Monday, February 18, 2008

La Tahzan Jangan Bersedih Part 7

POSTO ..... POSTO .....

Salam sumer .... pekabo ? .... sihat ? .... dah makan ? .... sedih lagi ke ?

Amender arrr ko orang ni sumer, asyik nak sedih-sedih jerk .........

Sesekali heppi heppi lerr sket ... hehehehe

Malam Jumaat lepas .. seperti biasa ada meeting kat Madrasah .... lebih kurang jam 11pm ... aku dapat SMS dari adik ipar aku di Besut ... SMS tu bunyik cenggini .....

A'kum, MXXXXX Rx pass away 7ptg td. lepas main badminton. Wife ask to infom CM.

Gituler suatu berita sedih & sebenarnya mengejutkan aku sewaktu sedang meeting. Aku minta izin keluar dari meeting & call adik ipar aku untuk berita terkini SMS dia ....

MXXXXX tu senior aku 2 tahun kat USM. Lepas grad dia kije terus dengan sebuah syarikat farmasi yang agak besar di pantai timur. Sebenarnya aku dengan MXXXXX tak le rapat sangat .... atau lebih tepat .... MXXXXX ni sebenarnya tak suka kat aku waktu kat USM ... aku rasa antara 10 orang yang dia benci kat USM ... aku mungkin tangga teratas .... tapi aku tak salahkan dia sebab bencikan aku ..... kalau mertua aku pun allergic dengan aku ... jadi si MXXXXX ni pun tentulerr allergic dengan aku .... sebab aku waktu kat USM dulu memang perangai hampeh cam setan ..... bila dah grad ... dah kahwen barulerrr kurang sikit menyetan ........... HAH NI PENGAJARAN UNTUK KO ORANG SEMUA ..... kalau ko orang nak menyetan .... baik fikir masak-masak ... ko tau tak jadi setan ni bukan Allah aje benci, seluruh makhluk akan bencikan ko orang ..... PADAN MUKA AKU

Jadi berita yang aku terima cukup memeranjatkan aku ... sedangkan mamat tu antara orang yang selalu bergaduh dengan aku (gaduh belakang lerr ... dia kutuk aku belakang-belakang ) ... SEBAB ... dia benci apa yang aku buat kat USM ..... dia selalu nasihat kat kengkawan, kat junior-junior .... JANGAN IKUT PERANGAI ALI SETAN ( dah kebetulan nama bapak aku Ali ... study kat USM ... perangai aku lak cam setan ... dia orang panggil aku Ali Setan ) .... sebab tu kengkadang TAK SEMESTINYA orang yang benci ko orang tu orang jahat .... kengkadang kita kena fikir masak-masak dan hisab diri .... Apasal orang benci kat diri kita ? .... Mesti ada sebab .... dan yang aku nampak .... MXXXXX ni benci kat aku sebab .... aku ni memang jahat .... dan .... dia tu memang baik ..... Lepas grad aku ada bersemuka dengan dia beberapa kali ... tak banyak ler ... leh kira dengan jari ... memang dengan aku ... aku dapat rasakan yang keceriaan dia akan down .... kira dia tak selesalah dengan aku ... lantak lah .... tapi berita dia meninggal dunia tu memang mengejutkan aku ...

MXXXXX tua dua tahun dari aku .... menurut ceritanya .... petang tu ...dia main badminton ... tengah main .... dia collapse ... terus meninggal dunia .... kena heart attack .... muda lagi ... baru 40 tahun ...... cian bini and anak-anak dia ....


Sejak akhir-akhir ini aku sering menerima akan berita-berita kematian. Sama ada membabitkan ahli keluarga, atau pun mereka yang aku kenali atau yang tidak pernah aku kenali.

Arwah datuk aku pernah bercerita.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib mempercayai bahawa setiap makhluk yang bernyawa akan mati apabila sampai ajalnya, iaitu masa yang Allah sudah tentukan baginya akan saat kematiannya. Malaikat Izrail akan datang kepadanya. Lalu Izrail akan mencabut roh dari jasadnya. Tidak kira di mana orang itu berada. Sama ada dia seorang yang kaya, atau pun seorang yang papa kedana. Tak kira dia seorang yang berilmu, ataupun seorang yang jahil muraqab. Saat sampai ajalnya tidak pernah terlewat walau sesaat, mahu pun tercepat walau sesaat.

Setelah roh berpisah dari jasadnya, roh dibawa ke alam barzakh tatkala jasad dikuburkan di alam yang zahir, tak kira sama ada berkubur di daratan mahu pun di lautan. Alam barzakh. Alam yang menjadi jambatan penghubung antara alam dunia dan alam akhirat.

Setiap Muslim wajib percaya bahawa apabila mayat telah dikuburkan, maka datanglah Mungkar dan Nakir kepadanya dan menyoalnya mengenai tuhannya, agamanya, nabinya, kepercayaannya dan lain-lain lagi. Orang yang Islam dan beriman akan menjawab soalan-soalan dua malaikat itu dengan tenang dengan sebaik-baik jawapan. Orang Islam yang tidak beriman akan menjawab soalan dua malaikat itu dengan rasa gementar, dan setiap kali jawapannya tersasar dan salah maka dia akan dipukul oleh dua Malaikat tersebut. Orang kafir dan munafik (orang yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran), mereka tidak akan dapat menjawab soalan tersebut dan disiksa di alam barzakh dengan teruk oleh Mungkar & Nakir.

Sejauhmanakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan soalan Mungkar & Nakir ? ... kalau kita masih belum bersedia .... mengapa kita tidak bersedih atas kekurangan kita ?

Selepas disoal, orang Islam yang telah dapat menjawab soalan-soalan itu akan tidur dengan aman hinggalah sampai Hari Ba'ats atau Hari Kebangkitan, iaitu hari yang padanya dibangkitkan semula sekelian yang telah mati. Tetapi orang yang tidak dapat menjawab soalan Mungkar & Nakir dengan betul serta orang kafir dan munafik, mereka tidak akan aman di alam barzakh dan diazab di alam kubur, sehinggalah Hari Kebangkitan.

Arwah datuk aku bercerita lagi tentang roh.

Setiap Muslim wajib mempercayai bahawa diri manusia dijadikan dari roh dan jasad. Jasad dibentuk dari daging, tulang, lemak, darah dan lain-lain jisim yang zahir. Roh pula ialah satu zat yang halus yang tidak boleh dilihat oleh orang-orang kebanyakan. Ia ada di dalam jasad setiap manusia yang hidup. Dengan perantaraan roh itulah manusia hidup. Roh asal kejadian sebelum di tiupkan ke dalam jasad manusia, roh sudah pun mengenal Allah sebagai Tuhan yang Maha Agung. Malah Al Quran menukilkan perjanjian antara roh untuk tunduk mentaati Allah SWT seperti dalam surah Al A'raf ayat 172.

Namun setelah roh ditiup kedalam jasad, roh terpaksa berhadapan dengan bujukan nafsu dan syaitan yang bersenjatakan nikmat duniawi. Maka lalailah roh untuk mentaati Allah.

Apabila sampai ajal, Izrail akan mencabut roh dari jasad dan dibawa ke alam barzakh sehingga Hari Kiamat. Tetapi ada juga roh-roh tertentu yang boleh keluar ke alam zahir. Rasulullah SAW ketika Isra', telah dapat melihat roh-roh para anbiyak wal mursalin datang kepadanya di Masjidil Aqsa lalu bersolat berjemaah dengan Rasulullah SAW sebagai imam, dan roh para anbiyak wal mursalin bermakmum dibelakang Rasulullah SAW.

Dalam ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Wajib bagi Allah bersifat dengan Al Qadim dan Al Baqa'. Allah tidak ada permulaan dan baqa' (kekal). Dan Allah berkuasa mencipta 10 makhluk NYA bersifat dengan sifat ada permulaan dan kekal wujudnya sehingga bila-bila. 10 makhluk adalah :

1. A'rasy 2. Kursi 3. Syurga
4. Neraka 5. Loh mahfuz 6. Qalam
7. Roh 8. Jasad para Rasul & Nabi
9. Jasad para syuhada
10. 'Ajbuz zanab ( iaitu seketul tulang belakang manusia yang paling bawah sekali atau STEM CELL)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa haiwan pun ada roh tetapi roh itu tidak kekal. Roh haiwan lenyap apabila haiwan itu mati.

Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah percaya, walaupun Nabi-nabi dan waliyullah sudah wafat, tetapi rohnya masih boleh menolong orang-orang yang masih hidup, kerana ada dalil-dalil yang kuat menunjukkan demikian. Dan orang Islam yang masih hidup boleh menolong orang islam yang sudah mati, dengan izin Allah Ta'ala. Ini semua merupakan perkara yang harus bagi Allah.

Begitulah serba ringkas, cerita-cerita yang cuba aku sampaikan di sini berdasarkan cerita-cerita arwah datuk aku. Aku susun semula dalam bahasa modern untuk mensesuaikan cerita tersebut dengan suasana semasa.

Wassalam

No comments: