Monday, February 18, 2008

Jangan Menjadi Lilin Tetapi Jadilah Seperti Bulan


Salam

Citer amender sini erk

Baru-baru ini aku balik beraya & buat open house kat umah mak aku kat Besut ... telah ditaqdirkan ... ramai rakan2 chatting dari grup teratak-ilmu yang balik ke kampung halaman di Kelantan, Terengganu & Pahang

Sebelum raya aku ada hantar emel kat rakan2 chatting yang aku akan buat open house kat Besut ...PERGHHHH ... dia orang datang .... semata-mata nak jumpa seorang kaki maksiat cam aku yang dipanggil "ustaz" oleh ahli-ahli chatting .....ramai gak ahli chatting yang hadir ... yang asal dari Negeri Sembilan, KL, Perak, Kedah & Melaka pun ada yang datang ... terharu gak ... sebab mereka sanggup datang pada awal syawal semata-mata nak beraya dengan aku lepas beraya dengan mak bapak sendiri .... MAJORITY ahli chatting yang hadir adalah pertemuan jasad secara kali pertama dengan aku ... hehehe .... selalunya mereka hanya tengok muka aku kat webcam & dengar sore aku kat voice chat ... Majority adalah student luar negara & orang Malaysia yang kerja kat luar negara. Ada yang dari UK, Ostolia, New Zealand, USA, Mesir, Yaman, Jepun, Amerika etc.... BANYAK BETUL KAKI AKU RUPANYA ... kuang kuang kuang .... sebab tu ada sekor betina jalang boleh buat fitnah mengatakan kat Bukit Tunku pun aku ada kaki .....hehehehe

Aku kira2 ... kat 52 orang chatters yang hadir ...

Open house bermula sewaktu azan maghrib dilaungkan .... sebab majority buat pose enam ... selepas berbuka ala kadar ... solat maghrib berjemaah ... lepas tu sambung makan sampai Isya .... Selesai solat Isyak ... Chatting Raya diadakan .. kami pasang webcam ... masuk ke Yahoo Messenger ... dan ON-Line dengan ahli2 di luar negara yang tak balik beraya .... MERIAH OOOO

Antara chatters yang hadir ialah seorang siswi di sebuah University di New Zealand yang juga berasal dari Terengganu .... aku masih ingat dan masih menyimpan text Private Message antara aku dengan dia ....Kali ni aku nak siarkan chat conversation antara aku dengan dia ...........

Waktu dia kat NZ ... dia pernah hantar satu kisah kat aku dalam emel .... lepas tu dia mintak aku ulas kisah tersebut ....KIsah tersebut ialah pasal larangan menjadi lilin ....


##########

Pada suatu masa telah datang sekumpulan hamba dari Kota Basrah mngunjungi al hassan, lalu mereka memohon al hassan agar mnyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba. Lantas al hassan membalas dgn lafaz istisna' iaitu insyaALLAH. Maka pada JUMAAT berikutnya sedari awal khutbah hinggalah ke phujungnya, tak ada sepatah pun al hassan mnyebutnya.

Begitu juga pada JUMAAT2 yg berikutnya.Hinggalah pada suatu JUMAAT baharulah beliau mnyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba tadi. Maka selesai khutbah tadi, para majikan bersegeralah memanggil para hamba mereka, lalu dibebaskan tanpa tebusan sesen pun. Kemudian mantan hamba tadi pun pergi menemui al hassan dan meluahkan kekecewaan mereka. Maka mantan hamba td meluahkan rasa kecewa pada al hassan sebab jika al hassan sampaikan khutbah itu pada JUMAAT yg pertama pastinya pembebasan mereka lbh awal bukan selewat ini. Setelah mndengar luahan kecewa mereka, al hassan pun menjelaskan yang pada JUMAAT yg pertama , beliau tak punya hamba, maka perlu usahakan wang utk mendapatkannya.Manakala pada JUMAAT berikutnya, beliau sudah miliki hamba , tapi.. belum boleh membebaskannya, sbb mmerlukan hamba itu utk mbantunya mnguruskan bbrp urusan.Apabila tlh selesai sgl urusan, maka baharulah al hassan boleh membebaskan hambanya tadi. Kmudian baharulah beliau menyampaikan khutbah berkait keutamaan membebaskan hamba td. Apabila mantan hamba2 td mndengarkannya, mereka tertunduk malu lalu blalu pergi. Nyatanya al hassan tlh mnebarkan cahaya di KOTA BASRAH , tp bukan ibarat cahaya lilin.

Dari kisah kat atas, awekz New Zealand tu tanya aku pasal bidalan yang mengatakan "jangan jadi lilin"

lalu chat conversation aku diteruskan ...........

awae dondae (2/21/2006 10:41:18 PM): lilin, utk terangi org lain, dia musnahkan diri dia
awekz new zealand (2/21/2006 10:41:22 PM): ya
awekz new zealand (2/21/2006 10:41:23 PM): benar
awekz new zealand (2/21/2006 10:41:43 PM): justeru apa pkaitan dgn kisah al hassan tadi?
awae dondae (2/21/2006 10:41:48 PM): bila diri dah musnah dia dah tak leh terangi org lain dah
awekz new zealand (2/21/2006 10:41:52 PM): yg ustaz peroleh?
awae dondae (2/21/2006 10:42:03 PM): banyak pengajaran tak cukup dlm PM
awae dondae (2/21/2006 10:42:11 PM): nanti saya hantar emel
awae dondae (2/21/2006 10:42:18 PM): sebab banyak sangat pengajaran
awekz new zealand (2/21/2006 10:42:35 PM): baiklah, alhamdulilLAH, jazakalLAHU khairal jaza'
awae dondae (2/21/2006 10:42:41 PM): cuma relevan yg arwah datuk saya ajar ialah >>> jangan jadi lilin, tapi jadilah seperti bulan
awekz new zealand (2/21/2006 10:42:46 PM): ya
awekz new zealand (2/21/2006 10:42:47 PM): benar
awae dondae (2/21/2006 10:43:00 PM): bulan itu hodoh tak cantik, dan tak ada cahaaya
awae dondae (2/21/2006 10:43:19 PM): tapi dia gunakan cahaya matahari utk indahkan wajahnya dan menerangi org lain
awekz new zealand (2/21/2006 10:43:28 PM): tersirat benar
awekz new zealand (2/21/2006 10:43:34 PM): agak sasteratik juga
awae dondae (2/21/2006 10:43:39 PM): begitu juga macam kita
awae dondae (2/21/2006 10:43:44 PM): kita ini byk dosa
awae dondae (2/21/2006 10:43:57 PM): jadi carilah cahaya iman utk indahkan budi pekerti kita
awae dondae (2/21/2006 10:44:12 PM): dan terangi jalan dengan cahaya keimanan untuk org lain sam-sama lalui
awae dondae (2/21/2006 10:44:38 PM): tak macam lilin, membinasakan diri utk terangi seorang pengguna, tapi bila lilin habis, gelap semula
awae dondae (2/21/2006 10:45:00 PM): bulan menerangi kegelapan malam utk seluruh penduduk manusia

Dan seterusnya ... aku susuli chat conversation tersebut dengan satu emel ...........

Arwah datuk saya pernah bercerita tentang lilin dan bulan ni.
Tetapi arwah datuk saya tak cerita pasal Hassan Al Basri. Dia ceritakan tentang Hajjaj Bin Yusuf As Saqafi dan Abdullah ibnu Zubair.

Hajjaj bin Yusuf As Saqafi adalah seorang tabiin. Hajjaj Bin Yusuf As Saqafi pernah melakukan rampasan kuasa di Mekah dan tenteranya pernah menembak Kaabah dengan manjanik. Hajjaj & tenteranya banyak membunuh para sahabat Rasulullah SAW & tabiin hanya semata-mata rakuskan kekuasaan dan ingin memerintah dua kota suci iaitu Mekah & Madinah.

Abdullah ibnu Zubair adalah salah seorang ulamak besar di zaman tabiin. Sewaktu usianya 6 tahun, pernah perkumpulan rakan2 Abdullah ibnu Zubair ditegur oleh Saidina Omar Al Khattab. Kesemua rakan2nya bertempiaran lari kerana takutkan Khalifah Omar Al Khattab, kecuali Abdullah Ibnu Zubair. Bila Khalifah Omar bertanya mengapa dia tidak lari seperti rakan2nya yang lain ? Abdullah Ibnu Zubair mengatakan, Khalifah Omar adalah makhluk Allah seperti dirinya, sedangkan dia diajar untuk takut HANYA kepada Allah. Membesarnya Abdullah Ibnu Zubair menjadi seorang ulamak yang disegani.

Penzaliman yang dilakukan oleh Hajjaj & tenteranya sudah tidak terbendung. Sesiapa yang cuba menghalang atau cuba menasihatinya akan dipenggal kepalanya on the spot. Maka ramailah sahabat dan tabiin yang menjadi mangsa penzaliman Hajjaj. Hinggalah Abdullah Ibnu Zubair terpaksa tampil ke depan. Abdullah Ibnu Zubair tahu, tindakannya hanya mengundang maut. Namun tanggungjawab untuk menyeru yang makruf dan mencegah kemungkaran disahut olehnya dengan keikhlasan hati.

Maka berkatalah Abdullah ibnu Zubair kepada Hajjaj : Hentikanlah penzaliman ini dan kembalilah ke jalan iman

Hajjaj As Saqafi : Andainya ku hentikan tindakan ku, akan hancurlah cita-cita ku untuk menjadi pemerintah kota suci

Abdullah Ibnu Zubair : Kembalilah kepada niat untuk menjadi pemerintah hati mu kerana kerakusan mu ingin memerintah kota suci menyebabkan hati mu diperintah oleh syaitan & nafsu.

Hajjaj : Andainya aku enggan menerima nasihat mu

Abdullah Ibnu Zubair : Andainya engkau enggan menerima nasihat mu, maka syahidlah aku ditangan mu. Namun darah yang mengalir dari jasad ku akan terus merayu agar engkau kembali kepada Allah dan sunnah Rasul mu

Seperti dijangkakan, Hajjaj merentap pedang dipinggangnya dan mencantas leher Abdullah Ibnu Zubair. TETAPI … darah yang terpancut keluar dari jasad yang tidak berkepala tidak lekat di bumi sebaliknya darah Abdullah Ibnu Zubair sibuk berzikir dengan kalimah “ALLAH, ALLAH, ALLAH”

Peristiwa ini memeranjatkan Hajjaj dan akhirnya Hajjaj menjadi gila kerana diekori darah-darah Abdullah Ibnu Zubair yang merayunya kembali kepada Allah.

Begitulah pengorbanan Abdullah Ibnu Zubair, sanggup melihat dirinya terkorban demi cintanya pada rakan sepermainan sewaktu kecil.

Berbalik kepada kisah Al Hassan yang membebaskan hamba. Pengajaran yang boleh diperolehi dari kisah tersebut
a. Untuk memperkatakan sesuatu, kenalah kita beramal dulu, barulah "masin" apa yang kita perkatakan. Al Hassan untuk memperkatakan bagusnya membebaskan hamba, dia sendiri berusaha mendapatkan hamba dan membebaskan hamba. Di sinilah yang kita perkatakan, amal dulu barulah kata-kata kita berkesan. Tidak cakap serupa bikin. Pengajaran pertama dari kisah tersebut ialah perkatakanlah apa yang telah kita lakukan, sebab amat besar kemurkaan Allah apabila kita memperkatakan sesuatu yang tidak kita amalkan.
b. Pengajaran yang kedua, kita boleh nampak bahwa sifat manusia yang tidak sabar. Mengharapkan sesuatu yang baik, tetapi tidak mampu bersabar untuk memperolehi perkara yang baik. Inilah antara ragam manusia sejak zaman Al AHssan sehinggalah di zaman kita ini. Inilah wajah masyarakat yang bakal dan sedang kita hadapi. Dan inilah antara ujian yang perlu kita hadapi dalam mendidik masyarakat. Berhadapan dengan manusia-manusia yang tidak mempunyai kesabaran. Maka untuk itu, diri kita sendiri hendaklah bersabar.
c. Pengajaran ketiga, ialah antara wajah masyarakat yang bakal kita hadapi ialah sifat tidak mahu bersyukur. Kita dapat lihat ketidak puas hati mantan hamba, walaupun sudah dibebaskan. Tidak berpuas hati kerana pembebasan mereka terlewat 3 jumaat. Inilah antara wajah-wajah yang kita perlu hadapi. Dan untuk menghadapi mereka, maka diri kita perlu mensyukuri nikmat Allah.
d. Pengajaran keempat, memang jelas membuktikan kata bidalan jangan menjadi lilin. Al Hassan mempunyai seorang hamba, tetapi kerana ada urusan yang dia tak mampu laksanakan melainkan dengan adanya bantuan sebagai seorang hamba, maka dia tidak membebaskan hambanya itu dan terpaksa menangguh khutbahnya. Dia tidak mahu menjadi lilin.Merosakkan diri dia demi kesejahteraan orang lain yang bersifat sementara. Jika dibebaskan hambanya sedangkan dia ada keperluan lain, maka akan terbantutlah dan mungkin khutbah pembebasan hamba olehnya ditangguhkan lebih lama kerana masalah yang belum dibereskan. Jadi Al Hassan berpandangan jauh. Ditangguhkan pembebasan hambanya, agar boleh disegerakan menyelesaikan masalahnya, secara tak langsung melancarkan dia untuk berkhutbah.
e. Setelah urusan AL Hassan selesai, barulah dia membebaskan hambanya. barulah hatinya tenang berkhutbah, kerana urusan yang menggangu fikirannya sudah selesai dan dia sendiri mjemperkatakan apa yang telah dia laksanakan.

f. Berkenaan lilin dan bulan. Arwah datuk saya pernah berpesan. Jangan menjadi lilin yang membinasakan diri untuk menerangi perjalanan seorang manusia. Sebaliknya jadilah seperti bulan, yang mengambil cahaya matahari untuk mengindahkan dirinya dan menerangi kegelapan malam agar ramai manusia boleh berjalan ke destinasi yang ditujui.Kita merosakkan diri dengan menjadi lilin, setelah lilin habis, maka kegelapan menjelma kembali dan kita tidak akan dapat menerangi perjalanan walau seorang manusia. Tetapi dengan menjadi bulan. Bulan itu hodoh, tetapi bulan mengambil cahaya matahari untuk menghiasi dirinya dengan purnama. Lantas menerangi kegelapan malam , membantu jutaan manusia dibumi untuk bergerak di malam hari. Dan kitaran bulan akan berterusan sehingga datanglah perintah Allah SWT agar bulan tidak lagi menyinari di malam hari.
Kalau dikiaskan kepada diri manusia dan bulan, dan diri manusia dan lilin. Sebenarnya kita ini lebih hampir kepada bulan. Sebabnya, sejauhmana hodohnya bulan, begitulah hodohnya kita dengan dosa dan kemungkaran. Dan sebijak mananya bulan mendapatkan cahaya matahari untuk menhiasi diri, itulah kiasan manusia yang berusaha mendapatkan cahaya iman walu pernah bergelumang dengan dosa dan kemungkaran. Cahaya keimanan itulah yang akan mengindahkan diri kita bukan saja dipandang mata malah indah juga di mata hati.
Bukan itu sahaja, keimanan itu akan digunakan untuk menyinari dunia kegelapan zulumat jahiliah manusia-manusia yang cintakan dunia. Inilah bidalan sinaran rembulan menyinari kegelapan malam dan membantu manusia dibumi bergerak menuju destinasi.
Salahkah menjadi lilin ? Tidak salah. Tetapi pastikan cahaya lilin , dihasilkan oleh lilin bukan pinjaman dari matahari. Andainya kita ingin berkorban dengan membinasakan diri sendiri demi orang lain, pastikan kita sudah mempunyai kemantapan iman. Sebab di hujung sakarat kita, waktu itulah syaitan akan datang berbondong-bondong untuk menyesatkan kita buat kali terakhir. Yang hanya boleh menyelamatkan kita hanyalah iman yang mantap.
Apa yang terjadi zaman ini ... ramai di antara kita, menjadi lilin ... Ada diantara kita ni TAHU orang2 yang disekelilingnya hanya ingin memusnahkan kehidupannya. TETAPI masih mahu menjadikan pemusnah hidup mereka sebagai penasihat.

Fikir-fikirkanlah

No comments: