Monday, February 18, 2008

La Tahzan Jangan Bersedih Part 10

POSTO ….. POSTO …..

Waktu kekecik dulu ….waktu cuti sekolah ujung tahun ….. aku pernah tanya kat atok ….

Aku : Atok camana nak mimpi jumpa Nabi ?

Atok : Kenalah selawat banyak-banyak. Baca berzanji tiap malam. Buat tahajud hajat tiap malam. Solat hajat tiap malam. … bla bla bla ….

Jadi aku pun buat leee apa yang atok aku pesan ….. Lepas Subuh aku selawat dengan 7 lagu …. Lepas Zohor aku selawat dengan 7 lagu ….. lepas Asar pun camtu gak … lepas Maghrib cam tu gak … lepas Isyak aku baca Mawlid Berzanji …. Lepas baca Mawlid Berzanji … aku bacalak Mawlid Daiba’i …. Kendian tidur … bangun kol 3pagi … wat tahajud , solat taubat, solat tasbih, solat hajat, solat istikharah, solat witir … lepas tu baca Quran 7 ain … sambung tidur … Subuh bangun ….. seminggu …. dua minggu ….. tiga minggu …. Sebulan …. Dua bulan ….tak putus ….. TAPI … tak gak dapat mimpi jumpa Nabi … mimpi jumpa benda lain ada laaaa …Setelah lebih dua bulan buat tak henti … aku pun gi tanya atok lagi ….. aku tanya … Apasal dah lebih 2 bulan aku amal apa yang atok suruh … tapi masih tak dapat mimpi jumpa Nabi ….. Atok aku jawab lak ….

Atok : Teruskan amalan tu dengan berpuasa pula. Waktu berbuka, jangan berbuka dengan nasi. Tapi berbuka dengan ikan sepat kering saja dan minum air laut. Waktu sahur pun, makan ikan sepat kering saja dengan minum air laut …..

Disebabkan nakkan sangat mimpi jumpa Nabi ….. aku buat juga walau aku tau memang payah tu ….. aku bagitau mak aku yang aku nak puasa …. Mak aku pelik … mak aku kata aku buang tebiat ….. Aku kata aku nak puasa dengan bersahur dan berbuka dengan makan ikan sepat kering dan air laut …. Mak aku makin risau … dia ingat anak dia ni dah mereng dan sewel ….. Aku kata kat mak aku … atok yang suruh aku buat cam tu …. Barulerrr mak aku senyap …. Kalu tak dia akan pot pet pot pet kat aku … dia kata aku dah buang tebiat ….

Hari pertama …. Sahur dengan ikan sepat kering dan minum air laut …. MASIN YA RABBI … dah lerr masin … haus tak ilang …. Waktu siang …. Lagi hampeh … memang haus tahap gaban …. Dekat nak maghrib …. Dah tersedia 3 ekor ikan sepat kering dalam pinggan bersama-sama satu jug air laut …. Bila azan jerk … terus aku togok air laut ….. wek wek wek ….. tak sedapnya … dah le tak sedap .. masin lak tu .. tak ilang dahaga … tapi pasal nak mimpi jumpa Nabi nye hal … aku wat gak ….. Waktu malam nak tido … atok aku suh aku tido dengan dia kat pondok kecik dia …Atok kata senang dia nak kejutkan aku sahur sebab aku sorang jerk yang puasa bukan orang lain dalam famili …… Hari Kedua …. Pun sama gak cam hari pertama …. Rasa nak give up jerk … tapi aku cuba tahan …. Azan maghrib … terus aku togok air laut … dan malam nya aku tido dengan atok ….. TAPI …. Nak masuk ke hari ketiga tu …. Aku tak terbagun untuk tahajud dan qiamullail … juga tidak dikejutkan untuk bersahur oleh atok aku …. Sedar-sedar …. Orang dah azan Subuh kat masjid …. Aku lak ….. tak tau nak kata apa …

Lepas solat Subuh …. Atok aku panggil aku …. Dia Tanya

Atok : Mimpi apa malam tadi ?

Aku : Camana atok tahu ##### ( nama nickname aku hehehehe ) mimpi malam tadi ?
Atok : Kamu kan tido dengan atok malam tadi …..kamu mimpi sampai mengigau ….. kamu sebut apa yang kamu impikan …. Atok tau … ceritalah apa yang kamu mimpi ..

Aku dah tersipu-sipu … aku tunduk depan atok aku malu …….

Atok : Kenapa senyap ? ….. (Nada suara dia tegas) …. Ceritalah apa yang kamu mimpi malam tadi …

Aku : ##### mimpi ada dalam sebuah kolam air Coca Cola .. air dia sejuk dan sedap ….. ##### minum sepuas-puasnya air tu …..sedap … bla bla bla …

Atok : Begitulah keadaan kamu. Kamu berpuasa, makan makanan yang masin. Minum minuman yang masin, dan kamu dahaga sangat-sangat. Waktu itu, minuman yang sedap dan lazatlah yang kamu inginkan. Maka keinginan kamu itu terbawa-bawa dalam tidur dan menjadi mimpi. Baru dua hari kamu berpuasa dan rasa dahaga, kamu dah inginkan sangat air yang sedap, sejuk dan menghilangkan dahaga, sehingga kamu termimpikan minuman yang sejuk, lazat dan menghilangkan dahaga.

Aku masih tak dapat tangkap maksud atok aku ….

Atok : Begitu juga dengan Nabi. Kalau kamu nak jumpa Nabi dalam mimpi kamu, kamu hendaklah mempunyai keinginan dan kecintaan kepada Nabi, sebagaimana kamu ingin dan cintakan minuman yang sejuk, lazat dan menghilangkan dahaga. Kamu tak dapat mimpi jumpa Nabi disebabkan kamu tak ada keinginan dan kecintaan kepada Nabi. Kamu lebih inginkan dan cintakan minuman yang sejuk, lazat berbanding ingin dan cintakan Nabi. Sebab itu kamu boleh mimpikan minuman yang sejuk dan lazat dalam masa dua hari saja berbanding segala amalan yang menandakan kecintaan kepada Nabi yang kamu buat selama dua bulan …. Bla bla la ….

Aku tertunduk malu depan atok aku, depan anak-anak murid atok aku di madrasah pondok atok aku …. Nampak sangat aku lebih cintakan Coca Cola yang sejuk dan lazat dari Nabi Muhammad SAW …..

Begitulah kita dan kehidupan kita. Kita mengaku kita ini beragama Islam, agama yang diseru oleh Nabi Muhammad SAW. Kita ini mengaku kita ini beriman, dan salah satu rukun iman adalah beriman keapda Nabi dan Rasul. TETAPI hakikatnya … kita tidak sedikit pun mmencintai Nabi dan Rasul … kita tak sedikit pun merasakan bahawa Rasulullah SAW itu adalah penyelamat kita, kerana jika tidak diturunkan Rasulullah SAW kepada umat manusia, belum tentu kita boleh menikmati nikmat Iman dan Islam seperti sekarang. Mungkin kita dilahirkan sebagai seorang Hindu, Buddha, Kristian atau mulhim (yang tak percaya wujudnya tuhan ).

Nikmat Iman dan Islam lah nikmat yang paling agung yang pernah Allah anugerahkan kepada makhluk-Nya. Tak semua manusia di dunia ini mendapat rezki Iman dan Islam. Kita beruntung. Kita lahir-lahir saja, kita sudah memperolehi nikmat Iman dan Islam. Tak macam para sahabat, mereka bertempur sampai ada yang hilang tangan, kudung kaki, ada yang mati, semata-mata nak mempertahankan nikmat iman dan Islam. Malah orang yan mempertahankan Rasulullah SAW pun tidak mendapat rezeki Iman dan Islam seperti ayah saudara Rasulullah SAW iaitu Abu Talib.

Oleh itu peliharalah nikmat Iman dan Islam.

Sebelum aku kerja kat NCI, aku pernah kerja dengan sebuah syarikat di Seremban yang volume salesnya mencapai RM 6 juta sebulan. Aku berkenalan dengan seorang wanita Cina yang adiknya angkatnya adalah seorang missionary Kristian. Dan aku pernah berhujjah dengan adik dia berkenaan agama. Aku masih ingat antara dialog yang sering di utarakan :

Mamat Kristian : Islam mengatakan Muhammad (Rasulullah SAW) adalah kekasih Tuhan (Allah ), tetapi mengapa Tuhan (Allah) membiarkan kekasih-Nya (Rasulullah SAW) dilontar dengan batu sampai berdarah dan dalam sejarah dituliskan, Tuhan (Allah) membiarkan kekasihnya susah dan sedih sehingga dalam satu peperangan, Tuhan (Allah ) membiarkan kekasihnya patah gigi kerana diserang musuh ? Tidakkah ianya menggambarkan betapa zalimnya Tuhan kamu dan Islam ?

Aku : Ya betul tu. Saya juga pernah tertanya-tanya mengapa Allah buat begitu…. TETAPI …. Saya lagi tidak faham tentang Kristian. Kalau disebabkan Allah membiarkan Rasulullah SAW mengalami kesusahan dan kesedihan dalam hidupnya, dikatakan Allah itu zalim dan Islam bukan agama kebenaran. Bagaimana pula halnya dengan Kristian. Kristian mengatakan Jesus itu anak Tuhan. Tetapi mengapa Tuhan membiarkan anaknya Jesus dibunuh dan dipaku sampai mati. Saya rasa antara Allah membiarkan kekasih-Nya bersedih dan Tuhan membiarkan anaknya dibunuh. Membiarkan anaknya dibunuh lagi zalim dari membiarkan kekasih bersedih…. Bla bla bla …..

Soalan berbentuk provokasi yang ditanyakan kepada ku .. maka aku menjawabnya dalam bentuk provokasi …. Malanglah nasib mamat tu …

Apa yang nak aku utarakan dari dialog ku dengan mamat Kristian tu ialah …. Kekasih Allah, hidupnya di dunia sentiasa bersedih. Sebab di dunia ini jalan ke syurga penuh dengan ranjau dan berliku yang amat diminati oleh hawa nafsu. Sedangkan jalan menuju ke neraka terpampang luas dan penuh nikmat yang bersesuaian dengan nafsu serakah kita ….

Lihat saja kehidupan kita kini. Pelbagai nikmat di dunia ini dihidangkan dihadapan kita tetapi kita dilarang untuk menikmatinya. Sebab nikmat tersebut hanya akan memusnahkan hidup kita. Betul zina itu nikmat, tetapi ianya meruntuhkan organisasi kekeluargaan. Betul arak itu nikmat, tetapi ianya ibu kepada maksiat. Betul dadah itu sedap, tetapi ianya melahirkan 1001 masalah social. Betul berbelanja boros itu nikmat, tetapi ianya meragut kebahagiaan kita kerana dikelilingi hutang. Betul melaga-lagakan orang itu nikmat kerana kita mampu mengambil kesempatan atas apa yang terjadi, tetapi di manakah maruah kita ? Betul menipu itu nikmat, kerana kita mampu menyembunyikan kesemua kelemahan kita, tetapi sampai bila ?

Namun Allah memberikan alternative lain sebagai ganti. Masih ada banyak nikmat yang masih mampu kita nikmati tanpa mengundang sebarang risiko.

Pernah tak kita tanya diri kita ……

Kita tahu kalau kita buat salah depan Dr Selva, Dr Selva tak suka, dan kita akan kena marah kaw kaw dengan Dr Selva, maka kita akan usaha buat dengan betul … ATAU … kalau boleh kita lari dari dia agar dia tak nampak kita

TETAPI

Kita tahu maksiat yang kita lakukan itu haram, salah dan berdosa dan Allah tak suka dan kita bakal ke neraka, maka mengapa kita tak tinggalkan perkara yang haram tu ? Mengapakah kita masih lakukan ? Mengapa kita masih tak takut Allah murka dan membenci diri kita ?

Mengapa kita tak usahakan untuk membuat sesuatu yang betul yang tak salah agar kita disukai Allah ?

Mengapa kita takut sangat kena marah dengan Dr Selva atau Dr Kana ... sedangkan kita tak takut pun Allah marah kat kita ?

Agaknya disebabkan kita lebih takutkan kepada makhluk dari Allah yang menciptakan kita, sebab tu Allah hinakan kita, Allah datangkan rasa takut dan keluh kesah dalam diri kita. Allah datangkan kesedihan dalam diri kita. Kesemuanya adalah kerana kita masih melakukan kesalahan dengan Allah. Kita tahu ianya haram, tapi kita lakukan. Allah hukum kita di dunia ini dan jika kita masih tidak berubah ... Allah hukum pula kita di akhirat ... wal iyazubillah

Kasih sayang Allah kepada kita sebenarnya terlalu hampir ... kasih sayang Allah yang menjanjikan sejuta ketenangan dan kebahagiaan .. tetapi malangnya ... hati kita tidak mendapat merasai kasih sayang dan cinta yang Allah berikan kepada kita, kerana dosa-dosa yang kita lakukan sudah menutup pintu hati kita dari merasai nikmat cinta dari Ilahi.

Siri ke-40 ini merupakan siri terakhir emel merapu aku. Sebab selepas ini aku akan sibuk dengan beberapa projek study yang diberi oleh pihak DOSH danAMDI serta penulisan thesis USIM. Aku harap ko orang yang membaca emel merapu aku ni, ambil ler iktibar dan amalkannya kalau ada. Banyak teguran sama ada secara direct atau tak direct yang aku suarakan dalam tulisan-tulisan aku. Bukanlah bermakna aku ni orang baik … TAPI sebab aku orang jahat ler maka aku terpaksa menegur sebab apa yang ko orang buat tu, aku dah buat dah lamaaaaaa dulu waktu kat USM…. Hasilnya aku terjebak dalam dunia itam .. aku tak mo ko orang jadi cam aku … sebab tu aku banyak citer berdasarkan apa yang aku sendiri lalui … aku yakin ko orang lom jahat tahap gaban cam aku lagi … masih ada ruang untuk menghentikan dan mulakan hidup baru … kalau aku yang jahat ni boleh membezakan sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat di dunia dan akhirat … sepatutnya ko orang yang lom lagi jadi sejahat aku mesti lebih mampu meninggalkan sesuatu yang di murkai Allah berbanding dengan aku. Semoga ko orang semua akan jadi manusia yang dikasihi Allah.

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Destinasi cinta Ilahi
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah


La

No comments: