Monday, February 18, 2008

Cintakan Akhirat

POSTO ..... POSTO ..... hehehehe

Salam sumer .... pekabo ?

Ari ni aku nak citer satu insiden yg berlaku kat sebuah mahkamah yang mejisteretnya adalah seorang awekz cun yang macam Nicole Kidman .. kuang kuang kuang

Satu hari, di akhir sebuah perbicaraan ..........

Mejistret : Encik XXXXXXXX

Encik XXXX : Ya sayang ..... ehhh ... alamak .... Sori yang arif .... saya tersasul .....

Mejistret : Encik XXXX .. ini sudah kali kelima awak memanggil saya "YA SAYANG". Pihak mahkamah telah memberi amaran kepada awak sebanyak 2 kali agar awak tidak mengulanginya. Tetapi awak masih melakukannya walaupun amaran telah diberikan.

Encik XXXX : Maaf Yang Arif, saya tersasul ... nak wat camana

Mejistret : Memandangkan awak melakukan perkara yang menghina mahkamah, saya menjatuhkan hukuman penjara sehari atau denda RM 5000.00 berkuat kuasa serta merta ...

Encik XXXX : Alamak yang arif .. itu pun nak kena masuk penjara ke ? Saya kat sini jadi saksi polis tau. Takkan saksi polis pun kena masuk penjara ?

Mejistret : Pihak mahkamah terpaksa menjatuhkan hukuman agar awak tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

KEDENTUM .... ( bunyi Tuan Mejistret yang rupa cam Nicole Kidman ketuk kayu dengan tukul )

Encik XXXX : Yang Arif, saya nak merayu boleh tak ?

Mejistret : Anda hanya boleh memilih salah satu, sama ada ke penjara selama satu hari atau membayar denda RM 5,000.00

Encik XXXX : Saya pilih bayar denda

Mejistret : Anda ditahan sementara di lock up IPK Shah Alam sehingga denda dijelaskan atau anda dihantar terus ke Penjara Kajang

KEDENTUM ... sekali lagi tukul Mejistret menghentam meja

HEHEHE

ini salah satu scenario bila Mejistret kena ngorat kat mahkamah oleh saksi polis kuang kuang kuang

Saksi polis tu pun satu, dah tau mejistret tu comey cam Nicole Kidman TAPI mejistret tu tak suka kat ko, yanag ko nak menggatal tu saper suruh ? Kan cari nahas namanya ....... Tak pepasal ko kena tido lokap & bayar denda RM 5,000.00. Sib baik lerrr ada member yang sanggup datang kol 2 pagi utk jamin ko kuang kuang kuang

MORALE OF THE STORI

1. Kalau muka tu macam beruk maarip samdol, janganlerrr nak menggatal dengan awekz. Buat malu mak bapak tujuh keturunan.

2. Kalau kau tau awekz tu tak mo kat ko, yang ko gi miang tu nak wat mender ? Tak malu ke ? Wat malu mak bapak tujuh keturunan.

Ok lerr sebenarnya aku bukan nak merapu atau meraban pasal mahkamah... tapi nak citer pasal beberapa emel yang aku terima berikutan circular pasal derma Madrasah Darus Syifa, Tampin.

Hari Jumaat lepas, 4 Mei 2007 jam 3.30pm, lokasi : PWD NCI Cancer Hospital

Adi (drebar Chan Luck Seh) : Mie, boss kawae suh ambo buwi demo roti utk skolah demo (Madrasah Darus Syifa)

Jadi kebetulan tengah wat chemo chart round, aku keluar sekejap pergi ke keter.

PERGHHHHHH 3 tray roti Chan Luck Seh bagi ..... sampai tak muat Kancil aku. Kena letak separuh kat seat belakang

Ituler salah satu scenario simpati dan rezeki yang diterima oleh para pelajar di Madrasah Darussyifa

Sebenarnya bila poster mintak derma RM 75,000.00 untuk buat bangunan kompleks & asrama tambahan Madrasah Darussyifa disebarkan melalui internet dan masjid-masjid sekitar Negeri Sembilan ni .... hp orang yang ada dalam poster tu tak berhenti-henti .... termasuklerr yang menalipon tu dari Balai Polis ( dia org ingat mentang2 ada sorang tu pernah lepak dalam penjara dia orang ingat ni sekolah nak didik budak-budak jadi criminal ke ??? ) kuang kuang kuang

Lepas Polis telipon, dia org siap datang lagi ... hehehehe ..... disebabkan antara ramai-ramai tu ... aku aje yang mulut becok & celupar ... maka aku pun di suruh untuk entertain polis-polis yang datang atas repot orang.

WEIIII NI BUKAN MADRASAH YANG NAK LAHIRKAN ORANG YANG DESPERED SAMPAI JADIK PENJENAYAH ARRRRRR hehehehehehe

Sebenarnya ... bila poster tu beredar di sekeliling orang ramai, RAMAI YG TAK CAYA

Tak caya, SEBAB :

Kompleks tu besar gedabak, TAKKAN LER NAK BUAT kompleks yang besar gedabak makan duit RM 75,000.00 jerrrr sedangkan rumah salah seorang AJK Madrasah yang tak segedabak cenggitu dah RM 500,000.00 ... ni mesti orang nak kelentong & tipu duit.

JADI.... nak tak nak kene cerita kat polis-polis yang rajin membenteras jenayah ... tak leh salahkan polis gak ... dah orang buat repot .. polis keneler amik tindakan .... kalu tak Musa Hasan bebel lak nanti .....

Alaaa cam kes aku leee.... ada sekor berok maarip samdol yang bongok wat repot kata aku ada skandal ... maka tak leh lerr salahkan management kalau panggil aku untuk dikaunseling .... tapi salahkan si bongok tu.

OK cite nye cenggini .....

Frequently Asked Questions

Madrasah yang sekarang menampung 80 orang pelajar ( yg semua dari kategori fakir miskin & yatim piatu ) serta tenga pengajar spenuh masa seramai 5 orang dan tenaga pengajar separuh masa seramai 4 orang MEMANG tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap, hanya dibiayai oleh beberapa individu.

Q : Abih tu sumber dana camana ????

A : Sumber dana di perolehi dari hasil sedeqah orang ramai yang nak wat jariah ...

Q : Orang ramai yang mana satu ?

A : orang ramai dari dalam & luar negeri

Q : Orang luar negeri tu sapa ? Taliban ke ? Al Qaedaa ke ? Sebab pakaian pelajar macam Taliban jer

A : Luar negeri tu ialah rakyat Malaysia yang belajar atau bekerja di luar negeri. Mereka adalah ahli Portal Teratak Ilmu ( http://groups.yahoo.com/group/teratak_ilmu/ ) yang seramai 1209 orang. Setiap ahli digalakkan untuk bersedekah RM 50 sebulan. Jadi 1209 X RM 50 = RM 60,450.00 dan dengan RM 60,450.00 inilah digunakan untuk operasi Madrasah ( bayar bill air, elektrik, telepon, internet, beli beras, sayur, lauk basah, dan lain-lain lagi keperluan asas ) .... Kat NCI ... yang ada staff 60 orang pun mentainen NCI dah dekat RM 1 juta sebulan hehehehe ... tu pun antara 60 staff bukan semua tau buat kerja .... ada yang HOD kena buat kerja dia ... lepas tu dia cut & paste ... citer kat managemen dia yang buat kerja ... TAK MALU tol .... kalu dah bongok tu ... ngaku aje bongok ... KENDIAN nak bagtau .. pelajar tu bukan pakai fashion Taliban atau Al Qaeda. Pakaian yg diaorg pakai tu style Nabi arrrr.

Q : Aiii .. duduk luar negeri , cuma bayar RM50.00 aje sebulan ?

A : Yang luar negeri tu MAJORITI Student ... yang dah bekerja, boleh dikira dengan jari .. sebab tu untuk tak menyusahkan student tu ... letak je RM 50.00 sebulan. Itupun tak semua yang mampu bayar hehehehe. Ni bukan paksaan. kalau ada lebihan rezeki, sedekah lerr hehehe dan KALAU NAK LEBIH BANYAK REZKI, pun sedekah gak hehehehe

Q : Cukup ke dengan RM 60,450.00 nak bagi makan 80 orang pelajar dan 5 tenaga pengajar bersama keluarga dia orang ?

A : Hah ... tau pun tak cukup ... itu pun mau soal lagi ke ? kuang kuang kuang

Q : Abis kalu tak cukup, ko orang wat camana ?

A : Takkan nak suruh rompak bank lak ??? Budak-budak kat sini tak gi rompak bank pun, polis dah datang siasat hehehehe ... Jadi individu-individu yang bersusah payah tubuhkan Madrasah ni dulu, AGAKNYA memang dah fikirkan, camana nak buat kalau tak cukup duit nak bagi syo-ruu budak2 student & guru2. Antaranya :

1. Cari student dari kalangan anak yatim & fakir miskin ( sebab mereka dah biasa miss syo-ruu ..... hehehehe jadi kalau miss syo-ruu mereka tak akan komplen sebab dah biasa hehehehe )

2. Kutip derma dan minta sumbangan orang ramai bagi menampung perbelanjaan. Untuk pengetahuan ko orang. Satu hari, 80 student & guru ( termasuk famili guru ), sebanyak 25kg beras digunakan untuk memasak makanan. Masak semua nasi kawah, gulai kawah. Alhamdulillah, berkat anak-anak yatim & fakir miskin ni, ada saja individu yang murah hati sedekahkan beras laaa, sedekahkan lembu laaa, sedekahkan 3 tray roti High-5 laaaa ( macam Chan Luck Seh ). Walaupun sedekah dari individu ( sama ada dari muslim atau non-muslim ) tak selalu ada, tetapi sedikit sebanyak dapatlah mengukir senyuman di kalangan anak-anak tersebut. Kot-kot adalaaa antara ko orang teringin nak wat jariah sedekah sekampit beras sebulan, dua kampit beras ke ...... boleh laa ko orang contact aku atau mana-mana AJK yang nama dia org ada kat poster

3. Individu2 yang menaja & menubuhkan madrasah ni, bukak business yang boleh generate income, lepas tu sedekahkan a portion of profit kat Madrasah ... jadi adele yang buka bisnes, bila ada untung diaorg pun ada yang wakafkan 20% untung, dia serah kat Madrasah. Ada yang 30% untung serah kat Madrasah. Ada yang 70% untung, sedekah kat Madrasah. Semuanya sebagai sedekah jariah ... insya-Allah.

4. Memberi khidmat kepada masyarakat ... hah yang ni kerja tenaga-tenaga pengajar part time. Ada yang tiap malam bagi kuliah di surau-surau sekitar Tampin ni, agar masyarakat setempat peka bahawa di Madrasah tu ada anak yatim & fakir miskin yang nak jadi Hafiz Quran. Serta tanggungjawab masyarakat setempatlerr, membantu menghulur bantuan kepada mereka. Bantuan tu bukan saja dari segi wang ringgit, TETAPI yang paling utama ialah KASIH SAYANG ... SEBAB .. mereka itu yatim ketika dalam proses membesar ... mereka perlukan orang untuk menumpang kasih sayang. KALAU BUKAN masyarakat setempat yang boleh menumpangkan kasih kepada mereka, siapa lagi yang dapat membantu ? Dalam usaha menyedarkan masyarakat, maka tenaga pengajar yang part time ni laa yang round ke surau-surau tiap malam untuk bagi kuliah, lepas bagi kuliah cerita sikit tentang perkembangan Madrasah Darussyifa kat masyarakat. Jadi tenaga pengajar ni bertungkus lumus ler guna apa yang ada kat dia orang untuk dijadikan modal kat setiap surau yang dia orang landing. Ada yang bagi kuliah Tauhid. Ada yang bagi kuliah Feqah, Ada yang bagi kuliah Tasauf. Ada yang mengajar pencak tiap malam minggu. Tapi yang paling dapat sambutan ialah kuliah Taranum, Qiraat, Berzanji & Marhaban .... sebab penangan Akademi Al Quran di TV9 ... hehehehe Terima Kaseh Bukhari Che Muda Penerbit TV9. DAN kuliah Taranum, Qiraat, Berrzanji & Marhaban inilah antara income generator yang agak sukses. SEBAB .. tiap kali kuliah, ada yang merakam. Lepas rakam burn dalam CD. Satu CD jual kat orang RM5 .... ko bayangkan lerrr .... kalau Taranum Baiyati aje ada 7 tabaqat termasuklah Baiyati Husaini pada tabaqat yang ke 5. Satu Tabaqat paling cekai 6 kuliah .... lagu taranum yang lain lak ? ... kendian Berzanji, ada lima lagu .. Siqqah, Duqah, Rast, Raghbi & Hijjaz . Banyak gak ler yang boleh dijadikan bahan generate income.

Q : Ko orang ni biar betul .... ada ke kompleks pengajian & asrama dua tingkat guna RM 75,000.00 aje. Rumah ko orang tu pun dah dekat setengah juta sebuah ?

A : Betullerrr ... sebab :

1. Arkitek yang design bangunan tu tak minta bayaran
2. Orang Majlis Daerah yang proses & luluskan plan bangunan tak minta bayaran (dia orang bayarkan kot )
3. Tukang buat bangunan tu pun tak minta bayaran ( kendian ada gak student-student tua yang bantu tukang tu buat bangunan lepas habis kuliah ... dapat gak dia org belajar bertukang )
4. Adalaaa barang-barang yang nak digunakan untuk buat bangunan tu, Cina kedai hardware tak mintak bayaran ( hehehehe Cina kafir kedai hardware pun caya gak kat berkat sedekah kat anak yatim ni, bukan Chan Luck Seh aje kuang kuang kuang )
5. Tanah 5 ekar tapak Madrasah tu pun dapat FREE, diwaqafkan oleh seorang hamba Allah yang juga tak minta bayaran.

Jadi RM 75,000.00 yang dimintak tu pun hanya untuk digunakan untuk beli benda-benda yang nak kena bayar aje hehehehe .... Jadi bila ASP Polis tanya, POSTER NI UTK TIPU DUIT ORG KE ? ... maka aku jawab lerrr ... KALAU SAYA NAK TIPU DUIT ORANG SAYA TAK MINTA RM 75,000.00 TAPI SAYA MINTA RM 7 JUTA kuang kuang kuang

Q : Apa lagi aktiviti yang ko orang plan nak wat kat Madrasah tu ?

A : Aku ada laa wat proposal untuk cuti sekolah hujung tahun ... BUKAN cuti sekolah yang bulan Mei ni. Antara proposal :

1. Nak wat kursus Khemah Ibadah untuk budak-budak sekolah sempena cuti sekolah
2. Nak wat kursus kahwin setiap hujung minggu
3. Nak wat kursus Talaqi Quran 40 hari untuk remaja ( cuti sekolah )
4. Nak wat pertandingan silat antara Madrasah ( acara tahunan )
5. Nak wat pertandingan pidato antara Madrasah ( acara tahunan )
6. Kursus Fardhu Ain intensif dewasa ( bila ada cuti panjang )
7. Pertandingan memanah ( acara tahunan )

Hah itulerr antara plan yang aku propose .... Kalau dalam mesyuarat nanti diluluskan, aku bagitau. Manalerr tau ada yang nak hantar anak ke, sedara mara ke, atau utk diri sendiri.

OK kat bawah ni aku sertakan beberapa gambar terbaru yang aku snap tadi. Kat sesapa yang ada sedekahkan envelope berisi. Insya-Allah bagunan yang dalam proses pembinaan akan memanfaatkan sedekah ko orang sbagai jariah. Semoga Allah akan menilainya sebagai amal taqwa. Tak lupa juga kat ko orang yang sedekahkan doa, insya-Allah doa ko orang dimakbulkan Allah SWT.

Disebabkan memory dah exceed limit, setakat tu aje arrr gambar yang aku boleh masukkan kat sini. Nanti emel lain aku masukkan gambar Ustaz yang ajar Tauhid, yang ajar Feqah, yang ajar Tasawwuf, yang ajar bahasa arab, yang ajar Quran tajwid, taranum, qiraat TERMASUKLAH yang mengajar bertumbuk hehehehehe

Untuk info ko orang, bangunan yang dah sedia ada adalah sebuah bangunan dua tingkat. Tingkat atas tempat belajar, bawah jadi asrama tempat tidur ( macam dorm ). Jadi bangunan tambahan yang sedang dibina pun cenggitu gak design dia. Nak sembahyang ... hehehehe Masjid Repah kat sebelah jerkkk. Idup gak masjid tu bila ada budak-budak ni hehehehehe


Amieen Ya Rabbal A'lamieen

No comments: