kelakar apanya

cikgu ain (10/11/2007 11:15:18 AM): gaban

awae_dondae (10/11/2007 11:15:19 AM): realiti

cikgu ain (10/11/2007 11:15:40 AM): tu lah kalau anak ustaz dah besar boleh ain jadik menantu ustaz

awae_dondae (10/11/2007 11:15:51 AM): hek eleh anak saya keciklagi laa, lom sunat pun, apa kata ain jadi bini saya ? kuang kuang kuang


############
################### END

Begituler antara sembang chatting aku dengan Cikgu Ain ... dia begitu prihatin tentang soal jodoh ... TAPI baguslah ... sebab spesifikasi dia ialah lelaki yang beriman dan boleh mendidik dia ke arah keimanan.

Ada hadis menyatakan ... bila Allah ciptakan kita dari setitik air mani yang HINA ... Allah bentukkan daging kita dalam rahim ibu ... kendian Allah tiupkan roh ke dalam janin tersebut ... sewaktu roh ditiupkan, Allah telah tetapkan 4 perkara untuk kita dan ditulis dalam Loh Mahfuz .....

Apakah 4 perkara tu ?

1. Rezeki
2. Jodoh
3. Ajal
4. Maut

Jadi ... 4 perkara di atas .. TAK YAH lerr kita nak risaukan ... TETAPI ... kita kena usaha agar keempat-empat perkara tersebut dipermudahkan bagi kita agar tenang kita untuk beribadah.

Rezeki ni tak yah ler aku nak hurai panjang-panjang, aku yakin semua tau apa makna rezeki. Allah telah tetapkan banyak mana rezeki kita sewaktu idup kat dunia ni. DAN kita tak tahu berapa banyak rezeki yang Allah telah tetapkan ... TETAPI ... kita boleh meminta kepada Allah agar rezeki kita dipermudahkan ... mudah kita memperolehinya. Bukan setakt mudah diperolehi, tetapi juga mendapat rezeki yang BERKAT. Rezeki yang berkat mampu menampung kehidupan ramai orang walau pun sedikit. DAN dalam kitab2 tulisan ulamak salafussoleh, ada disebutkan amalan2 yang boleh memurahkan rezeki ... atau erti kata lain mempermudahkan dan mempercepatkan rezeki diterima oleh kita sebagaimana ditakdirkan Allah.

Jodoh ni pun merupakan pasangan hidup ko orang kat dunia ni dan INSYAALLAH kat akhirat gak ... ada gak orang, mereka berjodoh di dunia .. TETAPI tidak berjodoh di akhirat .... SEBAB ... salah seorang mengkhianati seorang yang lain sewaktu alam perkahwinan di dunia ... maka Allah pisahkan mereka di akhirat ... WAL IYA ZUBILLAH ... semoga kita bersama2 berdoa, jodoh kita nanti akan berkeekalan dari dunia sampai akhirat Walau kita tak tahu, dengan siapa kita akan dijodohkan ... TETAPI kita juga dituntut untuk berdoa agar dipermudahkan jodoh itu datang keapda kita. Ada banyak ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan untuk mempercepatkan jodoh.

Ajal ni lak sebenarnya UMUR ... Allah telah tetapkan berapa lama umur kita kat dunia ni. Kita tak tahu umur kita berapa. Kita tak tau berapa lama kita akan hidup. NAMUN kita dituntut untuk berdoa kepada Allah agar umur kita berkat. Berkat sebab lagi panjang umur, lagi banyak ibadat.

Maut, Allah juga telah menetapkan bila kita akan mati dan bagaimana kita nak mati. TAK SEMESTINYA umur 25 tahun mereka boleh idup lama. Kenghkadang, ari ni celeberate birthday 25 trahun, esok dah mati eksiden sebab mabuk todi ...Allah juga telah tetapkan camana kita akan mati, sama ada heart attack ke, cancer ke, kena pulas tengkuk sampai patah leher ke, kena AIDS ke dan sebagainya.

JADI ... kita JANGANLAH RISAU tentang empat perkara ni ... sebaliknya berusaha lah yang terbaik untuk kehidupan beragama atas jalan iman

No comments: