Sunday, May 4, 2008

Rahsia Menjadi Pandai & Kuat Hafalan


Ramai orang nak jadi pandai. Ramai gak orang yang nak anak mereka jadi pandai. Pandai merupakan cita2 setiap orang terutamanya pelajar.

Pelajar nak jadi pandai, agar setiap kali exam mereka akan score A berderet-deret.

Mak bapak pelajar juga nak anak mereka jadi pandai, supaya anak mereka score A berderet-deret.

Pernah tak ko orang jumpa, orang yang :

1. SRP dapat semua A1
2. SPM dapat semua A1
3. Matrikulasi dapat semua A1
4. Degree dapat Degree Kelas 1
5. Master dapat Sarjana Kelas 1
6. PhD dapat Doctorate Kelas 1

.... ?????

Pernah ke ?

Kengkadang kita tengok ... orang yang sehebat cam tu, belajar ala kadar .... baca buku main2 .... banyak buat kije lain dari belajar ...

TAPI ....

semua exam dia score kaw kaw tahap gaban

Apa rahsianya ?

Inilah rahsianya yang tersurat di dalam kitab. Kita cuma mengamalkannya. Antara yang ditulis di dalam kitab ialah punca2 kelupaan iaitu amalan yang menyebabkan seseorang jadi pelupa. Dan jika dihindarkan amalan tersebut, seseorang mampu menjadi seorang yang kuat ingatan ... insya-Allah.

Oleh itu JANGAN lah kita amalkan perbuatan berikut :

1. Melakukan maksiat. Membuat perkara yang HARAM.... sebab satu dosa yang dilakukan akan melahirkan titik hitam di hati. Bila banyak dosa, banyaklah titik hitam di hati, akhirnya nur ilmu tidak mampu menerobos ke dalam hati. Hasilnya kita jadi pelupa.

2. Banyak dosa. Bila banyak dosa, hati gelap. Sukar menerima ilmu dan sukar pula memahami ilmu. Oleh itu hendaklah menyucikan dosa dengan taubat.

3. Suka cita pada jalan dunia. Iaitu berangan2 dalam hal keduniaan. Berangan jadi kaya. Berangan hidup mewah. Berangan jadi celebrity. Etc. Sedangkan dunia itu hanyalah tipu daya semata2 kerana dunia adalah tempat yang fana, yang tidak kekal. Ramai orang tertipu dengan keindahan dunia. Mereka sangka nikmat didunia inilah yang termanis dan terindah. Sedangkan nikmat yang sebenarnya ialah apabila sudah berada di syurga Allah di akhirat. Manusia yang leka dengan ulitan nikmat duniawi, akan menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai tempat perhentian terakhir mereka sehingga luipa tanggung jawab beragama ke atas diri mereka. Mereka lebih suka berjemaah dalam melakukan maksiat dari berjemaah melakukan ibadat. Mereka lebih suka berjemaah melakukan fitnah dan mengumpat dari berjemaah melafazkan zikir dan selawat. Inilah pautan duniawi.

4. Banyak bimbangkan pergantungan dunia. Ramai dia antara kita cukup bimbang jika rezeki mereka terganggu. Ramai juga yang merasa khuatir jika rupa paras mereka tidak setampan/secantik manusia yang lain. Ramai juga yang khuatir dan bimbang jika gaji bulanan mereka tidak cukup untuk menjadikan hidup mereka mewah. Memperolehi rezki yang banyak tidak salah. memiliki rupa paras yang tampan dan cantik juga tidak salah. Begitu juga hidup mewah juga tidak salah. Yang salah ialah apabila kita terlalu bimbang sehingga kita sanggup melakukan sesuatu diluar batas syariat. Kita bimbang rezeki kita tak cukup, maka kita mencuri. Kita bimbang rupa paras kita tidak cantik, maka kita bersolek berlebih-lebihan hingga membazir dan mendedahkan aurat. Kita bimbang kita tidak boleh hidup mewah, maka kita rasuah. Hendaklah kita berusaha sedaya upaya dalam hidup kita secara halal dan selepas itu serahlah usaha dan ikhtiar kita kepada Allah dengan bertawakal. Ingat !!! Rezeki, jodoh, ajal dan maut telah pun Allah tetapkan kepada kita sejak azali. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal agar dipermudahkan dan dipercepatkan untuk memperolehinya.

5. Makan kazbarah basah. Kazbarah ni apa ? Kazbarah adalah daun ketumbar. Mengapa makan daun ketumbar basah menyebabkan lupa ? Aku pun tak tahu hehehe ... tetapi biasanya aku tengok orang yang makan daun ketumbar ni dia akan pening2 lalat macam makan kas kas.

6. Makan buah tuffah masam. Tuffah masam ialah epal masam.

7. Melihat sesuatu dalam periuk rebusan. JANGAN ko orang rebus megi, rebus nasi, rebus tulang untuk buat sup tulang, ko orang gi jengah ke dalam periuk. Hukumnya MAKRUH.

8. Membaca suratan pada kubur. Maknanya ko membaca apa yang tertulis di batu nesan tanpa sebab.

9. Berjalan antara qithar unta. Maksudnya ko berjalan antara dua kenderaan. CONTOHNYA .... kalu ko bawak keter, ada dua lane .... ko bawak keter atas line putih tengah2. Ianya hukum makruh dan mewarisi sifat lupa.

10. Mencampak tuma hidup pada bumi

11. Berbekam di lubang tengkok

12. Memakan sesuatu yang menambahi balgham ( lendir, kahak, risa, gelema, dan entah apa2 istilah lagi ) Antara penyebab banyak balgham ialah banyak minum terutamanya minum air batu. Banyak minum adalah penyebab banyak balgham. Untuk mengurangkan balgham ialah dengan memakan roti kering. Bersugi ( berus gigi ) juga mengurangkan balgham. Termasuk perkara yang menambahkan balgham ialah meminum air sejuk/air batu. Dan yang mengurangkan balgham ialah meminum air panas.

Untuk menambah kecerdasan akal dan menguatkan ingatan. Elok diamalkan amalan berikut :

1. Bersugi
2. Berselawat 100 kali setiap kali selesai solat fardhu
3. Tuliskan ayat2 berikut pada permukaan pinggan yang putih dengan dakwat Za'faran

a. Surah Ar Rahman ( ayat 1 hingga 6)
b. Surah AL Qiyamah ( ayat 16 hingga 17 )
c. Surah Al Buruj ( ayat 21 hingga 22 )

Kemudian tulisan itu dihapuskan dengan air Zam Zam dan diminumkan air tersebut selepas dibaca 7 kali selawat kepada Rasulullah SAW. Insya-Allah akan hafaz dan kuat ingatan. Kalau diberi minum pada budak2, insya-Allah akan cepat menguasai ilmu kerana kuat hafazan dan ingatan.

Selamat beramal

dan

Selamat menjadi pandai

No comments: