Monday, February 18, 2008

La Tahzan Jangan Bersedih Part 9

POSTO ..... POSTO .....

Beberapa minggu ni ... banyak berita-berita yang menggemparkan .... kesemuanya ada hubung kait dengan ... KAWAN .....

1. Kat Mesir .... sorang mamat ... bagi pinjam duit kat kawan .... bila dia cari balik kawan yang meminjam untuk tuntut hutang dia ... kawan dia tak ada kat rumah .... mamat tu gi bunuh housemate kawan dia .... ish ishh isshhhhh ..... aku rasa mamat tu mereng atau sewel laaa... kalau nak mengamuk pun ... pergilaaa kat Israel .. kat sana berapa ramai Yahudi kau nak bunuh pun boleh .... bongok tul mamat tu

2. Kat Seremban lak .... sepasang suami isteri termasuk baby yang dikandung 7 bulan mati kena bunuh .... yang bunuh lak .... KAWAN suami ..... ish ish ishhhh ....puncanya si suami tu berhutang ... tak leh nak bayar ..... dia bunuh satu famili .... ni satu lagi si bongok ..... apasallaaaa dunia ni dipenuhi oleh si bongok-si bongok ..........

Apasal KAWAN sendiri boleh bunuh kawan ?

Apasal kawan boleh menyusahkan kawan ?

Kadang-kadang kawan sanggup lihat kawan lain susah sampai terputus silaturahim dengan kawan yang lain .... isshhh issshhhh issshhhhh ..... ko orang tau tak ..... ada ditulis dalam kitab yang pernah atok aku syarahkan kat kampung, malangnya aku tak ingat tajuk kitab tersebut .... Barangsiapa yang menyebabkan terputusnya persahabatan dua orang Muslim, Allah dan seluruh makhluk di langit dan di bumi akan melaknatnya di dunia dan di akhirat . Rezkinya akan diangkat ( Allah sukarkan dia dalam memperolehi rezki ). Hidupnya akan ditimpa dengan bala dan musibah ...... sebab tu ... dari mula-mula aku menulis emel merapu ni ... aku banyak bercakap pasal ... apa yang telah kita lakukan selama ini ? .... sebab ..... ramai di antara kita yang mengeluh dengan masalah demi masalah yang mereka alami.

Ko orang suka tak kalau aku datang kat ko ... aku kata kat ko .... KO NI LAHANAT , HARAM JADAH ... ko orang suka tak ? ... kalu sapa rasa dia suka .... bolehlaaa emel kat aku ... nanti aku jumpa ko .. boleh aku panggil ko Si Lahanat Haram Jadah ... kalau ko orang tak suka aku lahanatkan ko .... cuba ko orang bayangkan yang melahanatkan ko tu ialah seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi .... ayam lahanatkan ko .... beruk lahanatkan ko ... gorilla lahanatkan ko ..... bigfoot lahanatkan ko ... dinosaur lahanatkan ko ... pokok lahanatkan ko ... tanah tempat ko berpijak lahanatkan ko ... nasi yang kau sedang kunyah lahanatkan ko ... awan lahanatkan ko .... alien kat planet Marikh lahanatkan ko ... malaikat lahanatkan ko ... setan & iblis pun lahanatkan ko (sebab setan & iblis pun termasuk kategori SELURUH MAKHLUK ALLAH ) .... dan yang paling malang untuk orang yang suka menyebabkan orang putus persahabatan ni .... ALLAH sendiri melaknat dia orang ..... Kalu aku lahanatkan ko kat dunia ni ... ko orang dah tak suka .... Allah kalau dah lahanatkan ko memang azablah hidup kau dunia dan akhirat ...

Sebab tu bila aku ditanya ... ko ni banyak tempat ko kije tentu ko banyak kawan .... biasanya aku akan jawab ... memang aku ada banyak kawan , dan aku juga ada banyak musuh kuang kuang kuang

Ko orang tau tak .... apasal ... Abu Bakar As Siddiq , Umar Al Khattab , Osman Ibnu Affan, Ali Bin Abi Talib dan orang Islam yang hidup di zaman Rasulullah SAW .... TIDAK dipanggil KAWAN RASULULLAH .... sebaliknya dipanggil .... SAHABAT RASULULLAH SAW ?

