Monday, May 5, 2008

Rahsia Segelas Air



Atok aku pernah berpesan .......

Orang yang melakukan dosa dan merasa diri berdosa lalu bertaubat, itu LEBIH MULIA dari orang yang TAK BUAT DOSA dan TAK pernah rasa diri berdosa..... SEBAB ... merasa diri berdosa itu adalah sifat kehambaan

Scenario pertama .... ada org ... dia buat dosa .... lepas tu dia rasa diri dia berdosa .... dia minta ampun kat Allah ... taubat sungguh2 ... contohnya Wahsyi. Wahsyi adalah pembunuh kepada Saidina Hamzah ra (pak sedara Rasulullah SAW). Wahsyi menombak Saidina Hamzah hingga mati. Sewaktu Rasulullah SAW berjaya menakluk Mekah, Wahsyi datang mengadap Rasulullah SAW utk moho maaf kerana membunuh Hamzah, dan Rasulullah SAW kata, "Aku maafkan ko. Tapi ko pergilah dari sini aku tak mo tengok muka ko lagi" ... Kendian Allah turunkan beberapa siri wahyu ayat Quran dari Allah khusus membicarakan tentang Wahsyi. Akhirnya Wahsyi memeluk Islam dan dialah yang menjadi TUKANG BUNUH Nabi2 palsu selepas kewafatan Rasulllah SAW. Allah muliakan Wahsyi dengan bakat yg ada padanya, iaitu membunuh.

Scenario kedua .... ada org ... dia tak buat dosa ... lepas tu dia tak lak rasa diri berdosa ... dia tak minta ampun kat Allah ... Ni perangai Azazil. Azazil ni TOK GURU kepada para malaikat. Pernah para malaikat minak Azazil ni mendoakan untuk mereka keselematan, Azazil doakan, TAPI Azazil tak doakan untuk diri dia sendiri. Azazil konfiden jerk dia selamat dunia & akhirat. LAST sekali, Azazil jadi makhluk Allah yang paling derhaka. Lalu nama kat kad pengenalan Azazil diubah kepada IBLIS. Jadi kat orang yang perasan best, perasan baik, sampai tak sembahyang, sampai boleh zina, ni semua perangai Iblis

Scenario ketiga ..... ada org .... dia buat dosa ... lepas tu dia tak lak rasa diri berdosa ... dia tak minta ampun kat Allah..... dia dengan konfiden rasa diri dia dah dijamin syurga ... Ni berlambak contoh kita leh tengok kat sekeliling kita . Kita tak sembahyang, selamba aje kita kutuk & caci orang sembahyang. Kita main judi, selamba aje kita fitnah orang yang tak main judi. Kita buat skandal, selamba aje kita fitnah orang lain murahan. BANYAKlah contoh kat NCI ni.

Scenario keempat .... ada org ... dia tak buat dosa ... TAPI .... dia rasa diri dia berdosa .... dia minta ampun kat Allah ... taubat sungguh2 ... contoh ni dah tak ada zaman ni, sebab cuma Nabi & Rasul aje buat cam ni.

Agak2 ko orang lerrr .... antara 4 scenario ni.... yang mana satu sifat ko orang erk ?

Aku pernah tanya kat member2 aku waktu kita orang nak start balik ke pangkal jalan .... adalah salah seorang tu jawab pertanyaan aku ...

Kalau boleh aku nak berada pada scenario keempat, sebab scenario keempat tu aje sifat Nabi dan Rasul .......

Dan aku yakin .... majority tak mo berada pada scenario ketiga ... tapi kita ni bukan malaikat ... bukan nabi ... bukan rasul ... maka kita telah, sedang akan buat dosa setiap hari dalam hidup kita ...

#################################

Kisah SATU

Ketika saat ajal Rasulullah SAW datang menggamit, maka Rasulullah SAW meminta Bilal untuk melaungkan azan memanggil para sahabat untuk berkumpul. Setelah kaum Mhajirin dan Ansar berkumpul, naiklah Rasulullah SAW ke atas mimbar. Dengan linangan air mata, maka berkhutbah Rasulullah SAW :

Sesungguhnya aku ini Nabi mu. Yang menyeru mu ke arah jalan Allah. Anggaplah diri ku sebagai saudara mu. Anggaplah diri ku sebagai bapa mu. Andainya ada di kalangan kamu yang merasa teraniaya oleh ku, bangkitlah diri mu sekarang untuk menuntut qisas kepada ku, sebelum aku dituntut qisas di akhirat.

Tiada di kalangan para sahabat yang berdiri.

Baginda mengulangi ayatnya untuk kali kedua.

Masih tidak ada seorang pun yang berdiri untuk menuntut qisas dari Rasulullah SAW.

Lalu baginda mengulangi lagi ayatnya untuk kali ketiga.

Maka berdirilah seorang pemuda, Akasyah bin Muhsin. Dia berjalan dan berdiri betul2 di depan Rasulullah SAW lalu berkata :

Demi Allah, ayah dan ibu ku menjadi tebusan mu Ya Rasulullah. Andainya tidak engkau ulangi kata2 mu sebanyak 3 kali, takkan mungkin aku berani menuntut hak ku terhadap diri mu.

Ya Rasulullah

Ingatkah kau sewaktu peperangan Badar, unta ku & unta mu bergerak beriringan ? Pernah ketika aku turun dari unta ku untuk mencium peha mu, engkau telah terpukul bahagian rusuk ku dengan cambuk pemukul unta. Aku tidak tahu apakah kau sengaja memukul diri ku atau kau tidak sengaja. Namun aku harap hak ku menuntut qisas diterima oleh mu.Maka aku menuntut qisas dari mu untuk memukul rusuk mu dengan cambuk pemukul unta.

Terkejut seluruh para sahabat atas permintaan Akasyah. Mereka menyifatkan tindakan Akasyah itu di luar batas sopan serta mengaibkan Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAw dengan tenang akur dengan permintaan Akasyah.

Maka Rasulullah SAW meminta Bilal ke rumah Fatimah untuk mengambil cambuk pemukul untanya. Setelah diambil, cambuk tersebut diserahkan kepada Rasulullah SAW. Lantas Rasulullah SAW menghulurkan cambuk tersebut kepada Akasyah.

Perlakuan Akasyah diperhatikan oleh Abu Bakar dan Umar. Maka tampillah mereka berdua berdiri antara Rasulullah SAW & Akasyah seraya berkata :

Wahai Akasyah. Kami ini sahabat rapat Rasulullah SAW. Pukullah kami berdua sepuas hati mu. Bebaskanlah Rasulullah SAW dari qisas mu.

Tapi kata2 Abu Bakar dibidas oleh Rasulullah SAW

Duduklah kamu berdua wahai Abu Bakar & Umar. Allah tahu kedudukan kamu berdua di akhirat. Biarlah aku menanggung akibat dari perbuatan ku sendiri.

Lantas Saidina Ali bangkit dari duduknya dan berdiri didepan Akasyah seraya berkata :

Wahai Akasyah, andainya pada fikir mu Abu Bakar & Umar bukan di kalangan keluarga Rasulullah, maka aku sebagai menantu Rasulullah berdiri didepan mu.Pukullah aku sepuas hati mu. Pukullah aku dengan tangan mu. Deralah diri ku sepuas hati mu.Tapi jangan kau pukul Rasulullah.

Berkata Rasulullah SAW :

Hai Ali, mundurlah kau dari Akasyah. Allah tahu kedudukan mu di sisi ku. Biarlah ku tanggung akibat perbuatan ku. Kerana aku takut qisas di akhirat yang lagi dahsyat.

Kemudian tampil pula dua beradik, Hassan & Hussein. Cucu kesayangan Rasulullah SAW. Mereka berkata :

Wahai Akasyah, bukankah sudah kau tahu bahawa kami ini cucu kandung kepada Rasulullah. Qisaslah kami, bererti engkau telah mengqisas Rasulullah. Bebaskanlah Rasulullah dan ambillah kami sebagi pengganti.

Berkata Rasulullah SAW kepada cucu2 baginda :

Wahai cucu penyejuk mata ku. Duduklah kalian berdua. Ini bukannya sesuatu yang boleh diwariskan kepada mu. Biar ku tanggung hasil perbuatan ku.

Kemudian Rasulullah SAW memalingkan mukanya dan bersemuka dengan Akasyah, lalu baginda berkata :

Wahai Akasyah, pukullah aku jika kau berhasrat menuntut qisas.

Berkata Akasyah :

Wahai Rasulullah, sewaktu engkau memukulku, aku dalam keadaan tidak berbaju.

Dengan tenang, Rasulullah menanggalkan kancing bajunya dan meleraikan bajunya ke lantai masjid. Menangislah para sahabat melihat begitu daif Rasulullah diperlakukan oleh Akasyah.

Apabila terlihat leh Akasyah akan tubuh putih Rasulullah SAW, perlahan2 dihampirinya, diusap perlahan dan dicium belakang Rasulullah SAW. Tubuh Rasulullah SAW didakap erat dengan penuh kasih sayang dengan linangan air mata sambil berkata :

Wahai Rasulullah. Roh ku menjadi tebusan buat diri mu. Siapakah aku yang tergamak mengqisas kekasih Allah. Aku bukanlah sahabat mu yg hampir, tetapi sahabat mu yang jauh. Hidup ku dipinggir kota. Sabdaan mu hanya ku dengar dihujung lidah para sahabat bukan terus dari lidah mu. Aku sengaja memohon mengqisas diri mu agar dapat ku pertemukan kulit tubuh ku dengan kulit tubuh mu yang mulia agar dengannya nanti Allah akan memelihara diri ku dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Rasulullah SAW membalas dakapan Akasyah dan berkata :

Ketahuilah wahai para sahabat. Barangsiapa ingin melihat penghuni syurga, lihatlah pada peribadi pemuda ini.

Seluruh umat Islam di Kota Madinah bersorak melaungkan takbir menyambut berita gembira. Walaupun di awal suasana penuh emosi, namun ianya ditakdirkan merupakan berita gembira buat Akasyah kerana Rasulullah SAW telah mengisyaratkan bahawa dirinya adalah penghuni syurga.

Begitulah pengorbanan para sahabat kepada Rasulullah SAW. Apakah pengorbanan kita kepada sahabat kita sudah setimpal dengan pengorbanan sahabat Rasulullah SAW ?

@@@@@@@@END@@@@@@@@@@@

Begitulah mulianya khidupan seorang hamba yang Allah ciptakan di dunia ini. Walau dirinya hamba, namun Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib SAW itulah semulia-mlia manusia yang pernah hidup di muka bumi ini .... TIDAK CINTAKAH ENGKAU KEPADANYA ?

Rasulullah SAW, walau dirinya maksum, masih dia menuntut qisas (hukum) dari orang yang dia TIDAK PERNAH ZALIMI.

Kita ... berapa ramai di antara kita yang berani mengaku kesalahan dan kesilapan lalu menuntut maaf dan qisas ?

Seharian berribu dosa yang kita lakukan sama ada dosa dengan makhluk mahu pun dengan Allah .... kita masih lagi merasakan diri kita ini sudah aman dan selamat dari api neraka.

Lebih malang ... kita SEDAR yang kita lakukan itu maksiat dan kemungkaran ... tapi kita sengaja memfitnah orang lain agar maksiat yang kita lakukan itu tertutup dari kaca mata masyarakat.

Tidak takutkah kita dengan azab neraka Allah ?

Inilah wajah-wajah kita yang sebenar.

Kisah DUA

Dalam Kitab Mukasyafatul Qulub karangan Imam Al Ghazali ada diceritakan sebuah hadis qudsi tentang kebangkitan semula setelah Israfil meniup sangkakala kedua.

Tatkala Israil meniup sangkakala kedua, maka bangkitlah sekelian umat manusia dari Nabi Adam AS sehinggalah manusia yang terakhir hidup di muka bumi.

Sewaktu Rasulullah SAW bangkit, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mencari umat baginda.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW telah bertemu dengan umat baginda. Maka dipeluk dan dicumnya seluruh umatnya dengan kasih sayang kerinduan bagaikan seorang ayah yang baru bertemu dengan anaknya kerana terpisah lama. Tetapi ada satu kelompok dari umat baginda yang terpisah dari Rasulullah SAW oleh satu benteng api.

Datang Jibrail menemui Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibrail :

Rasulullah SAW : Mengapa aku dihalang oleh benteng api ini dari menemui umat ku ?

Jibail : Mereka adalah umat mu yang engkar kepada titah perintah Allah. Mereka melakukan maksiat dan kemungkaran sepanjang kehidupan mereka. Maka Allah jadikan benteng api ini sebagai pemisah antara diri mu dan mereka.

Maka Rasulullah SAW berdoa kepada Allah agar dipadamkan benteng api tersebut. Malangnya benteng api tersebut semakin marak dan berkobar2.

Rasulullah SAW berdoa dengan berwasilahkan keberkatan solat agar dipadamkan benteng api, namun apinya semakin marak.

Rasulullah SAW berdoa pula dengan berwasilahkan keberkatan puasa, namun usaha baginda masih gagal.

Lantas Rasulullah SAW terus berdoa dengan berwasilahkan keberkatan Al Quran, Zakat, sedekah, zikir dan lain-lain amal ibadah yang dilakukan umatnya. Namun hasil usaha baginda masih gagal.

Maka datanglah Jibrail membawa segelas air, lalu berkata kepada Rasulullah SAW :

Jibrail : Wahai Rasulullah, gunakanlah segelas air ini untuk memadamkan benteng api tersebut.

Rasulullah SAW : Wahai Jibrail, mana mungkin segelas air mampu memadamkan benteng api yang marak dan berkobar2.

Jibrail : Gunakanlah segelas air ni wahai Rasulullah, kerana ini adalah perintah Tuhan mu yang juga Tuhan kepada sekelian alam.

Setelah mendengar kata2 Jibrail, Rasulullah SAW terus mencapai air tersebut dan menyiramkannya kepada api yang marak. Sekelip mata, benteng api tersebut terpadam. Tiada lagi rintangan yang menghalang Rasulullah SAW bertemu dengan umatnya. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibrail :

Rasulullah SAW : Wahai Jibrail, air apakah ini ? Begitu hebat kerana ia mampu memadamkan benteng api yang marak ?

Jibrail : Wahai Rasulullah, itulah air mata taubat umat mu. HANYA air mata taubat yang mampu memadamkan api neraka.

@@@@@@@@@@ END @@@@@@@@@@@@

Begitulah kehebatan air mata taubat.

Tidak ternilai air mata dengan permata. Tidak setanding 7 lautan madu dengan setitis air mata taubat. Kerana air mata taubat mampu memadamkan api neraka.

Maka menangislah selalu. Jangan dibazirkan air mata mu kerana menangisi nasib malang mu di dunia. Kerana memang Allah akan mengsilihgantikan antara kegembiraan dan kesedihan dalam kehidupan hamba-hamba NYA. Agar manis senyum kesyukuran dapat diimbangkan dengan air mata taubat. Tangisilah diri mu yang penuh dosa dan alpa. Agar air mata taubat mu nanti menjadi pemadam api neraka.

Menangislah selalu
Kerana nasib kita belum tahu
Apakah kesudahan yang baik yang bakal kita kecapi
Atau kesudahan yang jelek yang menjanjikan azab sengsara
Oleh itu menangislah selalu
Agar tangisan mu itu menjadi penyelamat diri mu
Dari api neraka

Inilah rahsia segelas air mata.


Ehsan Ostrich (UK) Private Ltd
226 Coldharbour La,London, Brixton SW9 8SD,
UNITED KINGDOM
Tel 1 : 020 - 8144 - 9574
Tel 2 : 020 -7326 - 0500
Fax : 020 - 8144 - 9575
4.16am, 29 Nov 2007

Rahsia Kunci Cinta Sejati




Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta yang merajai jiwa
Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Cinta pada bunga, bunga akan layu
Cinta pada jejaka, pasti akan kecewa
Cinta pada harta, menjanjikan derita
Cinta pada dunia, ditipu dalam leka
Cinta pada Allah, cinta yang hakiki

Jalan menuju cinta ialah dengan IMAN. Bila iman sudah mantap dijiwa, akan lahir ketenangan dan kebahagiaan.

Dalam emel merapu aku, aku banyak menyebut tentang iman.

Dan ...

Aku sering menggunakan nasihat arwah atok aku untuk menasihati orang .... antaranya :

-Iman adalah harta yang paling berharga ... iman walau sebesar zarah mampu menyelamatkan dari api neraka ... begitulah nilai iman ..



-JANGANLAH kita gadaikan iman & islam kita hanya semata2 nak kaya....

-Sebab majoriti kita bercinta atas dasar nafsu ... bila bercinta atas dasar nafsu , bukan atas dasar iman ... maka berlakulah krisis demi krisis .. akhirnya mengakibatkan perpecahan, perbalahan dan perseteruan ... Cinta atas dasar nafsu hanya melihat wajah fizikal yang bersifat sementara. Sedangkan cinta berdasarkan iman akan menilai sejauh mana quality seseorang sehingga mampu membawa orang lain untuk hampir kepada Allah.

-Orang yang bercinta atas dasar iman ... dia akan mencintai seseorang kerana orang yang dicintainya itu mencintai Allah & Rasul-Nya. Dia tidak akan mencintai seseorang atas dasar pangkat, harta, kehenseman, kejelitaan. Kerana cinta berlandaskan iman ini akan menjamin kebahagiaan & ketenangan di dunia dan di akhirat. Inilah yang terjadi dalam kehidupan Handzalah sahabat Rasulullah SAW.

-Kita beruntung menjadi orang Islam yang beriman, sebab bila kita menerima nikmat kita akan bersyukur. Bersyukur itu menghampirkan diri kita kepada Allah. Sebagai orang Islam yang beriman kita juga beruntung kerana apabila kita ditimpa musibah, kita sabar dan redha. Sabar dan redha itu juga menghampirkan diri kepada Allah.

-Biarlah yg cacat itu anggota tubuh badan. Asalkan yang cacat itu bukan keimanan. Kalau cacat anggota tubuh badan, ko hanya tak dapat bergerak. Tapi kalau cacat keimanan, hilanglah kebahagiaan & ketenangan di dunia & akhirat.

Begitulah antara pesanan2 yang pernah arwah atok aku sampaikan. Dan banyak lagi pesanan2 arwah atok aku tentang iman yang aku quote dalam emel merapu aku.

Begitulah nilai iman .... Ianya harta yang amat berharga

Kerana IMAN ... si miskin boleh sabar dan redha dengan kemiskinannya

Kerana IMAN ... si kaya menjadi dermawan

Kerana IMAN ... hati menjadi aman, bahagia dan tenang bila ditimpa musibah

Tanpa IMAN ... si kaya jadi tidak bahagia ... lebih malang kalau dirinya papa ... dua kali malang ... malang didunia kerana kepapaan, malang di akhirat kerana diazab

Tanpa IMAN ... orang yang hidup senang, tapi hatinya tidak tenang .... takut kesenangan yang datang dirampas orang

Tanpa IMAN ... celebrity ramai yang jadi susah hati ....SEBAB APA ? ... sebab inginkan perhatian manusia BUKAN perhatian dari Allah ... maka Allah berlepas tangan darinya

IMAN ... perkataan yang ringkas ... TETAPI ... memberi kesan yang besar pada kehidupan manusia.

Soalan : Mengapa orang yang sudah beristeri/bersuami sanggup berzina ?
Jawapannya : Kerana tak ada iman.

Soalan : Mengapa orang yang kaya, diberi nikmat dunia berlagak sombong dan angkuh ?
Jawapannya : Kerana tak ada iman.

Soalan : Mengapa orang sanggup menjadikan kawannya sebagai pelacur ?
Jawapannya : Kerana tak ada iman

Soalan : Mengapa orang sanggup menjual maruah dan harga diri dengan nilai yang murah ?
Jawapannya : Kerana tak ada iman

Soalan : Mengapa si papa kedana, malas berusaha sebaliknya berjudi sambil berangan menjadi kaya ?
Jawapannya : Kerana tak ada iman.

Soalan : Mengapa si kaya masih rakus nak kaut harta dunia sampai melakukan rasuah ?
Jawapannya : Kerana tak ada iman.

Dan ajukanlah 1001 soalan tentang masalah dan kerosakan yang timbul di dunia ini .... jika diikut salur galur SUMBER MASALAH ... akhirnya jawapannya tetap sama ... KERANA TAK ADA IMAN.

Iman ni amender sebenarnya ?

Saidina Ali Karamallahuwajhah berkata :

Iman itu adalah dibenarkan dengan hati, dilafazkan dengan lidah dan diamalkan dengan perbuatan.

Hati kita meyakini dan membenarkan.

Lidah kita melafazkan apa yang kita yakin.

Amal perbuatan dan tindakan kita menzahirkan apa yang kita yakin di hati dan dilafazkan oleh lidah.

Kita yakin Allah itu ujud ... WALAU .... Allah tu tak kelihatan ... Lantas kita melafazkan syahadah .. mensaksikan bahawa Allah adalah Tuhan yang selayaknya disembah dan tiada tuhan selain Allah .... dan amal perbuatan kita hendaklah selaras dengan hukum syariat, kita laksanakan apa yang Allah perintahkan dan kita hindari dan tinggalkan apa yang Allah larang...... Inilah contoh termudah dari kata-kata Saidina Ali berkenaan iman.

Dan iman itu ada lima bahagian/peringkat

1. Iman taqlid ... orang yang mengaku percaya Allah tu ujud tapi tak ada dalil. Dia ikut cakap orang membuta tuli. Taqlid buta. Kalau orang kata Allah tu ujud, dia kata Allah tu ujud. Kalau orang kata Allah tu tak ujud, dia pun kata Allah tu tak ujud. Ciri-ciri orang yang beriman taqlid, macam lalang. Dia akan mengikut saja arah tiupan angin. Kalau dia beribadah, ibadahnya tak ikhlas. Ibadah yang dilakukan hanya untuk menunjuk2kan kepada orang. Jika dia bersendirian, dia tak solat, dia minum arak. Dia boleh tunjuk pada orang ramai dia orang baik, bila dia bersendirian, dia buat dosa2 besar. Kalau dia berada di kalangan orang Islam, dia akan kata dia juga Islam. Tapi jika berada di kalangan orang kafir, dia akan melakukan perkara2 yang dilakukan oleh orang kafir. Orang yang beriman taqlid, hidupnya penuh dengan lakonan dan kepura-puraan. TETAPI ... ramai juga yang terpedaya dengan lakonan mereka. Orang yang beriman Taqlid, ialah imannya tak sah. Hakikatnya dia kafir.

2. Iman Ilmu ... orang yang beriman dengan tingkatan iman ilmu, dia sudah mempelajari tentang dalil-dalil perkara-perkara yang wajib diimani. Dia dah belajar sifat yang wajib bagi Allah (20sifat), sifat yang mustahil bagi Allah (20 sifat), sifat yang harus bagi Allah (satu sifat), sifat yang wajib bagi Nabi/Rasul (4 sifat), sifat yang mustahil bagi Nabi/Rasul (4 sifat) dan sifat yang harus bagi Nabi/Rasul (satu sifat) beserta dalil akal dan dalil dari Al Quran. Dia faham dan dia yakin akan perkara2 yang wajib diimani. Dia sudah mampu mendatangkan hujjah dan dalil. TETAPI keimanannya hanya bertunjang di otak bukan di hati. Sebab itu ramai orang boleh cerita dan syarah bab agama, tetapi masih lagi bergelumang dengan dosa ... sebab ... imannya pada ilmu ... bukannya pada amal .... lebih kepada teori, kurang di segi praktikal.

Ciri-ciri Orang yang beriman pada tahap ilmu ini, WALAU pada zahirnya nampak dia orang yang beragama, tapi jika ditimpa musibah dan masalah atau kesedihan, mereka akan lalai dan melakukan perkara-perkara yang negatif. Mereka tidak sabar dengan musibah yang melanda. Mereka lupa untuk sandarkan masalah mereka pada Allah dengan muhasabah diri dan munajat. Bila mereka menerima nikmat pula, mereka berasa sombong dan angkuh. Ini jelas kita boleh saksikan dalam hidup kita seharian. Baru Allah beri rupa paras lebih sikit dari orang lain, kita dah perasan kitalah yang terhensem atau tercantik, lalu kita mempamerkan aurat kita. Baru diberi gaji lebih sikit dari orang lain, kita dah berlagak sombong, tayangkan cek yang enam angka kat orang lain dengan rasa bangga. Orang yang beriman Ilmu ini, walaupun mereka berilmu, tetapi mereka masih tidak mampu berhadapan dengan godaan nafsu dan syaitan. Mereka masih BELUM SELAMAT dari neraka. Mereka masih belum benar2 rasa takut kepada Allah. Mereka masih buat dosa dan mereka masih belum rasa berdosa bila buat dosa. Mereka buat fitnah, mereka ubah istilah fitnah kepada "gossip" agar kurang sikit rasa berdosa. Padahal sama aje besar dosanya. Inilah sifat orang iman ilmu. Iman orang beriman ilmu sah di sisi Islam, tetapi masih belum dapat menyelamatkan dari api neraka.

3. Iman 'iyaan ... orang yang beriman ilmu, jika dia berusaha sungguh2 memperbaiki diri, banyak tafakur, banyak mujahadah melawan nafsu, banyak ibadah, banyak berdoa munajat pada Allah .... dia akan merasa kebesaran Allah dalam hatinya. Ilmu yang dipelajarinya bukan saja ada di akal, tetapi sudah meresap ke dalam hati dan jiwa. Mereka sentiasa merasai kebesaran Allah dan mereka sentiasa ingat kepada Allah. Waktu itu, mereka tak ada masa dah nak buat gossip, tak ada masa dah nak melaga2kan orang, tak ada masa dah nak perasan jadi orang besar, orang berkuasa, orang selebriti, orang hebat.... SEBAB .... mereka tahu yang selayaknya mempunyai kuasa, kehebatan dan keselebritian adalah Allah. Orang yang beriman 'iyaan ini, akan mujahadah menahan nafsu dan perasaan dalam meninggalkan dosa. Dia tau kalau dia dedah aurat, dia nampak cantik, TAPI ... disebabkan dia tahu dedah aurat tu berdosa, dia kawal nafsu dia untuk tidak mendedahkan aurat. Orang byang beriman 'iyaan ni, kalau dia buat dosa, dia rasakan bagai gunung hempap diri dia. Dia rasa resah dan gelisah bila wat dosa. TAK MACAM KITA ... kita buat macam2 dosa besar pun boleh perasan kita baik. Kita togok arak kat ZOUQ sambil joget tergedik-gedik dengan betina pun kita rasa kita orang baik.

Ciri-ciri orang beriman 'iyaan. Orang yang beriman dengan tingkatan 'iyaan, akan meletakkan dirinya sebagai seorang hamba walau di dunia dia memiliki pangkat dan jawatan yang tinggi pada kaca mata manusia. Hatinya sentiasa ingat pada Allah. Ketika bersendirian, dia mampu mengalirkan air mata kerana ingat kepada Allah. Ibadahnya khusyuk, tak leka dalam solat. Hati mereka sensitif dengan Allah. Mereka akan bersifat zuhud. Mereka mampu mendidik diri, ahli keluarga dan masyarakat untuk mengamalkan Islam. Mereka sentiasa dibantu oleh Allah jika berdepan dengan masalah. Jika berlaku musibah dia bersabar dan redha. Jika diberi nikmat, dia bersyukur dan tidak sombong. Mereka sentiasa merasakan diri mereka hina dan berdosa sambil terus memohon dan bermunajat pada Allah tanpa rasa putus asa. Jika berlaku masalah atau ditimpa musibah, dia akan muhasabah diri untuk menilai kejahatan diri sendiri. Jika dia melakukan dosa, dia akan segera bertaubat tanpa lengah. Mereka inilah yang DIPERMUDAHKAN hitungan amal mereka di akhirat dan dipermudahkan bagi mereka untuk memasuki syurga Allah.

4. Iman hak ialah ialah tingkatan iman yang dimiliki oleh wali-wali Allah. Orang yang berada pada tingkatan iman hak, setiap lontaran pandangannya akan melihat kebesaran dan keagungan Allah. Kerana setiap makhluk adalah ciptaan Allah. Maka penglihatannya hanya menampakkan kebesaran dan kekuasaan Allah. Hatinya tak lekang dari mengingati Allah. Tak macam kita, kita dalam solat yang sepatutnya wajib ingat kat Allah pun, kita boleh fikir nak makan apa malam ni. Kengkadang dalam solat, sambil baca fatihah, kita boleh plan lepas solat nak gi tengok wayang. Lagi malang ada di antara kita yang solat hanya untuk ditontonkan kat orang. Kat khalayak ramai, dia tunjuk kat orang ramai dia bersolat. TAPI ... Kat rumah tak solat langsung. Kalau solat subuh tu, rasanya gajah pun solat awal lagi dari dia. Ciri-ciri Orang yang berada pada tingkatan iman ini, sentiasa tenang, gembira dan bahagia di dunia. Sebab dia yakin setiap yang berlaku adalah percaturan dari Allah. Dia zuhud, warak, tawadduk, mampu melaksanakan APA YANG ALLAH SURUH dan mampu menghindarkan APA YANG ALLAH LARANG. Hati mereka tidak berbunga bila dipuji. Juga hati mereka tidak merasa hina bila dicaci. Bagi mereka kebahagiaan hati lebih diutamakan dari kemewahan duniawi. Hati mereka dihiasi oleh sifat2 terpuji seperti ikhlas, tawadduk.Malah hati mereka tidak terjejas oleh sebarang perubahan emosi dan suasana sekeliling. tetap tenang, aman, damai dan sejahtera. Mereka lebih mencintai akhirat berbanding mencintai dunia yang fana ini.

5. Iman hakikat ... ialah tingkatan iman milik para Nabi dan Rasul. Orang yang memiliki tingkatan iman ini akan mewarisi sifat Siddiq, Tabligh, Amanah dan Fatanah.

Cuba kita cek diri masing2 .... antara ciri2 yang aku sebutkan berdasarkan kitab Jauhar Al Mauhub ni ... ko orang berada kat tingkatan iman yang mana satu ?

Kalau iman Taqlid... cepat2ler bertaubat dan berusaha mempelajari ilmu tentang iman agar aqidah dan iman kita sah disisi Allah dan kita tak mati sebagai kafir.

Kalau iman Ilmu .. banyak2lah ibadah, muhasabah, mujahadah lawan kehendak nafsu dan berdoa kepada Allah agar ditingkatkan iman kita ke tingkatan yang lebih tinggi dan lebih kuat.

Kalau iman 'iyaan ... banyak2lah bersyukur kepada Allah kerana mendamaikan kita didunia dengan kasih sayang-NYA sehingga kita merasakan kita ini HAMBA walau kita seorang yang merdeka dan berjawatan tinggi.

Nanti orang tanya lak .... CAMANA NAK TINGKATKAN IMAN ? Kalau nak upgred iman camana ? Nak naikkan dari iman taqlid ke iman ilmu. Dari iman ilmu ke iman 'iyaan. Darti iman 'iyaan ke iman hak. Dari iman hak ke iman hakikat ....

Nak orang tanya lak ... Camana nak dapatkan iman ... atau camana nak kuatkan iman .... atau camana nak tingkatkan iman ?

Untuk meningkatkan iman .... ialah dengan melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang. Allah suruh kita solat, kita tunaikan solat walau pun kengkadang waktu solat tu laa kita nak ke pasar malam, kita nak gi tengok wayang, kita nak gi sukan etc. Allah suruh kita bayar zakat, kita bayar zakat. Allah larang kita dedah aurat, kita tak dedah aurat. Allah larang kita berzina, kita tak zina. Dan lain-lain lagi.

Dan kena ingat ... iman ni boleh meningkat dan menurun. Adalah penting kita kita mempastikan iman kita tidak menurun sebab andainya iman kita menurun, bila2 masa aje amal kebajikan yang kita lakukan boleh musnah dan rosak. Dan kita terpaksa memulakan semula amal ibadah kita bagi meraih kasih sayang Allah. Iman yang dibina masih boleh diruntuhkan. Musuh-musuh Islam khasnya syaitan dan nafsu akan berusaha agar iman yang dibina roboh dan musnah. Oleh itu amatlah perlu iman yang dibaja, dipupuk dan dibina dilindungi, dibenteng dan dan diperisai dari segala ancaman yang boleh memusnahkannya. Cara untuk melindungi iman dari musnah ialah :

1. Beramal dengan ilmu Fardhu Ain yang dimiliki. Setiap muslim wajib mempelajari ilmu fardhu ain iaitu ilmu Tauhid, ilmu Feqah dan ilmu Tasauf. Ilmu yang diplejari hendaklah diamalkan.
2. Banyakkan ibadah sunat
3. Banyakkan zikir dan doa munajat kepada Allah
4. Banyakkan bertafakur tentang kebesaran Allah melalui makhluk ciptaan Allah
5. Bermujahadah melawan nafsu. Nafsu ajak buat maksiat, kita lawan perasaan untuk tidak membuat maksiat. Dan sebagainya.

Setelah kekuatan iman dimiliki dan terbina, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat. Allah akan hilangkan rasa sedih dan gantikan dengan ketenangan. Dan di akhirat Allah akan menilai segala usaha dilakukan untuk membina iman dengan pandangan-NYA yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Akhirnya, Allah menjadikan syurga sebagai tempat rehat kita.

Waktu itulah barulah kita akan temui cinta sejati kita iaitu Allah SWT.

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan
layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini

Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Rahsia Menyahut Panggilan Kekasih



Kisah SATU

CCCC : Mie, aku nak tanya ko sikit boleh ?

Aku : Boleh.... Ni mesti pasal gossip ?

CCCC : Bukanlah..... Betul ke aku boleh tanya ni ? .... Nanti ko marah lak

Aku : Ko tak tanya lagi camana aku nak tau nak kena marah ko ke tak

CCCC : Betul ni ? ... Ni isu sensitif ni

Aku : Amender ?

CCCC : Aku ni Kristian ... nak tanya ko .... Ko orang Islam, apasal orang perempuan tak pergi sembahyang ?

Aku : Alaaa orang pompuan dia ada "Public Holiday" ... bila datang bulan .... sembahyang OFF sepanjang period.

CCCC : Tapi takkan semua pompuan period datang serentak ?

Aku : Apa maksud ko ?

CCCC : Aritu kan ada Fun Run .... Aku tengok pompuan Melayu ramai tak sembahyang. Biasanya pukul tujuh kan waktu ko orang sembahyang. Aku tengok ramai orang Melayu yang pompuan selamba aje lepak sampai pukul 9.30 tengok konsert.

Aku : Dia orang sembahyang tu, ko aje tak nampak

CCCC : Tak adalah Mie. Petang tu kan ada makan. Lepas makan, kita orang lepak2 kat padang sambil tengok konsert. Konsert habis pukul 9.30. Ramai aku tengok orang Melayu tak pergi sembahyang pukul tujuh.

Aku : Entah ler CCCC. Aku harap dia orang semua yang tak sembahyang tu, datang period. SEBAB yang aku belajar dari arwah Tok aku .. Kalau sengaja tinggalkan sembahyang, dia bukan lagi orang Islam. ( Jadi KAFIR )

Kisah DUA

Aku : Ko tolong printkan emel merapu aku pasal Kaedah Rawat Kanser. Aku nak bagi kat Mustafa.

SSSS : Saya kalu boleh nak mintak Boss tolong tegur dan tulis.

Aku : Tulis apa ? Tegur apa ?

SSSS : Pasal sembahyang. Kat sini, kita boleh tengok muka orang tak sembahyang. Ramai orang kita tak sembahyang.

@@@@@@@@@@@@@

Begituler antara beberapa soalan yang ditanya pada aku oleh seorang staff beragama Kristian, tentang perilaku orang Islam kita. Aku yang Islam ni lak rasa malu bila si kafir Kristian ni tegur orang islam kita tak sembahyang.

Ko orang TAK MALU ke ?

Orang Kristian pun boleh tegur orang yang tak sembahyang ni.

Orang yang sengaja tak sembahyang ni .. cuba ko orang tanya mereka ... mereka tu, Islam ke ? .... Kalu mengaku Islam, apesal tak sembahyang ?

Murahnya maruah orang yang tak sembahyang ni. Konsert punya pasal, sampai tak sembahyang.

Konsert tu, tuhan yang jadikan alam ni ke ?

Mereka ingat konsert tu ke yang bagi mereka makan, bagi mereka minum, bagi mereka oxygen ?

Ada satu hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim :

Barangsiapa meninggalkan sembahyang dengan sengaja, NYATALAH dia telah menjadi KAFIR.

Waktu aku hidup zaman "gelap" dulu, keluar masuk night club, disco untuk "deliver job task" tauke Cina, ada beberapa perkara yang aku tak buat. Antaranya :

1. Tak tinggal solat
2. Tak tinggal puasa
3. Tak minum arak
4. Tak zina

Aku tak tinggal solat dan tak tinggal puasa, sebab aku masih ingat pesanan arwah tok aku ... Rukun Islam 5 perkara, Ucap dua kalimah syahadah, Solat lima waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Tunaikan Zakat dan Tunaikan Haji. Kalau kita tak lakasanakan salah satu dari kelima-lima rukun ini, kita sebenarnya adalah orang KAFIR.

Aku tak minum arak, sebab arwah tok aku kata, arak itu IBU SEGALA MAKSIAT. Kalau ko minum arak, macam ler ko berzina dengan mak ko sendiri.

Aku tak zina ... sebab .... bukan sebab tak ada nafsu ... Kalau tak ada nafsu, takkanler bila dah kawen ... tiap tahun dapat anak kuang kuang kuang .... Zina inilah punca rosak dan musnahnya sistem kekeluargaan. Si Wanita yang menderita ... kalau lahir anak haram, anak tersebut tak ada status, dihina sampai ke zuriatnya. Anak yang lahir dari zina, tak boleh menerima harta pusaka. Tak boleh dibinkan dengan lelaki yang menanam benih dalam rahim. Perempuan yang melahirkannya juga tak boleh dipanggil ibu dan batas aurat antara dia dengan perempuan yang melahirkannya macam orang bukan muhrim. Tak kesian dan haru ke cenggini ? Niaya budak tu ....

Sekarang kita boleh lihat .... RAMAI orang yang mengaku Islam ... TAPI TAK SOLAT.

Dulu ... ramai yang datang pada aku mengadu .... "DON marah kita orang bila kita pergi sembahyang zohor" .... Hasil aduan ... aku gi jumpa DON dan maki hamun dia kaw kaw tahap gaban ... Bila Nenek Tua Kutuk masuk campur dan defend DON ... Nenek Tua Kutuk tu pun dapat berkat maki hamun aku .... sampai nama aku naik ke TH Grup sebab kurang ajar dengan Management.... Sampai aku punya appraisal pun affected pasal dia kena maki .... Dan ramai orang kat NCI ni kata memang aku kurang ajar.

TETAPI

Sekurang ajarnya aku, aku tau gak nak hormat pada Allah ... sebab aku tak tinggal solat ... malah waktu dalam lokap ... aku hanya berspender, aku tetap tunaikan solat.

Orang yang mengaku beradab sopan lak yang kurang ajar dengan Allah. Lebih membesarkan dan mengagungkan konsert dari Allah sampai tak solat.... SEDIHKAN ? .. Aku harap dia datang period waktu tu.

Dalam Kitab Jauhar al Mauhub ... ada menukilkan sebuah hadis Nabi SAW :

Bermula sembahyang itu perhubungan antara hamba dan TUHAN. Padanya di perkenankan doa dan diterima segala amal dan berkat pada rezekinya dan kesenangan pada badan dan pendinding dari api neraka dan memberatkan pada timbangan dan melalukan atas titian sirat dan anak kunci syurga.

Dari hadis di atas, jelas yang menunjukkan yang solat ini adalah :

1. Alat untuk berhubung dengan Allah.
2. Doa diperkenan kalau bersolat.
3. Syarat untuk amalan diterima ialah dengan solat.
4. Rezekinya berkat, murah dan banyak
5. Tubuh badan menjadi sihat dan senang
6. Solat menjadi perisai dari api neraka
7. Melalui titian sirat yang halusnya bagai sehelai rambut dibelah tujuh dengan pantas
8. Timbangan amal kebajikan di akhirat nanti menjadi berat.

Mudahkan ?

Allah nak selamatkan kita dari kesusahan dan beri kita kesenangan cukup mudah. Hanya dengan bersolat.

Cuba tanya diri sendiri ....

Soalan pertama : Ko orang ada kekasih ? Tentunya ada kan ... bagaimana layanan kekasih ko orang pada ko ? ... Tentu sepesel kan ? ... AIIII ... kalau tak sepesel ... TAKKAN LER boleh tergila2 kat kekasih sampai lupa nak butangkan baju ke pejabat selepas berasmara hehehe .... Begitu sepesel kekasih melayan kita ... maka kita buat apa yang kekasih nak kita buat, HANYA semata2 nak dapat nikmat yang sementara kat dunia ni .... bila dah inzal, ilanglah nikmat tu kuang kuang kuang .... itulah nilai nikmat dari kekasih ... rasa inzal yang hanya sekadar beberapa minit je

HAKIKATnya ... ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG adalah kekasih awal dan akhir kita. Kekasih dunia & akhirat. Allah layan kita dengan layanan YANG MAHA SEPESEL. Allah hidupkan kita, Allah beri kita oxygen tanpa minta bayaran, Allah anugerahkan kita nafsu agar kita boleh merasai inzal dengan cara yang HALAL. Allah berikan kita akal, agar kita boleh menilai yang HALAL dan yang HARAM serta menilai antara keindahan dan kehodohan. Allah berikan kita deria rasa agar kita boleh rasa manis, masin, masam. DAN 1001 macam nikmat lagi. Dan nikmat Allah yang kat dunia ni BUKANNYA beberapa saat, tetapi sejak kita lahir ke dunia sampailah kita dah besar tua bangka ... TAPI ... Allah tak minta kita bayar satu sen pun .... Allah ingin kita solat 5 waktu sehari semalam .... MENGAPA KITA TAK MAHU MENUNAIKAN KEINGINAN KEKASIH kita ?

Kekasih kita yang kat dunia ni .... ada dia beri kita oxygen untuk bernafas ? Jangan kan nak beri oxygen .... ko orang ajak dia gi jalan2 ke Bukit Merah Lake Town pun dia dah merungut ... "Jauh ... Toll mahal ... Keter aku minyak kuat" ... itulah nilai kekasih kita kat dunia ni ... penuh dengan pelbagai kekurangan dan kelemahan

Kalau kita boleh membuat dosa kerana kekasih di dunia .... MENGAPA kita tak boleh membuat pahala kerana kekasih Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang iaitu Allah SWT ?

Payah sangatkah buat pahala ni ?

Nak sembahyang ... Allah tak kenakan bayaran satu sen pun kalau kita nak sembahyang .... BERBANDING nak gi tengok wayang... kalau ko orang nak masuk panggung wayang, harga tiket ko orang kena bayar.

Soalan Kedua : Tentu Allah pernah tak makbulkan doa ko orang. Bila doa ko tak dimakbulkan, pernah tak ko tanya diri ko, SOLAT aku ni sempurna ke tak ?

Dulu waktu aku start Ostrich Farm kat Besut .... ramai orang Melayu yang gelakkan aku .. Malah ... abang aku sendiri tak konfiden ... Abang aku kata .. "Ada ke orang Malaysia yang nak makan daging ostrich?" .... Aku jawab ... "Bumi Allah ni luas, kalau orang Malaysia tak mo makan, aku jual kat luar Malaysia" ... dan memang betul ... orang luar Malaysia memang sukakan ostrich ... dari daging, bulu, kulit telur, kaki, tulang, tengkorak .... semua dia orang beli ... HASILNYA ... berubahlah wajah ekonomi famili aku .... sehinggalah Allah datangkan bird flu .... bisnes ostrich aku melingkup ... kena saman lagi dengan orang overseas sebab tak dapat fulfill the supply .... dan perkara pertama yang aku tanya kat diri aku, famili aku dan staff ostrich farm aku ... "ADA TAK ANTARA KITA NI YANG TAK SOLAT?"

Aku yakin ada di antara kita yang intipati doanya ... NAK KAYA ...

Ada gak yang sambil beli Nombor Ekor, baca Bismillah dan berdoa, harap2 kenalah nombor judi yang dia beli..... BONGOK betul ... mengaji agama waktu kecik ... dah tua bangka nak mampus masih main judi

Ada juga yang berdoa agar, batu yang dipuja keluarkan duit.... ni pun si bongok tahap gaban ... dah ko caya sangat kat batu sampai ko puja ... baik ko doa dan mintak kat batu je... Kalau Allah pun ko orang tak yakin sampai gi puja batu macam penyembah berhala menyembah berhala.

Inilah antara doa-doa orang-orang kita.

Aku waktu kekecik dulu, keluarga aku idup miskin, papa kedana. Ayah aku berhutang merata dengan orang2 kaya kat Besut untuk besarkan kami adik beradik ... nak bayar utang kena gi tangkap ikan kat laut .... pendekata ... ikan yang tengah berenang dalam laut dengan style kuak lentang ke, kuak kupu2 ke , yg lom ditangkap oleh ayah aku, dah jadi hak milik orang yg bagi utang kat ayah aku ...... DAN ... ayah aku selalu berpesan .... kalau nak idup senang tak kira senang di dunia atau pun akhirat MESTILAH BERUSAHA... TAK ADA jalan short cut untuk jadi senang.

Orang kita nak kejar nikmat dunia yang sementara, sanggup gadai kan iman, gadaikan Islam ..... Kelakarkan ... Doa yang PASTI makbul ialah doa Rasulullah SAW ..... Tsa'labah yang pernah minta Nabi SAW doakan untuk dia jadi kaya pun ... Tsa'labah BERUSAHA dengan memelihara kambing untuk jadi kaya.

Kita macam mana ???... usaha TAK ADA ... PEMALAS ... TAIK JUDI .... nak kaya cara senang ... sampai solat pun kita sanggup tinggalkan... lepas tu berangan nak jadi kaya ... kuang kuang kuang .... kelakarkan ?

Sebab itu Allah tak makbulkan doa kita.

Sebab itu Allah tarik rezeki kita dan Allah sukarkan kehidupan kita dengan bermacam2 kesusahan dan bala.

Sebab itu Allah datangkan pelbagai penyakit ... sakit jantung lerr ... kencing manis lerrr ... darah tinggi ler ... kanser ler ... dan ntah apa2 penyakit lagi

Sebab itu Allah datangkan rasa kesedihan, kedukaan, kesusahan, Allah tarik nikmat berkasih sayang ....

Semua ini ALLAH datangkan, sebagai PERINGATAN ... agar kita muhasabah diri.

Bila kita muhasabah diri, kita akan lihat keburukan diri kita ... BUKANNYA keburukan diri orang lain.

Ada orang sibuk lihat keburukan diri orang lain, sedangkan keburukan diri sendiri lagi menggunung banyaknya ... TAPI memang skema orang yang bongok ... dia tahu dia ada banyak dosa, banyak skandal, banyak maksiat ... dia gi label dan gossip orang lain ... untuk memesongkan perhatian orang ... Kalau perhatian orang tak dipesongkan kat orang lain dengan gossip yang dia buat, nanti orang akan nampak skandal dan maksiat yang dia buat lak.

Aku pernah cakap kat seorang staff kat NCI ... aku kata kat dia ... Kat NCI ni akulah yang paling jahat sebab aku pernah buat dosa yang orang lain tak pernah buat dan tak sanggup nak buat ....

TAPI ...

Rupa2nya ... ada lagi orang yang buat dosa yang lagi teruk dari aku ... dosa syirik (puja batu) dan dosa tak solat

Dalam dunia ni ... TAK ADA dosa yang Allah tak ampun KECUALI SYIRIK.

Dosa bunuh orang, Allah ampunkan.

Dosa mencuri, Allah ampunkan.

Dosa mengumpat, Allah ampunkan.

TAPI .....

Dosa syirik .... Allah TAK AMPUNKAN.

Sejahat2 aku ... aku ingat gak Allah itulah saja Tuhan yang hanyasanya layak di sembah, bukannya batu.

Sejahat2 aku ... aku nak gak mati sebagai seorang Islam WALAUPUN aku banyak dosa sebab itulah aku tak tinggalkan solat yang menjadi penentu keIslaman seseorang.

Ko orang nak tau tak ?

Solat Lima waktu ini ada hikmah dan rahsia yang tersembunyi disebalik melaksanakannya. Arwah tok aku pernah cerita kat aku ...

1. Ko orang tau tak, api di neraka Jahanam itu dinyalakan pada waktu ZOHOR. Solat Zohor adalah pemadam api neraka jahanam. Siapa yg solat Zohor, akan keluar dosa2nya macam dia baru dilahirkan oleh mak dia.

2. Ko orang tahu tak, Nabi Adam AS memakan buah khuldi pada waktu Asar ? Bila Nabi Adam AS makan buah khuldi, maka terbukalah auratnya dan Siti Hawa. Dan mereka tercampak keluar dari syurga dan turun ke bumi. Siapa yang solat Asar, akan dilindungi dari godaan dunia dan hawa nafsu serta diharamkan jasadnya dari api neraka.

3. Ko orang tau tak, pada waktu Maghriblah Allah menerima taubat Nabi Adam AS. Sebab itu pada waktu Maghrib merupakan waktu yang paling mustajab doa. Allah akan menunaikan doanya di waktu Maghrib.

4. Ko orang tau tak bahawa alam kubur dan alam akhirat itu gelap dan kelam. Gelap dan kelam alam kubur dan alam akhirat itu sama seperti gelap dan kelamnya waktu Isya. Siapa yang mendirikan solat Isya. Allah akan memberinya nur (cahaya) di dalam kuburnya dan di alam akhiratnya.

5. Dan barangsiapa mendirikan solat Subuh, Allah akan lindunginya dari api neraka dan sifat munafiq.

Gitulah yang pernah diceritakan oleh arwah atok aku tentang Solat Lima Waktu. berdasarkan kitab Jauhar Al Mauhub.

Arwah Tok Aku pernah ceritakan aku satu kisah di zaman Nabi Isa AS. berdasarkan sebuah hadis qudsi.

Satu hari Nabi Isa AS, melalui pada satu kampung yang banyak pokok2 yang rendang dan berbuah. Buah pokok tersebut punyalah ranum dan manis. Kampung tu juga ada sungai yang mengalir deras dan menyegarkan. Tanahya subur menghijau.

Selepas 3 tahun, Nabi Isa AS melalui semula kampung tersebut. Tapi kali ini Nabi Isa AS amat terkejut. Nabi Isa AS dapati kampung tersebut macam dilanggar heruda. Pkok2nya mati dan kering. Tanahnya gersang. Air sungainya kering kontang.

Maka datanglah wahyu dari Allah untuk mendidik Nabi Isa AS :

WAHAI ISA. Sesungguhnya kampung ini telah dilalui oleh seorang lelaki yang TAK SOLAT. Lelaki itu telah berhenti dan membasuh mukanya di sungai tersebut. Lalu keringlah sungai tersebut. Bila sungai kering, tanah menjadi kontang dan gersang. Hasilnya pokok2 yang berbuah ranum mati.

WAHAI ISA, Jika ada yang meninggalkan solat, maka binasalah agama. Bila agama binasa, maka binasalah juga dunia dan negeri

@@@@@@ END @@@@@@@

Kepada yang tak solat ... kerana ko oranglah, SUWEY bertimpa2 kat dunia ni.

Kepada yang TAK MENEGUR orang yang tak solat .... Jangan fikir SUWEY ini hanya tertimpa pada orang yang tak solat, SUWEY ni pun akan kena kat ko orang yang tak tegur orang tak solat. Termasuklah SUWEY ni kena kat aku. Jadi kepada orang yang tak solat, JANGAN PERASAN ko tu beradab, jangan perasan ko tu baik, jangan perasan ko tu banyak berkhidmat. Sebab ko orang ler pembawa SUWEY kat dunia ni.

Nabi SAW pernah bersabda :

Barangsiapa yang memudahkan dan meringan2kan solat (melewat2kan solat) , nescaya akan disiksa dirinya oleh Allah dengan 15 seksaan. 6 seksaan di dunia, 3 seksaan ketika nak mati, 3 seksaan di dalam kubur dan 3 seksaan ketika keluar dari kubur ( ketika di Padang Mahsyar ).

6 seksaan di dunia ialah :

1. Umurnya tak berkat ... idup lama, tapi banyak masalah ... idup lama tapi hati tak tenang ... idup lama tapi berpenyakit ... idup lama tapi orang pandang hina

2. Allah hilangkan tanda2 orang soleh dari wajahnya .. orang tengok muka naik menyampah ... rasa nak sagat jer muka orang tak solat ni ... jangankan orang Islam, orang kafir pun menyampah tengok muka dia.

3. Segala amal kebajikan yang dia buat, Allah tak terima. Allah tak bagi pahala ... orang yang tak sembahyang ni, kalau dia buat baik ke macam dia gi tolong orang sakit, TAK DAPAT pahala. Allah tak terima amalan dia. Sebab tu bila amalan Allah tak terima, segala yang dia buat tak berbekas kat hati. Hati jadi keras. Sebab tu, kita ari2 tengok & jumpa orang sakit, tapi hati kita TAK TERASA INSAF bila melihat orang sakit. Sedangkan menziarahi orang sakit ni antara sunnah yang paling banyak pahala. Kita ari2 jumpa orang sakit, kita tak terasa insaf dengan diri kita. Kita boleh kutuk2 lagi pesakit. Itu tanda amalan kita Allah tak terima.

4. Doanya tak dimakbulkan Allah. Sebab tu ko orang doa banyak mana, Allah tak makbulkan. lebih2 lagi ko doa nak jadi kaya dengan menang judi atau puja batu. Memang Allah tak makbulkan.

5. Makhluk kat dunia benci dan marah kat orang yang tak solat. Tanah tempat dia pijak, maki hamun dia. Ada riwayat yang menceritakan, bila orang yang tak solat ni mati, dan dikebumikan, tanah akan menghimpit mayatnya sehingga berceracak tulang rusuknya. Pernah ko orang terfikir .... APASAL DR SELVA & DR KANA MARAH SANGAT KAT KO ? ... agak2nya ko orang ni tak solat.... dan kepada orang yang tak solat, kalau TIBA2 aku maki hamun ko orang sambil carut2, ko orang jangan marah, sebab ada hadis mengatakan SELURUH MAKHLUK benci dan marah kepada orang yang tak solat ni.

6. Kendian, kalau adalah orang2 yang soleh, orang yang beriman, wali2 Allah mendoakan kaum muslimin, ko tak termasuk ke dalam golongan yang didoakan.

3 seksaan sewaktu dia mati ....

1. Dia mati dalam keadaan hina. Dulu waktu aku kije dengan tokey Cina, tiap minggu aku tengok orang yang tak solat dan kaki maksiat ni mati dalam jamban, mati kat tempat maksiat, mati kat bilik karaoke. Tapi yang banyaknya mati dalam jamban. Semuanya patah leher dan kepala dia masuk dalam mangkuk jamban. Memang orang yang tak solat ni, cara matinya dalam keadaan hina. Agak2nya ko orang yang tak solat ni, mati camana erk ? Ada tak yang nak mati dalam jamban ?

2. Mati dalam keadaan lapar. Allah akan datangkan rasa lapar sewaktu dia nak mati. Bukan tu aje, ada yang sebelum mati Allah dah block rezeki dia dari dia jamah. Sebab akibat dari tak solat.

3. Mati dalam keadaan dahaga.

3 seksaan di dalam kubur

1. Allah sempitkan kuburnya sehingga berceracak tulang rusuk dia.
2. Allah nyalakan api dalam kubur untuk membakar dia di dalam kubur siang dan malam.
3. Allah datangkan seekor ular besar yang bernama Syuja' Al Aqra'. Ular tersebut akan membelit dan menggigit serta menyiksa mayat orang tak solat di dalam kubur sehingga hari Kiamat.

3 seksaan pada hari qiamat

1. Allah akan arahkan malaikat azab untuk menghalau orang yang trak solat ni masuk ke dalam neraka. Kengkadang bila aku halau orang keluar dari Farmasi depan staff aku, aku boleh tengok muka orang yang kena halau tu tebal cam kulit babi menahan malu. Kat akhirat, yang halau orang tak solat ni ialah Allah. Allah halau ko orang yang tak solat ni di depan Nabi Adam AS sehinggalah orang yang last sekali idup kat dunia. Lagi tebal malu ko orang. Kendian di halau ke neraka lak tu. Masuk neraka kena belasah dan kena siksa.

2. Allah memandangnya dengan pandangan kemurkaan sehingga jatuh daging muka.

3. Allah menghisab amalannya dengan keras dan kasar. Alahai ... ko orang kena marah dalam appraisal pun ko orang dah susah hati .. inikan pulak kena marah dengan Allah waktu appraisal kat akhirat. Dah ler kena marah, masuk neraka lak tu.

Nahhh ... inilah siksaan2 yang bakal di terima oleh orang yang tak solat.

Kepada orang yang sengaja tak solat ... aku menyeru kat ko orang ... DIRIKANLAH SOLAT ....

Sebab ...

Solat ni bukannya bermakna kita ni dah baik atau nak menunjuk2. Tapi sebagai suatu syarat yang wajib kita tunaikan sebagai seorang Islam. Solat ni RUKUN Islam. Kalau tak tunaikan solat, hakikatnya rukun Islam tak sempurna. Bila rukun Islam tak sempurna, maknanya BUKAN ISLAM.

Fikir-fikirkanler.

Kaedah Bertemu Kekasih



Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu

Oh Tuhan
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu…

Oh Tuhan
Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..
@@@@@@@@@@@@

Waktu aku kecil, aku masih ingat yang abang ku pernah mengambil upah untuk menggali liang lahad setiap kali dia cuti sekolah dan tidak berada di asrama. Setiap kali ada kematian, orang kampung akan mencari sama ada Pak Uda .... atau .... abang aku. Tetapi orang kampung lebih suka menggunakan perkhidmatan abang aku .... sebab .... abang aku tak menetapkan nilai upah. Berapa nak kasi, kasi ajelaaa. Kengkadang orang tak beri upah langsung. Dan satu lagi antara sebab orang kampung suka perkhidmatan abang aku ... sebab kerja dia menggali liang lahad cukup cepat dan pantas berbanding kerja Pak Uda. Antara rahsia kepantasan kerja abang aku menggali liang ..... sebab adik2nya menolong menggali bersama.

Bila bercerita tentang kubur .... apa yang dapat dibayangkan ialah ... kematian ... mayat .... kesugulan .... perpisahan antara yang hidup dan yang mati .... dan ... tak kurang juga orang melayu kita akan menghubungkaitkan dengan HANTU.

Amat jarang di antara kita ini, membayangkan kubur itu sebagai jalan penghubung untuk menemui KEKASIH. Iaitu Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Sebab apa ?

Sebab kita banyak menyandarkan kasih, sayang dan cinta kita kepada makhluk. lebih malang, makhluk tempat sandaran cinta kita itu BUKANLAH seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Emel merapu aku kali ini ... aku nak menceritakan rahsia-rahsia alam kubur seperti yang pernah diceritakan oleh arwah atok aku. Sengaja aku pilih tajuk KAEDAH MENEMUI KEKASIH, kerana kematian adalah jambatan yang menghubungkan setiap insan dengan kekasihnya iaitu ALLAH SWT.

Dulu di kampung ... sewaktu aku dalam usia belasan tahun (sebelum SRP) ... pernah seorang lelaki orang Kampung Seberang Kastam mati .... Selepas mayatnya dikebumikan, pada malamnya ibunya datang menemui datuk ku dan menceritakan yang dia terdengar anaknya yang mati meraung minta tolong dari kubur. Yang peliknya, hanya si ibu yang mendengarnya. Si ibu pula amat takut untuk melihat dan menziarahi kubur anaknya. Setelah satu sessi soal jawab dilakukan antara atok aku dan si ibu, barulah diketahui yang lelaki tersebut banyak melakukan dosa dan kemungkaran. Antaranya :

1. Tak solat
2. Tak puasa
3. Minum arak
4. Bapak ayam
5. Zina
6. Derhaka kepada ibu dan bapanya.
7. Samseng

Dan aku pernah mengikut arwah atok aku menziarahi ke maqam ayah kepada Almarhum Sheikh Muhammad Fadlullah Suhaimi. Sheikh Muhammad Fadlullah Suhaimi adalah Pengasas Maahad Muhammadi, Kota Baru Kelantan. Maahad Muhamamdi di Kota Baru, masih lagi tertegak dan menjadi salah sebuah sekolah yang berwibawa di Kelantan. Ayah kepada Sheikh Muhammad Fadlullah Suhaimi ialah Sheikh Muhammad Abdullah As Suhaime Ba Syaiban dan dia adalah seorang wali Allah besar di Tanah Melayu. Nama dan ajarannya banyak di quote dalam kitab2 Tauhid antaranya Risalah Tauhid dan Faridah Al Faraid, Feqah antaranya Matlaal Badrin dan Tasauf antaranya Siiras Salikin dan Jauhar Al Mauhub. Maqamnya terletak di Kampung Teluk Pulai, Kelang. Malah nama aku yang diberikan oleh atok aku adalah sempena nama keluarga wali Allah tersebut. Kebanyakan wirid2 amalan keluarga aku DAN seni pencak silat keluarga ku adalah hasil dari ajaran Sheikh Muhammad Fadlullah Suhaimi.

Aku amat tersentuh kerana di Kampung Teluk Pulai itu keahlian silat warisan keluarga Suhaimi amat ramai. Setibanya aku ke maqam tersebut, aku dapat mencium keharuman bunga-bungaan. Terasa ketenangan, aman dan damai. Aku sendiri menitiskan air mata ku di maqam tersebut kerana ... entah aku pun tak tahu apesal .....

Telah ku bentangkan dua scenario ... scenario pertama, kubur seorang lelaki ahli maksiat, yang menjadi tempat azab lelaki tersebut. Malah kuburnya menjadikan kaum keluarganya sendiri takut untuk berziarah.

Scenario kedua, kubur seorang wali Allah yang dapat dirasai keamanan dan ketenangan walau jasadnya tiada didepan mata. Walau yang menziarahinya tidak pernah bertemu mata dengan yang berada didalam pusara.

Aku pernah mendengar cerita Israk & Mikraj .... tentang Rasulullah SAW bertemu dengan para Nabi2 sedang beribadah di dalam pusara mereka sewaktu Rasulullah. Sewaktu Israk & Mikraj juga Rasulullah SAW melihat orang-orang yang banyak melakukan dosa di azab di dalam kubur. Lantas aku bertanya kepada atok aku :

Aku : Apakah kubur ini tempat pembalasan ?

Atok aku menjawab : Setiap manusia akan menempuh empat alam. Alam rahim, Alam Dunia. Alam barzakh dan Alam Darul Qarar (Hari Pembalasan Yaang Hakiki)

Alam rahim, alam kita dikandungkan oleh si ibu. Selama 9 bulan kita berada di rahim ibu. Dalam keadaan yang sempit, gelap, sunyi. Si ibu walau tahu, tatkala tiba harinya untuk melahirkan, nyawanya bisa melayang. Namun demi kasih sayang seorang ibu kepada anak yang bakal dilahirkannya, dilayan kandungannya dengan baik selama 9 bulan. Malah si ibu masih bisa tersebyum apabila hari kelahiran anaknya semakin hampir. Dan tatkala tiba saat kelahiran, bertarung nyawalah si ibu demi melihat anaknya dilahirkan dengan selamat. Kesusahan sewaktu kehamilan 9 bulan dilupakan. Kesakitan melahirkan dijadikan alat untuk berhibur. Berhibur kerana lahir anaknya dengan harapan menjadi insan yang berguna kepada agama. Teriakan tangis kelahiran si anak, disambut dengan senyuman di wajah ibu. Si Ayah mengazankan di telinga kanan anak dengan nada yang sayu terharu. Di iqamahkan pula di telinga kiri si anak agar besarnya anak itu nanti menjadi penyejuk hati buat ibu dan bapanya. Lantas ditalqinkan si anak dengan surah Al Qadr dan surah Al Ikhlas agar terhindar si anak dari gangguan Ummu As Syibyan (nama jin yang sentiasa mengganggu anak2 ketika tidur malam).

Lahirnya anak ke alam dunia. Maka bermulalah tanggungjawab ibu dan ayah, mendidik dan membesarkannya dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Agar besarnya anak itu nanti mampu menjalankan tanggungjawabnya untuk menghubungkan diri dengan Allah serta berbakti kepada masyarakat. Setelah mencapai usia baligh, maka bersendirianlah si anak untuk mencatur hala tuju hidupnya berpandukan bekalan ilmu yang dididik oleh ayah dan ibu. Berkeluargalah si anak. Alam dunia tempat bagi si anak membuat persiapan untuk kembali ke negara asalnya iaitu ke akhirat. Dunia adalah ladang akhirat. Bercucuk tanam di dunia, hasil tanamannya dituai di akhirat. Andainya yang ditanam, buah yang manis, maka tuaiannya di akhirat adalah hasilan yang manis. Andainya yang ditanam di dunia pohon berduri yang pahit, maka hasil tuainnya nanti juga menjanjikan perjalanan yang pahit dan berdurti. Di alam inilah tempat si anak berusaha untuk mengumpulkan amal kebajikan atau pun amal kejahatan. Dan setelah sampai ketentuan Allah, kembalilah anak mengadap Allah. Bertukarlah alamnya dari alam dunia ke alam barzakh.

Alam barzakh ... alam kubur ... alam menjadi jambatan penghubung antara alam dunia dan alam akhirat. Walaupun alam kubur atau alam barzakh BUKANLAH alam akhirat, namun pembalasan yang baik atau buruk dapat digambarkan dan dirasai bila sudah di alam barzakh. MALAH sesetengah peristiwa ... pembalasan yang bakal diterima di akhirat, Allah datangkan sewaktu di dunia lagi. Cuma bezanya, pembalasan di dunia didatangkan sebagai peringatan dari Allah agar segera bertaubat sebelum terlambat. Inilah kasih sayang Allah. Namun pembalasan di alam barzakh, merupakan muqaddimah kepada pembalasan yang kekal abadi di akhirat. Dan akhirat hanya mempunyai dua tempat perhentian, sama ada ke syurga atau pun ke neraka. Jadi bayangan balasan di akhirat dapat diketahui dengan keadaan di alam barzakh.

Begitu juga sewaktu hidup di dunia. Walaupun kita tak tahu sama ada seseorang itu akan masuk ke syurga atau ke neraka ... TETAPI ... secara ilmiah, berdasarkan ilmu yang disabdakan oleh Nabi SAW dalam hadis baginda, kita boleh tahu sama ada seseorang itu ke neraka kah atau pun ke syurga.

Setelah sangkakala ditiup oleh Malaikat Israfil, bermulalah alam akhirat. Hari pembalasan. Kesmua umat manusia dari Nabi Adam AS hinggalah ke manusia yang terakhir hidup di dunia ini dihimpunkan di Padang Mahsyar. Di mana amalan mereka didunia dihisab. Apakah banyak pahala atau pun banyak dosa. Maka jika menerima suratan hisab di tangan kanan, berbahagialah dirinya. Jika menerima suratan hisab di tangan kiri, menderitalah di akhirat dengan azab yang kekal abadi.

Nabi SAW pernah bersabda :

Kubur itu satu kebun daripada beberapa kebun syurga atau satu lubang daripada beberapa lubang neraka.

Andainya baik amalan insan di dunia, maka kubur menjadi taman syurga baginya. Andainya buruk amalan insan di dunia, maka jadilah kubur sebagai salah satu lubang dari lubang neraka.

Sewaktu mak sedara aku kembali ke rahmatullah tempohari, aku agak terkilan. terkilan kerana dia menghembuskan nafasnya tanpa aku ada disisinya sedangkan aku lebih dimanjakannya berbanding anak2nya walau aku hanyalah anak susuannya. Aku juga terkilan kerana aku tidak turut sama menguruskan jenazahnya. Aku juga terkilan kerana tidak berada di dalam liang lahad untuk menyambut jasadnya sedangkan sepupu ku yang cacat pun mampu berada didalamnya. Aku juga terkilan kerana aku penyebab dukacitanya. Walaupun ajal dan mautnya sudah menjadi ketentuan dari Allah. Tapi TAK SALAH kita menyesali asbab kepada kematiannya agar ianya menjadi iktibar kepada kita. Sebagaimana hadis Nabi SAW : Memadailah mati itu pengajaran.

Ko orang tahu tak ? Saat2 ajal menjelma ... datang empat malaikat dan berseru kepada orang yang sudah nazak dengan beberapa seruan :

Malaikat Pertama : Salam sejahtera wahai Abdullah, telah puas aku berulang dari masyrik (barat) dan maghrib (timur), namun tidak aku temui satu langkah pun untuk engkau melangkah.

Malaikat Kedua : Salam sejahtera wahai Abdullah, telah puas aku cari kepada segala sungai dan lautan di dunia ini, namun tidak aku temui walau seteguk minuman untuk kau minum.

Malaikat Ketiga : Salam sejahtera wahai Abdullah, telah puas aku berulang dari masyrik (barat) dan maghrib (timur), namun tidak aku temui walau satu suapan untuk kau makan.

Malaikat Keempat : Salam sejahtera wahai Abdullah, telah puas aku berulang dari masyrik (barat) dan maghrib (timur), namun tidak aku temui walau satu nafas untuk kau bernafas dengannya.

Agak2nya begitulah seruan yang diterima oleh mak sedara ku.

Kemudian hadirlah Izrail dan mencabut nyawanya. Andainya manusia tersebut seorang yang abid dan soleh, maka dicabut nyawanya dengan perlahan2 dan aman damai. Andainya manusia itu seorang yang fasiq dan ahli maksiat, maka direntap nyawanya dengan kasar oleh Izrail agar keperitan sakaratul maut terasa bagaikan libasan ribuan pedang menetak daging tubuh.

Ada hadis yang menyatakan antara sebab yang membawa kepada kematian yang buruk ialah :

1. Mempermudah2kan solat dan meringan-ringankannya. Nak solat boleh tak mo solat pun boleh. Kerja, sukan, rekreasi, kawan2, hiburan dan hal2 dunia lebih diutamakan dari solat.
2. Minum arak
3. Menderhaka kepada dua ibu bapa
4. Menyakiti akan orang Muslim

Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalnya. Waktu itu tidak berguna lagi wang berjuta. Tiada makna rumah banglo mewah. Tidak berguna kecantikan dan ketampanan. Melainkan .... sedeqah jariyah .... ilmu yang bermanfaat .... dan .... anak yang soleh.

Matinya anak Adam, maka berkatalah si mati kepada orang yang tinggal sewaktu kerandanya diusung tiga langkah meninggalkan rumahnya : Wahai saudara ku dan orang yang mengusung ku, JANGAN TERTIPU dengan pesona kehidupan dunia yang sementara seperti diri ku tertipu olehnya.

Dan setelah keranda diusung ke perkuburan, dan setelah jasad disemadikan ... maka bermulalah alam kubur bagi si mati.

Andainya soleh dan makruf amalannya di dunia, maka jadilah pusaranya bagai taman syurga. Merasa aman dan bahagia di alam kubur. Nabi SAW pernah bersabda :

Tiga orang yang dipeliharakan mereka oleh Allah dari siksa kubur ialah .... orang yang mati syahid ... tukang azan .... dan ... orang yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat.

Maka bertuahlah kepada mereka yang menjadi tukang azan.

Andainya fasad dan mungkar amalannya di dunia, maka malanglah nasibnya kerana kuburnya menjadi salah satu lubang neraka. Ada hadis yang menyebut tentang 10 orang yang dimurka oleh Allah dan menerima azab sejak masuk ke kubur. Dan bila hari pembalasan Allah menghalau mereka ke neraka. Sepuluh golongan itu ialah :

1. Orang tua yang berzina
2. Imam (pemimpin) yang memimpin ke arah kesesatan dan mungkar
3. Orang yang minum arak
4. Orang yang derhaka kepada ibu bapa
5. Orang yang menemui orang ramai sambil mengadu-ngadu (gossip) dan melaga2kan orang
6. Menjadi saksi dusta
7. Orang yang tidak membayar zakat
8. Orang yang makan riba
9. Orang yang zalim
10. Orang yang meninggalkan solat.

Begitulah yang telah Allah tetapkan. Walau kita tidak tahu, untung nasib kita di alam barzakh dan alam akhirat. Namun melalui hadis2 Nabi SAW, secara ilmiah berdasarkan amal perbuatan kita didunia ini, kita mampu mengetahui untung nasib kita di alam barzakh dan alam akhirat. Sama ada berbahagiakah atau menemui celakakah di alam yang baru sana.

Fikir-fikirkanler mudah-mudahan kita beroleh keinsafan.

Sunday, May 4, 2008

Lafazkan Kalimah Cinta Ini Kepada Kekasih Mu



Desiran angin yang bertiup
Membawa bersama khabaran rindu
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan cintaku padanya

Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat selamanya
Di tugu kasih dan sayang
Kau ukirkan keimanan
Moga bertemu keredhaan
Gemilang cahaya cinta
Kemilau pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya mendamai jiwa

Apakah kan ku temui
Insan semulia pekerti
Setandingmu kasih
Di alam semesta yang fana ini
Ku serahkan kepada Tuhan
Sebuah harapan bernama doa
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan rinduku padanya

Kepadanya...
Semoga kan menyala api cinta setia
Terus membara cinta kekasih Allah
Sinarannya buat semua

@@@@@@@@@@

Kadang2 aku terfikir .... patient tak ada ..... doktor tak ada ..... kerja tak ada ....

JADI ....

mengapa kita buat gossip dan memburuk2kan orang ? ... mengapa kita tak berselawat ? ....

BAHKAN ....

andainya .... ada patient .... ada doktor ... ada kerja ....

kita MASIH BOLEH BERSELAWAT ...

Dulu sewaktu kecil ku .... aku pernah memukul sekumpulan anak orang kaya kerana menghina abang ku ... wal hasil .... aku di bedal dan di belasah oleh ayah ku ... aku rasa cukup sedih ... sebab hasil tindakan ku ... ayah ku sukar meminjam wang dari orang kaya .... abang ku sukar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana tak cukup wang ... keluarga ku dihina orang kerana memiliki "samseng" dalam keluarga ...

TAPI ....

arwah atok ku sabar mendidik aku .... di pujuknya aku ... dibawa aku ke laut untuk mencandat sotong waktu langit malam gelap pekat tanpa bulan dan bintang, hanya berbekalkan lampu gasoline dan kabaid .... kemudian arwah atok aku mengijazahkan aku selawat tujuh lagu di tengah Laut Cina Selatan ... katanya ... kesedihan aku tidak akan hilang dengan selawat itu .... TETAPI .... aku akan rasa terhibur dengan kesedihan dan kedukaan .... Lalu aku amalkan ... dan BENAR ... aku sentiasa di rundung kesedihan dan kedukaan ... cuma aku rasa terhibur ... bukan itu saja ... banyak juga kelebihan yang aku alami ...

SELAWAT ADALAH LAFAZ CINTA SEORANG KEKASIH UNTUK KEKASIHNYA.

Cintakah kau pada Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib SAW ?

Kalau kau mencintai baginda, mengapakah kau tidak melafazkan kalimat cinta padanya ?

Bila seseorang sedang bercinta dan berkasih ... puisi2 cinta dan syair indah menghiasi sanubarinya. Walau perit dan derita menanggung rindu, namun puisi dan syair cinta itulah yang menjadi penawar dan ubat penyakit rindu dan kasih.

NAHHH ....

Buktikanlah bahawa engkau merindui dan mengasihi Rasulullah SAW.

Tidak sia2 engkau melafazkan kata kasih buat Rasulullah SAW kerana kasih dan cinta mu pada Rasulullah SAW pasti berbalas dan tidak mengecewakan.

Malah, selawat merupakan suatu 'perniagaan" yang menguntungkan.

Mana tidaknya ... ko berselawat ke atas Rasulullah SAW sekali ... TAPI .... ALLAH membalas selawat ke atas diri ko 10 kali .... TAK UNTUNG KE ? ... Macamlah ko berniaga guna modal RM 1 ... on the spot ... ko dapat untung RM10.

Kendian .. yang selawat untuk ko lak bukannya balakz atau awekz yang entah dari mana datangnya ... sebaliknya ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG LAGI MAHA PENYAYANG.

Selawat ni apa ?

Selawat ialah mengucapkan selamat dan salam sejahtera kepada Nabi SAW.

Dan selawat ke atas Nabi SAW adalah kunci utama kepada makbulnya doa.

Ada hadis yang menyatakan. Doa untuk diterima, kena melepasi tujuh langit. Antara satu langit dengan satu langit, ujudnya hijab yang menghalang doa dari dimakbulkan. Untuk menghapuskan hijab itu ialah dengan selawat ke atas Nabi SAW.

Ada hadis yang berbunyi :

Barangsiapa selawat ke atas ku pada satu hari sebanyak 100 kali, ditunaikan Allah ta'ala baginya 100 hajat. 70 hajat di akhirat dan 30 hajat di dunia.

Sekali kita berselawat ke atas Nabi SAW, 10 kali Allah berselawat ke atas kita dan 20 kali kita diselawatkan oleh 70,000 malaikat. .... BESTkan ?

Bukan itu saja ... antara kelebihan selawat ialah ;

1. Dipermudahkan rasa dukacitanya
2. Dihindarkan mudarat atasnya
3. Diluaskan rezekinya
4. Dibukakan seluas-luasnya pintu kebajikan bagi memudahkannya membuat kebajikan
5. Ditutupkan pintu godaan yang boleh menjerumuskannya kepada kebinasaan
6. Dicampakkannya kasih sayang segala hati manusia
7. Dimustajabkan doanya terutamanya dibaca 41 kali selepas selesai solat Subuh
8. Andai dibaca selawat sebanyak 313 kali sebanyak bilangan tentera Badar, jika pergi berperang akan tercapai salah satu hasil iaitu kemenangan atau syahid. Andai dia tidak pergi berperang, Allah akan membuka tabir hijab pandangannya dan dia akan melihat apa saja rahsia yang dia kehendaki.

Jadi gunalah masa yang terluang untuk berselawat. Tinggalkanlah amalan melaga-lagakan orang, memburuk2kan orang, menggosip orang.

Gantilah dengan selawat ke atas Nabi SAW.

Antara selawat yang mahsyur ialah Selawat Sidi Ahmad Al Badawi (sila lihat attachment)

Inilah selawat masyhur yang dinisbahkan kepada Wali Quthub Sidi Ahmad a-Badawi q.s. Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani rhm. dalam kitabnya Jauharul Al Mauhub halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:-

Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya selawat ini telah mujarrab bagi menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Sholawat" juga membuat nukilan sebagaimana di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu:-
.....bahkan selawat ini mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridannya ialah 100 kali setiap hari. Sewajarnya para muridin memulakan suluk mereka dengan shighah selawat ini .....

Sebahagian ulama, termasuklah Kiyai Agung Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban, telah memasukkan ucapan salam dengan menambahkan kalimah "sallim" dalam selawat tersebut, dan shighah inilah yang biasa kita dengar kerana telah dipopularkan dengan irama yang mendayu menusuk qalbu.
Bagi yang suka beramal silalah, sesiapa yang tidak suka, maka janganlah membuat dosa mengeji dan mencaci orang yang membaca selawat ke atas Nabi yang ummi yang menjadi nur segala anwar dan penyuluh umat dalam kegelapan. Terjemahan Selawat Badawi adalah seperti berikut :

Ya Allah, l
impahkan selawat dan salam kesejahteraan
Atas nur (cahaya) segala nur
Sir (rahsia) segala sir
Ubat segala penyakit
Pembuka pintu kesenangan
Junjungan Maulana Muhammad yang terpilih
Bersama ahli keluarga baginda yang suci bersih
Dan para sahabat baginda yang baik berbudi
Selawat dan salam sebanyak bilangan
Ni'mat Allah dan kelebihanNya.

Anda bersedih ?

Anda ada hajat ?

Anda inginkan pimpinan ?

Anda ingin terhibur ?

AYUH ... AMALKANLAH SELAWAT ... SUBURKANLAH KECINTAAN PADA KEKASIH MU, RASULULLAH SAW

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa

terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta
kita pun leka
dan jangan pula
kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketaqwaan..

Rahsia Kekayaan Di Hujung Jari


Tahun lepas sewaktu urusan aku membeli sebuah banglo di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur selesai, ada beberapa staff NCI bertanya kepada ku ... "MACAM MANA KAU BOLEH DAPAT INCOME SIDE BUSINESS 6 ANGKA ?"

Dan minggu lepas, sekali lagi aku ditanya soalan yang sama.

Dan aku akan berkongsi dengan ko orang rahsia menjadi kaya ... kerana bagi aku ... untuk menjadi kaya sebenarnya berada di hujung kuku saja.

Masih ingatkah emel merapu berkenaan REZEKI, JODOH, AJAL & MAUT ?

Keempat-empat perkara tersebut telah Allah suratkan di Loh Mahfuz sejak azali ... sejak alam ini belum dicipta.

HAKIKATnya ... Janganlah kita bimbang dan khuatir tentang rezeki, jodoh, ajal dan maut. Kerana kesemuanya adalah pasti. TERPULANG kepada kita untuk mempercepatkan dan mempermudahkannya.

Bagaimana ingin mempercepatkan dan mempermudahkannya ?

Bergantung kepada usaha lahiriah mengamalkan sunnah2 yang pernah Rasulullah SAW sabdakan dalam hadis baginda, sambil berdoa kepada Allah SWT.

Bila disebut tentang kekayaan ... ianya berhubung kait rapat dengan rezeki yang telah Allah tetapkan bagi kita.

Terpulang kepada kita untuk beramal dan memohon kepada Allah agar rezeki itu dimurahkan, dipermudahkan, dipercepatkan bagi kita.

Malah kengkadang .... Allah jadikan rezeki ni ujian buat kita, malah tak mustahil Allah jadikan rezeki ni sebagai bala .. itulah yang diterima oleh Karun. Dulu sewaktu kecilnya Karun dan keluarganya hidup susah merempat, tapi akhirnya Allah murahkan rezeki dia kat dunia. Malangnya dia tak bersyukur dan menjadi musuh kepada Nabi Musa AS. Allah rezekikan dia dengan kemewahan di dunia, tetapi Allah balakan dia dengan azab kat akhirat.

Gitu gak dengan Tsa'labah salah seorang lelaki yang hidup di zaman Rasulullah SAW. Tsa'labah hidupnya susah, menderita, miskin, papa kedana ... entah apa2 lagi istilah nak guna aku pun tak tau. Pernah dia gi jumpa Rasulullah SAW dan minta doakan agar dia jadi kaya. Rasulullah SAW kata kat dia :

Seorang miskin yang sabar & redha lebih baik dari seorang kaya yang kufur.

Tapi Tsa'labah terus desak agar Rasulullah SAW mendoakannya agar dia jadi kaya. Dan setiap kali juga, Rasulullah SAW memberikan Tsa'labah nasihat yang sama :

Seorang miskin yang sabar & redha lebih baik dari seorang kaya yang kufur.

Akibat banyak sangat desakan, akhirnya Rasulullah SAW mendoakan juga Tsa'labah untuk jadi kaya.

Berkat doa Rasulullah SAW, Tsa'labah memelihara sepasang kambing. Kambing peliharaannya membiak, semakin hari semakin banyak, hingalah Tsa'labah jadi kaya. Bila semakin kaya, Tsa'labah dah malas nak ke masjid sebab sibuk mengira kambing dan keuntungan hasil jualan kambing. Akhirnya KAYALAH Tsa'labah.

Tetapi ...

Tsa'labah walaupun kaya, dia tak mo lak keluarkan zakat. Zakat ternakan dia tak kluar. Zakat perniagaan dia tak keluarkan, zakat pendapatan dia tak keluarkan, hingga zakat fitrah pun dia tak keluarkan.

Akhirnya Rasulullah SAW sendiri memasukan Tsa'labah sebagai salah seorang yang kufur. Setelah kewafatan Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar juga tidak mahu menerima zakat dari Tsa'labah. Akhirnya Tsa'labah mati dalam keadaan kufur kepada Allah.

Jadi jika ko orang benar2 nak jadi kaya .... TAK YAH gi puja batu ..... TAK YAH nak gi main nombor ekor atau berjudi .... TAK YAH jual kawan perempuan ko orang kat jantan jalang ... TAPI beramallah dengan sunnah Rasulullah SAW yang antara fadilatnya ... MEMURAHKAN REZEKI dan menghindar dari kepapaan.

Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi mempercepatkan, memperbanyakkan, dimurahkan rezeki ialah ..... dengan menghindarkan perkara2 yang menyebabkan kepapaan. Antara amalan yang menyebabkan kepapaan ialah ;

1. Tidur bertelanjang
2. Makan dan minum sewaktu dalam keadaan berhadas besar
3. Tidak mengutip makanan yang terjatuh di luar pinggan sewaktu makan.
4. Tidak menghabiskan makanan.
5. Mengeringkan anggota dengan tepi kain pakaian.
6. Membakar kulit bawang.
7. Menyapu rumah pada waktu malam dan meninggalkan sampah pada rumah.
8. Berjalan di hadapan guru.
9. Membasuh tangan dengan tanah
10. Memanggil kedua ibu bapa dengan nama keduanya
11. Meringankan sembahyang dengan melewat-lewatkan sembahyang
12. Menjahit pakaian di badan sendiri
13. Membiarkan sawang dan sarang labah-labah di rumah
14. Bersegera keluar dari masjid
15. Berpagi-pagi ke pekan dan melambatkan kembalinya.
16. Meninggalkan membasuh pinggan mangkuk bekas makanan sesudah makan.
17. Memberi fakir miskin memakan sisa-sisa makanan
18. Memadamkan pelita atau api yang menyala dengan mulut
19. Menulis dengan qalam (pen/pensil) yang tumpul atau tidak berdakwat
20. Menyisir rambut dengan sikat yang patah
21. Tidak mendoakan untuk kedua ibu bapa
22. Memakai serban ketika duduk
23. Memakai seluar ketika berdiri
24. Bakhil
25. Kedekut dalam berbelanja barang keperluan
26. Boros dalam berbelanja
27. Berludah dan membuang kahak ketika sedang qadha hajat. Berkenaan qadha hajat ini, aku ingin menambah akan apa yang dipesankan kepada ku oleh arwah atok ku. Membanyakkan berpaling2 sewaktu qadha hajat akan menyebabkan was was. Berkata-kata ketika qadha hajat menyebabkan terdedah kepada gangguan jin. Berdiam lama di dalam tandas akan mewarisi penyakit hati, buasir. melihat ke arah najis yang keluar menyebabkan muka menjadi kuning. Meludah kepada najis menyebabkan kuning gigi. Makan, minum dan bersugi sewaktu qadha hajat mempusakai penyakit lupa.
28. Mengerat kuku pada hari Sabtu, Ahad, Selasa dan Rabu. Dinyatakan di dalam kitab Nuzhatul Majalis akan sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda :

- Mengerat kuku pada hari Sabtu, mewarisi penyakit
- Mengerat kuku pada hari Ahad , menghilangkan berkat
- Mengerat kuku pada hari Isnin, mempusakai alim fadhil ( ilmu yang bermanfaat )
- Mengerat kuku pada hari Selasa, mempusakai kebinasaan
- Mengerat kuku pada hari Rabu, mempusakai perangai yang jahat
- Mengerat kuku pada hari Khamis, mempusakai kekayaan
- mengerat kuku pada hari Jumaat, mempusakai ilmu dan lemah lembut

Cara mengerat kuku .... Mulai dengan tangan kanan. Kemudian tangan kiri. Kemudian kaki kanan. Kemudian kaki kiri.

Tangan kanan :
1. Mulakan dengan jari kelingking
2. Kemudian jari tengah
3. Kemudian ibu jari
4. Kemudian jari manis
5. Kemudian jari telunjuk

Tangan kiri :
1. Mulakan dengan ibu jari
2. kemudian jari tengah
3. Kemudian jari kelingking
4. Kemudian jari telunjuk
5. Kemudian jari manis

Kaki kanan :
1. Mulakan dengan anak jari
2. Jari manis
3. Jari tengah
4. Jari telunjuk
5. Ibu jari

Kaki kiri :
1. Ibu jari
2. Jari telunjuk
3. Jari tengah
4. Jari manis
5. Anak jari

29. Mendedahkan aurat. Dalam kitab ada menyebut rezeki akan keluar melalui liang-liang roma aurat yang terdedah. Sebab itu kita lihat , WALAUPUN kaya, REZEKINYA MAHAL & TAK CUKUP. Ada saja masalah yang menyebabkan duit dibelanjakan. Kerana rezeki menjadi mahal kerana aurat terdedah. Sebab itu ajaran Islam MEWAJIBKAN menutup aurat.

Dalam berpakaian, ajaran Islam mensunatkan menjahit pakaian atau membeli pakaian pada hari Khamis, Jumaat dan Isnin. Tersebut di dalam kitab Hasyiatul Jamal :

- Barangsiapa menggunting baju atau membeli pakaian pada hari Sabtu, akan mempusakai penyakit selama pakaian itu dipakainya pada badan.
- membeli pakaian pada hari Ahad, mewarisi dukacita, kesusahan dan tiada berkat.
- hari Isnin, memperolehi berkat
- hari Selasa, mewarisi musibah
- hari Rabu, direzekikan dia dengan rezeki yang banyak tanpa banyak usaha
- hari Khamis, direzekikan dia dengan ilmu
- hari Jumaat, direzekikan dengan panjang umur untuk beribadat.

Andainya membeli pakaian yang menutup aurat pun ada ADAB2 dan mempengaruhi gaya hidup kita sama ada penuh keberkatan atau penuh musibah, lebih lebih lagi jika melibatkan pakaian yang mendedahkan aurat.

30. Memperbanyakkan sedeqah.
31. Mengasihi anak yatim. Disunatkan mengusap kepala anak yatim dari belakang ke hadapan. Dan disunatkan mengusap kepala anak yang TAK yatim dari hadapan ke belakang.
32. Berdiri malam iaitu qiamullail iaitu solat tahajud.

NAH ...

Kepada yang ingin menjadi kaya .... amalkanlah 32 jenis sunnah yang telah ku suratkan di sini. Ianya intipati petua amalan yang KHUSUS untuk menjadi kaya.

Insya-Allah kau akan memperolehi salah satu dari tiga kekayaan.

1. Kekayaan di dunia .... atau
2. Kekayaan di akhirat ..... atau
3. Kekayaan di dunia dan akhirat

Kekayaan di dunia ... kau akan menjadi kaya harta di dunia. Dan di akhirat kau akan dipersoalkan akan kekayaan tersebut dengan hisab.

Kekayaan di akhirat, kau tidak akan memiliki kekayaan harta di dunia, tetapi hidup mu di akhirat cukup tenang, bahagia dan mencukupi dalam setiap sudut kehidupan. Tiada apa yang kurang di dunia ini. Jika ada keperluan, Allah akan datangkan rezeki sekadar keperluan, tidak berlebihan. Namun di akhirat, diperkayakan dengan amal kebajikan dan kesabaran, di kayakan dengan mahligai di syurga dan taman2 syurga yang mengalir sungai madu, sungai susu kerana kesabaran dan keredhaan.

Kekayaan di dunia dan akhirat kerana di dunia Allah keluarkan rezekinya dari sumber yang tak disangka2 AGAR rezeki kekayaan itu diuruskan menurut syariat Allah dengan bersedeqah dan pengorbanan harta di jalan Alah. Dan di akhirat Allah mempermudahkan hisaban dan Allah ganjarkan dengan pembalasan yang berganda2 di akhirat hasil usahanya berkorban dan bersedekah sewaktu di dunia.

Cuma satu pesan ku .... AMBILLAH REZEKI MU SEKADAR KEPERLUAN DIRIMU SEKELUARGA ... selebihnya infaqkan ke jalan Allah dan fakir miskin dan anak yatim.

Andainya ditaqdirkan, murah rezeki mu, dan engkau engkar dengan titah perintah Allah, ingin ku ingatkan bahawa pembalasan Allah juga akan dipercepatkan dan dipermudahkan bagi mu di dunia.

Rahsia Menjadi Pandai & Kuat Hafalan


Ramai orang nak jadi pandai. Ramai gak orang yang nak anak mereka jadi pandai. Pandai merupakan cita2 setiap orang terutamanya pelajar.

Pelajar nak jadi pandai, agar setiap kali exam mereka akan score A berderet-deret.

Mak bapak pelajar juga nak anak mereka jadi pandai, supaya anak mereka score A berderet-deret.

Pernah tak ko orang jumpa, orang yang :

1. SRP dapat semua A1
2. SPM dapat semua A1
3. Matrikulasi dapat semua A1
4. Degree dapat Degree Kelas 1
5. Master dapat Sarjana Kelas 1
6. PhD dapat Doctorate Kelas 1

.... ?????

Pernah ke ?

Kengkadang kita tengok ... orang yang sehebat cam tu, belajar ala kadar .... baca buku main2 .... banyak buat kije lain dari belajar ...

TAPI ....

semua exam dia score kaw kaw tahap gaban

Apa rahsianya ?

Inilah rahsianya yang tersurat di dalam kitab. Kita cuma mengamalkannya. Antara yang ditulis di dalam kitab ialah punca2 kelupaan iaitu amalan yang menyebabkan seseorang jadi pelupa. Dan jika dihindarkan amalan tersebut, seseorang mampu menjadi seorang yang kuat ingatan ... insya-Allah.

Oleh itu JANGAN lah kita amalkan perbuatan berikut :

1. Melakukan maksiat. Membuat perkara yang HARAM.... sebab satu dosa yang dilakukan akan melahirkan titik hitam di hati. Bila banyak dosa, banyaklah titik hitam di hati, akhirnya nur ilmu tidak mampu menerobos ke dalam hati. Hasilnya kita jadi pelupa.

2. Banyak dosa. Bila banyak dosa, hati gelap. Sukar menerima ilmu dan sukar pula memahami ilmu. Oleh itu hendaklah menyucikan dosa dengan taubat.

3. Suka cita pada jalan dunia. Iaitu berangan2 dalam hal keduniaan. Berangan jadi kaya. Berangan hidup mewah. Berangan jadi celebrity. Etc. Sedangkan dunia itu hanyalah tipu daya semata2 kerana dunia adalah tempat yang fana, yang tidak kekal. Ramai orang tertipu dengan keindahan dunia. Mereka sangka nikmat didunia inilah yang termanis dan terindah. Sedangkan nikmat yang sebenarnya ialah apabila sudah berada di syurga Allah di akhirat. Manusia yang leka dengan ulitan nikmat duniawi, akan menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai tempat perhentian terakhir mereka sehingga luipa tanggung jawab beragama ke atas diri mereka. Mereka lebih suka berjemaah dalam melakukan maksiat dari berjemaah melakukan ibadat. Mereka lebih suka berjemaah melakukan fitnah dan mengumpat dari berjemaah melafazkan zikir dan selawat. Inilah pautan duniawi.

4. Banyak bimbangkan pergantungan dunia. Ramai dia antara kita cukup bimbang jika rezeki mereka terganggu. Ramai juga yang merasa khuatir jika rupa paras mereka tidak setampan/secantik manusia yang lain. Ramai juga yang khuatir dan bimbang jika gaji bulanan mereka tidak cukup untuk menjadikan hidup mereka mewah. Memperolehi rezki yang banyak tidak salah. memiliki rupa paras yang tampan dan cantik juga tidak salah. Begitu juga hidup mewah juga tidak salah. Yang salah ialah apabila kita terlalu bimbang sehingga kita sanggup melakukan sesuatu diluar batas syariat. Kita bimbang rezeki kita tak cukup, maka kita mencuri. Kita bimbang rupa paras kita tidak cantik, maka kita bersolek berlebih-lebihan hingga membazir dan mendedahkan aurat. Kita bimbang kita tidak boleh hidup mewah, maka kita rasuah. Hendaklah kita berusaha sedaya upaya dalam hidup kita secara halal dan selepas itu serahlah usaha dan ikhtiar kita kepada Allah dengan bertawakal. Ingat !!! Rezeki, jodoh, ajal dan maut telah pun Allah tetapkan kepada kita sejak azali. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal agar dipermudahkan dan dipercepatkan untuk memperolehinya.

5. Makan kazbarah basah. Kazbarah ni apa ? Kazbarah adalah daun ketumbar. Mengapa makan daun ketumbar basah menyebabkan lupa ? Aku pun tak tahu hehehe ... tetapi biasanya aku tengok orang yang makan daun ketumbar ni dia akan pening2 lalat macam makan kas kas.

6. Makan buah tuffah masam. Tuffah masam ialah epal masam.

7. Melihat sesuatu dalam periuk rebusan. JANGAN ko orang rebus megi, rebus nasi, rebus tulang untuk buat sup tulang, ko orang gi jengah ke dalam periuk. Hukumnya MAKRUH.

8. Membaca suratan pada kubur. Maknanya ko membaca apa yang tertulis di batu nesan tanpa sebab.

9. Berjalan antara qithar unta. Maksudnya ko berjalan antara dua kenderaan. CONTOHNYA .... kalu ko bawak keter, ada dua lane .... ko bawak keter atas line putih tengah2. Ianya hukum makruh dan mewarisi sifat lupa.

10. Mencampak tuma hidup pada bumi

11. Berbekam di lubang tengkok

12. Memakan sesuatu yang menambahi balgham ( lendir, kahak, risa, gelema, dan entah apa2 istilah lagi ) Antara penyebab banyak balgham ialah banyak minum terutamanya minum air batu. Banyak minum adalah penyebab banyak balgham. Untuk mengurangkan balgham ialah dengan memakan roti kering. Bersugi ( berus gigi ) juga mengurangkan balgham. Termasuk perkara yang menambahkan balgham ialah meminum air sejuk/air batu. Dan yang mengurangkan balgham ialah meminum air panas.

Untuk menambah kecerdasan akal dan menguatkan ingatan. Elok diamalkan amalan berikut :

1. Bersugi
2. Berselawat 100 kali setiap kali selesai solat fardhu
3. Tuliskan ayat2 berikut pada permukaan pinggan yang putih dengan dakwat Za'faran

a. Surah Ar Rahman ( ayat 1 hingga 6)
b. Surah AL Qiyamah ( ayat 16 hingga 17 )
c. Surah Al Buruj ( ayat 21 hingga 22 )

Kemudian tulisan itu dihapuskan dengan air Zam Zam dan diminumkan air tersebut selepas dibaca 7 kali selawat kepada Rasulullah SAW. Insya-Allah akan hafaz dan kuat ingatan. Kalau diberi minum pada budak2, insya-Allah akan cepat menguasai ilmu kerana kuat hafazan dan ingatan.

Selamat beramal

dan

Selamat menjadi pandai

Rahsia Merawat Cancer


Seperti aku janjikan ... aku ingin berkongsi amalan Permata Pemberian Yang Indah dengan ko orang.

Untuk mendapatkan sebutir permata, bukanlah suatu usaha yang mudah. Lautan dalam perlu diselami. Jerung buas perlu dihadapi. Barulah sebutir permata dapat diperolehi. Permata yang diperolehi itu pula hanya tampak indah setelah dicanai dan ditempah oleh sang jauhari. Di jadikan batu cincin atau pun loket rantai. Barulah tampak indah dan menawan.

Begitu juga dengan ilmu Al Quran. Rahsia dan khasiatnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Hanya orang yang benar2 ikhlas dan dibantu oleh Allah yang mampu mengupas intipati dan kelebihannya. Maka tersuratlah rahsia dan khasiatnya dalam sebuah kitab tua oleh Imam As Sayuti dan di permudahkan oleh Sheikh Ali Bin Abd Rahman Al Kalantani di dalam Kitab Al Jauhar Al Mauhub. Rahsia dan khasiat dari amalan salafussoleh inilah yang dikiaskan sebagai permata. Tersuratnya ilmu rahsia ini dalam kitab ini pula kiasan permata yang telah dicanai indah. Pembentangan ilmu ini kepada umat Islam merupakan pemberian permata yang indah sebagai hadiah kepada kita. Mudah-mudahan ilmu yang mereka suratkan di atas lembaran kertas ini, dapat kita manfaatkan buat diri kita dan masyarakat.

NCI Cancer Hospital .... hospital yang merawat kanser

Kanser ni amender ?

Sifat2nya ... bahagian yang kena kanser ni membengkak, bernanah, sakit ... boleh merebak dan membawa maut.

Rawatan kanser ... secara umumnya ada tiga cara :

1. Surgeri
2. Radioterapi ... contribute 45% dari revenue NCI
3. Chemotherapy ... contribute 38% dari revenue NCI

dan kadang kala ketiga-tiga corak rawatan itu di kombinasikan

Nanti ada orang tanya .... Dalam Islam tak ada ke cara nak rawat kanser ? Kan ke ada satu hadis yang menyatakan setiap penyakit ada ubatnya kecuali TUA & MATI .....

Maka aku jawab ... ADA ... dalam kitab tak ada sebut perkataan KANSER tetapi ada menyebut tentang penyakit yang menyebabkan anggota tubuh manusia bengkak, berdarah dan bernanah serta sakit dalam satu masa dan penyakit itu boleh merebak ke anggota lain dan akhirnya membawa maut ... maka aku buat kesimpulan yang sakit berciri tersebut adalah kanser .... cara rawatannya berdasarkan apa yang tertulis dalam kitab ialah .....

1. Minum air yang dibacakan Al-Quran.
2. Mandi dengan menggunakan air yang dibacakan Al-Quran.
3. Mendengar bacaan Ayat2 Al-Quran.
4. Menyapu ke tempat bengkak dengan minyak zaitun yang dibacakan Ayat2 Al-Quran.
Adapun Ayat2 yang dibacakan ialah dengan Surah Al-Fatihah tawasul kepada Rasulullah SAW dan diakhiri dengan Surah An-Nas, iaitu mengikut susunan berikut:
1. Surah Al-Fatihah.
2. Lima Ayat permulaan Surah Al-Baqarah.
3. Ayat 163, 164 dan 165 Al-Baqarah.
4. Ayat Al-Kursiy: 255 Al-Baqarah.
5. Ayat 256 Al-Baqarah.
6. Ayat 257 Al-Baqarah.
7. Akhiran Al-Baqarah: Ayat 284, 285 dan286.
8. Lima Ayat permulaan Surah Al-Imran.
9. Ayat 18 Al-Imran.
10. Ayat 26 dan 27 Al-Imran.
11. Ayat 54, 55 dan 56 Al-A'raaf.
12. Ayat 117, 118 dan 119 Al-A'raaf.
13. Ayat 80, 81 dan 82 Yunus.
14. Ayat 65, 66, 67, 68 dan 69 Taha.
15. Ayat 115, 116, 117 dan 118 Al-Mu'minun.
16. Ayat 21, 22, 23 dan 24 Al-Hasyr.
17. Lima Belas Ayat permulaan Ash-Shaafaat.
18. Ayat 31, 32, 33 dan 34 Ar-Rahman.
19. Ayat 3 dab 4 Surah Al Mulk
20. Ayat 51 dan 52 Al-Qalam.
21. Ayat 3 Al-Jinn.
22. Surah Al-Kafirun, Al-Falaq dan An-Nas.
Kemudian dibacakan doa2 berikut dan ditiupkan ke atas air dan minyak, iaitu:
"Hilangkanlah kesakitan, wahai Tuhan bagi seluruh manusia dan sembuhkanlah wahai Engkau, Tuhan yang menyembuh, tiadalah sembuh melainkan dengan kesembuhan engkau, sebagai kesembuhan yang tiada dikhianati oleh kesakitan." (At-Tirmidzi)
Maka dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh.

Ingin dinyatakan, sebaik2 air untuk digunakan ialah Air Zam Zam. Kalau tak kedapatan air zam zam, maka gunakanlah air mutlak yang suci lagi menyucikan.

Pastikan bacaan Al Quran itu menuruti makhraj dan tajwid. Sebaik2nya bertaranum kerana keindahan lagu taranum akan membantu menjiwai ayat2 Al Quran.

Hebat dan beruntungkan menjadi umat Islam ... sehingga dalam hal ehwal merawat penyakit yang sukar disembuhkan, AL Quran memberi pedoman kaedah merawat.

Terpulang kepada keimanan umat Islam untuk mempercayai dan meyakininya.