Sunday, May 4, 2008

Rahsia Muqaddimah Permata Pemberian Yang Indah


Salam

Baru2 ni, mak sedara aku yang juga merangkap ibu susuan kepada aku telah meninggal dunia pada 6 November 2007. Aku terima berita kematiannya pada jam 10.15pm.

Memandangkan tak ada kapalterbang waktu malam. Jadi aku decide untuk drive balik ke Kole Ganu. Jadi aku menggunakan kereta aku yang terbaik dan paling jarang aku guna. Aku balik dengan wife dan 2 orang anak jer. Anak no 1 dan no 2. Yang lain tinggal di rumah dengan bibik. Sepanjang perjalanan balik, aku teringat kenangan bersama arwah waktu dia masih hidup.

FYI, selepas habis pantang, mak aku ikut datuk dan ayah aku pergi ke Mekah buat Haji. Masa tu naik kapal laut. Jadi aku yang masih baby, dijaga oleh mak sedara aku. Dialah juga yang jadi ibu susuan aku sepanjang mak aku ada di Mekah.

Aku sampai ke rumah arwah jam 4.15 am. Jenazah dah selamat di kebumikan pada jam 2.00am. Agak terlewat. Tapi tak perlaa, ada beberapa perkara yang dilarang untuk bertangguh. Antaranya tentang satu hadis pasal bertangguh ni ... Jangan melengah2kan 3 perkara iaitu solat bila masuk waktu, mengkebumikan jenazah dan perkahwinan seorang wanita bila sudah bertemu jodoh. Kendian arwah berpesan lagi ... ada satu lagi perkara yang kita tak boleh bertangguh ...TAUBAT

Selepas solat Subuh, tahlil arwah oleh kaum keluarga dilakukan sambil dipimpin anak lelaki sulung arwah. Kemudian kami lepak2 sesambil bertanya khabar dan berita2 di saat akhir arwah. Memang suasana sugul. Sedih. Kadang2 mengalir gak air mata kesedihan. Walaupun perjalanan dari Tampin ke Kole Ganu agak jauh, tapi tak lak terasa penat.

Menjelang tengahari, aku minta izin dari anak sulung arwah untuk melihat peninggalan arwah sebelum bertolak balik ke Tampin. Dia bawa aku ke bilik tidur arwah. Sambil aku ditemani ibu aku. Aku melihat suasana bilik arwah sewaktu hidupnya. Di sisi katil arwah terdapat tempat penggantungan sejadah dan telekong untuk dia menunaikan solatg. Juga ada sebuah almari lama yang tersimpan kitab-kitab lama. Kebanyakan kitab-kitab tu peninggalan arwah atok aku. Ibu aku pun ada juga menyimpan sebahagian kitab-kitab milik arwah atok aku. Tapi taklah sebanyak simpanan arwah, sebab antara anak2nya, arwah lebih rapat dengan atok aku.

Aku membelek2 kitab tersebut, dan aku temui sebuah kitab yang agak lama, dah lusuh kulitnya, tapi masih boleh dibaca. AL JAUHAR AL MAUHUB oleh Sheikh Ali Abdul Rahman Al Kalantani. Dan aku meminta izin dari anak arwah untuk memiliki kitab tersebut sebagai kenangan aku bersama arwah. Ibu ku pula meminta izin dari anak arwah untuk memiliki telekong dan sejadah arwah.

Aku berminat dengan kitab tersebut sebab ianya merupakan intipati amalan2 zahir yang menjurus ke arah kerohanian. Kitab tersebut banyak memberi panduan tentang amalan dan perlakuan zahiriah manusia sehingga kita boleh menafsir apa yang ada dalam hati seseorang berdasarkan perlakuan seseorang setiap hari.

Pendekata, kalau berpandukan kitab tersebut, berdasarkan perlakuan zahiriah seseorang, kita boleh tahu isi hatinya.

Dan tak salah kalau aku katakan ... berdasarkan kitab tersebut ... kita mampu menilai masa depan seseorang di dunia dan di akhirat berdasarkan kelakuan sehariannya.

Aku tak tau sama ada ko orang masih ingat ke tak .... dulu aku ada sebut tentang amalan2 yang boleh menjadikan seseorang terhindar dari kepapaan lalu menjadi kaya yang pernah disebut oleh arwah atok aku .... Ko orang tau tak ... bahawa pesanan arwah atok aku itu diambil dari kitab tersebut.

Ada banyak petua2 dan amalan2 yang tertulis di dalam kitab tersebut hatta amalan untuk melunakkan suara agar sedap membaca Quran, Berzanji dan azan pun ada ditulis dalam kitab tersebut.

Al Jauhar Al Mauhub ... dalam bahasa Melayunya ialah Permata Pemberian Yang Indah

Kitab tersebut mendedahkan khasiat dan kelebihan amalan sunat dalam Islam dan mendorong kita untuk beramal dengan amalan sunat. Kitab tersebut juga membahaskan kelebihan dan faedah kita melakukan amalan yang wajib yang menjadi tanggungjawab sebagai seorang Islam. Kitab itu juga mendedahkan kemudaratan di dunia bila melakukan perkara yang haram.

Untuk pengetahuan ko orang gak ... Kitab Al Jauhar Al Mauhub ini merupakan terjemahan dari Kitab Lubab Al Hadith karangan Imam Sayuti . Kitab Lubab Al Hadith merupakan kitab tafsir kepada hadis-hadis Sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Pendekata, amalan2 di dalam kitab Jauhar al Mauhub adalah hasil kupasan hadis2 sahih oleh Imam Sayuti.

Siapakah Imam Sayuti ?

Nama asalnya ialah Imam Jalaluddin Abdul Rahman. Dia merupakan salah seorang mujaddid.

Mujaddid ni apa ?

Aku teringat pesanan arwah atok aku dulu. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, setiap 100 tahun, Allah akan datangkan seorang hamba-Nya yang alim, soleh lagi warak untuk memperbaharui urusan agama. Dalam tempoh seratus tahun, umat Islam akan leka dan tertipu dengan godaan hawa nafsu dan syaitan. Maka Allah akan datangkan mujaddid ( reformer ) untuk mempertahankan syiar Islam dan memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh musuh Islam (orang fasiq, orang kafir harbi dan orang munafiq). Selepas kewafatan Rasulullah SAW, selepas seratus tahun Khalifah Umar bin Abd Aziz. Umar Abd Aziz adalah cicit kepada Saidina Omar Al Khattab, dia memerintah bagaikan zaman Khalifah Omar Al Khattab dan dia memberikan contoh teladan kepada umat Islam di zamannya. Dan setiap satu ratus tahun atau satu abad, akan ada orang alim , yang warak lagi soleh muncul untuk memperbaiki urusan agama agar tidak disesatkan oleh golongan fasiq, kafir dan munafiq.

Kat bawah ni aku senaraikan nama2 mujaddid yang diiktiraf oleh ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari tempoh 100tahun dari kewafatan Rasulullah SAW hinggalah sekarang ...

Abad pertama ialah Khalifah Umar bin Abd Aziz
Abad kedua ialah Imam Syafie (imam bagi mazhab kita )Abad ketiga ialah Imam Abu Hassan Al Asyaari (Ulamak yang menyusun ilmu Tauhid atau kita kenali sebagai ilmu Sifat 20) Abad keempat ialah Imam Baqillani (aku pun tak berapa kenal ... nak cite pun tak leh )Abad kelima ialah Imam Al Ghazali (Pengarang Kitab Ihya Ulumiddin yang diiktiraf oleh musuh Islam sebagai kitab yang mengupas rahsia kekuatan Al Quran ) Abad keenam Imam Fakhruddin Al Razi
Abad ketujuh Imam Ibnu DaqiqAbad kelapan Imam Al Bulqini Abad kesembilan Imam As Suyuti (Dia nilaa yang aku maksudkan dalam emel merapu aku ni)
Abad kesepuluh ialah Imam Al RamliAbad kesebelas ialah Sheikh Ahmad Al FaruqiAbad keduabelas ialah Al Qutb Abdullah Al Haddad al HadramiAbad ketigabelas ialah Sheikh Khalid Al Baghdadi
Abad keempatbelas ni lak yang agak kontroversi ....

Apasal lak kontroversi ? Sebab abad keempatbelas ni ialah abad kita hidup sekarang. 1428 Hijrah dah 14 abad Rasulullah SAW wafat meninggalkan kita.

Maka ramailah yang nak claim jadi mujaddid. Asaari Mohamad yang buat ajaran sesat Arqam pun claim dia tu mujaddid . Mirza Ghulam Ahmad Qadiani yang buat ajaran sesat Qadiani pun claim dia mujaddid.

Malah ada juga ulama yang tak sesat, yang ikhlas dan benar2 soleh dan selaras dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang disebut2 sebagai mujaddid kurun keempat belas. Antaranya Sheikh Nazim Haqqani, ketua tarekat Naqsyabandiah. Sheikh Nazim mampu membuat orang kafir memeluk Islam dengan hanya alunan zikir dan selawat. .... Maulana Ilyas Al Qadri , pengasas jemaah Tabligh. Maulana Ilyas anak seorang hartawan, dia telah membelanjakan kesemua wangnya untuk mengajak orang bersembahyang, namun tidak berhasil, akhirnya dia menceburi ke bidang dakwah, menanam kesedaran akan kepentingan iman dalam hidup umat Islam ... OSAMA BEN LADEN , pemimpin Al Qaeeda. Dia ni tak yah ler aku nak intro. Semua orang tahu. Tak taulah yang mana satu jadi mujaddid kurun ke 14 ....

TAPI .....

Apa pun ... KALAU NAK BERJAYA IKUTLAH PERJALANAN ORANG YANG TELAH BERJAYA ...

DAN ....

Orang yang paling berjaya ialah Rasulullah SAW. Jadikanlah pesanan Rasulullah SAW sebagai panduan, insya-Allah kita akan berjaya di dunia & di akhirat.

Andainya kita menjadikan orang yang gagal dalam hidupnya sebagai panduan, maka akan hancur bekecailah masa depan kita di dunia dan di akhirat.

Perginya mak sedara aku merangkap ibu susuan ku mengadap Allah meninggalkan 1001 kenangan. Banyak pesanan dan nasihat yang ditinggalkan kat aku. Aku tak segan silu untuk mengatakan, bahawa cara arwah melayan aku sewaktu hidupnya, lebih baik dari dia melayan anak2nya sendiri. Aku masih ingat ketika pernah sepupu2 ku menyuarakan isi hati mereka kepada ibu mereka, mengapa aku lebih diberi perhatian berbanding anak kandungnya ? Mak sedara aku hanya menjawab, kerana aku adalah amanah datuk ku. Kalau aku tidak dijaga dengan baik, aku akan merosakkan alam ini, berbanding anak2nya.

Setelah dia kembali mengadap Allah, dia telah meninggalkan sesuatu yang amat berharga pada aku .... sebuah permata yang indah .... JAUHAR AL MAUHUB ... kitab yang sedang ku tatap ini.

DAN ...

Aku bercadang ... aku nak berkongsi petua2 yang ada di dalam kitab yang disimpan oleh arwah mak sedara aku ni dengan ko orang ... walaupun RAMAI di antara ko orang mengatakan mak sedara aku dan keluarganya tak ujud .... mudah2an kalau adalah manfaat ilmu yang ko orang nak amalkan ini, harap pahalanya menjadi sedeqah jariah buat arwah atok aku dan ibu bapa ku dan arwah mak sedara ku .

Al Fatihah buat Esah @ Latifah Waharp ... semoga Allah menempatkan rohnya disisi hamba-Nya yang soleh dan muqarrbin

P/S - Umi ... saya yakin di alam yang baru di sana, Umi telah melihat anak Umi bukanlah seorang yang hina. Tidak sia-sia Umi melahirkannya.


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau umi-ku kau guru sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau ummi-ku kau guru sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Ummi-ku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau ummi-ku kau guru sejati

AL FATIHAH : Pada 11 November 2007, Jam 6.15am. Seorang lagi ibu saudara ku Radhiah Hj Omar telah kembali ke rahmatullah pada usia 110 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan orang muqarrabin.

2 comments:

Unknown said...

Mudahnya menyesatkan orang..

aku rasa oleh kerana ko banyak ilmu, tentunya ko tau kalau orang yang kau sesatkan tu tak sesat, sesat tu balik kepada yang menyesatkan..

Allahu a'lam.

Kebenaran tu akhirnya akan menang jua, walaupun manusia ramai yang menentangnya..

Pembunuh Upahan said...

Dah jelas Asaari Mohamad tu sesat lagi menyesatkan kerana mengatakan Rasululah SAW bersifat dusta, khianat.

Takan nak kata tak sesat lak ???

Sila rujuk fatwa Majlis Agama Islam.

Takkan nak rujuk fatwa Majlis Agama Arqam lak

Kuang kuang kuang

ADa gak orang bodoh bangang dan baghal yg mengaku ikhlas kepada agama. Agama apa ? Kristian ?, Yahudi ? Hindu ? Buddha ?

Kuang kuang kuang

Bodo punya Mukhlis Fiddeen

aksub buta tak bertempat dan tak berdalil.

Apa Asaari cakap semua dia telan BODO