Sebab ......

Makna kawan dan sahabat tu ... nampak je sama ... sebenarnya berbeza ... SEBAB ... kalau setakat KAWAN ... anytaim kawan boleh makan kawan ... anytaim kawan akan jadi lawan ... TETAPI sahabat ... mereka akan susah dan senang bersama ... hehehehe ..... ituler yang atok aku ajar kat aku ... kalu ko orang ada makna yang lain yang ko orang jumpa dalam mana-mana dictionary atau encyclopedia ... lantak ko orang ler nak ikut makna yang mana satu ... aku lebih selesa dengan makna atau takrifan yang atok aku ajar hehehehehe

Dua insiden yang aku jadikan contoh di atas ... adalah contoh kepada makna KAWAN yang aku merapukan ni .... dia jadi kawan .... kasi pinjam duit kat kawan dia .... tapi bila kawan dia masih terdesak .... masih susah ... sampai tak dapat bayar utang .... dia gi bunuh ... kawan makan kawan .....

Sahabat Rasulullah SAW ... mereka sanggup susah bersama-sama dengan Rasulullah SAW .... mereka tahu kalau hidup bersama Rasulullah SAW ... akan diperangi oleh orang Quraisy yang menyembah berhala .... mereka tahu kalau mereka ikut Rasulullah SAW, anytaim mereka akan dibunuh ... anytaim mereka jadi miskin, di pulau , hidup susah etc .... TAPI mereka setia bersama Rasulullah SAW ... sebab apa ? ... sebab mereka tahu kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW ... mereka tahu bahawa setiap penderitaan yang mereka tanggung bersama-sama dengan Rasulullah SAW akan mendapat balasan sewajarnya dari Allah di akhirat .... sebab itulah mereka di panggil .... SAHABAT ... yang sanggup susah, menderita, sengsara, bersedih bersama-sama ........

Pernah di zaman Rasulullah SAW di Tana'im (sebuah kota tempat orang Malaysia membuat niat ihram haji/umrah = miqat ) ... seorang sahabat ditawan oleh kafir Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufian ... Abu Sufian bertanya kepada sahabat tersebut :

Abu Sufian : Relakah engkau jika nyawa mu ditukarganti dengan nyawa Muhammmad agar engkau boleh kembali ke pangkuan keluarga mu dan bersenang lenang disisi isteri dan anak-anak mu ?

Sahabat : Demi Allah dan Rasul-Nya ... Aku lebih rela tubuhku hancur ditetak oleh pedang-pedang kamu dari melihat Rasulullah SAW ditusuk oleh sebatang duri

Begitulah nilai persahabatan yang ditunjukkan oleh para sahabat kepada Rasulullah SAW. Mereka bukan sekadar mempamerkan riak muka, malahan mereka sanggup menukargantikan nyawa mereka demi sebuah persahabatan.

APAKAH KITA SUDAH MEMPUNYAI SAHABAT ?

Aku yakin ... kalau ditanya ... ramai yang akan kata mereka ada banyak kawan ... tetapi cuba lak tanya .... berapa ramai sahabatkah yang mereka ada ?

Bagi aku .... aku hanya punya 14 orang sahabat ... 6 darinya sudah pun kembali ke rahmatullah ... mereka adalah sahabat ku ... kerana mereka sanggup bersusah dan sengsara sewaktu aku susah ... mereka juga sanggup menanggung risiko kerana bersahabat dengan aku

Kepada mereka ... Siapa yang menyukarkan hidup mereka, maka menyukarkan juga hidup ku. Siapa yang mereka suka akan aku sukai. Siapa yang mereka berdamai, maka aku berdamai dengan mereka. Siapa yang mereka perangi, maka aku akan perangi mereka. ... itulah janji yang pernah aku lafazkan kepada mereka pada 1992 kerana mereka sanggup menanggung risiko sewaktu aku di dalam masalah.

Oleh itu ... carilah sahabat seramai mungkin yang mampu bersusah-sedih bersama-sama dengan mu. Kerana hidup di dunia ini, lebih banyak kedukaan dari kesenangan.

No comments: