Monday, February 18, 2008

Perginya Ramadhan Sepatutnya Di Tangisi Bukan Di Rai

Salam

Kita sudah pun berada di penghujung Ramadhan 1428H dan berada di ambang Syawal 1428H. Marilah kita ambil kesempatan yang singkat ini untuk bermuhasabah ke dalam diri kita, agar sisa baki Ramadhan yang masih tinggal ini, dapat kita manfaatkan untuk mentarbiah diri kita untuk menjadi insan muslim yang mukmin lagi muttaqin.

Kedatangan Rejab, Syaaban dan Ramadhan sering dinanti oleh kebanyakan muslim. Kerana hadirnya ketiga-tiga bulan tersebut, bersama-sama janji Allah yang sememangnya pasti. Janji yang diukir dan tidak pernah dimungkir. Janji oleh Al Khaliq buat makhluk-Nya, demi memudahkan si mahkluk untuk menjadikan diri mereka lebih hampir kepada Allah Rabbul Izzati. Agar hampirnya makhluk dengan Allah, disitulah nanti si makhluk akan dinaungi dengan rahmat, keampunan dan kasih sayang dari Ilahi buat memerdekakan diri makhluk dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Marilah kita renung sejenak, apakah Ramadhan yang telah kita tempohi bersama telah berjaya mendidik nafsu kita untuk patuh kepada titah perintah Allah serta meninggalkan larangannya ?

Marilah kita tanyai diri kita, apakah keimanan kita telah menjadi semakin ampuh dan kukuh bak akar tunjang sebatang pokok yang sempurna mencengkam bumi, tidak mampu digoyah walau ribut taufan kesesatan dan kefasadan melanda ?

Marilah kita selami lubuk hati kita, apakah kemanisan dalam beribadah di Ramadhan yang mulia ini dapat kita istiqamahkan sesudah Ramadhan berlalu ?

Seandainya belum ? Usahakanlah dengan serius di sisa baki Ramadhan yang masih ada ini sebelum ianya berakhir. Rebutlah peluang keemasan ini agar kita tidak ternanti-nanti di Ramadhan yang akan datang bagi tujuan yang sama. Kerana kita belum tentu mampu bertemu semula dengan Ramadhan yang akan datang.

Allahumma Baariklana fii Rajaba wa Sya'ban wa baligna Ramadhan
Yaa Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan
sampaikanlah kami dengan bulan Ramadhan

Inilah antara doa yang sering dilafazkan apabila Rejab, Syaaban dan Ramadhan menjelang. Hadirnya Ramadhan yang menjanjikan rahmat, keampunan dan kemerdekaan dari siksa neraka. Kerana keistimewaan Ramadhan yang tidak terdapat di bulan-bulan yang lain. Kedatangannya ditunggu dengan penuh rasa syukur dan gembira. Pemergiannya ditangisi dengan penuh rasa duka. Tangisan dan kedukaan kerana dimanakah kan kita cari bulan yang didalamnya penuh rahmat dan ampunan? Dimanakah kan kita cari bulan yang dirantai syaitan-syaitan dan dikekang segala nafsu ? Hakikatnya, Ramadhan merupakan bulan umat Islam hanya berdepan dengan musuh yang zahir iaitu manusia yang fasiq, munafik dan kafir harbi. Sedangkan musuh yang batin iaitu syaitan & nafsu telah terkawal kerana keberkatan Ramadhan yang mulia.

Hakikatnya, kegembiraan menyambut Syawal hanyalah layak bagi mereka yang telah berjaya dan lulus dalam menjalani tarbiah di madrasah Ramadhan. Apakah kita merupakan salah seorang graduan yang telah lulus dari Madrasah Ramadhan tahun ini ? Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengingatkan diri kita, bahawa perginya Ramadhan sepatutnya ditangisi dan bukan disenangi.

Jangan disembah Ramadhan. Sesungguhnya Ramadhan akan pergi. Sembahlah yang kekal abadi, Allah Rabbul Jalil. Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Rebutlah Ramadhan yang masih berbaki ini untuk tunduk dan patuh kepada perintah Nya. Jangan dimuntahkan pahala Ramadhan yang susah payah kita laksanakan di bulan puasa melalui maksiat di hari raya.

Kepada golongan remaja dan muda mudi, ingatlah anda adalah pewaris kepimpinan negara dan perjuangan di masa akan datang. Janganlah digunakan masa perayaan ini untuk berbuat dosa. Utamakanlah fakir miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di hari lebaran. Kepada sahabat yang berada jauh diperantauan. Jangan dibazirkan air mata kerana rindukan kampung halaman. Biarlah air mata itu tumpah membasahi sejadah dan menjadi saksi akan tangisan keinsafan kita memohon ampunan Allah SWT. Ingatlah, jika bukan kita yang merantau jauh dari tanah tempat tumpah darah kita, siapa lagi yang akan menyambung lidah perjuangan ini di bumi yang asing. Saidina Bilal meletakkan jawatan sebagai muazzin di masjid Nabi selepas kewafatan Rasulullah SAW dan kembali ke pangkuan Allah di bumi asing demi menyebarkan seruan Islam. Inilah jalan yang telah kita pilih. Ayuh teruskanlah perjalanan ini hingga sampai kie penghujungnya.

Aku selaku penulis cerita merapu dalam emel merapu aku nak amik kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf zahir dan batin jika selama aku menulis emel2 yang merapu terdapat kekasaran bahasa dalam tulisan, pergaulan dan sebagainya. Jika diizinkan Allah, kita akan bertemu semula di hari raya nanti pada rumah terbuka aku nanti. Aku gak harap ko orang semua menggunakan kesempatan yang ada ini bukan setakat untuk bergembira di atas kemenangan kita menjadi graduan Madrasah Ramadhan, tetapi tambahilah amalan kita dengan puasa enam hari dibulan syawal. Istiqamahkanlah amal ibadah di bulan Ramadhan di bulan-bulan yang mendatang. Yang mempunyai rezki berhari raya di kampung, kucupilah tangan ayah bonda dan bagi yang jauh diperantauan gunalah peluang untuk terus menyampaikan risalah Allah kepada masyarakat di sana.

Kepada mereka yang balik beraya di kampung memandu kereta, pastikan kereta dalam keadaan baik. Pandu cermat. Jawa selamat ... ehhh tersilap .. Pandu Cermat JIWA Selamat .. kuang kuang kuang

Hati-hati dijalanraya. Jangan lebaran yang menjelang ini disambut dengan tangisan insan tersayang. Dalam kita bergembira di hari raya, jangan kita sampai melupakan insan yang kurang bernasib baik.

Sejak aku kecil, aku jarang dapat meraikan hari raya sama seperti anak-anak zaman sekarang. Malah kehidupan aku waktu kecil amat berbeza dari bebdak lain yang seusia aku. Dalam kedaifan hidup dalam kemiskinan, aku masih lagi ingat hingga kini kesusahan masa zaman anak-anak ku dalam menyambut har lebaran. Dan perasaan itulah yang terus-terusan menjadi pendorong untuk aku menghormati dan kasihi orang miskin dan fakir. Aku yakin, antara ramai2 yang menerima emel merapu ni, TAK ADA seorang pun yang sesusah aku sekeluarga waktu zaman anak-anak. ap Hamizah Medical Record & mak ayah dia taulah betapa susah orang Kole Besut, dan mak ayah dia pun tau kisah aku kat Kole Besut

Oleh itu sambil meraikan hari lebaran, ingatlah, fitrah RM 5.00 seorang yang dibayar itu merupakan bahagian yang wajib dikeluarkan bagi kegunaan fakir miskin. NAMUN, itu bukan bermakna nilaian RM 5.00 yang dikeluarkan itu sudah memadai dan mencukupi bagi fakir miskin. TAK SALAH jika kita mngambil inisiatif untuk memberi sedekah LEBIH dari yang ditetapkan, malahan itulah tanda kemurahan hati seorang hamba Allah.

Aku masih ingat sewaktu aku berchatting di internet, telah masuk seorang wanita Melayu di ruangan chatting ku. Dia menangis dan menceritakan kisah dukanya.

Dia seorang wanita Melayu yang dilahirkan sebagai seorang Islam. Besarnya dia dididik dengan didikan barat, Natijahnya dia merantau ke USA & berkahwin dengan mat saleh Amerika. Maka hiduplah dirnya sekeluarga di bumi Amerika dan mengumpulkan harta di sana. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan seorang anak, dan hidupnya lebih barat dari orang barat. Hidup beragama ditinggalkan, ditukarkan dengan kehidupan sosial tanpa batasan syariat... Arak ... Tidak sembahyang ... Tudung yang menutup mahkota keindahan wanita dilemparkan .... ZINA .... dan sebagainya ....AKHIRNYA .... keluarganya dilanda krisis menjurus kepada perceraian ....setelah bercerai hidupnya digunakan untuk FREE SEX. Mana-mana lelaki bisa menidurinya atas suka sama suka. Hinggalah Allah mendatangkan peringatan ..... dia terlibat dalam kemalangan jalanraya di Chicago ... sewaktu kemalangan, sebelum dia pengsan dan koma .... dia terdengar laungan azan. Beberapa minggu dia dirawat di hospital , akhirnya dia keluar dari hospital. Peristiwa laungan azan masih bermain di benak fikirannya, dan dari situ dia berazam untuk berubah ... ingin kembali kepada Islam dan iman. Dan di laman chattinglah aku dan kawan2 aku berusaha mengajarkannya ilmu Fardhu Ain. Dan setiap malam dia tak miss mengikuti slot Fardhu Ain di laman chatting dan banyak soalan2 yang dia tanya.

Dan Allah selepas memberikan hidayah dan taufiq ... ingin menguji keikhlasan hamba-NYA dalam beribadah .. bukan untuk menjadikan hamba NYA berputus asa .. tetapi sebaliknya untuk meningkatkan keimanan hamba NYA melalui kesabaran. Bekas suaminya bersama surat peguam , bekas suaminya menuntut hak penjagaan anak mereka ... berlaku konflik mental ... tanah dan rumah terpaksa dijual bagi mendapatkan khidmat peguam .... NAMUN ... kemenangan berpihak bekas suaminya .... BEGITULAH lumrah hidup ini ..... Allah akan saling menggilirkan antara kenikmatan dan musibah dalam hidup ini agar kita tidak sombong tatkala menerima nikmat dan kita sabar tatkala ditimpa musibah.

Jadi renungilah ke dalam diri kita. Andainya ada nikmat yang kita perolehi, JANGANlah ianya menjadi penyebab kita memperolehi dosa sombong. Dan andainya kita memperolehi musibah, gunakanlah ianya untuk menjadi alat bagi mendapatkan pahala sabar.

Wassalam

No comments: