Monday, February 18, 2008

Terkonang Ramadhan 2005

Salam,

Pagi tadi lepas sahur, aku bukak emel. Ada satu emel reply dari salah sorang dari org yang aku emel. Dia tanya aku, aku ni kaki chatting Yahoo Messenger ke ?

Aku jawab ... YA ... memang aku kaki chatting ... dan aku ada portal untuk chatters yang join kaki chatting aku antaranya www.ukhwah.com dan www.teratak-ilmu.com. Kedua-duanya terhasil dari laman yahoogroups Teratak Ilmu (http://groups.yahoo.com/group/teratak_ilmu/). Untuk makluman ko orang, grup Teratak Ilmu ni dianggotai majoriti student overseas & pekerja-pekrja Melayu yang kerja kat oversea. Jadi teratak Ilmu ni merupakan wadah untuk mereka terus menimba ilmu. Ada jadual pengajian Kuliah Fardhu Ain yang tersusun. Dulu aku disuruh untuk mengajar Kitab Faridah Faraid , Tajwid, Taranum yang arwah atok aku pernah ajar, kat yahoogroup tu.

Malah waktu aku kat Nilai, bini aku kat Kota Tinggi, kami banyak menggunakan laman chatting untuk berkomunikasi.

Kat sini aku nak ceritakan salah satu pengalaman aku di dunia chatting yang ada kena mengena dengan Ramadhan.

Setiap kali Ramadhan muncul, setiap kali aku akan terkenang seorang chatter yang aku pernah kenal. Walaupun perkenalan kami tak sampai setahun, namun perkenalan ini amat bermakna dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kotak fikiran aku.

Pernah satu ketika kat chat room, telah masuk seorang chatter baru. Sambil speaking omputih dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang pemuda Melayu, usia sekitar belasan tahun. Berasal dari Malaysia, tetapi sejak usia 8 tahun telah mengikut ibu dan ayahnya berhijrah ke Ireland. Sejak berhijrah itulah dia terputus hubungan dengan ajaran Islam. Dia hanya tahu bahawa dia adalah bangsa Melayu dan beragama Islam. Tetapi sembahyang dia tak tahu, syahadah dia tak tahu, puasa dia tak tahu, bahasa Melayu pun dia tak tahu, malah Allah dan Rasul pun dia tak tahu.

Sewaktu dia intro diri dia di chat room, ramai chatters yang sangsi dengan dia. Sampai yang ada menuduh dia penipu, kaki kelentong dan lain lain lagi. Tapi nasib baiklah dia tak faham bahasa Melayu, sebab kalau dia faham bahasa Melayu tentu dia terasa hati dengan kutukan dan hinaan dalam bahasa Melayu yang dilemparkan oleh "ustaz" dan "ustazah" di chat room.

Bila aku nengok dia cam tak amik port chatters kutuk dia, aku pun PM dia dan tanya dia camana dia leh sesat masuk kat chat room. Dia jawab dia nak belajar pasal Islam. Aku tanya lagi apesal masuk chat room ? Dia tegaskan sekali lagi, bahawa dia sejak kecil tak pernah diajar pasal Islam. Dia hanyalah seorang Islam baka yang dilahirkan sebagai Melayu di Malaysia. Dia dah tak faham bahasa Melayu sebab speaking omputih sokmo. Jadi dia masuk ke room kategori REGION, lepas tu masuk ke MALAYSIA barulerr cari chat room yang ada bunyik2 cam Islamic sikit utk belajar tentang Islam.

Kemudia dia forwardkan kat aku PM-PM chatters yang mengutuk dia. Dia mintak aku terjemahkan PM tu dari bahsa Melayu ke bahsa omputih sebab dia tak faham. Aku tak sampai ati gak nak terjemah, sebab budak tu confident jerk yang room tu Islamic, tapi dari aku tengok bahsa PM yang budak tu dapat, tak lak nampak chatters yang hantar PM tu Islamic. Budak tu intro aje diri dia kat chat room, tak ada lak dia buat benda luar batasan syariat. Tapi PM yang dia dapat dan dia mintak aku translate, tak lak aku nampak cam chat room dan ahlinya Islamic. Jadi aku pun kata kat dia, tak yah layan PM tu. PM tu nak melawak aje dengan dia. Kalau aku translatekan pun lom tentu dia faham. Aku pun tak translatekan PM tu. Aku cakap kat dia, room yang dia masuk tu bukan room untuk belajar pasal Islam, room tu lebih kepada merapu. Tapi kalau dia nak belajar tentang Islam, aku & member2 aku leh bantu. Dari riak tulisan dia, nampak yang dia betul2 happy dengan jawapan aku. Kendian dia ADD id aku dan aku pun ADD id dia.

Sejak hari itu, kami selalu berPM.Dia banyak cerita pasal diri dia kat aku. Dia berhijrah ikut mak pak dia ke Dublin pada usia 8 tahun, sekarang usia dia 17 tahun. Dia sendiri mengaku dia tak pernah sembahyang, tak pernah puasa, tak kenal Allah dan Rasul. Masa yang sama aku susun program Fardhu Ain khususi untuk dia. Alhamdulillah dengan bantuan sahabat2 seperjuangan. Hampir setiap malam ada program Fardhu Ain untuk dia. Ajar sifat 20, taharah, bab air, sembahyang, puasa, zakat. Siap ajar baca Fatihah guna tulisan rumi. Pasang webcam & voice chat. Tunjuk macam mana nak angkat takbir, ruku', sujud dan lain-lain lagi. Aku & sahabat2 yang lain yg mengisi program fardhu ain khususi, kalau terjumpa website yang berunsur Islam dengan penyampaian yang mudah dalam bahasa Inggeris, kami akan forwardkan kat dia.

Pernah satu hari dia PM aku. Dia kata kat aku "Bang Mat plz online tonite 8pm Dublin" ("Bang Mat tolong online waktu 8pm Dublin hari ni" (translation))

Jadi aku pun online. Bila dah PM. Dia cakap kat aku.

adam : Bg Mat, plz make me a muslim (translation - Bg Mat tolong jadikan saya seorang muslim)

aku : u r a muslim ( ko kan dah jadi muslim )

adam : no i havn't. i havn't recite the syahadah (saya lom lagi Islam, saya belum ucap syahadah)

aku : ok I'm here lets do it ( oklerr aku kat sini, ko ucapler)

dia pun mengucapkan syahadah bersama terjemahannya dalm omputih

aku : alhamdulillah, now u r a true muslim ( alhamdulillah , ko seorang muslim sejati)

adam : i feel great ( saya rasa worldddddddddd )

adam : fr now on , i am ADAM ABDULLAH ( mulai dari sekrg saya ialah ADAM bin ABDULLAH )

selang beberapa minggu, sebaik selesai fardhu ain khususi. Dia PM aku lagi.

adam : Bang Mat, this ramadhan will be a masterpiece to me. This is the first ramadhan i'm gonna fast in my life. ( Bg mat, ramadahn thn ni akan menjadi sejarah kat saya sebab inilah kali pertama saya akan berpuasa dalam hidup saya )

lepas PM tu, aku lak terbusy dgn kerja. tak dpt nak online kat 2 minggu. Sampailerr satu ari, aku dapat emel dari sahabat yg yang conduct fardhu ain khususi utk budak tu. Sahabat tu cite dah seminggu budak tu tak online. Aku terus PM dia tinggal opline mesej. Tak ada reply.

Akhirnya, lepas kerja aku beres, ada masa nak online. Aku pun seperti biasa masuklerrr chat room. Ada sorg chatter PM aku. Dia kata ada sorg pompuan carik aku kat chat room. Pompuan tu ibu kpd adam. Pompuan tu tinggalkan pesan bahawa anak dia baru jerk meninggal dunia sebab brain cancer. Anak dia tu dah lama kena brain cancer, dan sebelum mati dia mintak ibunya utk sampaikan pesan kat aku yg dia tak sempat nak berposa thn tu. Bila aku dapat berita tu, kepala otak aku jadi blank. tatau nak kata amender. Biasanya aku kalu masuk chat room, memang aku lerr yg paling kuat merapu, aku lerr yang paling jahat kat chat room. Tapi ari tu, lepas dapt berita tu memang jamm otak aku.

Macam2 perasaan timbul dlm kepala otak aku. Aku terkilan sebab aku baru tahu dia tu pesakit brain cancer. Yang paling aku rasa terkilan sebab dia seorang yg benar rasa gembira dengan kedatangan Ramadhan telah pergi dan tidak berkesempatan untuk berpuasa sambil meraikan bulan yang penuh berkat. Itulah yang aku terkilan. Dia berusaha utk menyambut Ramadhan dgn hati gembira. Kerana dia ingin menjadi seorang Muslim yang sejati, dia ingin menunaikan ibadah puasa dan berzakat bagi membuktikan bahawa dirinya seorang muslim yang ingin menjadi hamba Allah, yang ingin menjadi umat kepada Rasulullah SAW.

Namun Allah lebih sayangkan dia, dan menjemput dia kembali ke sisi-NYA. Semoga Allah menempatkan dia di tempat orang yang muqarrabin.

Saudara/i sekelian. Seandainya seorang pemuda yang berusia belasan tahun. Yang hanya kenal Islam di saat kubur menggamit dirinya. Begitu berselera dan bergembira untuk menyambut Ramadhan ? Mengapakah kita yang sudah matang dan berusia ini tidak terasa akan keselamatan, keamanan dan keberkatan Ramadhan yang telah dijanjikan Allah & Rasul-NYA kepada kita ?

Seandainya seorang pemuda yang berusia belasan tahun, yang hanya pandai melafazkan Al Fatihah berdasarkan tulisan rumi yang di emelkan kepadanya, begitu bersungguh untuk membuktikan keIslamannya kepada Allah dan Rasul, mengapakah kita masih berpura2 sebagai seorang Islam sambil enak2 melakukan dosa dan kemungkaran sedangkan Allah telah memberikan kita nikmat iman dan Islam sejak kita lahir lagi.

Seandainya seorang yang diberikan ujian kesakitan barah otak, mampu mensyukuri nikmat Allah lantas berusaha menjadikan dirinya seorang muslim yang sejati, mengapakah kita yang dililit dan disirami nikmat kemewahan hidup dan kesenangan duniawi tidak mahu mensyukuri nikmat iman dan Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita ?

Seandainya seorang yang sudah tahu, bahwa saat ajalnya hanya tinggal beberapa detik masa sahaja, dia berusaha memperkemaskan dirinya dengan amal ibadah buat bekalan di akhirat, mengapakah kita yang sihat segar bugar ini masih lalai untuk mentaati perintah Allah sedangkan ada diantara kita umur pun sudah di ufuk senja ?

Kadang2 aku sendiri merasa malu atas diri sendiri. Sebab perasaan dan jiwa aku sendiri masih belum segembira dan se excited Adam dalam menghadapi ketibaan Ramadhan. Dan seperti selalu, setiap kali kedatangan Ramadhan, ingatan aku kepada Adam Bin Abdullah subur kembali.

Oleh itu, marilah kita bersama2, membuka hati dan minda dan raihlah keberkatan di bulan Ramadhan yang bakal menjelma nanti. Perbanyakkanlah ibadah fardhu & sunat. Didiklah diri untuk meninggalkan yang haram. Didiklah diri dan jiwa kita untuk benar2 memahami, menghayati dan mengamalkan titah perintah Allah. Rebutlah peluang keemasan ini, kerana belum tentu kita akan bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang.

Akhir kata, salam Ramadhan buat semua. Semoga Madrasah Ramadhan tahun ini, mampu menjadikan kita hamba Allah yang lebih hampir dan dekat dengan Allah dan Rasulullah SAW.

Al Fatihah kepada Adam bin Abdullah. Semoga roh mu berada di sisi para anbiya wal mursalin, para auliya' was solihin.

No comments: